Followers

Pages

Wednesday, October 30, 2013

WW : Counting days :)





Saturday, October 26, 2013

Hai anak buah :)



Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik tiba-tiba saya dah ada anak buah. Cepatnya masa berlalu. Tahun lepas Pami kahwin, dapat anak tahun ni. Alhamdulillah rezeki Allah bagi :)
Anak buah pertama maka excited sangat nak jadi makcik. 








Officially Makngah yang gorgeous. Eh..
Baby diberi nama Muhammad Noah Adam bin Mohd Zulfahmi.
Setiap kali melawat Adam, mesti dia tengah tidur. Geram rasa nak cubit cubit sebab lena sangat dia tidur.











Alahai comelnya dia. Kadang kadang ada rupa Pami, kadang tu rupa Pikah pulak. hehe..
Muka Makngah dia je takde langsung. Mahal okay muka makngah awak ni. Susah nak tiru tau. kekeke











Dengan nenek dan Pak Uda. Semua orang pun tiba tiba menjadi tua dengan gelaran tu haha.
Aku sorang je kot yang belum bagi hadiah apa apa kat baby. Haha gila teruk perangai. Sebenarnya aku tengok semua pun dah belikan baju, seluar, sarung tangan, topi. Berebut nak belikan tu tapi tak ke baby cepat membesar? Ni pun minggu lepas Pami bagitahu saiz pampers dah bertukar dah. Ha betapa cepatnya kan. So aku plan nak belikan benda lain je untuk Adam. Dah jumpa dah tinggal nak order je. Ha gitu. Nanti dah beli i share kat sini ye.











Comelnya Adam. Cepat membesar ye anak. Dah besar baru seronok nak main main :)










Adam vs Tok Abah. Hehe..
Welcome to our family, cute little boy. Muah! :)




Saturday, October 19, 2013

Maskot rumah sukan kuning : Si Lebah



Assalamualaikum.

Perkara paling penting ketika Hari Sukan Sekolah ialah persaingan antara kesemua rumah sukan. Kalau boleh semua acara sukan pun kita nak menang. Time tu takde dah kawan, yang penting rumah sukan kita sendiri mendapat mata. Persaingan yang sihat katanya :)

Maskot juga sangat penting. Kalau kat sekolah aku tu selalunya bukan pelajar yang pening, tapi cikgunya yang pecah kepala nak fikir nak buat maskot apa tahun ni. Dah tahu maskot apa, nak kena cari pelajar yang sesuai pula. Pelajar pulak tak semuanya sporting kan. Ada yang malu malu kambing taknak buat macam tu taknak buat macam ni. Serius boleh pecah kepala cikgu cikgu tahu?


Saya ialah guru penasihat rumah kuning ya. So tahun ni bersetujulah semua guru rumah kuning untuk membuat maskot lebah. Tahun lepas dah guna maskot bunga matahari, dua tahun lepas pula dah guna spongebob. Tahun ni lebah okay. Harapnya comellah.








Dapat murid yang sporting begini memang senang kerja. Buatlah apa pun kat dia, dia redha je. hehe..










Taraaaa!  Si lebah comel dah siap. Siap ada penyengat lagi kat belakang tau. Punyalah berat nak jahit benda tu. Kesian budak ni asyik asyik mengadu cikgu bontot ni beratlah rasa nak jatuh lah. Cara nak betulkan kena naikkan jelah seluar awak tu murid. Bersabarlah. Habis perbarisan nanti, bukak je terus okay.










Nasib baik masa perbarisan tak tertanggal tahu tak. Aku ni nervous je. Pandang dari jauh dah londeh londeh dah seluar budak tu. Kesian pulak rasanya. huhuhu...









Terima kasih Lorna kerana sudi menjadi lebah untuk rumah sukan kita. Awak memang comel dan sangat sporting! :) Pelajar Sarawakian memang sporting kan uols :)
Eh si Ester kat sebelah tu bukan rumah kuning yee. Dia tumpang glamour si lebah je. Eh :p











Hidup Rahman!
:)







Wednesday, October 16, 2013

wordless wednesday : Rindunya 4




Saturday, October 12, 2013

Jom kurus !



