Followers

Pages

Sunday, October 31, 2010

selamat pengantin baru, sayang




Taraa...
Inilah pasangan yang diraikan semalam. Gambar ini diambil oleh Kalerpensel Photography. Cun bukan?
Betapa sedihnya diriku apabila tidak dapat menghadirkan diri di hari pernikahan Yanti iaitu pada hari Jumaat atas sebab-sebab yang tidak mampu dielakkan. cewah tetapi dalam sedih-sedih tu, before Yanti akad nikah sempat jugak dia call aku..dengan suara yang sangat excited sampai nak terpecah gegendang telinga aku..

Na..aku nervous ni..
Relax..akad nikah kul bape?
Kul 5 nanti..aku dah nampak family Apek da..
Ooo nikah kat masjid ke?
Aah..ko doakan kejayaanku tau..haha..
haha..ok2..selamat penganti baru Ti..

Bongok ok minah tu. Kejayaan apenye..haha.. Tapi aku happy sangat dengar suara dia yang ceria sangattt tu. hikhik. Jadi, pada petang itu, aku pun dengan kudrat seorang penganggur yang tiada berduit ( sedih sangat kau ni yana..haha ), pergi membeli hadiah buat pengantin baru.


Apakah isi kandungannya? Oh biarlah rahsia malu lah i kalau uols tau yang i belikan set barangan kemas dari Tomei buat pengantin kita. haha memang TAK la kan.huhuhu :p


Before pergi mesti posing dulu. Ehem, sila fokus pada si comel pink itu jika kau masih ingat asal usulnya.hehehe :) Dapat juga i rasmikan pada hari berbahgia ini. heee nyampah je kan.


Mula-mula sekali kita reunion secara kecil-kecilan bersama rakan-rakan sekolah rendah. Yanti tak sama sekolah dengan kami pun tapi sama duduk di berek polis. :) Gambar ialah diambil dari album mira di facebook maklumlah Kak Nina miskin tiada kamera canggih meletop kebabom. hee


Bergambar pula dengan kedua mempelai ceh ayat rasa nak lempang je.haha


Eh ini Tikah. UTHM spikers bersama-sama dulu kenapa kau sesat di sini Tikah? kekeke
Aku dengan Tikah sama universiti juga satu team main volleyball dulu, Tikah ni jugak same belajar dengan Yanti masa diorang belajar kat UTM Jalan Semarak dulu. Jadi gabungan ini menghasilkan fenomena rakanmu rakanku jua. Begitulah kisahnya :)


Okay. Dua gadis cun bersamaku ini ialah classmate Yanti masa kat sekolah teknik dulu. Erni dan Emi.
Erni ni rapat dengan Yanti. Rapat sangat sampai jeles i tau..haha. Tapi jodoh aku dengan Erni panjang pulak sebab kitorang sama-sama masuk Kolej Matrikulasi Melaka dengan UTHM. Sama lah kita. Oh lupa, Congratulations Erni for your graduation day! Erni konvo dua hari selepas aku konvo sebab dia fakulti lain maka tidak sama hari konvonya. begitu....


Alamak! betapa sharp nya picture ini. Sekali lagi ini ialah dari album Jajah yang punyai kamera kebabom. :)


Dan berunion kecil jugalah rakan-rakan Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar ini. I likeeee. <3


Bergambar di banner pengantin baru. Santekk banner dia! :)


Inilah Jajah, kelasmet saya dahulu kala. :)


Hoi sedih tahu bila gambar dengan tuan punya badan jadi camni. Gegarrr! Aku tau gambar kite ni dekat kamera photographer ko cun kan, Yanti. Nanti bagi tauuu. :)


Pelamin yang sungguh indah!
Selamat Pengantin Baru buat sahabatku, Nur Azeanty dan Ahmad Syafique.
Semoga uols bahagia, murah rezeki dan dapat baby cepat-cepat k. I tak sabar nak ada anak angkat.boleh macam tu? hahaha..I'm happy for you, Yanti. :)


Jangan ditanya turn i bila k kalau tak i mengamuk sakan nanti. Bye.

Friday, October 29, 2010

come on NEGERI SEMBILAN !



DUP DAP DUPP DAPP!!


Debaran kian terasa. Sabtu ni kita saksikan mampukah Negeri Sembilan mengekalkan kejuaraan tahun lepas. Yang pasti, memang aku tak pergi lah Bukit Jalil sana kan. hahaha. Kemeriahan mesti lagi terasa dengan ribuan penyokong kuning campur pulak penyokong merah. Memang cukup ummphh lah! hehe.. Aku duk gatai la baca page fanclub negeri sembilan dengan kelantan kat facebook. haha macam-macam perangai. Kalau ada tersesat even sorang yang post kat page pihak lawan memang silap la, memang kena maki hamun habes. Ni baru kat alam maya. Cuba kau bayangkan di hari kejadian nanti....tak sanggup makk! haha :p
Kalah menang adat pertandingan. Hope takde la perkara bukan-bukan berlaku.

