Followers

Pages

Wednesday, June 26, 2013

Vitamin B for beauty beauty beauty! :)



Assalamualaikum


Vitamin B sebenarnya sangat penting untuk badan kita kerana ia menukarkan makanan kepada tenaga. Contohnya, bila kita makan nasi waktu tengah hari kita akan mudah mengantuk kan? Sebabnya matabolisme dalam badan tengah proseskan makanan yang kita makan tadi kepada tenaga sebab tu kita rasa mengantuk. Jadi, bila kita consume B Complex ia dapat menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat dan sebab itu kenapa kita perlu makan B Complex selepas makan bukannya sebelum makan.

Vitamin b ini sebenarnya dapat menjaga sistem penghadaman kita, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B ini perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya mengandungi 8 jenis vitamin b untuk mendapatkan kebaikan yang optimum.


Kelebihan B Complex ini?


Vitamin B1 ~ menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisme.
Vitamin B2 ~ memproses asid amino dan lemak. Dan juga mengaktifkan vitamin B6 dan asid folic.
Vitamin B3 ~ Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan pengaliran kolesterol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan.
Vitamin B6 ~ merupakan vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
Vitamin B12 ~ Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. 
Pantothenic Acid ~ Membantu mengurangkan stress dan penuaan pramatang.
Folic Acid ~ Bersama - sama vitamin B12, ia membantu fungsi neurotransmitter dan juga aktiviti mengurangkan depressi dalam badan.







B Complex pilihan saya? Sudah pastinya B Complex Shaklee sebab ianya mempunyai 8 jenis vitamin yang lengkap untuk keperluan badan kita :)


Kepentingan B Complex dalam badan kita.


* Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, serta otot.
* Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress kerana ia antistress.
* Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
* Meredakan senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
* Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, keletihan, dan migrain.







Ehem. Saya juga mengamalkan vitamin 'Beauty' ini :)
Jom order Vitamin B Complex Shaklee dengan saya.

Pm di SINI

atau

 email saya di  shaklee_lyana@yahoo.com  dan jangan lupa minta best price ya! 
Bye.




Sunday, June 23, 2013

happy teacher's day, cikgu liana :)



Assalamualaikum.

16 Mei ialah hari guru tapi disebabkan masa tu sedang berlangsungnya peperiksaan pertengahan tahun, maka sambutan hari guru pun dipostponekan ke 23 Mei. Last day sekolah sebelum semua bercuti penggal. Cikgu cikgu pun masa tu tengah feeling nak bercuti tau. Murid murid pulak masa tu dah habis exam so masing masing pun feeling malas nak datang sekolah dah. Merdeka katanya kan. 








Nak taknak sambut aje lah. Last day pun last day lah..











Housemate sejati :)
Ada kelainan sikit sambutan hari guru tahun ni. Pagi pagi semua pun dah ke padang nak bersukan. Aku suka je aktiviti macam ni. Membina lah jugak dari sambutan yang sebelum sebelum ni. Takde lah duduk aje kat dewan tu macam sambutan orang mati kennnn. So pagi tu, geng geng aku pakai baju sama. Baju netball team. Ceria je rasa bila pakai baju color pink tuu.. (dan dan je padahal memang apa apa pun nak pink je :p)












Untuk aktiviti sukaneka pagi tu. Kumpulan dah dibagi bagikan. Sukaneka ni tak semua cikgu terlibat pun. Biasalah kan, manusia ni macam macam ragam macam macam cekadak. Ada yang tak boleh panas, tak boleh peluh, cair make up (wekkkkk!). Bagi aku, dah kalau semua sukan kau taknak, buat apa ada aktiviti sukaneka ni? Memang boleh tarik pelajar untuk cukupkan ahli kumpulan tapi ni kan sambutan hari guru bukannya sambutan hari pelajar. Sporting lah sikit kan. Bukan lama pun. Nak gembirakan pelajar yang menonton tu je pun. Sekali sekala kan. Hadoi lah. Macam macam ragam....


