Hari ini ialah hari rajin.
Bukan sahaja rajin di waktu siang malah malam juga rajin menaip entri rajin ini.
Jam 5.30 pagi, L'amour ku berbunyi menandakan masa tidur dah cukup 6 jam. Aku bangun, mandi, dan bersiap-siap. Eye-shadow, eye-liner, eye-contact ehh contact lens tidak dilupakan. (rajin sampai begitu terperinci menerangkan persiapan diri)
Aku memandu di pagi dingin itu. Abang ku malas nak drive pagi katanya. Mengantuk.
Jam 6.30 pagi kami dah bertolak.
Seperti biasa, hiburan kami di sepanjang perjalanan ialah Hot.fm dan pemandangan indah flora fauna.
Panggilan hangit yang kedengaran di corong radio savvy begitu menceriakan pagiku. Gelak sungguh-sungguh hingga pudar lipstik di bibir. Membazir.
Perjalanan ke sekolah memang sangat mencabar. Sebab paling utama ialah jauh. Ambil masa satu jam kau bayangkan. Juga, banyak lori-lori besar yang menghalang perjalanan terutama di double line yang dilarang memotong. Tapi untuk yang tidak skema apa ada hal dengan double line itu kan? heeee
Ada satu laluan perjalanan kami di mana merupakan laluan kediaman tetap sekeluarga lembu-lembu kampung yang giant-giant. Kerajinan aku bermula apabila memerhatikan lembu-lembu itu berjalan sungguh sopan santun di tengah-tengah jalan. Lalu kelajuan kereta menjadi 40km/j sahaja. Tangan aku rajin nak menghon lembu-lembu itu tetapi otak aku masih fresh untuk berfikir. Sabar lebih baik.
Mataku tiba-tiba tertumpu pada seekor lembu yang tiada sivik dengan membuang air besar di tengah-tengah jalan itu. Sambil berjalan pulak tu. Sungguh hebat.
Jam 7.30 lebih-lebih sikit kami pun sampai. Loceng telah berbunyi menandakan kami lambat lagi pagi itu. Cis semuanya salah lembu! Aku tandatangan kehadiranku supaya gaji pada hari itu tidak terlepas pandang. RM40.70 juga ialah duit ok.
Aku masuk kelas dengan senyuman. Lipstik dah la dah hilang tadi lupa pulak nak touch up. Self-confidence sedikit terganggu. Masuk-masuk kelas tahun tiga, murid dah bising gila. Baru lepas peperiksaan. Merdeka lah katakan dengan harapan aku akan kata
"baiklah murid-murid, awak boleh buat kerja sendiri kerana peperiksaan telah habis".
Lalu murid-murid pun.."yeayyyyyyyyy!" terus bersedia nak main lawan pemadam.
JANGAN HARAP MURID-MURID!
Cikgu ialah rajin hari ini. Kita tetap akan belajar seperti biasa memandangkan markah peperiksaan sangat mendukacitakan. Dah la markah cukup-cukup makan malah ada yang gagal sifir lima pun tak hafal ada hati nak main judi. Cikgu sangat rajin untuk memberi ceramah motivasi pada hari ini. Tajuk ceramah : Kepentingan Menghafal Sifir.
Marah betul aku rasa. Aku dah bagi soalan bocor dah .Ala-ala universiti tau siap ada soalan-soalan bocor bagai. Bukan setakat soalan bocor, soalan yang 100% sama pun aku dah bagi. Ada jugak yang salah. Nak marah beriya pun tak guna markah dah key in. Nak marah beriya pun tak guna muka aku gak yang cepat berkedut nanti. Kalau tak marah nanti diorang tak tau. Kalau pukul takut terlebih pukul tanpa sedar. Nak marah kang tersasul pulak mulut ni termencarut ke apa.
Tapi aku masih boleh senyum.
Aku kan muda lagi. Relak sudah.
Jam dah pukul 2.05 petang dan boleh pulang. Tapi aku lupa harini aku ada meeting pukul 2.30 petang. Hawau betol. Aku tak makan langsung dari pagi. Bajet dah sampai rumah nanti baru nak terus lunch.
PERUT TELAH BERBUNYI IRAMA POP TRADISIONAL.
Jam dah pukul 5.30 petang baru meeting habis.
Aku rasa rupa aku dah macam buruh kasar baru lepas menuai padi! (buruh menuai padi kah?)
Lalu aku sampai ke rumah sejam selepas itu.
Sekian diary rajin juga PENAT pada hari ini.
* macam takde motif je entri ni.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
0 butterflies concerned.:
Post a Comment