Assalamualaikum. 


Setiap wanita dan lelaki mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi. Dengan Set Kurus dan Langsing Shaklee anda dapat menikmati hidup baru yang hebat dengan menghilangkan lemak berlebihan. 

Produk Shaklee merupakan vitamin yang menyokong kesihatan dan mengawal berat secara semulajadi.

Set kurus dan langsing Shaklee mengamalkan konsep 3B iaitu Bakar, Buang (Detox) dan Bina.

Supplement yang disarankan dalam set ini adalah:

Bakar Lemak > Lecithin / Omega Guard

Buang Lemak (Detox) > Alfalfa / Herb-lax

Bina Otot > Cinch / ESP


BAKAR

-Lecithin/Omega Guard bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol yang berlebihan di dalam badan.

-Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Ini akan menyebabkan lemak terapung di dalam darah dan seterusnya menghalang lemak dari melekat pada dinding membran.

-Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita.

BUANG (DETOX)

-Alfalfa/Herb-lax berfungsi sebagai agen penyingkiran lemak dan toksin di dalam badan.

-Proses mendetox ini sangat penting kerana ia adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat didinding usus akan dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

-Bagi yang tidak sembelit, anda boleh mengambil alfalfa dan jika mengalami masalah sembelit, anda boleh mengambil Herb-lax.

-Namun begitu, Herb-lax tidak sesuai untuk ibu yang menyusu kerana ia akan menyebabkan bayi cirit-birit.

BINA

-Cinch/ESP berfungsi membina otot untuk mengelakkan kulit menggelebeh.

-Mengapa mesti mengambil protein?
Apabila lemak diurai dari badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.

-Protein sangat membantu dalam meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot daru bebas lemak.

-Cinch merupakan protein yang terbaik.

-Bagi ibu yang menyusu digalakkan mengambil ESP. ESP juga membantu dalam membanyakkan susu badan.

Faedah yang diperolehi daripada pengambilan set kurus dan langsing ini adalah:

» Badan yang langsing dan rapi
» Nampak lebih anggun
» Rasa unggul
» Rasa lebih bertenaga
» Meningkatkan keyakinan diri
» Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Ada 2 pilihan di dalam set kurus dan langsing ini:

1. Set budget
[Alfalfa + Lecithin]

2. Set lengkap
[Alfalfa + Lecithin + Cinch]



* cinch shaklee terdapat dalam tiga perisa iaitu vanilla, chocolate dan cafelatte








Sebarang pertanyaan dan order boleh dibuat di SINI atau emailkan ke shaklee_lyana@yahoo.com 


Jom sihat dan langsing bersama shaklee! :))




Wednesday, October 9, 2013

wordless wednesday : Rindunya 3




Monday, October 7, 2013

Skincare Set Terbaik di Pasaran!! Anda cuba, anda rasa :)



Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah setahun lebih saya consume supplement shaklee. Dari customer biasa sehinggalah menjadi ahli keluarga shaklee. Sekian lama saya consume vitamin vitamin shaklee, saya nampak akan kebaikan kebaikan yang ada dalam setiap vitamin yang saya ambil. Memang bukan sekelip mata nampak kesan dan perubahan, sebab tu kita kena rajin, istiqamah dan sabar. Paling saya suka ialah shaklee skincare set. Dari dulu lagi memang saya akan restock set tu sebab memang sangat best. Bila kita dah amalkan, kita dah rasakan kebaikan ke atas diri kita, so automatik kita akan rasa sayang nak stop. Benda yang baik biarlah berterusan. Tak gitu? :)








Gambar tadi :)


Dari dulu hingga kini supplement yang saya tak pernah tinggalkan ialah vitamin e, vitamin b complex dan esp. Rasa rugi kalau tinggalkan.










Bagaimana ESP membantu untuk kulit yang gebu dan cerah?

ESP adalah sumber protein, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jika sel kulit itu tidak diganti maka perkara itulah yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Lama kelamaan kulit akan menjadi bertompok2 dan tidak sekata.


