Followers

Pages

Wednesday, September 11, 2013

Harga termurah di sini!!!! SET KECANTIKAN SHAKLEE :)







FULL SET KECANTIKAN KULIT - RM ???

VITAMIN  C tahan 3 bulan
VITAMIN  E tahan 4 bulan
B COMPLEX tahan 4 bulan
ESP tahan 1 - 2 bulan








Hubungi saya di SINI atau emailkan pertanyaan anda di shaklee_lyana@yahoo.com
:)






Saturday, September 7, 2013

Selamat belajar adikku, doa kami mengiringimu



Assalamualaikum.

Akhirnya, adik telah pun berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Alhamdulillah. 
Walaupun banyak sangat rintangan dia sebelum berjaya menempatkan diri di universiti antarabangsa sana. 19 Ogos ialah tarikh adik berangkat ke Amerika Syarikat. Dia akan menyambung pengajiannya di Iowa State University, US.







Amboi siap dengan blazer segala.
Tahniah adik. Entri ni aku simpan lama sebab bila nak mula taip je sedih, mula je sebak. Mengada ngada betul.
Tapi ku gagahkan jua.











Pukul 5 lebih petang kitorang bertolak dari rumah ke KLIA. Tak ramai saudara mara yang dapat join sebab hari isnin masa tu. Aku nak mintak cuti pun tak dapat okay. Sabar jelah hati. Penerbangan dijangka pada pukul 10 malam. So lepas sekolah pukul 2.40 petang terus aku balik Seremban. Aku mintak cuti esok harinya tu sebab gila kau malam malam buta aku nak drive balik Gemas tu? Tak bahaya pulak kan? Tapi alasan kukuh tu masih tak berjaya meyakinkan pengetua. Kedekut tahap apa pun tak tahu lah. Padahal nak hantar adik kandung ni bukan sepupu ke jiran tetangga ke. Sedih betul bila benda penting macam ni pun majikan tak memahami. Hmmm












Sampai je KLIA, terus strap bag. Beg adik tu pun beli semata mata. Color pink sebab aku yang pilih. kekeke... Tapi dik kau suka je kann :)











Lecturer adik pun turut datang untuk mengucapkan selamat tinggal.











Tiket penerbangan. Ada dua perhentian sebelum sampai ke bumi Iowa. Adik kata penerbangan dia haritu ada lah dalam 22 jam. Nak terbelahak tak sampai sampai pun. haha
Tapi untunglah dapat ke sana dik, kakak kau ni naik kapal terbang pun tak pernah okay. Gila kesian -.-










Dengan mak abah.










Adik beradik.











Keluarga angkat adik. Masa adik kecik keluarga ni yang jaga adik. So sampai adik besar pun still rapat. Terima kasih keluarga CikRos sudi hantar adik saya haritu :)











Mak dah mula nak sebak sebak.










Naim pun sama. Eh..










Aku je tak :p











Pami n Effy nampak tenang je di situ. Eleh padahal dalam hati menangis jugak tu kann. :p











:)










Sementara menunggu briefing dari pihak JPA, kitorang makan makan dulu. Tak lama lepastu, Pakteh abah n Anis pun sampai. Tu je family yang sempat datang. Yang lain sampaikan salam aje. Takpe takpe yang penting doa kalian buat adik saya.











Sesi briefing dari JPA. 











Masa ni kawan baik adik masa sekolah dulu pun tiba tiba muncul. Mana datang tah hehe. Diorang kata dah lama sampai tapi pergi minum minum dulu agaknya.











Menunggu.









Menunggu lagi.









Dan menunggu.










Eh? Ok.











Habis je briefing kalau ikutkan jam belum lagi nak berlepas tau tapi adik kata dia nak kena pergi dah. Masa tu check check segala barang. Masa tu sebenarnya aku dah mula sebak tapi ku tahan jebat. Tak tahu nak buat apa adik kata cepatlah nak ambik gambar ke apa. Haha boleh pulak tanya nak ambik gambar lagi. 











So ambiklah gambar dengan sesiapa yang belum lagi. Ambik gambar dengan kawan baik adik, Qila dan Ain ni. Aku tahu diorang ni memang rapat sangat kat sekolah dulu tapi lepas habis SPM masing masing dengan haluan sendiri kan. Tempat belajar pun lain lain kan so biasa lah tu jadi renggang sikit. Adik selalu mengadu dia rindukan kawan kawan dia ni tapi dia takde masa nak jumpa jumpa selalu. Nak kena struggle takut tak lepas pointer nak fly nanti.
Qila n Ain..jangan ambik hati dengan Azie ye adik adik. Dia bukan sombong tapi keadan tak mengizinkan korang jumpa macam dulu dulu tu. Dia sedih bila korang kata dia sombong. Eh dah kenapa aku pulak yang sedih memikirkan hal korang nih? haha..

Berkawan baik baik ye adik adik semua. Kakak tahu korang ni sebenarnya rindu rindu rinduuu kan sebab tu lah cepat sangat nak terasa hati hehe. Selalu selalu lah bertanya khabar ye :)


Sahabat..untuk selamanya..kau dan aku sahabat.. (lagu upin ipin haha. Qila n Ain sila nyanyi)











The one and only sepupu yang dapat hadir. Thanks Anis sudi datang jauh jauh dari Melaka.
Ehemm Anis ni pengapit i nanti tau. Eh sempat..











