Followers

Pages

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan






Lebihkan amalan.
Kurangkan makan.
:)



Credit picture : My Kss
<3



contest : saya suka dress



Assalamualaikum.

Hai uols. Ingat lagi tak entri pasal blogshop bundle yang pernah aku buat dulu? Meh kelik SINI. Dah lama aku follow blog Beautiful Bundle Dress ni. Dress diorang semua cun! :)
Disebabkan aku ialah peminat dress dan pernah menjadi pelanggan blogshop itu, jadi haruslah aku join contest diorang. Contest Saya Suka Dress! Menarik bukan? :)

 




Kelik banner yang gorgeous kat atas ni. Syarat-syarat contest ni semua ada di sana.
Hadiah yang diperuntukkan untuk pemenang ialah lebih RM 500.00 dan mereka mencari 6 pemenang uolss.
Haa teruja tak? teruja tak? hehehe..
 Kelik jangan tak kelik....:)



Aku suka pakai dress sebab nampak lebih elegan. Corak-corak dress di pasaran sekarang juga lebih bercorak santai dan tak terlalu formal. Kalau pandai kombinasikan warna dress dengan cardigan, kita pakai tudung bawal biasa pun dah cukup menawan. Tak perlu selendang lilit-lilit semua tu..hehe..


 
Contest ini memerlukan kita letak beberapa gambar memakai dress.
Mudah kan? :)















 




Aku pernah beli sehelai dress dari Beautiful Bundle Dress. Aku suka corak dress tu. Cantik sangat!

 





Corak dia simple je sesuai dengan warna putih + hitam. Harga dress itu RM 20 sahaja. Sangat murah dan berbaloi.








Sampai sahaja baju itu ke rumah, aku terus pakai pergi bercuti dengan keluarga uols. hehe..
Memang tak ragu-ragu nak pakai walaupun ia baju bundle sebab dress tu wangiii macam bayi. :p










Dan ternyata dress tu sangat cantik! Kain dia berkualiti dan sangat selesa apabila dipakai. Terima kasih Beautiful Bundle Dress kerana menjual dress yang gorgeous macam ni. Memang berbaloi-baloi :) 


Hadiah untuk contest ini sungguh menawan kalbu :)



 


Aku nak kawan-kawan juga memakai dress:









Come on girls. Tarikh tutup contest ini ialah 13 Ogos 2011.
Jangan ketinggalan ok?
Good Luck. :)




Saturday, July 30, 2011

macaroon : satisfying your sugar crave




Assalamualaikum.


Apabila berada di samping keluarga, tahap kebahagiaan ialah yang paling tinggi. :)



Kakak! kat sini ada macaroon tau.


Ha yeke? Alaaa nakkk...


Minggu depan adik balik adik belikan la.



YESS!



Ingat lagi tak aku teringin sangat nak makan macaroon mengalahkan ibu mengandung? hehe..:p
Teringin bukan sebab apa uols. Bentuk macaroon tu kan comel gila macam burger kecik warna warni kan. Pastu warna dia pun kebanyakannya ialah warna yang memancar-mancar pekatnya. Sebab tu je pun begitu teringin lidah ini untuk merasa haha.


Adik habes kelas pukul 5.30 petang semalam lepastu terus balik naik komuter. Hari Jumaat petang memang confirm komuter sesak. Macaroon i pun turut sama tersesak uols.








Hancur uols. hehehe...



 





Ada perisa green tea, coklat dan keladi.
Rasa dia kemain manisssss. Macam biskut aiskrim tu. Tahu tak biskut aiskrim tu macam mana? Ala yang kecik-kecik colourful tu. Kalau still tak tahu, pergi google sekarang. hee
Kesimpulannya, yess akhirnya berjaya merasa kemanisan macaroon. Terima kasih adik kerana melayan selera kakak yang mengada-ngada ni. kekeke...:p







Hujung minggu ialah masa untuk berjimba-jimba. :D
Bai.



Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday : Bubble Berry







Kenapa bau awak sedap sangat? Rasa nak makan tauuu. Aumm!
Okbai.



Monday, July 25, 2011

tasuke! tasuke!



Assalamualaikum.


Minggu lepas, aku balik Seremban. Boleh kira setiap minggu jugak lah aku balik kalau takde apa-apa kerja hari sabtu. Nenek aku kat Johor nak buat kenduri doa selamat hari sabtu malam. Wan aku kat Rantau (n9 aje) pula nak buat kenduri keesokan harinya.


So memang tidaklah boleh memilih nak balik kenduri belah mana. Sebab dua-dua kenduri pun tak buat di hari yang sama. Memang kena pergi dua-dua belah. So, tiada pilihan. Memang aku kena ikut balik kampung. Abang tak dapat balik sebab ada kerja kena buat. Naim ada kelas ganti sabtu malam dan Adik pulak baru first week daftar mestilah sebok dengan orientasi nya kan.


