Followers

Pages

Friday, March 22, 2013

Tahniah pelajar 5 Zamrud saya



Assalamualaikum.

First of all aku nak ucapkan tahniah kepada semua calon spm 2012 yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan terbilang. Yang kurang cemerlang tu takpelah, failure is the mother of success kan? hehe.. Rezeki kita ada di mana-mana. Berdoa aje lah yang terbaik ye.

So semalam ialah saat yang mendebarkan jugak bagi aku. Ceh macamlah aku pulak yang ambik spm kan. :p
Tapi debaran tu tetap aku rasa sebab ini tahun pertama aku mengajar kelas yang ambik peperiksaan besar. Kelas 5 Zamrud aku tu lah. Aku risau keputusan teruk sangat je. Teruk sikit takpe lagi. hahaha..

Maklumlah subjek aku ajar pun subjek mpv kan, dah tentu tentu pelajar semua yang tak berapa pandai, kelas akhir pulak tu. So harapan aku pada diorang taklah menggunung mana cuma aku harap tak seteruk mana lah. Tapi alhamdulillah ada jugak 2 orang yang memperoleh A untuk subjek Landskap dan Nurseri aku tu :)








Ini je pelajar yang sempat bergambar bersama. Yang lain macam biskut. Ambik result pastu hilang. Yang ni pun gaya dah macam macam dah. Dengan rambut karat dia tu, dengan gaya k-popnya. Tapi bagusnya diorang ni, tak sombong dengan cikgu. Masih lagi sudi berborak, gelak gelak :)







:)








Kenangan bersama mereka :')
Semoga berjaya di luar sana wahai bekas muridku....





Tuesday, March 19, 2013

Saya ialah warga kuarters sekolah



Assalamualaikum.

Dah hampir sebulan dah aku pindah masuk kuarters sekolah. Mula-mula taknak masuk pun, tapi disebabkan rumah sewa kitorang tu banyak sangat masalahnya, terpaksa jugalah kitorang pindah. Rumah sewa sebelum ni tu dah lah tak seberapa, boleh pulak tuan rumah dia nak naikkan sewa rumah. Dengan keadaan rumah yang takde gril rumah, sliding door tak boleh bukak, setiap bilik takde kipas, toilet selalu tersumbat, atas siling rumah banyak kelawar, ishh banyaklah benda yang kitorang tak puas hati. Masih juga tuan rumah tu tak tahu malu nak naikkan sewa rumah pulak. Amboi kemain lagi ingat kita hadap ke nak duduk rumah dia yang tah apa apa tu.


Bila kitorang bagitahu dia kitorang nak pindah, barulah dia sebok nak pasang gril rumah. Tak faham betul.
Dengan tikar getah kitorang pasang tak bukak balik pun. Haruslah tuan rumah tu bersyukur ke hadrat ilahi sebab kitorang keluar dari rumah tu dengan keadaan dalam rumah tu cantik ok.


So, busy lah aku dan housemate memindahkan diri ke kuarters sekolah. Angkut barang entah berapa trip. Sikit-sikit angkut. Pengsan jugaklah nak angkutnya tu. 

Alhamdulillah akhirnya settle juga :)

Sejak duduk kuarters, senang sikit aku nak pergi training budak volleyball. Jalan kaki aje. Jimat minyak :)
Dan sejak  itu juga, budak budak volleyball rajin sangat datang rumah. Datang singgah sebelum mula training. Ester (anak angkat aku tuh) lah yang beria nak datangnya. 







Ni first time diorang datang. Terus kena kerah pasangkan rak buku pink. Hehehe..
Ada pelajar lelaki sekali sebab masa tu kitorang nak mintak tolong pasangkan katil.









Tapi diorang sangat sporting. Senang aje kena suruh :)









Ni je yang ada masa tu untuk jamu diorang. Teh strawberry dengan keropok buat minum petang.
Sejak dari tu, tiap kali ada training mesti si ester tu datang. Lama lama naik lali dah. Petang tadi lagi lah. Aku duk terbongkang tidur depan tv, tiba tiba dia dah muncul depan rumah. Dah macam pengunjung tetap pulak. Suka hati awak lah ester oi...










Dekat sekolah pun kemain rajin dia melawat aku. 









Lagi lagi kalau time tu waktu bahasa cina + bahasa tamil kan, pelajar sabahan dan sarawakian memang free so mencari aku je lah kerja dia :)
Eh tiba tiba jadi entri pasal Ester pulak kann. hehehe.. :p









Ni rumah lama yang penuh kepahitan. Semua kenangan pahit sejak saya mula posting biarlah ia tinggal di sini. Saya nak mula hidup baru dengan kesayangan baru :)
Bye rumah 4321. Terima kasih untuk semua kenangan yang ada :)




Monday, March 18, 2013

Hoi hackers !



Assalamualaikum.

Manusia ni diciptakan Allah mempunyai pelbagai perangai. Tak semuanya berhati baik, tak semua juga berhati busuk. Lumrah alam kan kejadian manusia memang begitu.

Mana taknya, kalau dah wujud perasaan sayang yang teramat sangat tapi at last tiba-tiba perasaan sayang tu boleh hilang macam tu je. Pelik kan? Memang pelik. Itulah manusia. Ok. Ini sebagai contoh sahaja.

