Followers

Pages

Thursday, May 10, 2012

Beauty Review : Charcoal Mask



Assalamualaikum.

Hai uols. Suka pakai mask tak? Kalau kita baca petua kecantikan, pemakaian mask memang tak lari kan? Sebenarnya aku pun tak berapa nak suka pakai mask sebab bila pakai tu rasa macam ada gangguan je kat muka kita pastu takleh bercakap takleh nak gelak. Alasan mengada je kan macam lah ko sentiasa nak bercakap sentiasa nak tergelak tiba-tiba masa pakai mask lah nak buat semua tu. hee


Dulu-dulu rajin jugak pakai mask putih telur tu sebab ala-ala banyak masa terluang tapi sekarang non hado. Kirim salam banyak-banyak pada mask putih telur itu. Tapi sekarang tetiba merindui. :p Walaupun bau dia tak berapa menyenangkan tapi mask semulajadi macam tu lah paling bagus sebab dia kaya dengan protein pastu dapat merawat kulit kita. Tapi tah bila lah nak pakai mask tu lagi. huhuhu...







Cakk!
Sebelum i cerita pasal charcoal mask meh tatap wajah i dulu. Ada banyak whitehead degil. Pastu tangan gatal nak picit-picit pastu tinggal kesan pastu tinggal parut pulak. So berialah i search pasal mask yang berupaya menanggalkan whitehead-whitehead degil itu. (Malas nak buat mask putih telur, nak mask yang terus pakai aje)








Taraaa.
Inilah charcoal mask dari Jepun yang best. Boleh tahan dia punya keberkesanan kalau pakai dengan cara yang betul iaitu pakai secara tebal dan biarkan dia betul-betul kering.
Masa nak tanggalkan mask tu memang rasa best sangat. Kulit rasa lembut je. Insyaallah boleh tanggal jugak whitehead yang ko bisingkan sangat tu. :p


I beli charcoal mask ni secara online. Dalam RM13 macam tu. Bila dikaji-kaji rupanya kat kedai Daiso Japan tu dijual dengan harga hanya RM5 SAHAJA. Kambing gurun betul penjual internet yang suka ambik untung lebih tu. Sampai hati dia tipu customer yang tak sabar-sabar nak beli sebelum mengkaji ni. :(
Tapi nasib baik RM 13 yang i laburkan tu berbaloi.
So uols, kaji-kaji harga dahulu sebelum membeli di internet ye.



Goodbye whitehead.
Selamat bermasker-masker uols! :)




Wednesday, May 9, 2012

Jomm Murni Discovery, Subang




Assalamualaikum.


Adik dah lama tak balik rumah. Asik busy je. Hujung minggu ada je aktiviti dia kat universiti dia tu. Lagi-lagi nak final exam kan. Lagi lah susah nak balik. So, macam biasa kalau dia tak balik memang ada je plan kitorang nak ke Subang sana. Kalau macam datang awal sikit, jalan-jalan cuci purse mata kat Sunway Pyramid. Kalau dah terlewat sikit nak ke petang tu, datang untuk makan-makan aje lah. So last two weeks, kitorang terjah adik dekat-dekat nak ke petang. So makan lah kitee. Dah lama sangat tak pergi minum petang dengan adik macam dulu-dulu. Rinduu :(







 Ke Murni Discovery Subang aje. Dekat dengan apartment adik. Dekat juga untuk kitorang nak balik nanti. Kawasan situ pantang jumpa waktu petang tau. Asik lah jalan dia nak jam. Dari apartment adik tu nak keluar ke jalan besar pun mahunya sampai setengah jam ok. Punyalah banyak kereta.








So inilah air yang berjaya diorder. Banyak sangat air pelik untuk diorder. Pelik-pelik semuanya. Tapi lagi pelik sebab dalam banyak-banyak air vogue, aku hanya order air nescafe ais. heee
Ya gelas tengah-tengah yang kurus tu ialah air aku. Konon-konon nak feeling kurus. :p








Air pelik. Air i kiss you lah. Air Pink Panther Special lah. Kemain tau.
Dia sebenarnya air campuran buah je. Tapi kan, air pink panther tu rasa dia macam cekodok pisang ok. Geli betol aku nak minum. :p









Adik yang dirindui. *~*








Makan pula i order spagethi meatball. Pinggan dia besar amat. Spagethi pun banyak. Meatball pun banyak. Tapi meatball dia tak boleh lawan meatball kat secret recipe yang rangup tu. Meatball sini dia masak sekali dengan sos spagethi tu so dia agak lembik-lembik gitu. Tak berapa sedap tapi ok jugak lah. 
Tak larat nak habiskan ok. Siap tapau-tapau.







Yang lain pun sama. Makanan dia punyalah banyak. Patutnya boleh share-share je. Tapi siapa nak share kan? Mestilah semua pun tamak. Last-last menangis ko nak habeskan makanan masing-masing. hahaha..




Sekarang adik tengah final exam. Dan dah mula bercuti hujung minggu ni. Tapi i pulak tak boleh balik sebab ada ladap (latihan dalam perkhidmatan). Okbye.




Saturday, May 5, 2012

Purple!



Assalamualaikum.

