Followers

Pages

Wednesday, February 13, 2013

Aku Sakit





Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin

Thursday, February 7, 2013

Kesian blog haa. Update lah sikit



Assalamualaikum.

Tuan tanah rindu sangat kat blog dia ni. Banyak sangat cerita dah terlepas update kat sini. Mood nak mengupdate ni sebenarnya datang bila hati kita senang. Kalau hati susah kirim salam lah nak menaip. Apa pun tak jadi.
Hidup kita ni memang ada permainan yang telah Allah aturkan. Tak semua yang kita impikan dan idamkan akan jadi kenyataan. Dugaan Allah pada hambanya sebenarnya terlalu banyak hikmah yang perlu kita tahu. Allah beri ujian sebab dia sayangkan kita. Aku tak kuat untuk dugaan yang dahsyat tapi alhamdulillah Allah tu maha penyayang kan? Kita kena hadapi dengan tenang dan tabah. Terima kasih Allah :')


Mula persekolahan tahun 2013 ni, aku tak cerita apa-apa langsung kat sini kan. Banyak merepek kat twitter aje. Kesian kau blog. hee

So untuk permulaan cerita, nak update cerita manis-manis je. Yang pahit kita sorokkan, biar Allah je yang tahu. :)

Cuti maulidur rasul haritu, kerja aku bukannya nak duduk rumah berselawat ke apa, berjanji dengan gegurls nak melagho ke Melaka. Ish ish ish...
Plan dah lama, nak sambut birthday Kay sambil-sambil shopping shopping sikit.







Geng geng yang setia bersama. Tak lama lagi seketul seketul nak kahwin dah. Dah kahwin nanti hopefully dapat hang out bersama juga. Gambar birthday girl takde pulak sebab dia tukang ambik gambar ni haha. Maaf  Kay :p











Birthday cake yang separuh. Pun boleh kan. :p
Habis makan-makan sampai tak larat, jalan jalan dan sempat sambar handbag sembonia satu. Ada sales pulak kebetulan kan. Lupa daratan lah memasing. Berpeluh peluh pilih handbag. hahaha over
Acara kemuncak ialah beli jubah bersama. Tak boleh blah betul jubah pun nak sama. Pastu pakat pakai bersama sama supaya kelihatan seperti kumpulan nasyid. Hahaha gila mencari publisiti kan. Pedulikk :p











Taraaa!
Cun tak kitorang dengan jubah moden ni? hahaha mati lah mintak puji :p
I punya of course lah color pink kan. Suka lah jubah ni sebab kain dia sedap. Aku yang kemain payah nak pakai jubah ni pun jatuh cinta terus dengan jubah ok! 
Suka! :)










Pasal kelas pulak. Tahun ni aku pegang tingkatan 4 Zamrud. Kurang ajar betul dapat kelas hujung lagi!
Ni notes pertama yang aku dapat dari pelajar kelas aku tu. Uols hadoo? Takdo kan? Okbye.





Monday, February 4, 2013

Bukan Niat Membalas Derita






Ke mana
Menghilangnya purnama
Semalam indahku lihat bercahaya

Apakah
Terlindung di balik mega
Atau aku kah terkurung di ruang gelita

Seandainya
Kau ku nanti masih teruskah sinari
Andai tiada dapatkah aku ketahui
Resah hati kian hari lukanya terhiris kian parah
Nantikan kasihmu kini kian gerhana

Dalam hiba kulihat kejora bersinar
Kucuba berpaling tak terdaya
Cahayanya terangi segal

Bukan pula niatku membalas derita
Namun ku terpaksa meleraikan
Keperitan yang tak terhingga
Oooo...

Tak ku sangka
Dikau kembali jua
Mengharap cinta kini tiada
Izinkanlah
Aku terus disana
Kecapi bahagia
Selamanya


Saturday, January 12, 2013

Kupu-kupu bertunang



Assalamualaikum.

