Followers

Pages

Saturday, March 3, 2012

Kau Laksana Bulan


Assalamualaikum.

Again.
Cerita yang diadaptasi dari novel memang berjaya mencuri minat aku.
Cerita Kau Laksana Bulan ni sweeeeeet sangat uols.
Sepanjang layan cerita ni memang bibir tak lekang nak senyum aje tau.
Pastu tak memasal nak malu sensorang.
Feeling sendiri..hahaha..
Memula tengok first episod je pastu melarat pulak next episode next episode.
Cerita dia romantik uols.
Serius ni.
Angau je aku depan lappy sensorang. :p






Bagi aku hero dan heroin cerita ni sesuaiii sangat. Ayu Raudhah sumpah cantik sangat! (jeles i). Zulhuzaimy pun sangatlah kacaknye. (jeles jugak..*tetiba)



Mood : Bunga-bunga cinta (lempang!)
Jom sambung next episode!



Friday, March 2, 2012

bye my roscani



Assalamualaikum.

Uols suka pakai jam tangan? Boleh hidup tanpa jam tangan tak?
Oh aku tak boleh. Rasa susah sangat hidup kalau takde jam tangan even kita boleh tengok jam dekat handphone kan tapi still rasa tak best. Seumur hidup aku, dah berpuluh jam aku miliki. Tapi semuanya cap ayam jelah. Setakat sepuluh dua puluh tiga puluh ringgit gitu je yang mampu aku beli. Zaman sekolah dulu lagi lah banyak. Kejap jam merah kejap jam pink kejap jam putih. Selalu sangat tukar jam. Maklumlah murah kan uols. hehe..

Jam paling mahal pernah aku beli ialah jam Roscani. Awal tahun haritu aku beli. Suka sangat design jam tu sebab nampak elegan je bila pakai. Awww. Dengan tali jam tu yang ala-ala gelang datin gitu. Memang sangat jatuh cinta dengan jam tu.





Ni lah jam roscani aku tu. Tapi gambar ni ihsan google je. hee
Cantik tak uols? Mana tak cantiknye kalau harga dia pun cantik. :p
Punyalah sayang tau. Pakai untuk pergi sekolah untuk mengajar dan aktiviti yang agak rasmi je. (termasuk dating..opss) Kalau pergi training volleyball memang haram lah aku nak pakai. Pakai jam tali getah Q&Q aje. Punyalah sayang katanya kan.

Tapi jodoh aku dengan jam ni tak lama uols. Tah mana hilangnya jam ni aku pun tak tahu. Seingat aku, aku letak dalam handbag. Tapi bila cari balik, tak jumpa uols. Puas dah aku cari. Merata alam tapi tak jumpa-jumpa jugak. Mungkin tercicir kat mana-mana tapi aku tak sedar. Sedih ok. :(







Tinggal kenangan. huhuhu.. :'(




Sekian kisah sedih saya di hari Jumaat.



Thursday, March 1, 2012

saya yang busy.



Assalamualaikum.

I tak berniat nak update panjang-panjang.
Semua cerita i sumbat dalam draft.
Bila nak edit, bila nak taip, bila nak publish..tiada dapat i pastikan.
Sekarang ni penyakit mata dah mula buat hal balik.
Mata kanan i mula nak menyepet dari i bangun tidur pagi tadi lagi.
Pergi sekolah berusaha i sorokkan mata dengan eyeliner yang sedikit tebal.
Sedikit je ok.
Tapi masih juga kelihatan.
Bila kelip-kelip mata pun sakit.
Tah kenapa.
Tapi i dah beli ubat sapu kat farmasi lepas balik sekolah siang tadi.
Now masih tak menunjukkan tanda positif.
So esok kalau makin teruk i ingat nak mintak cuti rehat je.
Mintak mc tak boleh sebab mata i bukan merah-merah pun just ala-ala ketumbit gitu je.
Tapi bengkak kat bahagian alis mata atas.
So i taknak pergi sekolah dengan keadaan sebegitu.
Tengok esok macam mana.

Minggu ni ada sekolah ganti pulak.
Cis betul.
Tapi buat gotong-royong.
Tugas i macam biasa mesti nak kena hadap bengkel landskap tak sudah-sudah.
Naik bosan tau.
Disebabkan minggu depan dah mula cuti, maka minggu ni tak payah balik Seremban.
Duduk diam-diam kat Gemas ni.
Nak pergi carik kain untuk buat uniform Pandu Puteri.
Buat uniform?
Mesti uols confuse kan?
Salah i la tu tak update-update lagi pasal kisah pandu puteri tu.
Nanti ye uols.
Nanti.


