Followers

Pages

Thursday, April 12, 2012

p.e.n.a.t



Assalamualaikum.

Minggu ni terasa penat.
Tak tahu lah apa yang penat sangat.
Bukannya aku pergi bersukan berjogging lapan pusingan padang pun.
Tapi penat ni lain macam.
Dari hari Isnin haritu semua sibuk sebab pihak PPD nak datang hari Khamis.
Siang tadi lah diorang datang nye.
Dari kelas bawak ke bengkel bawak ke fail panitia, audit akademik lah apa segala mak nenek fail semua nak dicerap.
Paling penting diorang nak cerap guru!
Oh ini paling takut ok.
Mendapat pulak aku ada tujuh masa mengajar harini.
TUJUH masa ok.
Debaran tu setiap hari aku rasa tau nak menanti ke hari khamis.
Puas lah fikir nak buat set induksi apa, nak buat aktiviti apa, nak bagi latihan apa.
Siap bawak ke mimpi ketika tidur i uols.
Tak cukup dengan mimpi,
Malam semalam siap tidur tak lena.
Sekali la tu dengan amaran tsunami tu.
Kejap-kejap terjaga pastu tengok jam pastu fikir aktiviti murid aktiviti murid.
Dahsyat betul tau.
Aku pun tak pasti kenapa sampai macam tu jadinya.
hehehe..

Semalam cuti kan.
Tapi sekolah aku macam tak cuti ok.
Semua sibuk datang sekolah.
Buat itu buat ini, kemas kelas, hias kelas, siapkan fail lah, update carta kokurikulum lah.
Macam-macam.

Dan siang tadi.
Masa yang ditunggu-tunggu.
Aku yang kelas padat ni, satu kelas pun dia tak datang jenguk tau.
Penat i bertungkus lumus buat bahan bantu mengajar segala tu.
Penat i berdebar-debar saban hari.
Aktiviti berpusatkan pelajar kemain lagi siap pelajar pun tanya 'cikgu ni belajar ke main-main?'
Cikgu bersungguh-sungguh buat aktiviti untuk kau belajar kau kata kita nak main-main nak?
:p


Dan sekarang penat masih terasa.
Penat otak ni sebenarnya jauh lagi letih dari penat fizikal.
Penat fikir.
Penat berdebar (tiba-tiba)
Sekarang ni aku nak rehat je. 



Harap-harap tidur malam ni tak terjaga-jaga pastu fikir aktiviti pelajar lagi. :p




Saturday, April 7, 2012

Beauty Review : Ronasutra Mineral Powder


Assalamualaikum.

Hai uols. Pernah dengar tentang bedak ronasutra? Pertama kali guna dah berkenan dengan bedak ni tau. Dia bukan compact powder tau. Kena apply kat muka guna span muka. Serius ok kalau pakai waktu pagi, akan tahan sampai ke petang. Rasa berseri-seri je muka ni. Sangat-sangat best. :)

Meh i share dengan uols pasal bedak ni ye. Copy paste dari google je. :p


♥  PROFIL BEDAK

 -> Diperbuat daripada 100% tanah galian asli & bahan mineral terpilih untuk melindung, merawat & merapi wajah.
-> Berfungsi sebagai pelindung matahari(sunblock), bedak asas (foundation) serta bedak solekan.
-> Bebas daripada talkum, bahan sintetik, minyak, pengawet dan pewangi.



♥  KELEBIHAN BEDAK

* Melindungi kulit dari sinar UV matahari (SPF 35), habuk, kotoran dan bakteria
* Merawat & mengurangkan masalah jerawat & resdung, iritasi kulit disebabkan "peeling", pori kulit yang besar serta kulit berminyak/kering
* Sesuai untuk semua jenis kulit, umur & jantina
* Boleh dipakai semasa waktu tidur tanpa mudarat
* Merapi & menyerikan wajah dengan hanya satu sapuan. Tidak perlu guna foundation berasingan. Serbuk halus & lembut, tidak kelihatan bertepung
* Tahan lama & menghalang kulit berminyak;
* Formula halal & suci serta bebas pewangi boleh dipakai pada waktu solat/haji
* Tiada tarikh luput.






Saya memakai Ronasutra Mineral Powder color cream peach. Apply bedak ni selepas kita sapu moisturizer. Selepas beberapa ketika kan, bila krim muka kita tu sebati dengan bedak ronasutra ni, kita dapat lihat muka kita macam glowing-glowing gitu. :)






♥ 5 JENIS PILIHAN RONASUTRA MINERAL POWDER

01 : Cream peach - Kulit cerah kemerahan
02 : Sawo yellow - Kulit cerah kekuningan
03 : Natural buff - Kulit sederhana kekuningan
04 : Honey - Kulit sederhana kemerahan
05 : Mocha - Kulit gelap



Aku pilih kod 01 : Cream Peach sebab konon-konon perasan kulit aku cerah kemerahan. :p Padahal rasanya aku sesuai pakai kod 02 atau 03. Tapi bila guna kod 01, tetiba je muka pun jadi merah-merah sikit. Automatik je uols. Maka teruskan aje pakai kod 01 tu. Sangat puas hati. :)






Baru petang tadi i repeat beli Ronasutra Mineral Powder ni. Sekali beli boleh tahan dalam dua bulan lebih uols. Padahal guna setiap hari. Memang jimat sangat tau. :)
Boleh beli di kedai-kedai kecantikan atau kedai-kedai jamu. Harga dalam RM 40++ macam tu.
So pilihan di tangan anda. Anda yang menentukan *tiba-tiba sangat kan








Jom berbedak-bedak gegurl semua :)

 

Tuesday, April 3, 2012

Welcome Cikgu Kamal!



Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah setahun tiga bulan aku mengajar subjek landskap.
Mula-mula rasa berat sangat.
Rasa tak boleh blah mengajar subjek tu.
Rasa beban sangat nak mengajar murid tanam-tanam segala.
Rasa kasar sangat mengajar simen ferro, buat kolam, buat pergola bagai tu.

Tapi lama-lama dah mula jatuh cinta sikit.
:)
Dan sekarang dah rasa agak serasi.

Pagi tadi.
Tetiba ketua bidang datang jumpa aku.
Dia bagitau cikgu landskap yang dah pindah dari sekolah kitorang dah datang semula.
Sebelum ni dia pergi sambung belajar ke apa tah.


Aku diberi pilihan sama ada nak terus mengajar landskap atau tak payah dah.
Gugurkan landskap dan pilih untuk mengajar subjek lain.
Sains ke sivik ke PJ ke PS ke apa ke.
Macam mana ni.
Tak tau nak buat pilihan.
Tak tau. Tak tau.

Kalau benda ni berlaku tahun lepas,
Memang dengan pantas aku akan kata yes.
Tanpa ragu-ragu tau.
Tapi benda ni berlaku sekarang pulak.
Masa aku dah seronok-seronok mengajar subjek tu.
Masa aku dah ngam dengan students landskap semua.
Benci situasi ni.
Betul-betul dalam dilema ni.


Rasa nak lempang cikgu baru datang tu. (tetiba)
Tapi tak jadi sebab nama dia Cikgu Kamal.
oh myyyy!!!
Kenapa nama cikgu tu Kamal pulakkk.
hehehehe (eh tetiba suka tak tentu pasal padahal tadi emo)
Kalau betul-betul Kss yang datang mengajar sini kan ke bagus. Eh?
:p







Gambar masa mesyuarat PIBG last week. I dengan housemate semua tak bertuah ok. Sebanyak-banyak hadiah untuk cabutan bertuah, seketul pun takde yang kena tau. Memang kena mandi bunga masing-masing ni.
Heeeee~




* Dalam dilema*





Monday, April 2, 2012

cantik bha kau itu. eh?



Assalamualaikum.
Meh layan lagu ni kejap.





Siang tadi masa kelas landskap.
Aku mengajar lukisan pelan rekabentuk landskap.
Sambil-sambil buat lukisan,
Anak murid aku asyikkk lah menyanyi lagu ni.
Ulang lah banyak kali.
Kejap-kejap nyanyi 'memang aku ini anak orang miskin'
Kejap-kejap lagi 'engkau memang cantik'
Kejap lagi pulak 'tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan, rumah ku pun tiada ada pun bapa punya'
Aku pun macam...
Eh lagu apa engkorang nyanyi ni? (konon feeling diorang reka lagu lagi buat cikgu ni)
Ala-ala lagu Cikgu Ayu dulu tu. hihihi...perasan tau.
Tak memasal je kena bahan cikgu ni tak up to date laa.
Eh?
Dah aku pulak yang tak up to date?
Lempang jugak nanti kang.
hehe..
Memang tak up to date lah agaknya kan sebab tak pernah dengar pun lagu ni?
:p





Eh uols up to date ke???
ekekeke...





Sunday, April 1, 2012

Bbq time!



Assalamualaikum.

Dah lama tak buat makan-makan satu keluarga di rumah. Semua sibuk dengan hal masing-masing. So sebelum bulan Mac melabuhkan tirai, marilah kita sambut harijadi mak pada 5 Mac haritu sebelum mak kecik hati sebab macam kitorang tak ingat harijadi mak je kan? hehe...






Kek separuh sebab semua boleh makan one slice je. Lebih dari tu confirm nanti tempat kek ialah di peti ais je berminggu-minggu. Tak habes kann.







Sepotong kek setiap seorang sudah cukup.





I je yang rasa tak cukup. :p


Dan malam tu, kita buat bbq sikit. Nak bagi rumah ada asap-asap sikit. heee...
Jom get ready untuk makannnnn!






Ayam dan sosej diperap dengan sos bbq.







Tutup dengan aluminium foil supaya lebih rasa gitu. Biarkan beberapa jam.







Lepas dah hidupkan bara, sesi cucuk mencucuk pula.







Ada mihun goreng kosong. 







Salad.







Mangga manisss.








Tauhu.









Sosej yang dah dibakar






Udang dan sotong bakar.







Sambal kicap.






Ayam dah dibakar.







Salad yang siap gaul dengan sos thousand island. Ni paling favourite! Sekelip mata je  dah licin. :p








Tauhu bakar pun laku. Rangup je bila dah dibakar.






And lastly. Air berkhasiat ni. :)
Selesai sesi makan-makan sefamily. Habis je bbq, satu rumah bau asap. :p
 Selamat Hari Jadi, Ibunda. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu. We love you so much!

Setakat ini sahaja cerita bergambar saya. Bye uols :)



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com