Followers

Pages

Wednesday, August 29, 2012

Maksud Dokumen Terperingkat



Dokumen terperingkat ialah dokumen atau surat rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan dan yang bertanda dengan sesuatu peringkat keselamatan. Maklumat dalam dokumen terperingkat mesti diberi perlindungan keselamatan berdasarkan Arahan Keselamatan yang bertujuan untuk mengawal rahsia-rahsia negara dengan berkesan. Oleh yang demikian, penyimpanan dokumen terperingkat adalah perkara yang perlu diberi perhatian dalam setiap jabatan kerajaan. Terdapat empat peringkat keselamatan yang mempunyai cara penyimpanan yang berbeza.

Peringkat pertama ialah Rahsia Besar iaitu dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada negara Malaysia. Warna fail bagi Rahsia Besar adalah berwarna kuning dan berpalang merah di kulit depan dan belakang. Contohnya kertas-kertas kabinet mengenai ekonomi dan politik, maklumat perancangan ketenteraan dan surat menyurat negara asing dengan kerajaan mengenai perdagangan dan pertahanan. Penyimpanan dokumen Rahsia Besar adalah di dalam bilik kebal, peti besi yang dipasang dengan kunci kombinasi, cabinet keluli dipasang palang besi (sementara) dan bangunan yang mempunyai kawalan keselamatan yang rapi.  

Peringkat kedua adalah Rahsia iaitu dokumen, maklumat dan bahan rasmi jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau member keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. Warna fail bagi Rahsia adalah berwarna merah jambu berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang. Contohnya arahan penting perwakilan Malaysia yang berunding dengan negara asing. Cara penyimpanan dokumen adalah di dalam bilik kebal, peti besi dipasang dengan kunci kombinasi, cabinet keluli dipasang dengan palang besi dan bangunan yang mempunyai kawalan keselamatan yang rapi.

Seterusnya, peringkat ketiga ialah Sulit iaitu dokumen atau maklumat atau bahan rasmi jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan martabat Malaysia. Warna fail bagi Sulit adalah berwarna hijau. Contoh dokumen adalah laporan-laporan perisikan biasa. Cara penyimpanan dokumen adalah di dalam kabinet atau almari keluli berkunci dan simpanan sementara dalam lain-lain peti berkunci dengan kebenaran Pegawai Keselamatan Jabatan.

Terakhir adalah peringkat keempat iaitu Terhad. Terhad adalah dokumen atau maklumat atau bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia dan Sulit tetapi perlu diberi tahap perlindungan. Fail Sulit adalah berwarna putih. Contohnya adalah buku-buku jabatan bagi maksud arahan, perintah-perintah dan arahan-arahan. Cara penyimpanan dokumen ini adalah cabinet atau almari keluli berkunci dan simpanan sementara dalam lain-lain peti berkunci dengan kebenaran Pegawai Keselamatan Jabatan. 






Sejak aku letak entri KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA, KPM haritu..kemain ramai yang komen, yang inbox kat facebook, yang tanya kat twitter, tak boleh blah kawan-kawan lama pun tetiba sms, tetiba call, sebab nak mintak copy assignment aku tu. Ramai pulak yang dapat tajuk sama dengan aku yee. hee
Kawan-kawan lama memang aku bagi aje. Ko bagi email, aku send. Mula-mula rajin aje aku melayan, lama-lama makin ramai pulak yang mintak copy. Hamboi tau..time aku dulu takde seketul pun yang nak tolong. Malas nak harapkan orang lain, aku perah otak je siapkan assignment tu 100% hasil usaha aku. Kagum tak? haha...

So, di sini aku letakkan jawapan aku untuk soalan 'Apakah maksud dokumen terperingkat'.
Sesiapa nak copy, copy aje lah ye. Saya benarkan. Tak perlu bayar apa-apa cuma kalau boleh doakan kesejahteraan saya dalam kerjaya. :)


Semoga lulus dengan jayanya kepada yang mahu berkursus induksi!



* Motif letak gambar sendiri? supaya korang tahu tuan punya assignment yang korang copy..kekeke..



Tuesday, August 28, 2012

Hadiah harijadi dari anak murid :)



Assalamualaikum.


Siapa tak suka dapat hadiah kan? Tak kisah murah ke mahal tapi kalau dah namanya hadiah siap berwrapper cantik-cantik memang terus buat hati jadi pink. :p
Hari jadi aku haritu, takdelah disambut meriah dari anak murid tapi masih juga ada yang mengingati. :')









Dari ketua tingkatan 5 Cantik.












