Followers

Pages

Tuesday, June 3, 2014

Jangan Makan Udang bersama Vitamin C !



Assalamualaikum.

Ni cerita sebelum aku disahkan pregnant bulan Januari haritu.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku makan tengah hari lauk udang galah masak lemak cili padi dengan rebung.
Memang dah jadi kewajipan aku setiap hari after lunch memang makan sebiji vitamin c.




After lunch tu aku dan Afzan pun plan nak pergi tengok wayang.
Masa tu nak tengok cerita Robocop.
Selepas beli tiket wayang, kitorang pergi minum coconut shake kat Klebang dulu sebab wayang start pukul 8 malam.
Masa minum minum tu aku dah mula rasa tak selesa.
Gatal sana sini.
Aku ingat gatal biasa je.
Lama lama sampai ke kepala rasa gatal gatal.
Habis minum, masuk dalam kereta baru Afzan tegur muka aku dah merah bengkak bengkak. 
Tangan pun sama!
Masa tu gatal jangan cakap lah.
Gatal gila kot. 
Tangan dah mula bengkak bengkak.
Aku cakap nak pergi farmasi lah beli ubat alergik.
So sampai Jusco, singgah farmasi nak beli ubat.
Boleh pulak farmasi tu, kaunter beli ubat tutup.
Hadoyai.
So aku beli bedak merah untuk gatal-gatal tu je.
Dah beli, aku masuk toilet dan terus sapu bedak tu satu badan.
Satu badan dah mula gatal, bengkak bengkak.
Habis sapu bedak, aku rasa tak berapa gatal sangat.


So masuklah kami ke panggung wayang untuk tengok cerita Robocop.
Start je cerita tu, aku dah mula gatal gatal balik.
Afzan kata janganlah garuuuuu!
Dia tak tahu betapa aku seksa tahan gatal.
GGGGrrrrrrrrrr..
Seminit pun aku tak dapat fokus tengok cerita Robocop tu.
Nak menangis rasanya aku tahan gatal satu badan.
Sampai ke kulit kepala pun gatal.
Tak tahu nak describe macam mana.


Dalam setengah jam lepastu, aku bisik kat Afzan yang aku memang tak boleh blah tahan gatal ni.
Nak kena keluar pergi klinik jugak ni.
Tak tahan sangat sangat sangat.
Afzan kata okay okay.
Aku kata aku nak pergi toilet dulu lepastu dia follow up keluar jugak.
Berlari aku keluar panggung tu nak ke toilet sebab tak tahan sangat nak menggaru.
Nasib lah toilet wayang tak berapa nak ada orang sangat kan.
Masuk je toilet aku bukak jeans aku tarik baju aku bukak tudung..
Teruslah aku menggaru sesungguh hati.
Tak dapat aku terangkan betapa nikmatnya menggaru satu badan yang tersangat kegatalan waktu tu.
Lama jugak aku menggaru.
Kaki, betis, perut, tangan,leher, kepala. 
Semua aku garu.
Semahu mahunya aku garu.
Puas hati!

Habis je menggaru, tangan aku tiba-tiba menggigil.
Eh dah kenapa pulak aku ni?
Nak pakai jeans and tudung balik pun ambil masa yang lama sebab tangan rasa lemah sangat.
Pelik.
Tapi aku gagahkan jugak.
Habis pakai tudung semua, aku keluar toilet.
Aku nak pergi kat cermin nak tengok muka aku apa rupanya.
Makin bengkak ke dah bertukar wajah ke apa kan.
Tapi kaki aku tak boleh melangkah uols!
Menggigil kaki.
Pandangan mata aku pun kabur je.
Ah sudah.
Aku papah je tepi dinding jalan slow slow macam orang uzur.
Nak capai handphone dalam handbag pun tak mampu.
Handphone silent pulak tu.
Aku rasa aku kat toilet memang dah sangat lama.
Aku rasa pandangan aku kabur kabur kabur....dan terus aku rebah.


Dalam keadaan rebah tu, sedar tak sedar aku capai jugak handphone dalam handbag.
Ada calling dari Afzan

Ayang kat mana? Lamanya pergi toilet....