HOBEN JANG HOBEN!




Petang ni aku mahu ke Rembau untuk menyaksikan saat-saat Yanti menjadi isteri kepada Sapic. :)


Thursday, October 28, 2010

resepi ketam masak lemak cili padi dengan nenas


Ehem. Semenjak jadi surirumah tangga ni banyak resepi Kak Nina boleh kongsi ye. Selain bertambah ilmu di dada, boleh juga uols try-try memberasapkan dapur rumah uols dengan cuba try test resepi i ni. hehehe :)


ketam masak lemak cili padi dengan nenas

taraaaa!
Inilah juadah utama untuk santapan keluarga Sarjan Ghani pada hari ini. Senang je cara membuatnya, serius. Check it out! cewahhh haha :p

Bahan-bahan yang diperlukan ialah ketam, nenas, santan kelapa, bawang merah, kunyit hidup, asam keping, cili padi, serai  dan sedikit garam.




Nenas yang dah siap kita potong-potong ikot suka. Kau nak nipis ke, tebal ke, kecik ke, besar ke, ikot citarasa masing-masing ok. Kalau yang tengah angau bercinta nak buat bentuk love pon bolehhh.hee




Ini ketam hasil tangkapan abah kat Port Dickson sana ha. Memang banyak juga comel-comel belaka. Kalau kau beli kat pasar basah tu takdo kecik camni ketamnye kan? Mana-mana lah ye asalkan namanya ketam. hehe :p

Okay cukup tu. Sekarang kita belajar cara nak masak pulak k. :)

1. Mula-mula, blend kan bawang merah, kunyit hidup dengan cili padi.
2. Masukkan ketam ke dalam periuk then terus masukkan bahan-bahan yang dah diblend tadi.
3. Masukkan pula santan kelapa, nenas n serai.
4. Sentiasa kacau k supaya tak terjadinya pecah minyak. Tahu tak pecah minyak tu ape? Nanti kalau pecah minyak, kuah jadi tak cantik la, jadi berketul-ketul gitu.
5. Masukkan asam keping dan garam sikit.
6. Tunggu sehingga mendidih. Dah mendidih, tutup api tapi still kacau sampai la agak-agak getaran zarah-zarah kuah tu tak berapa laju. boleh faham? hehehe..
Siap! bolehlah dihidangkan dengan penuh kasih sayang. :)



Muka penuh kasih sayang! hee :p


* Harini birthday Naim, tapi nak mintak dia belanja kek chocolate indulgence kat secret recipe lah. Boleh ke macam tu? hehehe :p


19 tahun dah dia tu


Hari ini 28 Oktober 2010. Hari ape ni? jeng jeng jengg....
Hari ini ialah hari jadi Naim yang ke 19 tahun. Patutlah semalam beriya dia nak balik padahal ada satu lagi paper nak kena hadap hari sabtu ni. hee So, bila tuan punya badan dah ada di rumah, maka desas desus untuk makan di luar telah disuarakan oleh pihak berwajib. Badan-badan berkanun yang lain hanya menurut perintah. ( aku, adik ngan pami la tu.haha )


So, sebulat suara telah bersetuju untuk makan di sini. Dah bertukar pulak nama kedai ni. Dulu Papa Chop Mama Grill, sekarang jadi Paroi Chops N Grill. ah belasah je asalkan kedai yang sama menjadi kegilaan adik-adik n abang aku. Diorang la yang nak makan sini. hee


Muka si lapar 1.


Muka si lapar 2.


Oh, bonda mungkin tak lapar ye? hehe


Adik juga tak berapa lapar kot. Mungkin dahaga? :p


Inilah dia si birthday boy yang semakin gemok. Bila final exam datang je dia mesti gemok. haha
Eh eh mana abah? abah i low profile orangnya maka gambar tiada. boleh? hehe abah ada duduk sebelah Naim tu. :)


Kau tengok betapa pelahapnya Kak Nina. Satu jug air dia mintak. hahaha air epal tu sedap sangat sebab dia letak asam boi. Memang terbaek la sampai sekarang terasa lagi kesedapan air tu. :p


Okay. Cukup menggoda keimananmu tak? hehe :p


Makan-makan-makan sampai besarr. hikhik


Settle semua. Licin!