First time ok aku ikut mak dengan abah balik kampung tanpa abang dan adik-adik aku. Merasa lah juga jadi anak tunggal sekejap. Tapi kirim salam banyak-banyak aku nak merasa lagi. Langsung tak best. Langsung tak meriah. Langsung tiba-tiba hatiku menjadi sunyi. (hahaha muntah muntahh :p)


Paling terasa sebab Adik lah. Kalau tak tu, segala aktiviti keluarga memang aku berkepit je lah dengan dia. Ni tiba-tiba dia takde, rasa lain ohh. Macam tak lengkap je. hehehe...
Walaupun aku duduk seorang diri di seat belakang sampai boleh baring-baring macam katil, tapi aku lagi suka bersesak-sesak sempit duduk dalam kereta dengan adik-adik.
:(










































Semua benda pun buat sama-sama tauuuu.





SEKARANG KAU BAGITAHU MACAM MANA AKU TAK RINDU?
*___*






Friday, July 22, 2011

bubu yang gangster



Assalamualaikum.

Harini nak cerita tentang perkembangan si Bubu. :)






Bubu dah besar sikit. Makin gebu. Makin bulat. Makin manja. Makin kuat makan. Makin nakal. Makin kuat mengiau. Makin gedik. Makin suka cari pasal. Semua makin!
:)
Time mandi paling tak boleh blah. Dia akan menjerit sekuat hati macam kena dera. Sabar jela.
Telinga dia masa mula-mula ambik dia haritu macam ada kurap sikit, lepas sapu ubat dah makin ok. :)
Dia akan jadi sangat aktif kalau aku bawak dia balik Seremban. Panjat sana panjat sini. Kalau kat rumah sewa di Gemas sana, monyok je. Takde kawan agaknya. hehe...







Ni pulak ialah si Baby. Dah makin besar ni makin selalu main kat luar. Pastu balik rumah mula lah rupa paras dia dah macam kambing. Pekerjaan apa yang dia buat kat luar tu pun tiada lah ku tahu.
Tiba-tiba ada pulak misai tah mana datang tah.
:p
Kalau Baby jumpa Bubu tak lain tak bukan memang akan bergumpal.
















Muka Baby dah macam kucing tua dah. Tak comel langsung. hahaha..:D
Dua-dua pun buat aku makin menyayangi.
<3




Blog tentang kucing yang berguna untuk cat's lover :


KUCING UTARA 
 
KITTY WORLD

 ALAM KUCING



Jom sayangi kucing!
:)


Wednesday, July 20, 2011

dunia baru adik



Assalamualaikum.


17 Julai yang lepas ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh adik. Sekian lama dia memboring duduk di rumah seorang diri sejak dapat result SPM haritu padahal kawan-kawan dia dah lama masuk universiti lah, kolej matrikulasi lah siap dah nak final exam dah pun. hehe..

 





Penuh badan Zaza dengan barang-barang adik. huhu..
Kitorang gerak awal pagi sebab nak pergi ambik Naim dulu kat Bangi then terus pergi ke Subang Jaya sana. Kena daftar pukul 8.30 pagi.




 



Sampai lewat sikit. Dalam pukul 9 pagi macam tu sebab sesat. hahaha..
Canggih ohh universiti ni. Terjeles sekejap memikirkan kenapa universiti aku dulu tak secanggih ini. teettt. hehe :p




 






Adik yang pura-pura ceria. Padahal sebenarnya dia cuak gila. Kalau rasa tangan dia masa tu memang sejuk tahap nak beku dah tau. Wahh over...hehe..




 



Masa kitorang sampai, sesi pendaftaran dah pun bermula. Tapi masih tak terlambat. Ada juga yang masih beratur. Alhamdulillah.


 




Isi-isi borang segala.



 




Dah settle.
Pastu kena dengar taklimat pulak. Hadoii part ni memang i dont like tau. Dah macam zaman belajar dulu duduk dalam kuliah dengar lecturer bercakap. hee
Taklimat tu semua yang asas-asas je sebab dah keluarga pun turut sama masuk lecture hall kan. Nanti time orientasi takde pulak benda nak ditaklimatkan. So, yang ringkas-ringkas aje tapi kitorang terpaksa juga dengar.
Dah la fully english. Terus rasa blur-blur je. hahaha...
:p







Lepastu, kita pergi lunch. Lunch free uols. Lauk semua menyelerakan. Tak tahu lah sebab kitorang lapar ke atau makanan dia memang sedap. hehe...