Baru baru ni email dan facebook aku tak boleh dibuka secara tiba tiba. Password yang aku masukkan boleh pulak salah. Macamlah aku ni hilang ingatan padahal setiap hari bukak email dengan facebook tu. Mustahil pulak aku boleh lupa password aku sendiri. Padahal password email dengan facebook aku tu bukannya sama pun. Dua dua pun aku letak password berbeza tapi tetap juga nak diceroboh! Seriusly aku tak faham dengan keadaan ni. Apalah masalah orang yang dengki sangat dengan aku tu sampai nak dihacked bagai pulak.

Selepas dicuba cuba, email dapat juga diselamatkan. Lega jugak hati ni sebab macam ada harapan untuk recover si facebook pulak tapi hampeh uols. Tiba tiba siang tadi aku dapat tahu facebook aku telah tiada! Hilang terus. Kurang ajar tahap teratas sungguh lah siapa yang punya angkara tu. Nak ikutkan hati aku ni taklah sedih mana pun tapi rasa sakit hati tu memanglah ada.

Aku pernah rasa sakit lagi dahsyat dari ni bilamana aku hilang orang yang aku sayang jadi tidaklah ku begitu heran kehilangan facebook itu wahai hackers yang sengal. Mampu je aku tersenyummm banyak banyak. Wekkkk! 






Aku sanggup je hilang facebook tu dari hilang orang yang aku sayang :)



Sila pergi mati, hackers yang gila !




Monday, March 11, 2013

Set supplement skincare kegemaran saya terpaling the best ever!



Assalamualaikum.


Wahh gitu. Tajuk kemain mencari publisiti lagi :p
Semakin hari saya semakin jatuh cinta dengan shaklee! Suka sangat dengat produk ni sebab ia memberi kesan ke atas diri saya. Suka saya berkongsi di sini supaya wanita di luar sana juga dapat manfaat yang sama dari produk yang berkualiti ini. InsyaAllah perubahan yang positif itu akan datang sekiranya kita konsisten dengan pengambilan supplement yang disyorkan dan haruslah berdisiplin dan percaya dengan keupayaan vitamin-vitamin kecantikan ini. InsyaAllah :)


Untuk membaca beauty review saya klik --------> SINI









Supplement yang saya consume dan yakin akan berterusan mengamalkannya ialah :



B-complex

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.


Vitamin C

Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.


Vitamin E 

Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.
Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.

ESP

Diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.
Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.






Supplement kegemaran saya :)


Sekiranya si cantik, si jelita dan si cun melecun di luar sana berminat untuk consume supplement seperti saya, bolehlah hantarkan pertanyaan anda ke message facebook saya ya :


yana lyana

atau


Email saya di  shaklee_lyana@yahoo.com


Marilah cantik bersama-sama.
Salam sayang :)




Friday, March 8, 2013

Hai bengkel landskap!




Assalamualaikum.

Tahun ni aku kena mengajar subjek landskap dan nurseri lagi. Nak taknak kena nak jugak. Kalau yang tak tahu memang ingat aku memang option subjek tak best tu, padahal....Allah je yang tahu macam mana perasaan aku bila nak masuk mengajar subjek ni. Ilmu dah lah tak banyak, nak kena mengadap pelajar pelajar 'pandai dan baik' pulak tu. Seriously Allah je yang tahu. Tak sabar nak mintak tukar ni. 


Banyak nak cerita pasal bebudak landskap aku tu. Majoriti memang 'baik' sangat. Setiap kali masuk kelas tu, mesti rasa macam dah mengajar lapan waktu. Penat tersangat. Bukan penat mengajar, tapi penat marah. Kalau tak marah memang tak boleh. Wajib marah, wajib kena bebel. Sungguh lah aku tak faham perangai diorang ni. Sedih tau asik pegang kelas hujung je. Teringin jugak pegang kelas pandai. Sedih :(


So tahun ni bengkel landskap aku tu masih juga begitu. Masih juga aku mencari 'hati' untuk bengkel tu. Takde jiwa langsung pun macam mana? :(

Eh? Kenapa pulak aku ni nak bersedih je pulak ni. hahahaha. Bukak cerita pasal kelas je jadi sedih, boleh? :p


Skirting kat meja bengkel aku tu dah lusuh koyak rabak dah. So tahun ini haruslah ditukarganti. 










Pergi cari kain dan lastly kain hijau ni yang aku berkenan. Sesuai lah dengan bengkel tu kan. Ala ala flora gitu. Aktiviti memasang skirting ni memang digemari pelajar-pelajar landskap. Tak payah suruh pun diorang akan offerkan diri untuk buat. Good! :)


















Hasilnya.....
Nampaklah sikit berserinya dari sebelum ni.
Minggu depan dah start ujian bulanan satu. Berdebar sangat dengan kelas 4 Zamrud aku tu sebab semuanya 'sangat rajin'. Yang tak pandai membaca atau membaca tapi tak faham apa, TIDAK BOLEH DIKIRA DENGAN JARI. Boleh faham?  Memang serius cikgunya yang sangat nervous ni.



AGAK-AGAK ADA TAK YANG LULUS SUBJEK AKU NANTI?







Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com