Followers

Pages

Monday, November 10, 2014

Pengalaman Bersalin Saya



Assalamualaikum.

Dari sehari ke sehari aku tunggu rasa sakit bersalin tu tiba tapi tak juga sakit sakit. Due date ialah 16 Oktober 2014. Berdebar je hati ni nak menemui tarikh tu tapi bila sampai tarikh tu rasa sakit belum ada lagi. Confuse mak encik tau.
Puas pujuk baby. Hari hari pujuk dia keluar lah sayang..mama tak sabar nak jumpa anak mama ni. Sebelum tidur selalu pesan kat baby dalam perut...Sayang keluar malam ni ye..mama tunggu. Afzan pun sama pujuk. Dia lagi merepek. Anak daddy keluar lah cepat ye sayang.. Daddy dah beli macam macam tau untuk anak. Mamy Poko banyak daddy beli untuk anak. Mama tak muat nak pakai. Anak keluar ye pakai Mamy Poko.. 
Hahaha sabar jelah. Banyak lagi contoh lain. Aku jugak jadi mangsa. Afzanku...Afzanku....
Nak tergelak kadang kadang tu kalau dengar dia bercakap dengan baby dalam perut. hehe..


Malam 16 Oktober.
Afzan kerja malam. Sebelum pergi kerja memang dia sentiasa pesan kalau ada rasa sakit ke keluar tanda ke cepat cepat call dia. Malam tu aku tidur awal. Pukul 9.30 malam dah lelap dah. Pukul 12 tengah malam aku terjaga sebab perut rasa sakit. Eh sakit contraction ke ni? Sebab orang kata sakit contraction tu sama macam sakit nak berak. Terus aku bangun pergi toilet. Tak payah teran pun laju je aku buang air besar. Laa sakit perut nak berak rupanya.

Aku sambung tidur balik. Dan terjaga pukul 3 pagi sebab sakit perut lagi. Eh selang 3 jam pulak sakit perut ni. Pergi toilet tapi just buang air kecil je. Sebelum sambung tidur dah mula fikir macam macam. Ni kalau sakit lagi perut pukul 6 pagi ni confirm lah ni contraction ni (yakin je). Aku pun sambung tidur siap mimpi aku beranak Jumaat malam dan orang first yang datang melawat aku ialah Makteh. Over kan siap mimpi siapa datang melawat.


Tengah hari 17 Oktober.
Macam biasa je rasa perut ni. Takde tanda apa apa pun. Makan tengah hari dengan Afzan lepas dia balik sembahyang jumaat. Lepas makan, tengok tengok tv pastu Afzan tertidur. Malam nanti dia kerja lagi so takpelah dia tidur. Aku pulak buat buat sibuk. Lipat kain lah, susun kain, recheck beg yang nak bawak pergi hospital lah tiba tiba, paling over siap basuh toilet ok! Tengah aku mencangkung cangkung basuh toilet tu, aku rasa macam ada cecair keluar dari vagina. Eh terkencing ke aku? Terus check dan aku tengok panty liner penuh dengan cecair berwarna kuning cair siap ada dua bulu halus pulak tu. Bulu apa ni? Adakah bulu mata, bulu kening atau rambut anakku? Gembiranya aku rasa masa tu. Terus kejut Afzan dan bagitahu dia maybe air ketuban aku dah leaking. Terus Afzan call Dr Azlina tanya pendapat. Dr Azlina kata better pergi hospital sebab kalau leaking takut nanti air ketuban berkurang dan baby akan lemas. Ok cemas. Terus kitorang bersiap. Aku mandi siap shampoo rambut lagi biar nanti masa jumpa anak aku ialah dalam keadaan wangi. Hehehe..

