Followers

Pages

Thursday, June 5, 2014

Goodbye SMG Volleyball Team



Assalamualaikum.






Aku kalau tengok gambar dengan Ester ni lama lama boleh jadi sedih juga tiba tiba ni. Dari dia tingkatan  1 sampai tingkatan 3 aku menguruskan urusan bola tampar dia. Dah mula rapat. Dulu dulu rajin gila aku belikan dia hadiah. Bagi hadiah tanpa sebab kadang kadang tu. Tapi sejak kahwin ni dah berkurang sikit aku belikan dia hadiah. Beli hadiah pun kalau ada sebab macam hari jadi ke, bagi coklat kalau dia nak bersukan ke. 
Dengar cerita dia pun nak berpindah jugak tapi tak tahu bila maklumlah anak askar kan. Memang hidup berpindah randah aje. So sebelum dia pergi meninggalkan aku, better aku yang pergi dulu meninggalkan dia. Ni aku dapat pindah ni pun aku tak bagitahu dia lagi. Tak sempat uols. Result keluar pun masa cuti kan. Nasib...








Geng geng sarawakian. Terima kasih kerana menjadi anak murid yang sangat sporting.
Diorang ni jugak paling rajin datang training petang petang.









Ni geng geng Melayu.









The captain. Pernah jugak aku ada krisis dengan budak ni tahun lepas. Aku tegur dia masa bawak team diorang ke kejohanan bola tampar peringkat negeri. Dia nak tunjuk dia dah besar tak boleh nak kena tegur agaknya. Teruslah masam mencuka je dengan aku. Tegur pun tidak. Tapi lama lama dia datang mintak maaf balik. Alhamdulillah...
Cikgu tegur ada sebabnya. Bukan cikgu benci tapi sayang. Tahun ni terus aku lantik dia jadi kapten memandangkan ni dah tahun akhir dia kat sekolah kan.
Terima kasih kerana banyak beri kerjasama, Farah. Semoga berjaya dalam SPM tahun ini.










Team perempuan 18.










Konon nak tunjuk perut tapi masa ni mana nak nampak perut lagi. Aku je yang sendiri tahu perut aku besar mana masa ni. hehe..
Masa ni aku mengandung 3 bulan :)









Nak lompat sangat. Haa lompat lah. Aku layankan je.









Masa game mula lah masing masing nak nervous sangat. Padahal boleh je main. Kalah dengan team yang tak sepatutnya tu yang aku stress tu. Dah lah kena berkorban berpanas segala. Burn jugaklah muka ni walau aku berpayung. Tapi bahangnya uolss..nak taknak tahan jela.
Akhirnya memang takde rezeki SMG tahun ni. Team perempuan dua dua kategori dapat naib johan je. Next year, make sure korang johan yee. Semoga dengan pengganti cikgu nanti, kamu semua lebih bersemangat. Berusahalah.







Team perempuan 15 dan 18. Disebabkan dari awal tahun dah bersama setiap petang, maka aku rasa sedikit rapat dengan mereka mereka ni. Waktu training petang petang tu lah aku kenal sorang sorang pemain bola tampar ni. Tahun depan dah tak jumpa lagi. Sob...sob...

Disebabkan aku dah pun mengandung masa tu kan, dengan berat hati aku tarik dari dari menjadi pengurus pasukan diorang untuk kejohanan peringkat negeri. Aku kena jaga diri sendiri dan baby dalam kandungan. Masa diorang latihan pusat dan pergi kejohanan tu, hati aku ni teringat ingat, terbayang bayang je diorang kat Paroi sana. Menang ke tak ke. Walau aku tak ikut, tapi semangat aku tetap bersama diorang tak siapa pun yang tahu.







Semoga team bola tampar SMG sentiasa maju dan berjaya di masa akan datang. Terima kasih untuk semua kenangan dari mula cikgu jadi coach di sekolah tu sehingga tiba masanya cikgu berpindah pergi. 
Selamat tinggal semua.....



*lap lap hingus*





0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com