 




Adik yang dah tak berapa nak cuak. :)



 



Persekitaran Taylor's University.


 





Ada Starbucks, Baskin n Robbin dan segala mak nenek yang sedia untuk dijoli oleh adik apabila dia kaya nanti. hahaha..Duit biasiswa tak terus dapat kan. Sekarang ni haruslah menjadi tak berapa mewah kau duduk di sana. :p
Lepastu terus ke apartment. Apartment diaaa...bukan main tinggi lagi. Menyampah aku tengok. (padahal jeles..kekeke)




 




Dan tinggallah adik di sini melalui dunia barunya. Semoga dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat.
:)





SEKARANG SAYA DAH MULA RASA RINDU.
huhuhu...




Tuesday, July 19, 2011

kerusi simen ferro



Assalamualaikum.
Jom kita belajar cara-cara nak buat kerusi simen ferro.



Simen ferro merupakan sejenis struktur binaan yang terdiri daripada campuran pasir, simen dan air yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli.
Sumber : Modul Pembelajaran Landskap & Nurseri







Mula-mula sekali, jejaring keluli dipotong mengikut ukuran iaitu 40 cm x 90 cm dan satu lagi ukuran iaitu 30 cm x 30 cm. Bentukkan kerusi bulat dan ikat dengan dawai hingga kemas.







Ikat kerangka kerusi dengan dawai keluli. Ikat juga di bahagian atas kerangka secara menyilang.







Kemudian, letakkan surat khabar di bahagian dalam kerangka. Susun dengan kemas supaya keseluruhan bahagian dalam kerusi dilitupi tanpa ada lubang. Tak boleh ada lubang sedikit pun sebab nanti kita nak masukkan pasir. Bocor pulak tak pasal kan...







Setelah yakin tiada lubang, masukkan pasir.







Sumbatkan pula surat khabar yang direnyukkan. Berselang seli lah dengan pasir ye...








Pindahkan kerusi ke kawasan lapang dan tidak berbumbung. Senang nanti nak buat kerja. Memang kena berpanas uols. Tahan aje la..huhu...









Bancuh simen, pasir dan air dengan nisbah 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir halus dan 1/2 bahagian air.








Lepa selapis simen pada bahagian luar kerangka. Biarkan ia keras. Selepas itu, buat lapisan simen kedua kira-kira 1 cm tebal dan buat lorekan. Setelah ia keras, terbalikkan kerusi dan buang pasir dan surat khabar yang kita masukkan tadi.








Lepa pula bahagian atas kerusi. Lepa dengan licin dan rata sebab itu ialah bahagian yang kita nak duduk kan. Haruslah ia rata dan tak tajam supaya selesa dan selamat untuk digunakan nanti.








Biarkan ia kering dengan sendiri. Kemudian bersihkan struktur dari habuk, kesan tajam dan menggerutu.








Cat alas dengan warna hitam keseluruhan permukaan kerusi.









Setelah kering, sapukan pula cat coklat secara melintang.







Dan bahagian atas kita catkan dengan cat kuning. Nak lagi cantik, boleh combinekan warna cat supaya ia kelihatan seperti batang kayu yang dipotong. Tapi anak murid aku ni asalkan cat sudah. Warna kuning aje dah cukup. heee









Lastly, cat keseluruhan permukaan kerusi dengan cat kilat dan biarkan ia kering.
Lalu siap lah sudah kerusi simen ferro kitee.








Hasilnya ialah seperti ini uols.








Ni pelajar yang degil takmo dengar kata. Aku dah suruh lorek seperti ukiran kayu, dia pergi lorekkan seperti ini pula. Lepastu bangga konon dia punya cantik sangat. Gggrrrrr








Ni lagi satu degil. Corak pangkah pulak dia ukir. Senget pulak tu. Pelajar ni memang jenis yang ahh asalkan aku buat sudahh. Haa memang pemalas ok. Cincai aje. Yang pelajar perempuan ada seorang tu pun degil juga. Dia buat corak love pulak uols. Ok fine.



Inilah cerita projek simen ferro pertama aku. Alhamdulillah ia menjadi juga walaupun tak cantik mana pun.
Sebelum ni aku memang takde ilmu langsung pasal simen ferro ni. Dan apabila telah mengajar, barulah aku tahu tak lah susah mana pun sebenarnya. Korang yang baca pun sekarang ni tiba-tiba dah tahu macam mana nak buat kan. So bolehlah cuba buat sendiri lepasni.
:)



Byebye.




p/s : kamu-kamu yang bijaksana, yang pandai membuat simen ferro dan terbaca ini, kalau ada kesilapan saya di mana-mana tolong beritahu ye. Saya cikgu baru belajar. :)



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com