Kat toilet...

Aku mampu jawab tu je. Terus aku rasa pandangan aku gelap.
Aku sedar sedar je Afzan dah kat aku.
Dia kata kenapa ni?
Dia bagi aku hidu minyak cap kapak n picit kepala sikit, baru aku sedar.
Aku cakap tiba tiba je..tak tahu kenapa.
Dia kata dah dah jom pergi klinik.
Masa tu sempat pulak dia kata kat aku...Ayang ni pregnant ni..Ni mesti pembawakan budak..
Haha sempat lagi tu.


Tapi masa tu aku memang tak larat nak jalan.
Kaki aku ni rasa tak jejak je.
Afzan lah yang tolong papah aku.
Hahaha macam dahsyat sangat je kan.
Keluar wayang je macam orang sakit teruk :p
Yang peliknya, lepas aku pitam tu terus gatal gatal hilang.
Bengkak bengkak kat tangan, muka, badan semua pun hilang.
Memang magic show popeye betul tau.


Sampai klinik, aku lemah lagi.
Doktor tanya kenapa.
Aku cakap aku gatal gatal dan pitam.
Doktor tanya siang tadi awak makan apa.
Aku cakap aku makan macam biasa. Ada makan udang galah.
Doktor tanya ada makan vitamin c?
Haaa itulah puncanya rupanya.
Selepas makan udang tidak boleh makan vitamin c!
Doktor tu kata udang bergabung dengan vitamin c boleh menghasilkan asid arsenik dalam perut dan boleh membawa maut.
Ya Allah! Seram aku mendengarnya.
Nasib baik tak jadi apa apa kat aku.
Doktor bagi ubat dan suruh aku rest je.
Afzan lain pulak ditanyanya.
Dia kata aku ni tengah period tapi tak keluar darah tapi keluar macam hujung hujung datang bulan tu...adakah isteri saya mengandung??
Hahaha aku dengar pun nak tergelak.
Doktor kata nanti dah terlewat datang bulan, bolehlah buat pregnancy test.
Kamu baru berkahwin ye? Senyum senyum je doktor tu.
Hahaha..
Excited tau suami saya tu doktor :)


Lepas je kejadian tu dan aku disahkan pregnant..mulalah kitorang selalu dengar 'Hai baby robocop!' dari abang Afzan kalau balik rumah Melaka. hee


So kesimpulannya di sini.
JANGAN AMBIL VITAMIN C BERSAMA UDANG.
Boleh ambil tapi jarakkan lah dalam dua jam ke macam tu.
Okay?
Semoga menjadi iktibar bersama.
Bye.






Saturday, May 31, 2014

Good Bye 5 Zamrud



Assalamualaikum.

Tahun ini semangat untuk hias kelas 5 Zamrud masih  ada. Semangat tu ada sebab pelajarnya juga semangat. Sama-sama nak membantu. Tapi kebiasaannya masuk je kelas nak kena bagi arahan  dulu baru diorang buat. Sapu sampah, susun meja, lap tingkap, buang sampah semuanya pun nak kena suruh baru buat. Kalau tak, jangan haraplah masing masing nak buat. Semua pun berkira padahal sendiri yang nak belajar dalam kelas tu. 








Papan kenyataan belakang kelas. Ambik. Warna warni terus aku buat. Biar pun macam kanak-kanak ribena tapi aku sendiri pun suka tengok sebab ceria je. Penghuninya gangster gangster tapi kelas macam tadika hahaha. 










Alas meja guru ni tahun lepas punya. Tapi aku dah beli yang baru color merah belang-belang. Tak sempat pulak nak ambik gambar.












Sudut tepi kelas.











Papan kenyataan di hadapan kelas.











Hadapan kelas. Tertanggal tanggal dah nama nama pelajar kat atas tu. Selagi aku tak kerah diorang betulkan, memang camtu je lah sampai bila bila pun.











Sudut hadapan kelas di bawah whiteboard. Ni idea tiba tiba datang. Kertas color hijau terlebih beli masa tu last last buat daun daun macam ni. Baru ada rupa hutan belantara sikit. kekeke










Carta organisasi kelas dan jadual waktu kelas.