Bagaimana Vitamin E membantu untuk kulit lebih segar?

Vitamin E pula adalah vitamin antioksidan. Penting untuk menjaga sel-sel agar tidak dirosakkan oleh radikal bebas. Kita memang tak nampak radikal bebas ni. Tapi kalau kita selalu terdedah kepada pencemaran, asap kenderaan, asap rokok maka kt situ la badan kita akan diserang radikal bebas. Sel-sel yang diserang radikal bebas ni akan menjadi tua dengan lebih cepat. Tu yang timbul istilah penuaan sebelum tiba masa sepatutnya.


Bagaimana Bcomplex bantu untuk meratakan tona kulit

Bcomplex penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan warna tona kulit pada wajah. Tidak timbul lagi masalah kulit wajah yang bertompok-tompok. Yang menarik, B Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon badan kita;jd sesuai lah untuk mengurangkan rasa marah atau stress.




Jom order skincare set shaklee dengan saya. Inshaallah saya boleh guide anda. Saya jual harga termurah khas untuk pembaca blog saya :)
Place your order di SINI atau emailkan ke shaklee_lyana@yahoo.com dan letakkan subject email : 'pembaca blog yana lyana' dan saya kan berikan harga kasih sayang untuk anda. Selamat bershopping!
:)




Saturday, October 5, 2013

Hai hadiah hari jadi !



Assalamualaikum.


Dah tiba tiba up cerita hari jadi pulak kan. Tangguh tangguh tangguh langsung lupa hehe. Cerita bukan 8 ni uols baru hegeh hegeh nak update ha boleh kenn? :p

Tahun ni hadiah tak banyak pun. Terasa betul yang diri ni dah tua bangka. Tahun lepas ada jugak hadiah dari anak murid kan. Klik SINI.
Tahun ni non hado. Makan kek ada sebab masa hari jadi aku tu ialah hari kedua hari raya. Merasa lah jugak makan kek hari jadi sendiri untuk tahun ni. Hadiah? Ni nak cerita ni. Hadiah hari jadi yang pertama aku dapat dari Ester, si anak angkat tu.








Alololo. Sweet sangat Ester. Dia tak tahu 'mama angkat' dia ni dah tua masih juga dia nak hadiahkan teddy bear. Besar pulak tu. Takpelah i tetap menyukai jua :)






#




Kad yang sweet juga :)












Cak! Haa muka teddy bear sama besar dengan muka birthday girl. kekeke :p
Thanks Ester.
Rasa macam dah lama tak bagi hadiah kat dia. Dulu selalu je aku belikan alat tulis untuk dia. Pen, pembaris, pencil box, buku nota, tabung, fail, macam macam lah. Aku kan suka benda benda comel tu, nak beli bagi kat adik sendiri dia da besar tak pandang sangat benda benda gitu. Kan adik? hehehe..
Tahun ni kurang dah belikan Ester apa apa. Mungkin kerana aku pun serabut banyak nak kena fikir nak kena beli nak kena bayar kan. 











Gambar ketika hari sukan haritu.


Thanks Ester bagi cikgu hadiah. Tahun depan bagi lagi ye..eh







Ini pula hadiah dari bakal kakak iparku. Amboi gorgeous tau wedges ni. Dia kata dia selalu nampak aku pakai wedges je so confirm i ni jenis sukakan wedges, maka dia hadiahkan aku ini. Hehe sebenarnya aku suka je apa pun. Wedges ke, heels ke, kasut flat ke. Asalkan selesa sudah. Anyway, thank you soo much Kak Fai :)










Eh? Ini hadiah hari jadi terpaaaaalinggggggg sweet untuk ulangtahun kelahiranku yang ke 26 tahun.
Taknak pakai blackberry dah. Bagi kat adik je blackberry aku tu. Tapi sampai us sana, adik pun tak pakai dah haha hampeh.
Terima kasih encik afzan kesayangan membelikanku handphone ini. 


Love u more :)





Wednesday, October 2, 2013

wordless wednesday : Rindunya 2




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com