Followers

Pages

Tuesday, October 2, 2012

Hai Oktober. Please be nice..



Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah masuk bulan oktober dah. Sedar sebenarnya tapi rasa macam kejapnya masa berlalu. Kang tahun depan masuk tahun ketiga i'm being a teacher. Akhir-akhir tahun ni patut dah rasa kehangatan cuti sekolah, tapi kerja semakin menimbun-nimbun. Bila fikirkan balik memang boleh stress. Nasib baik i tak fikir sangat. Tak fikir sangat tu lah buat jadi lupa eh aku ada kerja apa eh? hahaha...


Nak-nak SPM semakin dekat ni kan. Tak tertanggung rasanya tahap kerisauan. Jam-jam ni jugak rasa taknak mengajar landskap. Hoi landskap tu bukan option aku kot. Tolong bagi aku mengajar subjek dalam bidang aku boleh takk? Stress sungguh la. Apa pun jadi tahun depan memang aku isi borang pertukaran. Tak sanggup duk sini lama-lama dengan persekitaran, sekolah, murid-murid yang tak kena dengan jiwa aku.
Tak sabar sangat nak mintak tukar ni!










Cak! iklan jap eh. hee..Gambar masa 'percutian lah sangat' kat Pengkalan Balak, Melaka.
Cerita pasal family day sekolah tu tah bila nak up entah. Mungkin sebab kenangan tu tak berapa nak manis kan, maka berat je nak update sini. Kita suka update yang manis-manis je. Tapi yang pahit tak dilupa, banyak mendewasakan aku. Terima kasih lah encik pahit. 




Semoga Oktober 2012 baik-baik sahaja.




Sunday, September 30, 2012

Jimba adik-beradik :)





Assalamualaikum.

Lama sangat tak keluar bersama-sama. Kalau keluar pun mesti berdua tak pun bertiga. Jarang sangat dapat berempat. Selalunya Pami tu lah yang kemain liat nak join sekali. Macam-macam lah alasan dia. Nyampah je..


Last week, abah call Pami suruh pergi jemput adik. So nak tak nak kena jugak lah dia pergi menjemputnya. hehe. Aku dengan Naim pun kebetulan ada kat rumah so join aje lah. Boleh pergi makan-makan. :)









Yeay cukup adik beradik!
Adik habis kelas pukul 4 petang. So lepas ambik dia terus kitorang terjah Sunway Pyramid. Cuci-cuci mata je. Nak cuci purse belum gaji kan uols. Telan air liur je lah. hee
Jalan-jalan kejap pastu masing-masing dah bising lapar. Bincang pulak nak pergi makan apa.










Ice skating kat sini manjang je ramai. Apa diorang ni takde keje lain ke? eh emosi plak tetiba kan. hehe..
Gambar atas ni kitorang snap konon-konon nak bagi yang kat bawah tu semangat. Semangat tengah buat tarian Oppa Gangnam Style tu uols. Geli je tau. Padahal tah pape je pun. Bukan suka pun, saja nak bahan tapi makin ramai orang duk tengok diorang beroppagangnamstyle di bawah tu, makin rancak pulak diorang. Mencari publisiti sungguh. Tak kuasa tauu.


Ada anak murid aku yang chinese sebok jugak ber'oppagangnam' kat dalam kelas tau. Time-time aku leka mengajar murid lain ke, dia beroppa kat situ. 


'Ha kau jangan nak opah opah gangnam sangat eh..paper saya pun kau tak pernah nak lulus kan?'


'Saje je cikgu...lulus cikgu lulus..hehe..'



Tau pulak dia malu. kekeke..










Ok. Dah sampai pun kita. Poyo je nak cari kedai makan yang takde kat Seremban. Last-last ke pizza hut jugak. haha..
Pami dengan jam online baru dia.












Saya dengan gelang bunga baru. eh..hehe..
Tapi memang gelang tu baru beli. Pertama kali nampak rasa macam sweet je gelang tu. Terus beli walau duit dah nyawa-nyawa ikan dah. kekeke...
Sweet kan uols? matiilah mintak puji.











Naim.
Result dia dah keluar dah. 3.6+. Tahniah ye Naim. Bila masa ko belajar akak pun tak tahu tetiba je result ko dah macam tu. hehehe..













Adik yang asiklah membizi. Dah lah dia punya interview ke exam toefl dia tu jatuh masa Pami kawen. Boleh? Nasib baik masa tu kenduri belah perempuan. Nanti kena laju-laju jugak datang kenduri tau? huhuhu...













Makan time. :)
Habis makan terus nak balik dah. Tapi menyesat kejap sebab lupa parking kereta kat mana. Level mana wing mana. So dah jadi macam jalan-jalan jugak lah sambil-sambil tu kan. Pastu tetiba jumpa Zizan. Betul-betul ngam kitorang lalu sebelah dia pastu Pami salam dan nak ambik gambar. Terus je PA dia tolong ambikkan. Sporting sangat. :)










Taraaa!
Berbaloi jugak kitorang sesat cari parking. Dapat bergambar dengan Zizan. Uols hado? hehehe..
Tapi dia nampak penat sangat. Penat-penat pun dia layan aje. Kata-kata akhir dia before pergi ialah Selamat hari raya. Boleh tak? haha..sengal je tau. :)



Sekian cerita jimba saya adik beradik. Salam hujung minggu!






Friday, September 28, 2012

Open House Warga Pendidik Daerah Tampin



Assalamualaikum.

