Followers

Pages

Friday, June 7, 2013

Nah dah lama tak berdua



Assalamualaikum.



























Dah lama tak bergambar dengan adik. Busy sangat mak ncik tu sampai takde masa nak menggedik depan kamera. Siang tadi je berkesempatan sebab teman dia buat passport. Tu nanti saya cerita. Kesian korang entri ni menatap gambar gedik kitorang je. Takpe kann. Bye! :p






Thursday, June 6, 2013

Kek bertunang kami



Assalamualaikum.

Untuk hantaran bertunang, kek ialah satu kewajipan kan. Aku ingat nak beli terus je kat kedai kek pastu tulis kat atas kek tu selamat bertunang. Sudah :p
Tapi Ranjen kata dia nak kek yang sama. Dia nak tempah dekat dengan rumah aku so nanti rombongan diorang dari Melaka takdelah susah nak angkut kek sekali kan. Takut cair ke apa.

So, kitorang pun decided untuk tempah kek di secret recipe je. Memang nak beli kek fondant supaya tak mencairlah kek itu dek panas matahari memandangkan majlis bermula petang kan. Sebulan sebelum kot kitorang dah pergi tempah kat secret recipe senawang sana. 

Mula mula nak kek bentuk love sebab nampak sweet aje tapi sayangnya tak boleh tukar color pulak. Bentuk love tu ada color merah + putih je. Kecewa betul.
So kitorang pilih kek bentuk bulat je. Kek fondant yang dalamnya ialah chocolate moist. Order dua biji. Sebiji color pink + putih untuk aku dan color biru + putih untuk Ranjen. Sama je dua dua yang beza cuma color.








Taraaa. Ini kek dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. 












Disebabkan dia fondant, maka aku letakkan aje begitu di atas dulang hantaran tak payah cover dengan kotak ke plastik ke apa.













Tapi yang aku tak puas hati tu kotak dia tuuu. Aku bajet dapatlah kotak cantik tu kan. Ni secret recipe tu bagi kotak bodoh ni je uols. Pastu kat penutup dia tu just tampal wrapper secret recipe. Hoi beli mahal mahal ni je kotak anda bagi? Sabar aje lah tau. Masa Pami pergi hantar kek ni kat rombongan Ranjen pun, lama jugak rombongan tak sampai sampai rumah aku padahal diorang dah sampai Tesco depan taman rumah aku tu je.

Bila aku call Ranjen, dia kata kenapa kotak buruk gila? eh eh ehh mana lah kita tahu kan. So dia kata terpaksa masuk tesco kejap beli riben riben ke apa yang patut nak bagi cantik sikit. Huh sabor aje lah sempat lagi tu pergi beli.











Dan ini kek dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kesimpulannya, rate kepuasan hati terhadap kek ini ialah 3 / 5 sahaja. Presentation dia tak setimpal dengan harga. Kalau beli di kedai kek biasa yang mana keknya chocolate moist juga aku rasa tak lari mana pun rasa dan presentation dia. Begitu..


Oh ya. Tulisan 'AFZAN & LIANA ALREADY ENGAGED 26 MEI 2013' tu juga adalah sama untuk kedua kedua kek. heee

Bye :)




Ais Krim Pulut



Assalamualaikum.

Minggu lepas aku pergi Kelantan setelah 24 tahun aku tak jejakkan kaki kat sana. Lama kan? Paling last aku kat Kelantan pun masa aku kecik kot. Mana nak ingat suasana semua tu kan. So, kebetulan Syafiqah (kakak iparku) dapat transfer ke negeri sembilan, maka ke kelantan lah kitorang menjemput dia kononnya padahal nak berjalan. :p


Aku perasan makanan kat Kelantan ni murah murah. Makan lah apa pun, semua murah. Maka kerja aku kat sana pun makann je lah. Kejap kejap makan pastu makan lagi pastu makan lagi. hadoii


Ais krim pulut uols pernah dengar? Aku memang penggemar pulut. Suka sangat. Apa pun makanan yang berasaskan pulut maka akan ku suka juga. So lepas je kitorang makan nasi ulam kat Kota Bharu, nampak stall jual ais krim pulut ni.







Mula mula teruja gila. Ais krim pulut? Apa tu apa tuu. 











Pulut dia color purple uols. Alahai comelnya. Rupa rupanya dia just letak pulut, kacang, jagung, roti, susu dan ais krim aje. Dah siap ais krim pulut. Hahahaha











Dan inilah rupa paras ais krim pulut tu. Pandai betul demo ni carik duit. :p
Dan pandai betul menggoda si penggemar pulut ni. haha











Sedap? Bagi aku biasa biasa je. Sebab ada pulut tu je aku rasa teruja nak makan. Habis je makan pulut, tinggal ais krim. Bila makan ais krim, dah mula rasa ais krim tu macam masam sikit. Maybe dia guna ais krim cap ayam je. Kalau guna aiskrim cap walls ke pasti lebih sedap. eh..


Okay lah just untuk manis manis kan mulut kennnn. Bye!







Tuesday, June 4, 2013

makcik makcik sangat



Assalamualaikum.

Motif sangat kan buat tajuk macam tu. Aku sejak dari dulu lagi memang tak faham sangat dengan orang yang obses dengan barang tupperware ni. Aku tak faham kenapa nak kena beli pastu nak kena tengok katalog setiap bulan siap teruja lagi nak beli. Memang aku tak faham.

