Followers

Pages

Monday, November 15, 2010

yeay merah jambu dah datang


Assalamualaikum. :)
Hujung minggu yang baru berlalu, aku lalui dengan degup degup kencang di hati sebab nak menempuhi isnin yang penuh tanda tanya cewah. Seawal pagi aku bangun, terus on lappy nak check kot-kot dah ada status kawan-kawan pasal posting. Padahal dah tau pukul 11 pagi baru boleh check pastu sebok nak rasa marah kenapa takleh check lagi hehe. Tapi pukul 11 pun tiada boleh check juga, kawan-kawan ada yang dah tau penempatan sebab diorang terus call pihak yang menguruskan penempatan tu. Aku tak terkecuali call sedaya upaya tapi hampa. Engaged sajeeeee. Akhirnya, ketentuan tuhan memang melegakan hati aku. Alhamdulillah. :)

Sabtu lepas, aku dan adik-adik juga abah berjalan-jalan santai. Lalu akhirnya ke Jusco membeli barang untuk menyambut hari raya aidiladha. Haha ok i tipu je. 



Barang kat tangan i tu lah yang i maksudkan.hee
Tak sangka akhirnya memiliki kamera canggih penuh bergaya tu.hikhik. Lepastu tiba-tiba petang masih muda dan tak terasa nak balik lagi, terpaksalah pergi bagi ikan makan kat City Park sana. hahaha poyo lah terpaksa. :p



Ha baru boleh main ambik-ambik gambar lompat-lompat macam ni hehe. Ha yang kat tepi tu abah saya. Takkan abah pun aku nak suruh lompat semata-mata nak ambik gambar kan. Nak kena lempang sekali? kekeke. :p
Dah puas bagi makan ikan yang sangat banyak juga besar tu, pulanglah kami ke pangkal jalan.



Inilah keputusan penempatan aku. Tapi tiba-tiba dapat sektor sekolah menengah harian. Sedih jugak sebab tak dapat sekolah teknik or sekolah vokasional tapi aku cukup bersyukur sebab inilah rezeki aku. Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah.....


Saturday, November 13, 2010

ku tunggu merah jambu tetapi datang pula kelabu cair


Ha tajuk macam tu kira dalam kategori mencabar minda tak? hee :p
Salam Sabtu. :)
Sebelum memulakan cerita, wajah saya dah kembali berseri. Ha tengok gambar..cukup seri pengantin tak? 
kekeke. :p



Dua tiga hari ni, aku berdebar-debar je. Pantang dengar bunyi motor terus berdebar lagi kot-kot surat posting aku sampai. Kawan-kawan dah ada yang dapat surat dari JPN negeri. Setakat ni JPN Johor lah yang paling bagus buat kerja sebab yang dapat surat tu semua dapat negeri Johor. Phewww nervous bukan main tau hati aku ni. Aku sangat risau..sangat! *___*

Nak dijadikan cerita, malam tadi aku dengan family pergi pantai Port Dickson. Naim la teringin sangat nak menangkap ketam. Bila search kat internet pasal pasang surut air laut, tengok-tengok sekarang kalau malam air pasang. Nak tunggu surut pun tengah malam la. So, kami pun gerak dalam pukul 11 malam. Sampai sana, memang air pasang siap ombak kuat lagi. Takpe, kita pasang khemah dulu. Pasang-pasang khemah, duduk-duduk ambik angin pantai..eh ngantuk pulak...tidur la kejap.

Bangun tidur dah pukul 2 pagi. Air surut sikit je. Kitorang pun redah je turun pergi menyuluh ketam. Tengok-tengok air keruh..hahaha. Memang tak nampak la kan. Tapi berusaha gak tu jalan lagi dan lagi. Last-last memang takde ketam pun! haha. Masa tu dah pukul 4 pagi so kitorang decide nak pulang je la malas nak tunggu sampai hari terang. Sampai-sampai rumah, terus tidur dengan nyenyaknya.....


10 pagi.


" Kak..kakk...surat posting ko dah sampai...."


Aku yang tengah lena dibuai mimpi ni terus bangun dengan lajunya. hahaha. Abang aku yang tolong ambikkan dekat abang posmen tu. Aku dah gembira tak terkata.



Eh, tapi kenapa pelik sangat surat posting ni? Takde tulis urusan seri paduka baginda pun? Aku mula down sikit-sikit. Laju je bukak parcel tu. Seingat aku, takde pulak aku beli barang online seminggu dua ni.
Nervous lagi. hahaha asik nervous je kesian jantung aku.hee




Baru aku teringat yang aku ada try-try hantar sms pasal whiskas ni beberapa bulan lepas. Aku baca dalam paper kempen menyayangi kucing ke apa tah terlupa sudah. Untuk kempen tu, kalau kita sokong kita boleh hantar sms pastu kita dapat whiskas free untuk kucing kita. Free ok FREE. Sebab tu aku pun laju je hantar sms. Tak sangka pulak betul-betul dapat hahaha.




Dalam bungkusan tu ada dua jenis perisa makanan kucing dengan buku penjagaan kucing tu. Siap ada tips penjagaan kucing, bagaimana memastikan si comel sentiasa di sisi anda, keperluan si comel dan banyak lagi. Hehe comel sangat buku tu. I sukeee. Rasa nak baca hari-hari eh over di situ. hee




Baby pulak macam tau-tau je benda tu untuk dia. Dia ikut je mana aku pergi. hehehe :p




Makanan dalam bekas cantik yang selama ini menjadi dambaan tidak diendahkan lagi. Habis dia makan makanan baru. Licin siap jilat-jilat bekas lagi amboii dia tu.