Antara sukaneka yang dimainkan ialah pas pas gelang getah guna straw. Diorang ni memang suka kot game ni. Tahun lepas dah main dah, tahun ni main lagi. haha.. Layankan aje.
Lepastu ada tiup belon dan letupkan, isi air dalam botol guna span, berlari secara berpasangan dengan kaki diikat. 











Ha lari kak jangan tak lari :p











Dan sukan kemuncak ialah bola jaring bagi cikgu perempuan dan futsal untuk cikgu lelaki.











Team pink vs team purple. Cabut undi time tu jugak.











Bergambar bersama pengetua.
Ehemm. Dan of course lah team pink menang! :)
Dah lama gila tak main netball. Sekali baru main 5 minit dah semput uols. Hahaha mana nak lari, nak kejar bola, nak gelak lagi :p Selalu main badminton tak lari sangat pun kan. Ni memang mendapat semua orang. Balik rumah sehari lepas tu terus sakit sakit badan macam orang tua. kekeke..
Tapi, serius seronok sangat game macam ni. Hopefully next year sambutan hari guru buat lagi game macam ni. Bagi cikgu perempuan main futsal pulak, cikgu lelaki semua kau pergi main netball yee :p




Habis game, tukar baju dan jamuan. Lalu semua guru berarak masuk ke dalam dewan.












Cakkk!
Hiasan untuk pentas disediakan oleh geng geng kitorang je. Comel tak? Belon belon penuh depan tu kalau tengok secara live dah macam sambutan hari jadi je :p












Tema tahun ni ialah baju batik rasmi sekolah. Biru + hijau. Meriah bila semua pakai baju sedondon macam ni :)
Aktiviti di dewan adalah seperti biasa. Nyanyian lagu guru malaysia, persembahan guru, persembahan murid, sesi bagi hadiah daripada murid kepada guru dan sesi tukar hadiah sesama guru. Tu je. Paling tak best tahun ni tiada anugerah guru. Baru nak test power anugerah guru paling anggun aku pegang lagi ke tak. Kekeke..
Tahun depan sila buat anugerah guru itu yee. :p












Selamat hari guru buat Cikgu Liana ni. Semoga dia menjadi seorang guru yang tabah, rajin, dan kuat menghadapi dugaan mendidik anak bangsa zaman yang penuh pancaroba ini. 
Selamat hari guru buat semua guru di seluruh dunia! 
Jasamu dikenang :)











Friday, June 21, 2013

hantaran bertunang : pink vs blue theme



Assalamualaikum.

Setelah mendapat persetujuan bersama, maka dulang hantaran kami ialah tujuh berbalas sembilan. Bertunang sahaja maka lebihkan makanan makanan manisan manisan aje kan. Hantaran aku mintak tolong Maksu yang buatkan. Semua pun Maksu. Hebak Maksu nih :)
Hiasan hiasan untuk hantaran guna bunga tisu. Aku bagitahu Maksu nak color biru dan putih. Pastu Maksu hantar gambar tiba tiba ada jugak color pink terselit selit. Tenggelam hantaran tu kalau color biru dan putih sahaja kata Maksu. Aku setuju kan aje. Asalkan cantik sudah.









1. Sireh junjung. Pagi dalam pukul 10 baru gubah dia ni supaya daunnya tak layu.












2. T-shirt Polo, belt dan wallet. Beriya cari kat House Of Leather. Padahal lepas beli tu tengok tengok dalam jusco lagi banyak pilihan, cantik cantik dan ada diskaun lagi. *nanges