Dia bagi teddy bear ni. Comel! Dah lama tak dapat hadiah teddy bear tau. Terasa kembali ke zaman awal remaja. Stok mengumpul teddy bear aje lah. hee














Ni dari anak murid dari tingkatan 5 Cantik juga. Dia senyap aje orangnya tapi baik. Aku tahu dalam senyap-senyap dia tu, dia memang cukup menghormati cikgu yang ajar dia. :)














Masa dia bagi hadiah ni, dah terlewat beberapa hari. 'cikgu, haritu hari jadi cikgu kan..sorry saya bagi hadiah lambat...'
Alahai..touching kejap tau. Rasa dihargai sangat dengan pelajar yang macam ni. Tersebak kite. :')













And lastly, dari Ester (yang sebok sangat nak i jadi mama angkat dia tuu..refer ---> SINI )
Comel betul dia ni tau. Aku baru masuk kelas nak start mengajar tingkatan 5 Cantik, dia datang semata-mata nak bagi hadiah ni. Berani pulak dia datang blok form 5 padahal dia form 1.
Ester...Ester....














Teddy bear jugak siap ada keychain love lagi. Comel betullah! :)






Semoga anak-anak muridku ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam pembelajaran. Ameen....




Saturday, August 25, 2012

Seafood Steamboat / BBQ, Seremban 2




Assalamualaikum.

20 Ogos haritu ialah birthday Pamie. Kitorang satu family sukaa sangat bersteamboat. Rasa meriah je rebut-rebut ambik makanan bila guna steamboat tu. hee
Hari jadi Pami jatuh di hari raya kedua pulak tu kan memang meraba jugak lah nak cari steamboat mana yang bukak ketika semua tengah hangat berhari raya. 
Tapi semua pun degil dah kata tutup nak jugak makan steamboat!










Seafood steamboat kat Seremban 2 tu je yang sudi bukak time-time raya. Kita terjah situ je.












Maaf gambar gegar.
Sama jugak dengan kedai steamboat lain, kat sini macam-macam ada. Pilih aje nak makan ape.
Sup diorang sediakan dua jenis. Sup biasa dan tom yam. Pastu boleh grill-grill juga.














Marjerin boleh ambik sendiri. 














Grill udang.












Grill daging kambing. Pami suka sangat makan kambing tu. Sedap katanya. Aku tak berapa suka sebab rasa kambing tu macam ada hamis-hamis je. Loya.














Adik.
















Naim.











Saya.
Sedang menikmati ais-krim. Kat sini ais-krim banyak pilihan. Boleh ambik banyak mana ko suka. Kalau steamboat senawang sana, kedekut ok. Pekerja dia yang ambikkan siap ada had lagi.
Kat sini, perisa dia sangat banyak. Strawberry, coklat, jagung, durian, keladi, vanilla, mangga. Ada lagi ke tak entah? Ni je mampu aku recall setakat ni. hee













Pami yang sedang menikmati kambing. :p















Makan sampai muntoh.














Daging ayam belanda pun boleh tahan.













Kerang rebus.
















Hasil. :p
Alhamdulillah. Boleh tahan lah makan kat sini. Dari bebola-bebola makanan laut, daging + ikan + ayam yang dah diperap, sayur-sayuran pelbagai pilihan, berjenis-jenis sos, mi besar mi kecik mi kerinting mi maggi, buah-buah, air, ais-krim, nasi. Ha tak cukup lagi tuh? :p
















Tiram ke kepah ke ape tah ni? hehe...
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 27 tahun buat abang saya ni. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Pastu cepat sikit pilih tema color untuk kenduri kawen ko tu. Boleh tak dia nak buat tema color apa pun tak tahu? Pastu tanya-tanya kita pulak. Siapa yang nak kawen nih? haaa


Selamat terjah steamboat sini uols! :)




Friday, August 24, 2012

Kak Nina's junior



Assalamualaikum.

