Followers

Pages

Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday : semangatnya dia tuu







Ehem. Awal sangat ke Zaza berpakaian macam ni?
hehe..



Tuesday, August 9, 2011

Happy 24th Birthday, Nurliana



Assalamualaikum.


 




.9 OGOS 1987.
Masih segar dalam ingatan ketika zaman belajar dulu. Tak boleh blah betul kalau nak sambut hari jadi dengan housemate. Macam-macam plan merepek dibuat untuk menyambut hari jadi kawan-kawan. Walaupun simple je, walaupun hanya memakai baju tidur, walaupun nak nyanyi lagu happy birthday to you agak malu-malu kambing, tetapi tetap berkesan kenangan tu dalam hati.



Teringat juga masa nak sambut birthday aku, diorang buat sehari awal sebab takut di hari jadi aku yang betul-betul nanti aku keluar dengan Kss. (zaman belajar dulu dekat uols so selalu lah keluar nyee ). Siap berlakon konon-konon roomate aku (Yunie) bergaduh dengan housemate aku (Anis). Poyo je diorang ni pastu suruh aku pergi pujuk Anis tu. Tiba-tiba padam lampu pastu ada kek yang dah nyala lilin lalu menyanyi lah mereka lagu selamat hari jadi. Hehehe comel je. :) Kek pulak ialah kek yang ditempah daripada kawan-kawan juga. Ahli Kelab Usahawan ke apa tah. Ohh rindu sungguh saat macam tu. :')



Teringat lagi bila malam hari jadi aku tu aku keluar dengan Kss. Makan-makan jalan-jalan sikit pastu dia hantar aku balik rumah sewa. Dalam hati dah hiba sebab masa keluar tu dia tak wish apa-apa langsung pastu takde singgah kedai mana-mana pun untuk beli hadiah untuk aku. (Hahaha sungguh tak malu ini perempuan :p)
Tiba-tiba bila dah sampai rumah sewa aku, dia bukak bonet belakang dan ambik bunga. Alololo....masa tu terus gembira tak boleh blah. Dari rasa nak nangis sebab sedih terus rasa nak nangis sebab terharu. Haha meh lempang sekali biar aku sedar diri sikit. :p


Tapi sekarang dah tiada. Zaman kerja sungguh berbeza dengan zaman belajar.
Punyalah kurang kasih sayang kat sini, aku boleh terasa hati dengan anak murid sebab diorang tak wish birthday aku siang tadi. :p
Diorang ingat birthday aku siap berborak-borak lagi pasal tarikh birthday aku tu. Tiba-tiba pagi tadi dalam kelas diorang buat tak reti je uols. Dan tiba-tiba aku pulak tertouching lebih. Apakah? hahaha :p
Anak murid Una yang lebih concern tau siap datang bengkel landskap semata-mata nak cakap selamat hari jadi cikgu. Dah masuk waktu ketiga belajar, baru lah anak murid datang pujuk..
cikgu..sorry lambat wish..kitorang terlupa lah birthday cikgu harini...
Ah sudahlah..cikgu terasa hati tauuu.
Anak murid, tolonglah lempang cikgu korang ni cepattttt! hahaha :p








Pergi mengajar landskap aku tak bawak handbag. Handbag aku tinggal je dalam bilik penyelaras ICT sebab tu je paling dekat dengan bengkel landskap. Habis kelas landskap, bukak handbag lalu terjumpa ini.
:)


 






with love : Una + Kay + Bubu + Cici
alolololo comel sungguh. hehe...:)
Thanks housemate. Muah!



Aktiviti aku lepas balik sekolah siang tadi ialah mereply wall post dari kawan-kawan yang wish birthday aku kat facebook. Punyalah gigih sampai satu tahap facebook tu keluar error. YOU CANNOT COMMENT ON THIS WALL POST! hehehe.
So kepada kawan-kawan yang aku tak reply tu aku mintak maaf ye. Terima kasih kerana sudi menyampaikan ucapan selamat hari jadi, ucapan semoga panjang umur, ucapan semoga murah rezeki, ucapan selamat tua, ucapan semoga muda selalu...eh ni aku reka, dan soalan bila nak kahwin? Okbye.








Ehem. Nombor plat Zaza ialah NCM 918 uols.
918 tu ialah 9/8 sempena harijadiku. :)




Bye. :)






Sunday, August 7, 2011

perihal Ramadhanku tahun ini



Assalamualaikum.
Harini nak cerita tentang Ramadhan di tahun ini. Alhamdulillah dah hampir seminggu kita berpuasa. Tahun ni aku berpuasa di tempat baru dan suasana baru iaitu di rumah sewa kat Gemas sana.