3. Coklat Ferrero Rocher

4. Kek gorgeous

5. Coklat huruf huruf. Ni Maksu buatkan. Dia tulis kat situ 'SELAMAT BERTUNANG NANA' 
Haha boleh? Mula-mula aku tanya jugak kenapa tulis tu Maksu? Nama Afzan takde eh..Maksu pun macam blur je tak tahu nak jawab. Kesian Maksu banyak sangat benda dia nak buat sampai tak sempat sempat nak tanya nama bakal tunang aku. Aku bagitahu Ranjen awal awal, dia kata sayang bertunang sorang sorang eh? Hahaha jangan perli kuat sangat boleh tak? :p
Dia kata boleh je lah, coklat je pun. Akhirnya kena makan jugak kan. *pasrah je










6. Blueberry cheese tart. Paling sedap! Ada sikit je haritu. Itu pun kena sorok sorok takut habis cepat :p

7. Buku 'Gerbang Perkahwinan'. Harapnya Ranjen baca lah buku tu. Tebal boleh tahan jugak. Jangan nanti bila dah kahwin aku tengok buku ni masih seperti keadaan asal aku beli. (rasa rasanya macam iye je. haha)

8.  Buah- buahan. Pami dan Pikah yang sponsor.

9. Cupcakes. Mak yang sponsor.






















Itu lah sembilan dulang hantaran dari aku buat tunangku :)





Hantaran dari Ranjen tak berapa nak ambik gambar sangat. Ambik pun cincai cincai je. Sebab masa tu photographer dah pergi makan lah mana lah langsung tak snap gambar hantaran tunang kite tau. Sampai hati tau. Tapi nasib lah aku sempat jugak snap sebab masa tu, warga rumah dah mula nak serbu apa yang patut dah. haaa











1. Sireh junjung

2. Ayam golek. Haaaa ni lah yang diserbu sangat tu. Tak menyempat, laju je diorang ni capai ni dulu. Tu yang aku nampak terus ehhh jap jap, kita nak ambik gambar dulu.

3. Kuih cucur (yeke tu nama kuih ni?) yang dibuat oleh kakak ipar Ranjen.












4. Pelbagai jenis coklat


6. Buah-buahan













7. Purse, jam tangan dan shawl.
Purse dan jam tangan memang sangat berguna. Thanks encik tunang. Love you more :)




Sekarang perlu prepare barang barang untuk next step pulak :)
 Ayokkk
P/s : Doakan kami






Wednesday, June 19, 2013

Introducing you my cik andam...jeng jeng jengg



Assalamualaikum.


Masuk bab andam andam pulak ni. Aku memang dari awal dah bagitahu Kay yang aku nak dia makeupkan. Kay okay je cuma dia kata kena practise dulu lah takut kang hari bertunang tu baru nak touch up, kalau jadi muka pondan tak ke naya nanti. Hahaha.. Yelah kan separuh orang kalau makeup tak kena mesti nanti muka jadi lain kan. Kalau makin cantik takpe lagi. Buatnya jadi garang ke, jadi maknyah ke, menyesal tak sudah nanti.


So beriya lah kitorang siap berlatih makeup kat rumah sewa. Makeup mata nampak garang, so Kay bagi light sikit area tu. Sampai lah aku rasa haaa okay lah nii. hehe..

Aku memang nak makeup simple simple je. Taknak heavy sangat. Kang orang kata nak bernikah ke pulak? Terus sentap tiba tiba nanti :p








Cakkkkk!
Inilah hasil sentuhan housemate aku, Kay. Suka sangat dia makeupkan :)
Aku baru first time ni pakai bulu mata palsu. Kay lah bersungguh suruh aku beli bulu mata palsu. Terkebil kebil aku mula mula tu. Hahaha..
Lama lama selesa je. Contact lense aku pakai color honey.










Kay datang pukul 12 tengah hari. Agak awal. So aku bagitahu dia, jangan rushing sangat. Makeup slow slow je sebab majlis ialah petang dalam pukul 3 macam tu.










Touch up bulu mata yang asik nak tertanggal je. Maklumlah mata nak terkelip kelip aje. Tak biasa pakai katanya uols.