Tak kuasa dah nak letak link kesinambungan entri. Korang yang dah tau pasal 'kak Nina's series' ni mesti dah naik muak tengok gambar gedik kak nina dan adik sepupunya ni kan? kekeke..
Tahun ni masa jalan beraya rumah saudara mara, kitorang terkebetulan pakai sama pulak baju bunga-bunga. Rasa comel sangat! *lempang


Mula-mula Kaleesya pakai tudung tau. Dah macam makcik jenab mana tah. Tudung syria dia pakai tu dah la senget benget, pastu dengan eye shadow kilat-kilat lagi, lipstik pekat lagi..memang 'vogue' sangat. Tak sampai hati nak bergambar dengan dia masa tu. hehehe.. :p


Bila dia dah mula rimas, tudung pun tanggal, terus kita bergambar laju-laju! (teruk perangai)















Selamat Hari Raya dari Kak Nina's jr! :)




Thursday, August 23, 2012

Love you, Zaza




Assalamualaikum.

Sejak ada Zaza, memang terasa sangat kitorang sekeluarga perlukan mpv untuk ke sana sini. Kitorang adik beradik pun semua dah besar-besar kan. Nak sumbat semua naik kereta biasa memang ibarat sardin. Balik kampung rumah nenek pun mesti guna dua kereta. Tapi sekarang tidak lagi. :)


Kenkadang tu aku kesian gak kat Zaza. Ke sana sini dia dengan muatan penuh lagi-lagi kalau musim perayaan. Awal-awal beli Zaza dulu punyalah bengkak je hati. Habislah Zaza kotor, habislah Zaza banyak habuk, habislah Zaza semua duduk kasar-kasar padahal owner dia ni punyalah lemah lembut bila menggunakan Zaza. Nak buang sampah pun seribu kali fikir, sanggup buang sampah dalam handbag.


Tapi takpelah. Boleh aje pergi basuh, vakum, polish segala si Zaza tu kan. Duit boleh dicari. Apa ada hal. Kang dua tiga empat tahun lagi entah Zaza tu duk mana tak tahu kan. 


Balik dari beraya rumah nenek masa raya kedua haritu, perjalanan Zaza dah lebih 30k kilometer. Tiba masa nak kena servis pulak. Bape ratus pulak kali ni? *berdebar


So semalam konon nak buat appointment dengan Perodua supaya taklah nak kena tunggu lama nanti. Bila call rupanya diorang layan walk-in customer aje. Ceh...
4 jam jugak baru siap. Tak kuasa i nak tunggu kat situ. So, mintak tolong Pami jemput. Masak-masak tengah hari kat rumah dulu pastu pukul 4 petang diorang call kata dah siap. Diorang bagitau apa yang diorang tukar, bil nya RM200++. *pengsan!


Aku fikir dia punya warranty aje tau kalau tak memang aku hantar kedai kereta tepi jalan aje. Murah banyak kot. huhu...







Tetiba dapat free gift. Pandai eh ambik hati.
SunRay bottle. Tahan air mendidih, tiada bauan kimia dari sinar UV, tiada calar dan terhakis, tiada bakteria. Katanya lah kan. I copy dari kotak depan tu je. :p
Boleh lah letak dalam kereta je bekas air ni. Taklah air kosong nanti rasa bukan-bukan je kalau guna bekas air minuman biasa tu kan.
Thanks Perodua!











Thanks juga Zaza sebab berkhidmat dengan saya. :)




Tuesday, August 21, 2012

Salam Aildilfitri



Assalamualaikum.

Wahh raya ketiga sudah kan. Nak buat ucapan masih belum ketinggalan lagi kan. Raya pertama dna kedua aku beraya di rumah nenek kat Pontian, Johor. Ni pun baru sempat nak menjenguk blog. Rindu kite tak? :p

Selamat hari raya aidilfiti kepada semua yang mengenali dari zaman kanak-kanak, bawak ke zaman sekolah, bawak ke universiti, sehingga sekarang. Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada salah silap terkasar bahasa tersilap kata tersinggung secara tak sengaja segala ye. Juga kepada pembaca blog picisan ini, maaf juga jika ada korang sakit hati sepanjang korang baca tulisan aku kat sini (ade ke?) Maaf zahir dan batin ye.

Pesanan paling ikhlas dari hati :
Take care of your tummy. Jangan melantak tak ingat dunia balas dendam sebab puasa sebulan. hee.
Jangan ye. Jalan beraya berhati-hati, pandu dengan cermat. Jemputlah datang ke rumah. (sebelum nak datang sila bagitau supaya i tak tekejut beruk nanti) 


Salam Lebaran uols! :)
Muah muah..eh...




Tuesday, August 14, 2012

Mama angkat pun bolehh



Assalamualaikum.