Perjalanan ke Mahkota Medical Centre agak lama. Sebab petang tu kebetulan hujan lebat dan kereta pulak banyak. Sampai hospital dalam pukul 7.30 malam macam tu. Afzan terus parking kereta di bahagian kecemasan. Register dan bagitahu aku dah leaking. Terus masuk wad. Yess tak lama dah boleh jumpa anak! :)








Masuk dalam wad, ada seorang nurse datang bersama segala bagai alatan. Perut aku pun dililit lilit dengan banyak wayar. Nak check degupan jantung baby rupanya. Normal je. Alhamdulillah.
Nurse tu pun bagitahu dia nak tengok pad aku. Bila aku tunjuk pad aku tu dia kata tu bukan air ketuban. Lagipun air yang keluar pun sikit je. Hampa.
Ok sekarang saya nak check bukaan ye dik. Ha part ni nervous sikit. Check punya check nurse kata belum ada bukaan. Ok hampa lagi.
Nurse siap kata kalau takde apa apa awak boleh balik malam ni ye dik sebab awak belum rasa sakit dan bukaan pun belum ada. Alahai bertambah lah hampa. Afzan kata takpelah kita baliklah mana tahu esok ada rasa sakit ke. Tapi ctg check jantung baby tu belum bukak lagi.

Tiba tiba aku rasa ada lagi cecair keluar dari vagina. Tapi kali ni lebih banyak. Panggil nurse dan dia suruh check pad. Penuh pad dengan cecair berwarna hijau. Nurse tu keluar dan panggil lagi seorang nurse. Nurse tu tanya bila kali terakhir awak makan? Aku masa tu blur blur je ohh dia nak bagi makan malam agaknya. Kali terakhir aku makan masa on the way ke hospital lah. Makan roti coklat dan minum air zam zam. Nurse tu kata Ohh makan roti je. Baby awak dah berak dalam perut ye dik..so kita kena keluarkan baby cepat. Sekejap lagi kita kena buat emergency operation. Gulp!


Aku pandang Afzan. Afzan pandang aku, senyum dan pujuk. Takpe Ayang. Czer ok apa..Ayang tak rasa apa apa. Tahu tahu je dah boleh jumpa anak. Ayang jangan takut ye..
Terus nurse suruh bukak contact lens, jam tangan, gelang, baju. Pantas betul situasi tu. Aku pesan kat Afzan bagitahu kat group whatsapp family yang aku nak kena operate. Sempat Afzan call Mak tapi Mak tak jawab pulak. Call Abah dan sempat aku cakap dengan Abah. Masa cakap tu, suara dah mula bergetar. Takut sangat ok.


Lepas tukar baju. Nurse tu masukkan tiub untuk buang air kecil. Adoi lah kemain ngilu masa masukkan tiub tu. Tukar katil dan aku pun ditolak keluar wad. Afzan ada follow sekali masa tu. Tangan aku mula menggigil dah. Takut sangat masa tu..pegang tangan Afzan tak lepas. Sampai depan operation theatre, salam Afzan dan minta maaf juga minta dia doakan aku dan anak dalam perut ni selamat. Sebak sangat masa tu. Afzan boleh teman sampai pintu je. Masa tu tahap menggigil aku makin meningkat. Menggigil sebab takut sangat. Ya Allah! tenangkanlah jiwaku..


Sampai je bilik bedah, semua peralatan dah tersedia. Makin menggigil aku tengok peralatan tu semua. Aku diangkat ke katil lain. Ramai jugak dalam bilik tu. Semua pakai pakaian untuk pembedahan yang color hijau tu, kepala ditutup, pakai mask, nampak mata je. Lagi hebat perasaan takut aku. Ada seorang doktor tu datang dan bagitahu dia nak masukkan ubat bius. Bius untuk separuh badan. Aku tanya bius satu badan boleh? Doktor kata tak boleh, bahaya untuk ibu dan baby. Pasrah.
Aku disuruh duduk. Aku dapat rasa ubat bius dicucuk kat tulang belakang aku. Sakit sikit. Lepas cucuk aku pun baring, tangan didepakan. Doktor tadi suruh aku angkat kaki tapi dah tak rasa dah. Ubat bius dah mula berjalan. Tangan kiri dicucuk untuk masuk air, tangan kanan letak alat untuk check tekanan darah. 