Hai nama saya Baby. Sedaplah whiskas tu tadi. Habis tau saya makan. Sekarang saya dah kenyang saya nak tidur dulu. Bye.


* Aku kembali mengharap kedatangan abang posmen. Tak payah yang hensem pun takpe bang asalkan sampai surat saya. huu


Friday, November 12, 2010

resepi laksa penang



Salam semua. :)
Hangpa semua suka makan laksa penang? ceq sukaaa sangat! Lagi-lagi kalau yang masam-masam sikit dan pedas-pedas banyak gituu.hee..Ok i memang tak reti nak berloghat utara. Loghat negeri sendiri pun ke laut inikan pula negeri lain. Setakat word yang biasa tu boleh la sikit-sikit. Word ok..word. Bukan sentence ok. haha.
Ok cukup jom belajar masak laksa penang ni....




Bahan A (diblendkan)
Cili kering
Cili padi
Bawang putih
Bawang merah

Bahan B (direbus)
Ikan sardin
Asam keping
Garam


Lepas bahan B siap direbus, kita asingkan tulang dan isi ikan macam dalam gambar kat atas ni. Memang leceh dan harus teliti mencari tulang di sebalik isi ikan tu. huhuhu..Kemudian, blendkan asam keping dan isi ikan tu dengan air rebusan ikan tu tadi. Tulang ikan tu pun blend dengan air rebusan ikan pastu kasi tapis, kita ambik air dia. Kena tapis banyak kali takut ada tulang kecik yang terlepas masuk.

Bahan C (just get ready dalam periuk)
Daun kesum
Bunga kantan
Asam keping
Sedikit belacan




Bahan D ( aksesori yang lain)
Daun salad
Timun
Bawang besar
Telur Rebus
Limau kasturi
Mi laksa yang direbus dengan sedikit garam




Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan A, bahan B dan bahan C ke dalam periuk then tunggu mendidih. Kalau rasa kurang masam or tawar, boleh tambahkan asam keping dan garam secukupnya.
Bolehlah dimakan bersama bahan D tadi tapi kalau tak makan sayur just makan mi dan kuah pun bolehhh. hehehe



Pekat pekat masam pedas gitu. Slrrpppp! hehe :p


Selamat mencuba! :)


Thursday, November 11, 2010

hilang seri sudah



Eh yana, kenapa muka kau suram je? macam tak berseri...

Mana datangnya seri muka?
Bukankah dia datang dari hati dan naik ke wajah?
Kalau hati gembira dan bahagia, wajah pun bercahaya berseri macam bulan purnama.
Kalau wajah tak berseri, maknanya hati tengah sakit lah...begitu...




Most of time aku kat rumah sekarang ialah dengan membaca novel.
Ha dah kembali ke alam sekolah menengah ye diriku sekarang ni.
Bertemankan lampu bilik di atas tu.  :)
Bertambah feeling gitu...hee


* Wahai 15 November...tolonglah kembalikan seri wajahku....

Monday, November 8, 2010

resepi blueberry cheese tart


Dah lama aku tak mengoperasikan tart. Bisnes tiba-tiba stop masa bulan puasa haritu. Paling last masa kawan adik order untuk buat kuih raya. Aku tak tahu lah apa khabar tart aku tu bila dijadikan kuih raya sebab raya lama kan..30 hari kot. Selalunya lepas siap dibakar terus masuk mulut je. Paling lama pun sehari la. Sekarang dah malas nak ambik order sebab kawan-kawan adik pun tak fikir makan dah kot sebab exam dah dekat. Semua fikir belajar je. ( Kalau betul, alhamdulillah..hehe ). Cuma baru-baru ni je ada kawan adik bertanya, kakak dah tak buat tart dah ke..nak order lah.. Tak sangka ada pelanggan tetap rupanya hahaha. :p Tapi yang ordernya sikit, aku akan dapat dalam RM 5 untuk 5 biji tart. Modal untuk satu bancuhan berkali-kali ganda dari RM 5 itu tahu? So, kakak menjadi malas. sekian. :p


Jom kita share resepi blueberry cheese tart ni.

Bahan untuk buat pastri :
125 g mentega
60 g gula icing
1 biji telur
240 g tepung gandum

Bahan untuk buat inti :
250 g cream cheese (uols boleh beli kat giant atau mana-mana pasaraya besar)
50 g gula icing
20 g mentega
setengah sudu besar air perahan lemon
1 biji telur
jem blueberry




Cara-cara membuat pastri :

Pukul mentega dengan gula icing sampai sebati.
Masukkan telur,pukul.
Masukkan tepung,pukul.
Gaul sampai bentuk doh.
Tekan doh dalam bekas tart.
Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20minit.
Tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari bekas tart.


Bekas tart yang aku gunakan.

Doh yang dah ditekan dalam bekas tart.




Jom buat inti pulak :
Pukul cream cheese, mentega dan gula icing.
Masukkan telur dan perahan lemon.

pastu...

Sendukkan inti tu ke dalam pastri yang dah dibakar tadi.
Hias dengan jem blueberry. Buatlah corak ikut suka hati uols k.
Pastu susun atas dulang pembakar dan bakar lagi.
Suhu yang sama tapi 10 minit cukup.

Siap sudah. Sedap tau. Berbaloi-baloi!



Ini Kak Nina. Dia pesan : Selamat mencuba!
:)


Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com