Lilit lilit shawl tu aku yang nak lilit macam tu. Mula mula nak pakai tudung awning pastu letak je shawl tu atas kepala. Tapi tak kena je rasanya. Bila try pakai shawl terus okay pulak muka ni. Aku bajet confirm muka jadi bulat nanti, rupa rupanya oh tidak bulat yee :)









Lilit tudung bahagian depan tu Kay yang buatkan. Nampak kemas juga kalau tak serabai jugak aku buat :p










 Thanks Kay :)










Una pun ada. Dia datang lewat sikit je sebab pergi kenduri kahwin siapa tah.












Inilah housemate aku di Gemas sana. Kay dan Una.











Thanks korang sebab sudi datang dan menemani aku. Thanks juga sebab sudi menjadi sahabat baik juga pendengar setia kisah sedih aku sebelum ni. Terima kasih sangat sangat . Sayang korang. Semoga kita bersahabat sampai ke jannah ye :))












Saya yang sangat bahagia sekarang. Alhamdulillah :)
Oh ya bunga tangan tu kan uols...buat sendiri tu uolsss...












Macam lolipop kan? hehe..
Guna gabus pastu cucuk cucuk je bunga ros color baby pink + cream + light peach. Guna gabungan lima batang lidi jadi batang dia dan balutkan dengan renda pink. Lepastu ikat dengan riben biru sebab tema pink + biru + putih kan. Dah siap!












Thanks once again cik andam ku yang gorgeous. Kalau ada yang berminat nak tempah cik andam yang makeupkan aku tu boleh contact aku tau. eh.. :p
( p/s : tak payah pergi butik pengantin nak makeup bertunang. Mahal ya rabbi uols. Sampai 3 ratus! Bertunang je kot. Jangan membazir! )


Bye! :)






wordless wednesday : Khairul Afzan



Assalamualaikum





Ya Allah, jika benar dia untukku, panjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat. Amin....


P/s : Doakan kami
:)



Monday, June 17, 2013

ESP Shaklee yang dirindu!!!!



Assalamualaikum.

Dah sebulan aku tak minum esp. Sebabnya haritu stok dah habis dan rasa macam nak saving duit so malas nak order esp lagi :p
Aku just maintainkan pengambilan supplement macam biasa je. Tapi aku perasan sejak aku stop pengambilan esp ni, jerawat senang sangat nak tumbuh. Lagi lagi area dahi ni. Mencanak canak pulak dia tumbuh. Rasanya masa aku stay dengan esp dulu, susah jugak jerawat nak tumbuh. Kalau tumbuh pun sikit sikit je pastu hilang. Ni kemain payah lagi nak hilang. Siap bertambah tambah pulak.
So aku rasa esp memang jangan dihenti hentikan pengambilannya. Benda yang elok buat apa kita stop betul tak? Kena laju laju order balik ni. Rinduuu dah nak minum esp pagi pagi dan sebelum tidur macam selalu tu :')





Meh baca info tentang ESP...


Apakah Energizing Soy Protein?

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Tahu kan, asas tubuh kita adalah sel. Dari sel ini akan membentuk organ, dan akhirnya membentuk sistem tubuh kita.

Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.

Selain soya, protein boleh diperolehi daripada daging, ikan dan telur.

Apakah Beza ESP (singkatan bagi Energizing Soy Protein) dengan sumber protein lain?

Sumber protein lain mempunyai banyak side effect jika diambil dalam kuantiti yang banyak.Contohnya, daging jika diambil dengan kuantiti banyak akan berpotensi menaikkan kolestrol dalam badan kerana kandungan lemaknya. Ikan mengandungi merkuri terutama ikan dari jenis yang besar. Telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi jika diambil dengan banyak.

Apa beza ESP dengan minuman soya jenis lain?

Protein adalah zat yang tidak tahan panas, kepanasan akan merosakkan elemen protein. Kebanyakan air soya di pasaran, meskipun yang dibuat sendiri akan melalui proses dimana soya2 ini dimasak dalam suhu tinggi dan ini akan merosakkan kandungan protein di dalamnya.