Di bahagian dada, diorang halang pandangan aku dengan kain. Aku mula rasa sejuk. Diorang dah mulakan pembedahan. Aku dapat rasa macam perut aku kena conteng conteng gitu. Buat marking agaknya. Lepastu langsung takde rasa apa. Aku boleh bau benda terbakar. Daging perut aku lah agaknya tu. Aku jeling jam dalam bilik bedah tu pukul 8.45 malam. Aku sedar dan dengar dengan jelas setiap perbualan. Semua busy buat kerja. Masa tu aku mula menggigil yang dahsyat. Kedua-dua tangan menggeletar. Dalam hati tak putus putus aku baca surah yang sempat aku ingat. Aku ulang ulang baca. Doa pun tak putus putus.
  Ya Allah..permudahkan urusanku tika ini. Kau selamatkanlah nyawaku dan bayiku. Berikanlah perlindungan yang sebaiknya kepada kami. Bantulah kami Ya Allah..
Tak putus putus aku berdoa. Masa tu wajah Afzan je yang terbayang bayang kat mata aku ni.  :')


Ok..sekarang kita nak tolak baby awak keluar ye. Dua orang doktor (atau bukan doktor) di atas bahu kiri dan kanan aku mula menolak perut aku. Aku just rasa badan aku bergoyang goyang je. One two three. Again. One...Two...Three. YES! kedengaran suara Dr Azlina. Tepat jam 9.09 malam anak keluar dari perut aku. Besar baby awak ni dik..kata yang menolak perut aku tadi. Serentak itu, aku dengar bunyi bayi menangis. Ya Allah! tu suara anak ke tu? Anak dah keluar dari perut mama ke? Kuatnya suara anak. Alhamdulillah..syukur. Terima kasih Allah. sebak sangat dengar suara anak menangis. kuat sangat dia menjerit. Rasa nak bangun nak tengok wajah anak yang selama ni dalam perut aku. Berlinang air mata aku sambil tangan yang dalam keadaan depa tu menggigil gigil. Doktor yang bius aku tadi datang dari atas. Pandang aku dan kata Congratulations..don't cry..awak dah jadi ibu... sambil dia lapkan air mata aku. Semakin laju aku menangis. Ya Allah..gembiranya.. Tak tergambar dengan kata kata rasanya perasaan masa tu.
Ada seorang doktor lain (doktor pakar kanak-kanak) datang dan tunjukkan anak pada aku. Ni baby awak. Cuba tengok boy or girl? Kali pertama aku lihat wajah anak. Ya Allah..indah sungguh ciptaanMu. Semakin laju air mata aku keluar. Sampai kabur pandangan dengan air mata. Aku jawab girl dan doktor tu terus suakan baby dekat dengan aku dan suruh aku cium. Masa tu anak penuh darah lagi. Dengan bibir bibir aku kena darah. hehehe...


 Syukur sangat anak selamat dikeluarkan. Memang ya anak dah berak. Nasib baik tak terlewat aku ke hospital. Alhamdulillah.. 
Selesai dijahit, aku ditolak semula ke wad biasa. Aku masih menggigil gigil lagi masa tu. Dalam perjalanan ke wad aku nampak Pakteh, Makteh ada tunggu di luar wad. Memang betullah mimpi aku malam semalam. Makteh orang pertama yang datang melawat. hehe..
Aku nampak Afzan juga. Suami, kita dah ada anak. Rasa nak jerit macam tu tapi suara aku macam tak terkeluar sebab sejuk sangat. Kesan ubat bius agaknya. Afzan datang. 
Terima kasih, SayangB dah tengok anak n dah azankan dia dah. Anak comel macam ayang
Diorang tengah bersihkan anak. Nanti B bawak anak jumpa Ayang ye... Senyum.









Inilah bayiku. Alhamdulillah. First time dapat pegang anak. Bahagianya rasa :)










Berat baby masa lahir ialah 3.7 kg.