Suasana ketika ujian bulanan.










Ini ketua tingkatan 5 Zamrud. Pelajar ni paling famous kat sekolah. Ramai yang sibuk pertikaikan kenapa aku lantik dia jadi ketua tingkatan sebab dia pelajar yang nakal, tak dengar kata, suka buat hal, sukat buat pasal, selalu ponteng dan suka menyakitkan hati cikgu. Cikgu apa sekali pun, pasti tak terlepas menceritakan keburukan dia ni kat aku sebab aku ialah guru tingkatan. 

Kenapa lantik dia jadi ketua?

Takde orang lain yang baik sikit ke?

Eh ehh aku kalau dengar orang mengomen pasal tu nak je aku balas kau je lah yang jadi guru tingkatan nak?? Aku kenal pelajar 5 Zamrud ni dari diorang 4 Zamrud lagi. Aku ada alasan sendiri kenapa aku pilih dia. Aku nak dia ada tanggungjawab setiap pagi kena bagi kehadiran pada aku, setiap hari kena arahkan kawan-kawan kemas dan bersihkan kelas. Dan pada amatan aku, pelantikan dia sebagai ketua tingkatan ialah berjaya! Dia pun rajin datang sekolah. Nak harap pelajar lain? Assalamualaikum je lah. 

Lepas ni, mana mana cikgu yang ambil alih tugas aku, aku harap boleh teruskan mengharap pada pelajar ini. Percayalah bila kita berikan tanggungjawab padanya, dia ada rasa dihargai sedikit.











And akhirya, ada juga kenangan buat Cikgu Liana sebelum berpindah pergi. :')
Selamatlah tingkatan 5 Zamrud yang banyak memberi pengajaran dan pengalaman pada guru tingkatan yang tak seberapa ni. Semoga semua pelajar 5 Zamrud berjaya dalam kehidupan. Terima kasih untuk semua yang pernah kita lalui bersama. Terima kasih sangat sangat.



Selamat tinggal 5 Zamrud.






Sunday, May 25, 2014

Nikah Lyanafzan :: 29 November 2013



Assalamualaikum.

Dah hampir 6 bulan kami mendirikan rumahtangga. Dan baru kini aku nak update cerita nikah kat sini. hee
:p
Baju nikah kami ialah serba putih. Walaupun sekarang ni trend baju nikah ada color color kan tapi kami memilih putih kerana rasa lebih suci murni gitu. Baju nikah aku ni aku tak berapa berkenan tapi sebab dah tiada pilihan kat butik Qisya yang banyak masalah tu, ku gagahi jua memakai baju ni. Kalau ikutkan dah banyak kali alter dah baju ni tapi tetap juga di hari kejadian baju ni ada masalah. Geram je aku dengan butik tu. Jadi, aku nasihatkan warga Seremban yang bakal berkahwin elakkan diri dari ambil pakej di Butik Qisya tu ye. Butiknya ialah di Bangunan Mara yang ada butik tudung D'Haja tu. 
Masalah yang aku lalui sepanjang menjadi customer butik tu ada aku ceritakan di SINI.







Kami bernikah selepas sembahyang jumaat di Masjid Negeri, Seremban. Aku bersiap di butik pegantin. Perasaan? Nervous tak sangat tapi risau sebab dah lambat. Sampai butik, mak andam belum ada lagi. Boleh? Pengantin yang kena tunggu mak andam sampai. Dah lah aku yang kena pergi sana. Nasib baik tak berapa lama nak kena tunggu tu. Masa bersiap tu, Pikah yang ada temankan aku. So sama sama lah kalut masa tu. Dengan salah lorong kat masjid tu lagi. Keluarga aku dan pihak pengantin lelaki dah lama sampai dah. haha.. 








Pengantin lelaki. Yang nervous mungkin...









Pengantin perempuan. Yang ketika ini jugaklah tekak nak batuk batuk. So sentiasalah aku makan gula-gula masa tu taknak bagi tekak kering.