Rumah sewa aku tu ialah taman perumahan. Majoriti yang duduk di situ memang penduduk kawasan tu lah termasuk pelajar-pelajar di sekolah tempat aku mengajar. Keluar rumah nak siram pokok pun dah nampak anak murid lalu naik motor. Keluar rumah nak pergi beli kicap kat kedai depan pun dah nampak anak murid beli rokok. eh...
Betapa kehidupan aku di sana memang berlatar belakangkan status guru. Kejap-kejap 'cikgu!'. Kang pergi sana ada lagi 'cikgu!'. Pergi sini pulak...'cikgu!' lagi. Oh anak murid..kau buat saya rasa seperti artis apabila duduk di sini. kekeke :p 
Gemas tak besar mana uols. Mana pun kau pergi pasti ada je anak murid. Bersepah-sepah je diorang ni tau. Langsung tiada privacy. :p


Rumah kitorang tu kalau waktu malam memang romantik uols. Tengok dari luar macam tak pasang lampu. hehe..Itu pun anak murid persoalkan. Cikgu, semalam cikgu pergi mana? Rumah cikgu gelap je? Erk!
Ada jugak tambahan yang lain. Cikgu, cikgu duduk rumah tu tiga orang je kan? Kenapa kasut banyak gila macam duduk seploh orang? Erk lagi.
Ikut hati nak je jawab.. Korang jangan sibuk badan (busy body) boleh? hehehe :p
Tapi dalam diorang sibuk-sibuk badan tu, ada jugak yang tiba-tiba pin! pin! depan rumah hantar durian uols. :))


Aku dan housemate pergi sembahyang tarawih jalan bertiga pun dah 'cikgu! nak pergi sembahyang keeee?' Hadoi anak murid, kau ramah sangat pun tak elok nak... :p
Dah habes sembahyang trawih kan..masa salam-salam dengan penduduk kat situ, ada sorang makcik ni tanya kitorang..Anak-anak ni duduk mana? Tiba-tiba ada yang tolong jawabkan uols. Ohh diorang ni yang duduk sebelah rumah tetttt tu. Err betullah tu makcik. hehehe...


Hari pertama puasa, jiran sebelah bagi bubur kacang campur durian.
Hari kedua pulak anak murid aku datang hantar kuih muih. Lepastu anak murid Una pulak datang bagi rambutan dengan air soya jagung. Ya Allah...betapa murahnya rezeki menjadi seorang guru dan hidup dalam kelompok seperti ini. Alhamdulillah :)



Sekarang dah mula risau. Kang raya nanti confirm rumah kena serbu. Kerusi pun takde. Anak murid bukan betul tu kang kalau kena duduk kat lantai je. Tak pasal-pasal je kitorang kena tuduh miskin kang kerusi tak mampu beli. kekeke...
Dah la meja masak kat dapur tu kitorang rembat meja sekolah. opps! :p








Tiba-tiba teringin nak makan A&W.
GULP!


:p



Saturday, August 6, 2011

hai lappy baru adik



Assalamualaikum.
Cerita minggu lepas tiba-tiba baru nak update harini boleh? :p
Dua hari sebelum puasa ialah hari berkeluar-keluaran bersama keluarga. :)))






Makcik sorang ni nak beli komputer riba sebab dah mula nak buat assignment segala. 

Ko nak notebook ke netbook dik?

Entahla mana adik tau..mana-mana pun boleh.

Nak murah netbook lah macam kakak pakai tu. Nak selesa pakai notebook. Besar sikit.

Alaa perempuan pakai jelah netbook. Buat assignment ngan main internet je bukan nak main game pun.

Dah alang-alang beli..baik beli yang puas hati terus. Kalau netbook kecik saiz dia. 

ha tu lah...bla...bla..bla...


(color font menggambarkan orang yang berbeza..hee)






Kalau ikutkan aku yang kuat berjalan ni, memang haruslah ku ajak tengok-tengok komputer riba di Low Yat sana. :p
Pastu abah pun tiada berapa nak setuju dengan aku. Abah cakap kalau beza harga setakat RM100 baik beli kat depan mata ni je ha. Hamboi depan mata tau. Betapa nak beli kat Seremban tu je. hehe..
Dah begitu katanya kan..kitorang adik beradik pun baiklah baiklah je lah....*pasrah
hehehe...







Last-last ambik notebook. 
Nak tunggu diorang siapkan notebook tu dengan semua free gifts dah makan masa sejam ok. Jadi janganlah ditanya kenapa begitu sakan kitorang bergambar. :p







Ibunda pun layan aje anak-anak dia menggedik depan kamera. :p
Kalau ikutkan aku yang kuat makan ni, memang nak aje aku jom semua kita tunggu kat kedai makan jelahh. Ada juga faedahnya kan. haha :p
Tapi adik puasa pulak. Puasa ganti uols. Ganti puasa last minute memang hobi dia agaknya. Dah semua orang pun tiba-tiba kena puasa juga takleh nak lepak-lepak makan dulu. Kecewa sungguh i yang tengah lapar masa tu. :p







Pesanan buat adik,




1. Lain kali jangan ganti puasa lambat-lambat. Kalau tak sempat kan ke pening kepala nanti?
2. Jaga notebook elok-elok. Gunakan sebaiknya. Jangan nak update belog aje. eh... :p




Dan akhirnya kami sekeluarga menemani adik berbuka puasa di luar.
:)




Friday, August 5, 2011

Pelengkap Hidupku






Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu......





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com