:)










Nyenyaknya anak mama tidur :)











Her first smile :)











Tiga hari di wad dan boleh balik. Alhamdulillah.
Aku terus balik Seremban dan berpantang dengan mak. Alhamdulillah anak takde jaundis. Elok je muka dia merah dan kadang kadang ada kuning sikit. Nurse datang rumah check jaundis clear. Alhamdulillah...










Alololoo omey omey :)
Urusan pendaftaran nama anak pun dah selesai. Kami namakan anugerah indah ini dengan nama Aireen Kirana.











Aireen Kirana binti Khairul Afzan.
Semoga Aireen Kirana sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna.
 Mama and Daddy love u so much! :)







Wednesday, November 5, 2014

Baby, bila nak keluar?




Assalamualaikum.

Entri ni sepatutnya aku dah publish sebelum deliver baby haritu tapi tak sempat pulak, So harini konon nak update pengalaman bersalin terus update yang ni dulu. hee


Masa usia kandungan aku 39 weeks haritu, sebenarnya perasaan nervous, excited, dan macam macam lagi lah sentiasa je aku rasa. Nak nak pulak masa last check up dengan Dr Azlina haritu dia kata baby dalam perut ni besar. So masa check up tu aku memang minta Dr Azlina check kan bukaan sebab aku ni selalu rasa baby macam menekan nekan je ke bawah. Kadang kadang rasa macam nak terberanak dah. *over

So bila dah check bukaan tu (sangat nervous sebab first time kann), doktor kata belum ada bukaan lagi. Aku pun macam apa? belum ada bukaan? Tak tahu nak respon macam mana. Due date lagi seminggu tapi belum ada bukaan. Risau memang risau. Masa tu estimate berat baby dalam 3.3kg sudah. OMG! 


So doktor bagi pilihan sama ada nak induce atau nak tunggu sakit normal. Gila apa nak induce? Tapi kalau tak induce, nak kena tunggu lagi..berat baby akan jadi berapa pulak? Dalam dilema sangat masa tu. Tapi doktor suggest tunggu rasa sakit normal..jangan risau tentang berat baby sebab aku tinggi dan tulang punggung boleh support kelahiran normal. Bila doktor dah kata macam tu, rasa lega sikit.


Balik je rumah, mula lah aku menggoogle cara cara nak cepatkan bukaan lah, petua mudahkan kelahiran lah dan segala bagai yang berkaitan. 
Masa tu tidur malam aku pun tak berapa nak selesa dah. Sakit sangat kat celah peha. Setiap malam pun tunggu je bila lah rasa sakit tu nak datang. huhuhu...









11 Oktober, Afzan ada tournament snooker. Baru plan nak ajak dia jalan jalan kat mall. Petua cepatkan bukaan ialah banyakkan berjalan. So, aku ajak Naim dan Emak je lah datang Melaka bawak mak buyung sarat ni berjalan jalan :p










Time makan jangan cakap lah. Selera makan aku kemain dahsyat. Lepas makan ni boleh lagi hadap pretzel auntie annes tu. 












Sampai ke petang Naim dan Mak melayan aku berjalan jalan dengan harapan malam nanti ada tanda tanda nak bersalin dah sebab rasanya banyak dah aku berjalan ni.



Tapi malam tu pun tiada tanda nak bersalin pun. Juga dua tiga empat malam sampai ke due date tetap juga tiada tanda nak bersalin......



Jumpa next entri!








Friday, October 10, 2014

Peminat Tegar Adam




Assalamualaikum.









Masa Adam baby baby dulu selalu kan aku ambil gambar dia upload masuk instagram. Sekarang dah jarang sebab Adam pun dah besar. Bila dah besar, dia dah mula kenal orang, dah mula taknak dengan orang. Lagi lagi yang jarang jumpa. Kemain payah nak dukung dia sekarang. Kalau curi curi dukung pun akan menangis dengan sengaja. Amboiii









Dah makin besar dah anak buah Mak Ngah ni. The one and only anak buah Mak Ngah. Kalau jadi Mak Lang, anak buah memang dah sedia banyak jadi tak terdaya nak cerita satu satu. hehehe...