Tahun ni tetiba kena pergi majlis terbuka aidilfitri untuk warga pendidik daerah Tampin. Tahun lepas senyap sunyi je tak tahu menahu pun. Awal-awal lagi kitorang dah di'booked' untuk jaga booth sekolah kat pejabat pelajaran sana. Amboi tau pilih yang vogue-vogue aje suruh jaga booth. eh..


Setiap sekolah dalam daerah Tampin dah diagihkan tugas masing-masing. So, sekolah kitorang kena sediakan desserts. I likee. Manis-manis lemak-lemak ni memang aku suka. hehe...










Macam-macam menu disediakan. Ada sate, lemang, rendang ayam, rendang daging, rendang maman, laksa penang, bubur pulut hitam, buah-buahan, pelbagai jenis kek, air panas, air sejuk, kambing golek (sangat sedap dan laku), dan apa-apa lagi lah. Sangat lah banyaknye.












Ehem. Rajin tak weols? kekeke...
Aku dengan Una tengah memasak jeli strawberry untuk layer paling atas puding triffle.
Pagi tu, merewang lah kitorang kat bilik memasak kemahiran hidup sekolah. Kitorang kena sediakan desserts kan. So menu yang dipersetujui ialah jeli kelapa, puding koktail, puding karamel dan puding triffle. Berpeluh-peluh semua mengerjakan semua tu. 










Terpaksa mintak tolong pelajar form 1 aku. Kebetulan masa tu waktu kh aku dengan diorang. Nasib baik diorang ni memang boleh diharap. Sangat membantu. :)













Puding triffle in progress...













Berposing sempat aje tau semua. Amboii...hehe..
Pukul 11 pagi semua makanan settle. Kitorang balik rumah, mandi-mandi, siap cantik-cantik (eh..cantik lah pulak kennn? hee), pastu beli ais untuk masuk dalam bekas polistrin supaya jeli kelapa dan segala puding tu stay cool aje pastu zass kita ke Tampin sana.












Dah sampai!
Susun-susun semua pastu gilir-gilir pergi cari makanan dari satu booth ke booth yang lain. hehe..













Tujuh orang cikgu perempuan dan dua orang cikgu lelaki mewakili sekolah kami. 














Kemain laku tau especially puding triffle dan jeli kelapa. Macam pakai pelaris je. cewah! haha..
Belum sempat pukul 3 dah licin dah semua. Padahal orang-orang besar belum meronda lagi. Camne tuh? hehe..












Geng-geng bujang yang SENTIASA dapat kerja. Macam takde cikgu lain kat sekolah tu tau. lalala...
Tapi ada geng gorgeous ni, aku layankan aje.




Sekian.



Thursday, September 27, 2012

Acara makan-makan malam sabtu



Assalamualaikum.

So kita teruskan dengan entri makan-makan bbq yang aku cerita haritu. Petang tu kitorang beli barang-barang untuk dibakar. Nak buat cukup-cukup je. Taknak terlebih taknak terkurang. Sampai je rumah terus perap ayam, daging, sotong dan udang.

Lepas maghrib, terus kitorang mulakan hidup bara api. Buat kat depan rumah je. Siap pasang kipas besar sebab asap kemain banyak. :p









Adik dan Naim si tukang bakar.













Ayam bahagian thigh dengan drumstick je. (matilahh..bahagian berlemak je..habis diet)
Perap sekali dengan sosej.












Sotong dan udang perap lain. Kena lebih asam kan.











Wow! nampak vogue kan ayam tu? hehe..
Tetiba rasa lapar pulak nih. :p












Daging dan tongkeng ayam. Dua-dua ni sedap amat. Ada ke yang tak makan tongkeng? Rugi ok. kekeke...
Daging tu pun sedap juga. Half cook pastu cicah sambal kicap terus makan. Memang umpphh! :p
*teringat-ingat ni..sedapnya..










Udang. Biasa-biasa je.











Tahu bakar. Ni memang terbaik. Rangup je.













Salad! Our favourite.










Dan puding koktail sebagai desserts. Sedap sedap.
Memang lupa betul dengan diet malam tu. Terus lupa diri. hehe..
Suka lah buat bakar-bakar macam ni. Rasa meriah je rumah. Tapi syaratnya semua pun kena rajin dan cukup ahli keluarga di rumah. Ala-ala one happy family at home gituw. :)





Monday, September 24, 2012

Alkisah hadiah harijadi yang tak habes-habes



Assalamualaikum.

Kelmarin lepas keluar beli barang dengan adik-adik, tetiba sampai rumah adik hulur buku dan kad. Aku macam blur je. Happy belated birthday katanya. Alahai lah..punyalah dah lama kan. hehe...
Tapi aku suka je. Dapat kad semata-mata pun hati dah jadi pink. :)









Aku suka kad ni. Gojes je dipandang. eh...
Adik lah yang paling banyak bagi kad. Suka sangat dia bagi kad. Kad birthday, kad hari guru, kad congratulations, kad raya pun pernah bagi kot? hehe...
Semua kad disimpan elok. Rasa sayang je. Nak simpan buat koleksi untuk ditunjuk pada cucu cicit nanti. eh over..











Pastu merepek apa adik bagi buku 'Nota cikta buat cikgu' tu. hehe.. Aku pernah nampak buku ni dan macam nak beli tapi tak terbeli. Berat je nak beli rupanya ada orang nak bagi. :)













Oloh oloh oloh...
Terima kasih, adik. I'm glad to have sister like u too!












Ni adik yang dulu. Sekarang dah berubah dah. Dah lama aku nak cerita pasal perubahan adik tapi tak tertaip-taip sampai sekarang. hehe..insyaAllah nanti i cerita ye. :)




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com