Kawan kawan adik kat Taylor's University








Thanks sebab datang :)










Sesi salam salam dengan family. Masa ni sumpah sedih ok. 
Jauh kot tempat belajar dia tu. Sedangkan belajar kat Subang Jaya pun banyak masalahnya, kejap kejap nak datang jumpa jemput dia ni kan pulak kat US. Kita sendiri tak pernah tahu keadaan kat sana, nak melepaskan dia pergi sana pulak kan. Dua tahun pulak tu. Oh sedih sedih..
Tapi nasib baik ada kawan kawan dia yang memang kitorang dah kenal sama sama sambung belajar di university yang sama dengan adik, rumah pun sama. Maka lega lah jugak rasa hati kitorang. Lagi lagi mak. Kemain risaukan anak bongsu dia ni. huhuhu..









Berkumpul kat bawah. Kitorang dapat tengok dari atas je.









Terakhir melihat adik :(
Sedihnya bila tiap kali teringat ingat dia. Aku pulak nak kahwin kan, berganda sedih bila adik tak ada di hari bahagia aku. Dah lama aku plan..nak kahwin sebelum adik fly tapi sebaik baik perancang itu Allah jua kan. Aku redha dengan ketentuanNya. Tak sempat jugak kahwin sebelum adik fly. Gila apa tak sedih. Satu satunya adik perempuan aku kot.
Bila whatsapp dengan adik tunjuk kad kahwin dah siap..dia mula lah.. sedihnya sayaaaaa :(
Eh eh kau ingat kakak tak sedih ke adik? Dah lama dah sedih tau tapi ku tahan jebat tau.
Bila aku tunjuk pulak badges yang dah siap tu. Lagi sekali sedihnya sayaaaaa :(
Badges untuk dia ada tulis 'adik perempuan pengantin' tu dia kata nanti sila pos sekali dengan kicap, cili, belacan, baju baju dia dengan keperluan lain lagi. Tak cukup katanya, haritu takut overweight.
Siap kata aku kahwin nanti sila skype dengan dia. Hahaha :')



Takpe lah adik. Belajar rajin rajin di negara orang ya. Kitorang kat sini sentiasa doakan yang terbaik untuk adik. Jangan leka, jangan hanyut, jangan lupa diri. Jaga diri baik baik, doa kami sentiasa mengiringimu.
Hilang dah kawan tidur aku, kawan minum petang aku, kawan cari pasal aku. Eh dua tahun je kot, jangan nak emosi sangat lah yana. hee









Selamat tinggal adikku. We miss you :')
Eh apahal skrin macam kabur kabur je nih? Bye.




Thursday, September 5, 2013

Poor you, my Zaza :(



Assalamualaikum.

Masa balik dari kenduri Una haritu, Zaza accident. Dah sampai Melaka dah masa tu, dah sampai simpang nak masuk lorong shortcut ke rumah Afzan, tak memasal je tiba tiba seekor babi keluar dari semak lalu merempuh zaza. Kitorang slow je sebab nak belok kiri kan. 'Bedebuk' bunyinya. 


Apa tu?

Babi la..

Mana mana?

Dia dah lari dah. Tak nampak ke?

Tak nampak ponn...


Hahaha ingat babi tu nak tunggu tunggu ke? Lepas je babi tu langgar zaza, terus dia masuk semak sebelah jalan sana. Aku tak nampak, Afzan je yang nampak. Macam takde effect je bagi babi tu tau. Hampeh sungguh lah. Bunyi macam sikit je tapi habis zaza tau.








Ha ambik. Kurang ajar betul babi ni. Sakit je hati aku mengenangkan babi tu. Ggrrrr
Babi tunggal tu boleh tahan besar jugak. Kuat pulak tu. Dia baru lepas berkubang agaknya. Habis berlumpur si zaza. 










Dah satu kerja pulak nak menyamak. Nasib baik masa langgar babi tu Afzan ada. Kalau aku sorang tah mana lah hala tuju aku agaknya haha :p
Lewat petang dah masa tu. Terus Afzan kata tukar kereta. Dia tolong repair kereta aku, aku guna kereta dia. Mula mula macam eh betul ke ni?? Macam mimpi pulak. Ingat senang lelaki nak bagi  perempuan pinjam kereta dia? Alahaiiii :))
Tapi kejap kejap kalau call tanya kereta okay tak ada masalah tak. Hahaha mesti tak senang duduk dia selama aku pakai kereta dia. :p











Zaza dah jadi panda. hee
Dua minggu jugak zaza ada dengan Afzan. Afzan pulak sekarang tengah kursus. So takde masa nak bawak zaza pergi spray.












Aku pun dua minggu lah berulang balik Gemas dengan kereta Afzan. Best lah pakai kereta orang ni. Lajuuuuu. Kalau kat highway sampai tak sedar dah 150km/j. Boleh racing racing. kekeke :p
Zaza dah kembali seperti sedia kala masuk minggu ketiga. Kerugian lebih kurang RM300++. Semata mata sebab babi. Ahaiii lah nasib.











Bye kereta laju :)




Wednesday, September 4, 2013

:)





Monday, September 2, 2013

Esp Shaklee :: Rahsia kulit cantik gebu :)



Assalamualaikum.

Saya nak share tentang kebaikan minuman shake kegemaran saya iaitu energizing soy protein (esp). Esp memang hot selling produk dalam brand shaklee. Selain rasa yang sedap, ia mempunyai banyakkkk khasiat terutamanya dalam pembentukan sel dan paling best wajah menjadi gebu dan berseri-seri. Ewahh...


Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?


Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!





Saya setelah consume Esp shaklee :)



TAHUKAH ANDA?

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI,
Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!












Sama gebu tak kulit saya dan kulit bayi? eh..









Mahu order? Pm saya untuk harga terendah.
Pm di facebookyana atau email ke shaklee_lyana@yahoo.com


Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan


InshaAlah. Jom cantik bersama sama :)






Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com