Ada sorang bekas anak murid aku masa mengajar kat Gemas, kemain suka kat Adam ni. Mula mula aku buat tak tahu aje, tapi bila belek belek balik boleh tahan psycho jugak budak ni. Habis semua family aku dia add kat facebook termasuk suami aku pulak tu. Lepastu pulak dengan gambar dekat whatsapp dia, kat wechat dia pun dia pergi letak gambar Adam. 










Ni kat whatsapp. Mula mula dia mintak gambar Adam. Aku biarkan aje. Bila tengok tengok balik...aik dah bertukar pulak gambar whatsapp menjadi gambar Adam? Peminat sangat dia ni.
Pantang lah kalau Pami ke Pikah ke upload gambar Adam kat facebook pastu tag nama aku, confirm akan dilike anak murid aku ni. 












Ni kat akaun wechat dia. Punnn gambar si Dadam. Gambar terbaru pulak tu. Tu yang aku terperasan tu. As long as dia tak terlalu fanatik sampai buat bukan bukan sudah. Aku kenal dia sebagai pelajar yang baik dan antara pelajar kelas Matematik aku yang berjaya juga. Ikut kamu lah murid oiii...



Adam pun amboiiiii....Kecik kecik dah ada peminat. Perempuan India anak murid Mak Ngah pulak tu. Kemainnnn. Eh?








Monday, October 6, 2014

Persediaan Menyambut Baby!






Assalamualaikum.


Minggu ni nak masuk 39 minggu dah usia kandunganku. Lagi 10 hari je nak sampai ke due date. Tak tahu lah baby dalam perut ni nak keluar awal ke nak keluar lambat. Menghitung hari je aku ni membawa perut.









Makin hari makin berat rasanya badan ni. Sakit sana sakit sini dah mula dah terutama kalau duduk terlalu lama, berdiri terlalu lama atau baring dengan satu posisi terlalu lama. Tidur malam jangan cakaplah. Tiada erti tidur dah sekarang ni. Mengiring ke kiri sakit, mengiring ke kanan sakit, baring telentang lagi lah tak selesa. Dugaan betul rasanya. Kerap pulak tu bangun nak terkencing. Fuhh











Nasib baik aku dah mula cuti. Kalau tak confirm kat sekolah dah macam apa je aku. Tak cukup tidurnya, nak ke kelas lagi, nak berdiri ketika mengajar jangan haraplah. Tak larat hoi.
Sekarang duduk di rumah memang menunggu je saat saat baby nak keluar. Tak sabar sangat dah rasanya ni. Setiap hari tunggu je bila lah nak rasa sakit ni..hehehe...
Last week check up kepala baby dah engaged dah. Patut pun kemain susah aku nak berjalan. Kalau duduk pulak kaki mesti mengangkang je secara automatik. Susah nak tengok bila duduk tu kaki rapat. Rupa rupanya kepala baby dah masuk laluan. Alhamdulillah...



Barang barang baby pun dah ready. Semangat beli sikit sikit dari usia kandungan 7 bulan.









Tilam baby. Masa ni belum tahu jantina. Disebabkan ramai sangat yang kata anak aku ni nanti lelaki. Diorang tengok perut tajam lah apa lah. Memang ramai lah yang kata akan dapat baby boy. Terus aku pun tanpa rasa ragunya beli tilam baby color biru ni. Beli kat ekspo baby. Adik lah yang yakin sangat kata confirm baby boy. Beli je biruu. Kalau dapat baby girl pun apa salahnya. Kan ada bunga bunga pink jugak tu. Haha sabar je lah.












Pampers baby pun kemain banyak beli :p
Size new born beli satu je. Yang lain saiz s dan m yang banyak. Beli dan kumpul sikit sikit. Beli time ada promotion je.












Ni satu kotak terus kitorang beli kat ekspo baby kat picc putrajaya. Ramai sangat yang beli sampai habis terus saiz s. So kitorang beli saiz m je lah. Masa scan memang doktor ada cakap baby ni agak besar so janganlah nak expect baby pakai pampers saiz new born dengan banyaknya ye. 