Oh ya.
I ada meow baru.
Cooooomeelllll kemain!
Cerita pasal meow ni pun tak cerita-cerita lagi kan.
Ish ish ishh..
Banyaknya ceritaa.
hehe...






Nah tengok gambar dulu.
:)
Bye uols.




Sunday, February 26, 2012

update sikitttt



Assalamualaikum.
Minggu ni betul-betul ialah minggu penat.
Macam-macam program luar sekolah nak kena hadap.
Dari bola tampar sampai ke pandu puteri.
Semua pun sibuk nak aktif-aktif segala.

Sebenarnya hari-hari aku bukak blog aku ni.
Dan hari-hari jugak aku duk kira kalau ada komen baru atau ada follower baru.
Tapi berapa ketul je pun peningkatannya.
Disebabkan aku dah jarangggggg sangat berblog-walking.
Jaranggggggg sangat update.
Banyak nak taip tapi tak berkesempatan ok.
Sekarang ni masuk pukul 9 malam je mata dah layu.
Mana sempat nak update nya kan?
hehehe..

Tapi i harap uols tak lupakan blog i yee.
Blog ni masih hidup seperti biasa cuma tak berapa nak aktif je.
heee :p
Ada masa lebih i update selalu-selalu ok?
:)






Baru balik dari join perarakan untuk Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia 2012.
Peringkat kebangsaan uolss maka ahad pun ahad lah kau terpaksa juga aku hadapi. Tapi nanti kalau markah SKT i tak mantap siaplahhhh.






Comel tak cikgu di situ? eh? :p
Okbye.




 

Saturday, February 18, 2012

handbag hanger & keyfinder


Assalamualaikum.
Hai uols. Lama tak jumpa kan. :p
Hari ni nak cerita pasal handbag hanger. Dah lamaaaa sangat aku cari handbag hanger ni. Cari kat internet memang lah jumpa tapi kemain mahal lagi. Rasa macam tak berbaloi pulak benda kecik camtu tapi harga sampai puluh-puluh. So aku pun tangguh-tangguh nak membeli.
Aku rasa handbag hanger ni satu keperluan jugak sebabnya bila aku makan kat kedai mesti nak kena riba handbag berat aku tu. 
Ye uols.....
Handbag i memang lah berat sebab semua benda ada dalam tu. Ala-ala poket doraemon gitu tau, ko sebut je nak apa semua ada dalam handbag aku tu. heee. :p


Jadi, agak sukar di situ kan? Mana nak letak handbag. Letak atas meja kang tak boleh beza mana handbag dengan makanan (over sangat). Letak atas riba sendiri tak selesa jugak sebab kita ni jenis suka silangkan kaki. Nak campak mana entah handbag tu haruslah pening kepala terus takde selera nak makan kan. (over lagi)


Rupa-rupanya uols, handbag hanger ni ada dijual di Cosway uolss. Murah pulak tu. Memang semua mampu milik tak ragu-ragu pun nak keluar duit untuk benda sekecil itu ok. Cosway pun sekarang ni di mana jua anda berada pun leh jumpa kan. Banyak sangat dah cawangan dia.






Macam-macam corak ada. Aku pilih ros hitam sebab tu je paling gorgeous. Nak cari color pink tapi pink dia tak berapa hot pulak. Tak berkenan langsung.







Ewahh...
Aku rasa benda alah ni cool sangat. Siapa yang belum memilikinya memang rugi. ekekeke.. :p









After guna, beginilah rupa parasnya. Boleh sangkut kat tali handbag juga. :)








Dan satu lagi, aku sambar keyfinder comel ni. Sama lah juga, dah lamaaa aku cari dia ni. Terkebetulan jumpa terus dua-dua ketul. Kunci dah la banyak kan uols. Dengan kunci bengkel landskap, kunci bengkel kh, kunci bilik spbt, kunci rumah, kunci kereta. Semua pun nak sumbat dalam handbag. Lepastu bila nak guna, teraba-raba lah menggeledah handbag sendiri sambil merungut-rungut mana kunci ni mana kunci niiii. So sekarang, semua kunci boleh sangkut kat keyfinder ni je. :)









Sambil-sambil jadi accessory tambahan kepada handbag. WOW!
:p







Eh? Nak interframe jugak kan. :p
So uols. Cepat-cepat terjah Cosway untuk beli comel-comel yang aku ceritakan di atas tu ye. :)
Bye.






Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com