Tapi dalam pada aku tak faham tu, boleh pulak aku pun terjebak sekali beli barang tupperware tu. Hahaha rasa macam nak lempang je diri sendiri bila fikir fikir balik :p

Cikgu cikgu kat sekolah tu lah ajak main kutu. Main kutu uols. Dah pandai dah aku ni main main kutu segala.  Dasar makcik makcik sangat aku ni sekarang tau. Main kutu untuk barangan Corelle dan Vantage memang dah lama dah. Paling tak boleh blah, barang Tupperware pun aku boleh join sekali main kutunya. Tak ke ketara kemakcikkan aku di situ? kekeke...


First time main kutu, first time juga beli barang Tupperware. Sebab bagi aku tak payah nak tupperware sangat lah. Guna aje bekas beli kat kedai dua ringgit tu jenama elianware ke tipuware ke apa asalkan murah kan. Sebab tu bila turn kutu aku sampai, tak tahu nak pilih apa. hahaha..







So setelah lapanploh kali membelek katalog, aku pilih set Blossom Microwaveable Serveware ni. Color dia cantik dan masa aku beli tu ada percuma empat bekas warna warni sempena promosi tahun baru cina. Berbaloi ke tak tiada ku tahu. Aku hentam aje.









Harga dia RM249. Ha ambikk. Kalau tak main kutu, adakah dikau sanggup membeli ini dengan harga sebegitu? Pasti tak kan. So aku membuat keputusan bahawa pembelian ini ialah berbaloi sebab bekas dia pun cantikkkk. Nanti dah kahwin bila buat open house ke memang sangat sesuai guna set ni. (bukan memujuk hati tapi ini kenyataan ok)











Next aku beli Rice Dispenser ni. Ni aku tak fikir panjang sebab aku memang dah lama usha benda ni. Walaupun belum digunakan, tapi aku dapat rasakan yang ianya sangat berguna nanti. Bekas dia cantik dan nampak teratur je proses sukatan beras tu. Eh..
Aku pernah baca review pasal Rice Dispenser ni dan kebanyakannya ialah positif. yeay! :))
Tak sabar nak guna untuk keluarga sendiri nanti. 










Harga dia ialah RM 288. Mahal? Taklah murah je. *mata ke atas
Ada lagi produk Corelle yang aku baru join main kutu. Nanti dah dapat aku cerita kat sini ye. 


Dasar makcik makcik sangat kan. :p
Bye!





Mini pelamin untuk bertunang yang super comel!



Assalamualaikum.

Mula-mula aku plan tak payah pelamin pelamin. Sarungkan aje cincin kat dalam bilik. Tapi yanty kata nanti sempit, orang nak ambik ambik gambar lagi. Betul jugak tu dia kata. Misi mencari pelamin pun bermula. Cari kat butik butik pengantin bajet nak cari yang murah murah je. Tapi kirim salam sayang lah banyak banyak. Mana nak dapat pelamin murah. Mini pelamin pun nak RM800. Gilo ko apo? RM500 ada jugak tapi alahai tak cantik langsung kot. Hampir fade up jugak aku masa tu. 

Last last, Maksu kata dia boleh buatkan pelamin mini tu. Aku pun okay kan aje. Just bagitahu nak color apa pastu maksu belikan apa apa keperluan untuk pelamin mini tu.









Aku pilih color pink and biru. Masa berbincang dengan Ranjen tema color apa, dia kata ikut color favourite kitorang. Alahaii Ranjen ni. Memang lah sangat memahami tau. I love you more lah :)
Aku dah tentu tentu lah nak color pink kan. hee. So kita pilih dua color tu. Bantal bantal semua tu Maksu yang jahitkan. Bantal ala ala bunga tu kemain comel lagi. Kreatif sangat Maksu :)












Guna pintu gerbang tu pastu cover dengan kain putih + pink. Tarik tepi kain and letakkan bunga. Bantal ottoman (betul ke aku eja tu?) tu memang dah ada. Lepastu aku tambah tanglung kat tepi tepi tu. 










Tanglung tu aku main beli je masa keluar dengan Kay n Una masa nak cari bahan untuk hias backdrop pentas sambutan hari guru. Mula mula nampak tanglung rasa macam comel je terus beli color pink putih saiz besar dan sederhana. Bila letak kat tepi tepi tu terus rasa eh kenapa comel sangat ni?? (lempangg!)










So taraaaa! inilah pelamin mini bertunang saya yang tak seberapa tapi saya puas hati. Spotlight pun hado ok! Acu lah beria letak spotlight kat kiri kanan pelamin tu. Guna lampu empat segi dinding rumah tu je. Cantik je pun :)











Photographer pun guna khidmat Pami je. Dia pun sekarang ni memang aktif buat job ambik gambar orang kahwin tunang segala ni kan. Jimat belanja lagi sebab free kot? :p













 Jimat belanja. Comel pun comel :))













Alhamdulillah. Doakan jodoh saya dan Khairul Afzan berkekalan. Aminn...
:)



P/s : Percaya tak kos untuk buat pelamin ni + hiasan sembilan dulang hantaran tak melebihi RM300 pun? Wow! hehehe.. Bye!





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com