Pam susu ialah benda paling awal kitorang beli. Paling pertama.
Sebab nak beli dia je satu satunya taknak beli barang lain sekali supaya tak terasa begitu banyak duit keluar untukmu anak. hehehe..
Aku beli brand medela setelah disurvey survey. Memang dah niat nak breastfeed anak secara eksklusif gitu. Harapnya niat murni aku ni diserta bersama rezeki baby dalam perut ni. Amin...














Nursing pads.













Botol untuk simpan stok susu juga berjaya dibeli. Amboi tau.
Nampak kan semangat di situ? hehe..













Ni masa first beli barang barang anak mengikut list. Gigih sambil cari barang sambil tick kat kertas list tu. Ikut pulak tu kalau kat kertas tulis blanket sehelai, maka yang dibeli juga sehelai. Masa ni dah tahu dah jantina baby. Tapi tetap juga banyakkan color putih dan color color natural.












Barang sampingan lain. Ada lagi tak sempat nak snap gambar sebab dah siap packing masuk bag anak dah.













Taraaa. Inilah bag anak. Comel kan?
Mak yang bagi masa harijadi aku haritu. Alololooo mak memang sangat memahami tau. Beli bag untuk cucu tapi aku pulak yang suka terlebih. Terima kasih mak. Memang berguna bag ni. Terus guna untuk packing keperluan baby di hospital nanti.












Botol susu ni paling latest aku beli. Balik sekolah singgah butik Twin Baby kat Cheng tu terus terbeli ini. Motif? Prepare aje mana tahu keadaan terdesak nanti ke boleh guna. Masa beli botol susu ni aku ada beli blanket lagi satu buat tambah tambah sebab comel sangat corak dia polka dot color pink + coklat :p
Balik rumah tunjuk kat Afzan dia terus geleng kepala. Kalau beli barang berdua dengan dia banyak barang kena tapis tak boleh beli. So bolehlah uols bayangkan kalau aku pergi beli barang untuk anak seorang diri kan? :p












Ni baju baju anak bila dah besar sikit. Geram punya pasal haruslah dibeli barang sepasang dua. Banyak kali Afzan cakap jangan beli banyak banyak nanti membazir. Baby cepat membesar.Tapi ni beli bersama sama Afzan. So tak apa. hehe...













Diaper bag juga sudah ready.












Ni untuk diri sendiri. Banyak dah aku search sana sini cari set bersalin mana aku nak guna. Last last set bersalin Nona Roguy menjadi pilihan untuk luaran. Untuk dalaman tentulah aku pilih Shaklee.  












Tungku pun siap beli. Nak cari tungku batu sungai susah, guna tungku besi pun jadi lah. Mula mula nak beli tungku moden yang guna elektrik tu tapi ada pulak bahayanya siap boleh meletup lah apa masa nak panaskan, terus cancel. Harapnya aku rajin lah bertungku masa berpantang nanti.













Ini paling tak boleh blah. Penyidai ni pun aku boleh tergoda untuk beli. Siap cari kat mana ada jual. Last last beli kat Cosway. Cikgu kat sekolah aku tu tauke Cosway so dia kata ada dia simpan stok 3 tier drying rack ni sebab ni stok lama, dalam katalog baru dah tak ada. Dia jual harga ahli. Yang tinggal cuma color pink je takpe ke dia kata? Ehh apa pulak takpenya. Memang saya suka color nii.
Terus mak encik ko ni beli. Tak tunggu tunggu dah :p
Puas hati sangat bila benda alah ni ada depan mata. Dah siap pasang tu siap senyum senyum lagi pandang benda ni. Tah syndrome apakah yang melanda diriku aku pun tak pasti tau. hahaha..










Dalam pada beli baju sikit sikit tu, terus dapat banyak ni?? 
Hehe tak lah. Ni baju anak Suhada (adik iparku) yang dah tak muat dah. Cantik lagi, baru pakai sekali dua je Suhada kata. Alhamdulillah rezeki anak. Pakai jelah selagi muat. Kot muat kann. Sekali semangat jugak anak aku ni haruslah dapat pakai sekali dua juga. hehe...