Akhirnya ada gambar abah. Tapi tertido pulak. hehe thanks abah belanja malam tadi. :)
Bila dah kenyang, membebel sana sikit, membebel sini sikit. Kami pun kembali pulang.


Oh. Bila dah kenyang memang jadi gedik sikit. hehe
Ok dah. SELAMAT HARI JADI NAIM! :)


Monday, October 25, 2010

resepi pengat pisang


Hai semua. Petang tadi aku buat pengat pisang untuk minum petang sambil-sambil melayan cerita Chinta Chanduri. hehe. Makin best tau bila Adiputra keluar lagi membawa watak Rasul Iman. Memang layannzas betul cerita tu. hikhik.


Meh kita belajar cara-cara nak buat pengat pisang manis macam saya ni. hahaha :p
Bahan-bahan yang diperlukan :

Pisang ( aku guna pisang tanduk yang dah masak ranum )
Daun pandan biar wangi macam bayi~
Gula pasir
Sedikit garam
Santan kelapa
Gula melaka
Sagu




Okay bila semua bahan-bahan dah ada, masukkan semua dalam periuk pastu kacau-kacau sikit sampai lah mendidih. Siap! eh cincai je nampaknya? haha. :p






Haha begitu lah resipi nya. Korang boleh lah try sebab memang sedap pengat ni. Bab-bab pencuci mulut ni memang aku sukaaaa sangat tak kira lah bubur kacang hijau ke, bubur pulut hitam ke, puding ke, semua lah kan yang namanya pencuci mulut memang mampu mengecurkan air liurku. hehehe. :) Tapi pengat aku tu tadi terlebih manis pulak. Ah terlebih manis ke tak cukup manis ke sedap je masuk mulut aku ni. hahaha. :p 
Pami makan sikit pastu bising, "ish tak boleh manis-manis camni tak larat aku nak makan." Eleh banyak songeh tau mamat tu kita dah masakkan kira bagus. hehehe i tak kesah dia komen saja gurau adik beradik. *haha muntah



Sekian dari Kak Nina. Selamat mencuba! :)


Sunday, October 24, 2010

diary ku kini bacaanmu



Salam hujung minggu. Dah banyak sangat tajuk entri aku berunsurkan diary, tu tajuk jadi camtu tu.haha. :p
Penatnya hari ini. Sungguh penat dari pagi sampai nak masuk asar tadi aku busy di rumah wan. Alhamdulillah kenduri dah selamat dijalankan tadi. Penerbangan wan ke tanah suci insyaalah pada awal bulan november ini.




Kau tengok pipi aku. Semakin comel bukan? hahahaha. Oh pipi, cukup-cukup lah dirimu membesar jangan sampai tuan badanmu ini merasakan dirinya bakal tak laku suatu hari nanti.hahaha :p

Sepupu aku bawak orang gaji dia datang rumah wan tadi. Boleh tolong-tolong orang kenduri katanya. Orang gaji sepupu aku ni bernama Lily dan merupakan orang Kemboja. Dia memang tak tahu cakap melayu so nak berkomunikasi memang kena speaking London lah semuanya.
Paling tak boleh blah, wan aku pun terjebak jugak.haha. Tapi word yang paling biasa wan sebut 'Lily, come..come..' pastu tunjuk la suruh basuh pinggan ke lap cawan ke. Lily come come tu je yang manjang aku dengar. Nasib baik si Lily tu faham.hehe :p

Aku nak melayan dia borak pun sampai berkerut-kerut dahi. Mana nak dengar apa dia cakap, mana nak fahamkan lagi sebab gaya english dia tu more to Kemboja. Dah macam cerita Betty pun ada. haha. Sepupu-sepupu kecik aku lagi satu hal, diorang konon nak ajar si Lily ni cakap melayu last-last diorang yang merapu cakap omputih. Eat watermelon la, I want spoon la, siap tanya eh ni dalam bi ape, eh tu dalam bi ape. Tak kuasa den nak melayan. hahaha. :p  




Petang-petang pekena pisang goreng panas dengan air kopi memang ada ummpph kan? *tiba-tiba. :p




Sekian dahulu diary ku kini bacaanmu. Salam 1 Malaysia! hee :)


Saturday, October 23, 2010

mestilah i sokong negeri sembilan, kalah pun i sokong tau




Ingat lagi tak pasal plan nak tukar-tukar hadiah dengan rakan sekelas masa konvokesyen ku tempoh hari? ceh tempoh hari haha. So, ini lah hadiah yang aku beli. Tak menarik ke? Oh bagi aku cukup menarik sebab kata nak jadi cikgu kan, kalau pergi meeting ke nak buat catatan boleh guna pen mahal ni jangan guna pen biasa-biasa tu. hehehe :p Aku pulak dapat tabung. Ala tabung tu aku tak buat tabung pun, still jadi macam perhiasan pulak. haishhh. T____T Semua coin aku simpan kat dalam beg duit kecik sebab kalau letak dalam tabung nanti ada orang curik. Ok tak alasan? hee :p