Awal tahun haritu, team volleyball sekolah aku semua sibuk. Dari peringkat daerah bawak ke peringkat negeri. Antara yang boleh dibanggakan dengan sekolah ni ialah pencapaian sukan bola tampar diorang. Dari dulu memang menyerlah aje. Kebetulan aku masuk sekolah ni, terus diserap masuk jadi guru bola tampar. (eh tetiba teringat zaman universiti dulu..huhu..)  Aku bolehkan aje sebab aku suka volleyball. Suka tak bermakna terror ok? Ingat tu. :p



Dipendekkan cerita, team sekolah aku majoriti dapat mewakili  daerah Tampin untuk ke peringkat negeri. Team perempuan bawah 15 tahun memang kuat. Nasib je tak berapa baik haritu kita dapat naib johan. Kalah sipi-sipi je pun. Team ni ada seorang pemain yang super power. Badan kecik tapi tangan kemain kuat. Sarawakian girl. Ester namanya.


So masa final, antara pemain yang bermati-matian berjuang ialah Ester. Jelas sangat dia yang banyak bagi mata dalam team tu. Siap main 3 set ok sebab sama-sama kuat. Saat-saat akhir, kita kalah juga. Terus masa tu aku nampak Ester menangis semahu-mahunya. Kesian betul aku tengok dia masa tu. Dengan aku ikot sebak sekali tau. (dasar hati tisu..kekeke)


Lepastu, dengan tiba-tibanya aku pergi kat dia n terus peluk dia.  Spontan je. Aku cakap sabar, awak dah berusaha tapi nasib tak menyebelahi kita. Awak tetap hebat di mata cikgu.
Dia pun mula reda. Nangis sikit-sikit je. Lepas dari kejadian tu, dia datang jumpa aku kat sekolah.


Cikgu, boleh tak cikgu jadi mama angkat saya?


Mama angkat? (dalam hati dah bengkak je tua sangat ke aku? kekeke..)


A'ah..boleh tak cikgu?


Jangan mengada lah Ester. Dah...pergi kelas...


Dia senyum. Salam aku. Dan balik ke kelas.
Sejak dari tu, setiap kali jumpa aku kat sekolah mesti dia datang untuk salam. :)








Team volleyball kuat.





Itu lah permulaan cerita mama angkat segala tu. Aku tak kisah pun. Pelajar yang baik dengan aku, maka aku juga akan baik dengan diorang. Tu je aku pegang. Mana-mana pelajar yang aku ajar dah tahu dah. Siapa yang buat dajal dengan aku, pernah mengumpat aku sampai aku dapat tahu, memang aku buat dia macam tak wujud je. Eh kenal ke aku ngan ko? Apa kena mengena ko dengan hidup aku? begitu... (memang kejam tapi itu satu pengajaran)









So, ini lanjutan kisah Ester tu. Masa hari jadi dia haritu, dia datang jumpa aku dan bagitau hari tu hari jadi dia. Alahai comelnya lah awak ni. Aku tak prepare apa-apa pun. Yang ada masa tu hanyalah coklat cloud 9 ni je. Jadi lah...hehe...












Taraaa! This is her. :)
Olahragawati sekolah masa sukan tahunan sekolah haritu.











Kebetulan lagi, hadiah pelajar KH yang dapat A ada lebih. So i hadiahkan juga pada dia.
Bila online kat facebook, dia ada tegur-tegur. Apa khabar lah itu lah ini lah. Aku layankan je. Paling tak boleh blah, tengah chatting-chatting tu dia panggil aku cikgu. Tapi bila nak say goodbye, tetiba jadi BYE MAMA. pastu terus offline. Rasa nak lempang pun ada. hehehe... 










Gambar bersama masa sambutan hari guru haritu. Aku tak ajar pun dia tapi beria dia bagi hadiah hari guru. *terharu
Hari jadi aku baru-baru ni pun dia ada bagi hadiah. I cerita nanti-nanti ok? Penat dah ni. Nak mengiron baju, nak mengemas baju, nak itu nak ini semuaa. (pura-pura busy..hee)
Bye uols. :)





Thursday, August 9, 2012

Tangisan di hari lahirku



Assalamualaikum.

Hari ini umur saya genap 25 tahun. Sebenarnya nak cerita panjang kemudian-kemudian je. Tapi balik sekolah je tadi bukak netbook dan tersebak pulak. Then kena share kat sini. Ucapan dari dua insan yang saya sayangi. Baca-baca je tetiba mata dah berkaca. Hati tisu sungguh la sejak dua menjak ni.