Hai anak..
Rasa macam dah tak lama dah kita boleh berjumpa kan? Muahhh!
:)




Doakan i uols...







Monday, September 29, 2014

Mengandung oh mengandung!





Assalamualaikum.


Alhamdulillah minggu ni masuk 38 minggu usia kandunganku. Macam tak percaya aku dah melalui pengalaman mengandung. Rasa macam mimpi je :p
Sepanjang aku mengandung, tahap tak larat tu datang masa kandungan dah masuk 9 bulan. Sebelum sebelum tu larat je. Lagi lagi masa 6 bulan ke bawah, macam tak mengandung pun ye sebab takde muntah muntah loya pun. 

Cuma aku perasan perangai aku jadi macam tak semenggah sikit. hihi..
Mula mula dulu masa muntah dalam kereta Afzan. Masa pergi jenjalan Lost World of Tambun lepastu balik singgah Cameron tu. Muntah dalam kereta siap melimpah atas seluar jeans lagi. Tapi tu memang tak boleh kawal langsung. Tapi tetap aku rasa macam...eh macam budak budak pulak aku ni. Padahal boleh je bagitahu awal awal rasa nak muntah ni. Kan? hehe..


 Perut aku ketara nampak pembesaran dia masa aku dah berjaya pindah Melaka. So masuk je sekolah baru memang semua warga sekolah pun melihat aku sebagai seorang ibu mengandung lah kan. Baju pun banyak tak muat dah. Baju kurung biasa pun kalau pakai sendat je kat bahagian perut apatah lagi baju kurung moden kan. Stress aku fikir nak pakai baju apa pergi sekolah. Nak tak nak memang pakai baju mengandung jela. Tak pun pakai jubah. Jubah pun dua tiga helai aku pinjam jubah adik. Diri sendiri punya jubah tak berapa nak ada. Ingat lagi dulu aku tak suka pakai jubah sebab kalau pakai jubah aku akan rasa macam perempuan mengandung. Sekarang teruss dah mengandung betul betul kannn. Hadap lah kau pakai jubah selalu. hahahha...
Bila dah kena pakai baju mengandung pergi sekolah, aku ada tabiat malas nak gosok baju pulak sebab baju mengandung tu susah nak gosok. (Alasan) 
Bila tiba masa nak pilih baju untuk dipakai pergi sekolah, mesti aku tanya Afzan..Pakai baju ni tak gosok boleh tak b? Afzan berkerut je dengar soalan aku. Gosok lah sikit..ayang kan cikgu..semua murid pandang kan..malu je pakai baju tak bergosok...
Hehehehe bila ingat ingat balik rasa kelakar pun ada. Entah kenapa aku rasa macam tak kisah pun kalau selebet pergi sekolah. Padahal dulu aku lah yang gigih pilih baju,gosok baju, pilih brooch paling matching dengan baju, semangat bersiap make up segala pergi sekolah. Sekarang ni ala kadar aje cikgu sorang ni :p
Nak nak pulak masa mengandung kuat berpeluh. Lepas mandi pun boleh berpeluh. Bayangkan kalau aku dah bersiap pakai foundation, bedak, eyeliner segala lepastu berpeluh? Sampai sekolah pergi punch card, pergi toilet, masuk bilik guru, tiba tiba dah berpeluh sangat dah. Stress mak encik tau. Ni tinggal lagi dua hari je untuk aku ke sekolah lepastu dah start cuti dah. Tak larat dah rasanya nak pergi sekolah sebab nak ke kelas nak ke bengkel nak ke kantin nak ke toilet..semua jauh nak kena menapak. Perut dah la besar je ni dengan jalan pun tak berapa nak selesa dah. Rasa macam penguin berjalan pun ada. hehe.. Balik je sekolah confirm kaki aku gemuk macam kaki gajah. Fuhh..