Siang tadi aku pergi rumah wan. ( Wan itu ialah nenek ye kawan-kawan ) Rumah wan kat Rantau memang dekat gila dengan rumah aku. Esok wan nak buat kenduri sebab rezeki wan nak menunaikan haji pada tahun ini dah tak berapa lama lagi. So, kena lah tolong itu tolong ini kat kampung. Dah lewat petang, kami pun pulang ke rumah kami yang hanya sekangkang kera itu kira-kira 10 minit sampai sudah. :)



Tosei Rawa

Tapi otw balik, kitorang singgah kedai mamak dulu. hikhik. Semua kenal ini tosei? Atau nama saintifiknya tosei rawa. Aku bukan lah penggemar tosei sebenarnya tapi bila dah balun makan tosei ni petang tadi rasa terjatuh cinta pulak. Sedap jugak. hehehe :p Uols try lah order tosei rawa ni, mesti jatuh cinta jugak kalau kita same taste lah kan. :)


Sekarang I nak tengok Negeri Sembilan lawan Johor fc. HOBIN JANG HOBIN! hehehe.
Bye. :)


Friday, October 22, 2010

one happy family at home!


Assalamualaikum.
Macam-macam aku dengar pasal kes posting guru-guru baru ni. Yang memberi harapan ada, yang memberi senyuman sampai telinga ada, yang buat kita rasa menyampah ada, macam-macam ada. Tak tahu lah mana satu yang betul. Aku rasa dah beribu agaknya yang menyumpah seranah kementerian tu. Sekejap a sekejap b sekejap lagi jadi z pulak. hadoiii hari-hari macam ni, masuk tahun depan muka pun dah macam makcik sebab hari-hari tension. hehehe. Dah dah sekarang ni jangan percaya sangat dengan khabar angin. Nanti ada lah tu. Kalau dah rezeki tak ke mana kan. Baiklah, aku terus menunggu! dengan senyuman..hehe. :)

Ehem. Gambar family dekat kedai gambar dah siap.
Taraaaaa!



Ceria kan? Muka aku la yang ceria terlebih tu. hahaha. Pami dah jadi lain sebab tak pakai spek. Akak yang ambik gambar tu kata kalau pakai spek nanti mengganggu. Ada reflexion ke ape tah. Tapi dia edit gambar memang cun, tengok pulak yang dah siap frame lagi terbaek dari ladang! I likeee. :) Kedai macam ni lah yang kita nak. Memuaskan hati pelanggan. hehe. Gamba konvo Pami kesian gila. Dia ambik gambar dekat kedai apek tua yang time tengah ambik gambar, apek tu mabuk. hahahaha. So terjadi lah gambar skema dan semua ahli keluarga macam baru lepas perang dunia kedua masam mencuka.haha Gambar tu aku takde sebab masa tu aku tak balik Seremban, final exam kot. huhuhu. Soft copy nya juga ialah tiada maka tak dapat upload sini untuk bagitahu uols betapa perang dunia nya muka keluarga aku dalam gambar konvo Pami tu. hehehe :p

Ish makin merepek pulak kan.hee. Kesimpulannya, nak bergambar pilihlah kedai yang bagus. Jangan fikir murah je tapi langsung takde kualiti. Oh macam bagus menasihati orang.heee :p
Bye.



Thursday, October 21, 2010

giveaway kecantikan #2


Siapa tak suka pakai masker? rugii..hehehe. Aku suka pakai masker sebab rasa sejuk je pastu tegang sampai tak boleh nak senyum. Bercakap apatah lagi. hee..




Ini masker favourite aku. Sedap sangat bila pakai. Bau dia wangii macam bayi~ haha. 
Aku pernah try buat masker sendiri guna putih telur. Best memang best tapi bau dia mampu memuntahkah dirimu tahu? hee. So, nak masker yang harum lagi free tak? hahaha jom join contest ini.


Kalau bertuah, kita akan dapat satu kotak masker yang harum lagi comel ( bak kata penganjur ). Dalam kotak tu ada 4 masker so boleh guna sampai 4 kali lah. ( kata penganjur lagi..)


Ha ini lah masker nya. Best kan best kan? So tunggu apa lagi. cepat cepat contest ni dibuka 3 hari sahaja! :)


Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com