ESP tidak melalui proses tersebut dan kandungan protein di dalamnya terpelihara.

Siapa yang patut mengambil ESP?

Dicadangkan kepada semua kerana ia adalah asas pembentukan badan kita. Namun kepada golongan2 di bawah adalah lebih utama untuk mengambil ESP.
Mereka yang sentiasa sibuk
Mereka yang selalu berasa letih
Ibu mengandung
Ibu yang menyusukan anak
Apakah kebaikan ESP selain membina sel?

Antara kebaikan ESP ialah:

Membekalkan tenaga
Memberikan rasa kenyang
Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
Membanyakkan susu badan
Fakta tentang ESP
Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa dan pemanis
Tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ini akan merosakkan protein
Sesuai untuk diambil oleh seisi keluarga







Esp memang best sangat uols. Rasa pun sedap. Jom kita order ramai ramai :)









Email saya di  shaklee_lyana@yahoo.com

Bye si cantik semuaaa :))



Saturday, June 15, 2013

dan berakhirlah diet saya



Assalamualaikum.


Kalau aku cakap tahun lepas aku langsung tak sentuh nasi uols percaya tak? huhuhu..
Percaya atau tidak itulah yang aku buat. Gila bukan? Nak kurus punya pasal sanggup okay tak makan nasi. Nasi sahaja tak makan, yang lain semua makannnn. Hasilnya? Tak berapa memuaskan pun, bolehlah aku letak dalam 40% tahap keberjayaannya. Kenapa 40% je? Sebab tak makan nasi je kot yang lain semua aku hentam. Makanan bergoreng, makanan berlemak, minuman berkarbonat, minuman manis, minuman berais dan segala jenis syurga makanan dan minuman itu.


Kenapa beriya nak kuruskan badan? Kerana aku ialah perempuan. Boleh tak jawapan macam tu? hehe..
Aku pun macam tak percaya betapa kuatnya semangat aku untuk tidak menyentuh nasi tu. hahahaha..Aku just gantikan dengan mihun yang direbus je kalau nak makan dengan lauk pauk.


Sehinggalah masuk tahun 2013 ini. Berakhirlah diet nasi aku bilamana aku rasa akulah wanita paling gembira dan bahagia bila mengenali Ranjen. Wahhh gitu!
Mula mula nak sentuh nasi tu kan, aku macam budak budak yang tak reti makan nasi uols tahu tak. Punyalah kekok. hahaha..







Hai. Saya dah makan nasi sekarang :)
Tapi tu lah, bila dah mula makan nasi ni cepat sangatlah rasa laparnya tau. Pelik haku. Padahal masa tak makan nasi tu taklah lapar mana pun. Amboiiii perut ni. Kemain mengada ngada lagi. Biasaaa dia tu...










Tiba tiba masuk gambar mak dan adik di sini. :p
Just nak cerita, mereka ni lah yang menyebabkan saya tak berdiet dah. Kalau keluar dengan diorang, makannnnn aje lah kerjanya tau.











Si kuat makan dan si lagi kuat makan :p













Kitorang teman adik buat pasport kat putrajaya. Masuk alamanda, dalam banyak banyak kedai makan, chicken rice shop jugak yang dipilih. Nak jugak ajak aku makan nasi. Hadoi..












Bye diet!











Sekarang misi aku ialah nak mulakan semula diet yang 'hilang' itu. Nak mulakan balik kemain payah uolsss. Setakat hari ni nasi masih aku makan lagi. Bila nak stop tu tiada lah ku pasti. hahaha :p
Minuman manis pun nampak gayanya semakin berleluasa je sekarang ni. Hari hari pun mengadap nescafe ais. Teruk betul lah. Kena mula balik ni. Kena!













Pasport adik telah pun siap. Lebih kurang dua bulan lagi adik nak fly dah. Huhuhu cepatnya masa berlalu...
Bye!





P/s : Doakan diet saya berjaya! :)




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com