Hantaran kami. Tema color hantaran dari aku ialah peach silver dan dari Afzan ialah purple green.















Macam biasa hantaran aku maksu Alin yang buatkan. Thanks maksu :)








Suasana petang tu. Orang memang tak ramai. yang memenuhi ruang dalam masjid hanyalah keluarga aku dan Afzan. 










Abah sendiri yang nak menikahkan kami :)
















Alhamdulillah dengan sekali lafaz, kami pun sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.









Perasaan aku masa tu ialah lega dan macam eh betul ke ni? hehe..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan kami dan membawa kami ke gerbang perkahwinan. Semua ini ialah aturanNya. Aku bersyukur sangat kerana perjalanan kami hingga sah bergelar suami isteri pada hari tersebut berjalan lancar macam dah dirancang bertahun lama padahal perancangan kami baru beberapa bulan. Alhamdulillah Allah Maha Besar. Sebaik baik perancang ialah Allah jua. Rasa nak menangis tapi ku tahan jebat. Belum menangis pun bulu mata palsu aku nak tertanggal apa tah lagi kalau menangis kan. haha..
Yanty dah pesan dah sebelum tu, baik ko jangan nangis na...bulu mata palsu ko nak tertanggal dah tu. Hahaha bertambah nervous aku kalau bulu mata tertanggal! :p










Penyerahan mas kahwin.










Upacara batal air sembahyang.











Alhamdulillah :)












Hai suamiku. Bila tengok balik gambar ni rasa macam baru semalam kami bernikah. Sekejapnya masa berlalu. Sekarang aku dah pregnant pun :) Alhamdulillah rezeki dari Allah lagi. Tu nanti aku buat entri lain eh..









Restu dari emak.









Restu dari emak juga. Eh dah ada dua emak? hehehe...









Keluarga belah Afzan.









Keluarga belah aku. Ni je yang sempat ada petang tu. Yang lain semua dah berkejar baliks sebab nak ready jamuan minum petang untuk pihak pengantin lelaki. Terima kasih semua kerana menjayakan majlis ni :)










Photoshoot sikit dalam masjid. Sempatt..









Masa ni buat video ucapan untuk adik kat US. Sedih kot adik takde masa aku nikah ni. huhuhu....









Semua dah bergerak untuk jamuan makan sikit, kitorang ada sesi photoshoot. Sekejap je katanya.
Alang alang dah bernikah kat Masjid Negeri, teruslah bergambar kahwin di Lake Garden sebelah tu je.



















Cepat cepat bergambar, cepat cepat juga bergerak pulang. Semua pun dah menunggu kami. hehe..
Settle pernikahan kami pada petang itu. So masing masing balik dan bersedia untuk majlis keesokan hari pula.








Selamat Pengantin Baru buat kami. Semoga hubungan suci ini dirahmati Allah sentiasa. Doakan kebahagiaan kami hingga ke pintu syurga. Aminnn.....





Wednesday, May 21, 2014

Teaser Photoshoot Nikah Lyanafzan







Tuesday, May 20, 2014

Update jugak kan?



Assalamualaikum.

Amboi lama sangat tak jenguk blog ni.
Bersawang penuh dah sana sini.
Sejak dua menjak ni tak berapa nak mengadap laptop lah.
Bukak facebook, twitter pun dalam handphone je.
Instagram je galak sikit.
hehehe...

Hujung minggu lagi lah jarang bukak laptop ni.
Bukak pun kalau nak taip soalan exam ke, nak buat jsu ke, nak buat analisis apa bagai ke.
Kalau tak memang laptop dipandang sepi jelah.
Tak macam dulu.
Pantang nampak laptop mesti nak online.
Tetiba malam ni gedik pulak nak merindui blog ini.
Kesian dia lama sangat diabaikan.

Cerita lagi lah banyak gila termiss nak cerita.
Rasa macam nak start aktif balik.
Rasa je lah.
Nak realisasikannya sama sama lah kita berdoa.
kekeke...








Nah gambar.
Aku kalau update kan wajib letak gambar.
Asal boleh je.
Jumpa lagi.
Banyak sangat cerita niiii.........bye!





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com