Entri ni betul-betul dah basi. Tahun lepas punya cerita tapi baru hegeh-hegeh nak update sini. Iols busy amat uols. Bukak je sekolah ada je kerja nak buat. Pergi sekolah pagi, balik sekolah petang pastu pergi training budak volleyball balik lewat petang, malam pulak buat persiapan diri iron baju, kemas bilik, buat keje sekolah sikit-sikit segala pastu tidur. Tak sempat langsung nak jenguk blog ni. 
Tapi tak menghapdate pun aku tengok ada je visitor masuk sini. Terima kasih sangat. :')


16 Disember lepas, Apis sepupu aku tu bertunang. Bertunang dengan orang Rembau, so tempat berkumpul pastilah di rumah aku sebab itu je yang dekat kan. hee









On the way ke Rembau. Adik pegang hantaran buah-buahan. Dalam perjalanan tu boleh pulak buah-buah tu terbarai-barai. Memula buah mangga je jatuh. Pastu bila kereta tengah laju pastu ambik corner sikit, mula lah semua buah pun nak terbang. Sabo aje lah. Buruk terus susunan buah-buahan tu. kekeke... Ampunnn maksu.











I membawa sireh junjung. So, mesti menjadi ketua rombongan. Wah gitu kan.
Berdebor jugak takot kang aku yang kena menjawab pantun segala tu. Rembau kan kuat jugak adat-adat ni kan. Nasib baik diorang tak bagi pantun tau.












Ruhil membawa hantaran coklat dan muffin.












Tauke hantaran. :)
Maksu membawa hantaran kain pasang.













Rombongan cik kiah. hehe..
Banyak jugak tanya nya pihak perempuan tu. Bincang itu ini dah settle.













Nenek mewakilkan makteh untuk menyarungkan cincin.












Tahniah Apiz dan Syikin. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. 
Aminnn....













Budak sesat yang makin sombong. :p
Okbye.





P/s : Doakan kebahagiaan saya.









Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk tahun baru dah harini. Dan entri pertama di tahun baru ialah entri membebel dariku. Boleh? kekeke...


Esok bermula sesi persekolahan untuk tahun ni. Tahun ni seperti biasa aku pegang kelas hujung lagi. Tingkatan 4 Cantik pulak. Nanti tahun depan bawak lagi tingkatan 5 Cantik dan begitu lah seterusnya. Entah merasa ke tidak aku pegang kelas depan. Merasa dalam mimpi je lah kot.
Paling berdebar tahun ni aku mengajar Kemahiran hidup tingkatan 3. Selama dua tahun aku jadi cikgu, mengajar kh form 1 form 2 aje. Kali ni memang mendapat lah mengadap form 3 pulak. Aku sendiri yang kena study lebih nampaknya. PMR dah la berapa bulan je dari sekarang kan. Takuit!


Untuk pengetahuan uols, haritu aku accident sikit. Zaza menggatal pergi cium bontot myvi. Masa tu hujan amat lebat dan jalan amat jam. Tak tahu macam mana boleh accident. Bila orang tanya dan aku jawab brek tak makan jalan pulak licin, mulalah orang kata eh salahkan brek pulak. Baiklah baiklah. Memang salah saya tak jaga jarak yang selamat. Sangat menyesali diri sebab duit bonus lesap macam tu je nak repair si Zaza tu. Malas nak claim insurans sebab macam rugi je lagi pulak prosesnya sangat siput kan. Nak nak dah nak mula sekolah ni, susahlah kalau Zaza takde. Now, Zaza dah kembali vogue. Doakan Zaza tak accident lagi ye uols.


Azam tahun baru?
Aku rasa tak pernah kot nak berazam-azam segala ni. Setiap hari pun boleh cipta azam baru. Cuma di tahun 2013 ini semoga Allah memberikan aku kebahagiaan, kegembiraan, kesenangan, kejayaan, dan kesihatan yang baik. Semoga tiada kedukaan dan kekecewaan untuk tahun ini. Aminnn...









Selamat Tahun Baru 2013 uols! Semoga segala impian menjadi kenyataan. :)
Jangan lupa doakan kebahagiaan saya!





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com