Masa bulan puasa haritu, ada satu tragedi paling memalukan. Satu hari tu aku berbuka puasa makan makanan beli kat bazar ramadhan je. So esoknya macam biasa gerak pergi sekolah di awal pagi. 6.20 pagi aku memang dah kena gerak dah. Dalam perjalanan tu perut aku tiba tiba memulas. Sakit perut sangat. Masa tu aku dah terdetik nak singgah petronas mana mana untuk buang air. Tapi faham faham je lah jalan kat Melaka ni macam mana kan. Traffic light dia kemain banyak, kereta punn banyakk. Tak sempat sempat jumpa petronas. Perut aku pulak memulas mulas nak terberak sangat tapi terpaksa aku tahan. Perjalanan memang sangat jauh. Jauh lagi nak sampai sekolah tapi petronas dah tiada. So aku bajet oh sempat ni sampai sekolah....


Nak sampai ke sekolah aku tu kena pulak meredah beberapa buah sekolah yang lain. Memang jalan pun jam lah. Sakit perut masa tu memang tak terbendung lagi. Ko bayangkan ko rasa nak terberak sangat tapi ko masih duduk di dalam kereta tak boleh buat apa apa. Menangis dah pun aku masa tu. hahaha...
Elok je sampai depan sekolah aku dah tak boleh tahan lagi, terus tercirit birit dalam kereta sendiri. Memang menangis aku masa tu. Tak tahu kenapa menangis.. Dalam keadaan macam tu takkan nak ke sekolah lagi kan? Mana bawak panty lebih nak pergi tukar. Masa tu sakit perut belum habis lagi. Masih lagi memulas mulas. Bayangkan betapa tak selesanya aku yang kena duduk dalam keadaan dah tercirit birit tu. Hadoiyaii. Bukan sikit sikit..banyak jugak keluarnya. Sabar je lah. 


Aku terus call sekolah bagitahu aku mc hari tu..ada emergency..
 Boleh pulak kerani tu jawab kenapa cikgu bagitahu lewat? Ehh awak ni..dah nama pun emergency macam mana saya nak bagitahu awal? Terus lepastu pengetua call. Pengetua tanya aku ada kat hospital ke. Pengetua ingatkan aku emergency nak beranak hahaha :p
Terus lah lepastu aku berpatah balik rumah semula. Dalam perjalanan balik tu aku dah call Afzan dah. Nangis nangis call kata sakit perut sangat sampai tak sempat nak singgah pergi toilet terus tak tahan dan terlepas dalam kereta ni jugak. Afzan punya lah beria gelakkan aku.
Macam budak kecik lah ayang ni...
Memang aku pun rasa macam budak kecik. Budak kecik je selalu terberak dalam seluar ni. Haihhh... 
Sampai rumah je, Afzan dah tunggu depan rumah sambil repair motor rxz dia. Muka jahat je dah senyum senyum nak gelakkan aku. Aku sendiri puas fikir macam mana nak keluar dari kereta ni dengan keadaan yang macam tu. Kena lari cepat cepat ni. Terusss masuk bilik air, basuh basuh dan mandi. Stress betul rasanya. Rupanya Afzan pun sakit perut jugak tapi sebab dia ada je kat rumah bolehlah terjah toilet serta merta kan. B takyah nak gelakkan ayang sangat eh..Kalau b kat tempat ayang mesti b pun nangis...
Afzan gelak je. Sampai sekarang kalau ada je hal berkaitan sakit perut, mula lah dia nak membahan aku. Sabar je tau aku ni.. Ggggrrrrr!









8 bulan :)













Apa apa pun, semua tu pengalaman. Sekarang aku tengah menunggu detik detik baby untuk keluar. Doakan aku selamat melahirkan zuriat kami yang pertama ini ye. 
Bye :)






Wednesday, September 24, 2014

Dadam vs MakNgah




Assalamualaikum.


Maaf entri ini hanya gambar semata. 
Walaupunnnn semua muka Adam pun macam terpaksa.
Mak Ngah je yang over. 




























Okbye.




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com