Adik tinggalkan komen kat blog sebab fon dia rosak pastu tak bukak facebook tak bukak twitter. Boleh pulak wish kat komen blog kan. heee..
Tapi tersentuh di sanubari....




selamat hari tua~ sanah helwah. may Allah bless you.. i love you kakak, for the sake of Allah.. :) May Allah grant you with happiness in dunya and hereafter. thanks for being such a great sister, such a protective sister. such a good banker. :P eh? bukan eh? heheheheeee... take care sis.. i miss you.. muah muahh muahhhh :* see you soon sis.. <3 span="span">


Miss u too adik.


Pastu baca pulak entri Yanti kat SINI. 




Oloh oloh oloh..
Kita tersebak dan dah ternangis pun tau?
Tuhan aje yang tahu macam mana perasaan dikurniakan orang-orang sekeliling yang comel macam ni. :)



Nanti i update lagi ye. Bye.




Wednesday, August 8, 2012

wordless wednesday : Kecik yang dah besar






Badan masih kecik tapi ada hati nak mengawan pulak tu. Comel sungguh!



Thursday, August 2, 2012

Lima zam zam alakazamrud



Assalamualaikum.

Harini nak mengumpat tingkatan lima zamrud lagi. (Astaghfirullahalaziimm...)
Sanggup ke uols nak baca? hehe...


Tak lah. Selagi ada sisa-sisa aku sebagai guru tingkatan diorang, maka cerita diorang akan diupdate di sini sebagai ingatan di hari tua nanti. Sayang gila kot aku dengan kelas nih. (tangan di dada mata ke atas)












Nampak apa yang i nak tunjuk sangat kat gambar ni?
Tu ha jalur gemilang tu dah selamat dipamerkan dalam kelas ok. Kata dah bulan 8 kan. Haruslah semangat kemerdekaan diserap awal-awal bulan. Kali ni agak kekaguman sedikit sebab bendera-bendera semua tak payah beli. Diorang dah volunteer nak sponsor. Bagus!













Taknak kalah tau bendera nogori pun nak dipasang juga. Layankan aje. Cantik jugak ada bendera nogori ni dalam kelas. Makin ceria gitu sebab color dia kuning kan. Syabas untuk diorang sebab masih bersemangat waja menjaga kebersihan, keceriaan dan kemakmuran kelas. :')














Disebabkan kesungguhan diorang tu, maka cikgu belikan alat ajaib ini. Pembersih tingkap yang gojes.
Poyo tau diorang, kalau nampak aku mula melangkah nak masuk kelas je terus laju-laju pergi bersihkan tingkap. Nak tayang kerajinan lah tu. hee..
So takde alasan untuk diorang dapat markah sikit pada bahagian kebersihan tingkap.
Kalau markah sikit maksudnya diorang tak bertugas lah tuu.













Pelajar tingkatan lima baru selesai menghadapi ujian bulanan dua. Tiga orang anak murid aku berjaya  skor A. :')
So ini hadiah untuk diorang. Comel kan kan kann? :p













Pemadam comel yang ala-ala coklat. Aku pulak yang semangat masa nak bagi diorang hadiah ni. hehe...













Ha ni berdosa sikit sebab i cerita kat sini.
Tapi takpe i dah blurkan muka diorang kan. :p 
Ni denda sebab diorang ponteng sekolah. Kena pakai tag tu dari awal pagi sampai ko balik pukul 2.40 karang. Nama je denda tapi diorang bangga ok pakai tag tu. Aku nak ambik gambar pun diorang setuju je siap senyum-senyum lagi. Pelik bukan? Ke diorang tak faham apa yang tertulis kat tag tu?




Mungkin juga sebab majoriti diorang tak pandai membaca pun... huhu..
Zamrud oh Zamrud....





Wednesday, August 1, 2012

Langit Menangis + lirik





Seluas angkasa ku hampar cinta
Luhur hati hanya bagimu saja
Bagai udara untuk ku bernyawa
dikau bak cahaya
penyuluh jalan gelita

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa

Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
cubalah untuk mengerti

Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
cubalah untuk mengerti

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa



* (trend sejak tayangan Dejavu di Kinabalu...i pun terbabit jugak mentouching jiwa..kekeke..)




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com