16 Mei nanti ialah hari guru. Kalau sebut hari guru, memang dalam jiwa ni rasa tak sabar-sabar nak sambut. hehe..
Tahun lepas tema ialah putih. Tahun ni banyak sangat cadangan nak buat tema apa tau. Pastu pulak lambat bagitau keputusan. Semua dah bising-bising eh apa tema tahun ni? Yelah kang lambat-lambat bagitau tak sempat nak pergi cari baju kan. Kalau tak sempat cari baju pun, aku pasti sangat memang tak sempat nak simpan duit. Tetiba eh duit dah habes camne nak beli baju? Kan?


Ada tiga pilihan untuk dipilih iaitu tradisional, baju sekolah atau baju color purple. Of course lah semua pilih purple. Kalau lah tradisional dipilih kan, aku akan pakai moden jugak. *degil
Tradisional kang confirm warne warni punya lah. Semua ikut selera warna kegemaran memasing. Jadi tak nampak macam ada tema lah kan? Baju sekolah pulak aku ok je tapi tak berbaloi nak beli semata-mata nak pakai masa sambutan hari guru tu je pastu nak bawak pakai masa raya pulak ke ko kan? Tidaklah mahu.


Maka color purple menjadi pilihan semua. Color yang cun sikit aje sebab pink ialah cun banyak. hehehe....
So nak beli baju purple yang bagaimana nih?



 Gambar ihsan Google



Pakai dress macam ni bolehhh?
:p




Friday, May 4, 2012

Sesi bergambar dengan tingkatan 5 Cantik



Assalamualaikum.

Bila sebut aje ada sesi penggambaran, secara automatik juga kehadiran pelajar pada hari itu akan menjadi luar biasa. Semangat memasing nak bergambar. Dari yang tak datang berhari-hari tetiba ada pulak muka ko hari ni? Pelik bin ajaib jugak kan. Suka bergambar agaknya bebudak zaman sekarang (padahal cikgunya pun sama hahaha). Eloknye buat sesi penggambaran masa sekolah ganti kan. Baru lah kehadiran tak sedih sangat. Tapi buatnya masa sekolah ganti pun diorang pakat reramai tak nak datang, tak ke gambar kelas nanti menjadi sangat sedih hanya seketul sahaja pelajar bersama gurunya?
*tak mahu aku bayangkan*








Masa tengah susun-susun.









Candid.









Gaya bebas. (sila abaikan cikgu yang kemain berposing tu)









And the real picture. Inilah kelas aku. Kelas landskap aku tu. Tingkatan 5 Cantik atau nama sebenarnya 5 Zamrud. Kenangan ok diorang ni. Masuk tahun ni 2 tahun la aku jadi kakak angkat guru tingkatan diorang. Perangai memasing aku dah kenal sangat dah. Walau apa pun, sebenarnya diorang ni lah yang banyak mengajar aku erti cikgu yang sebenar. :')
Tak lama lagi nak hari guru, korang tak bagi hadiah siap ehh. :p








Peewittt. hehe..
Terima kasih kepada Una kerana sudi jadi backup photographer untuk kelas i. Sebagai tanda penghargaan,  kamu dibenarkan bergambar dengan guru tingkatan 5  Cantik yang gojes ni. Eh?





Byebye.




Wednesday, May 2, 2012

Update tingkatan 5 Cantik



Assalamualaikum.

Tingkatan 5 Cantik makin rajin. Bagus. Klik ---> SINI
Diorang sendiri yang nak hias kelas dan bersihkan kelas. Bagus lagi.
Tapi bab nak kumpul duit, kedekut yang amat.
Sampai aku sendiri confuse eh siapa bendahari kelas kita?
Tahap kedekut diorang tu kan, sampai sangguplah memasing bayar 50 sen je dulu untuk beli alas meja.
Tah alas meja jenis apa lah yang dapat kalau ko bayar 50 sen aje.
Memang aku yakin sangat diorang ni nak suruh aku yang beramal jariah lebih.
Nak suruh aku topup-topup lah tuu.
Nasib lah ko dapat cikgu berkira.
Aku dah taubat dah taknak sponsor apa-apa lagi.
Taknak jadi macam tahun lepas.
Berbekas tau kesan luka dalam hati ni. Ewahhh kan.
:p






Ha sekarang ko jangan confuse tingkatan 5 Cantik ke 5 Zamrud ni? hahaha.. Zamrud sebenarnya tapi saje nak buat penyamaran tukar jadi Cantik. :p
Cikgu, cikgu buatkan word-word tu boleh? Tulisan kitorang tak cantik lah....
Ok alasan tu boleh diterima. Nasib lah korang dapat cikgu baik hati nak tolong buatkan word welcome tu. Eh?










Bunga-bunga sikit kasi cover dinding yang banyak cop tapak kasut pelajar jakun tak boleh nampak dinding cantik.









Pelajar lelaki kena buat jugak tampal bunga-bunga.









Walau ko terpaksa. :p










Dan tambah birthday pelajar. Sampai hati tak letak birthday cikgu pun.
+__+









Salah seorang pelajar tingkatan 5 Cantik. Baik + rajin budak ni.
Semoga pelajar-pelajar aku semakin rajin dan semangat untuk belajar dalam kelas yang ceria :)





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com