Followers

Pages

Monday, December 6, 2010

makan banyak jadi gebuu



Assalamualaikum.
Siapa tak suka makan? Tipu. tipu. tipuuu tauu. Kemana juga kita pergi mesti makan ialah agenda yang penting. Tak kiralah breakfast ke, lunch ke, dinner ke, dan semua kategori makan. Sebab itu macam-macam makanan yang tercipta untuk memenuhi selera kita terutama yang suka makan di luar. Aku tak terkecuali lah kan. hee

Aku suka makan chinese food. Eh yeke? Kalau aku cakap aku suka makan makanan yang dimasak oleh seorang chinese boleh? Ada ke yang geli eh yana makan makanan yang orang cina masak la. Geli siot. Ha macam tu. Selera masing-masing kan. Aku ok je makan chinese food ke mamak food ke asalkan halal sudah. Ada kawan aku yang geli sangat nak makan kat kedai mamak. Alasan dia geli sebab kotor la apa la padahal dia tu aku tengok tak la pembersih mana pun sama je pengotor tapi nak geli-geli konon. Macam tak standard la makan kat warung dan kedai yang konon kotor tu. Ewahh tak kuasa mak nak layan tau. :p




Tapi di sini aku bukanlah nak bercerita pasal aku makan kat kedai mamak atau kedai cina. Aku nak bagitau pasal satu kedai best kat Seremban. Bagi aku dan keluarga lah, bagi uols i tak tahu lah selera macam mana kan. huhu




Ewah. Dah makin kerap nampaknya pakai tudung tu. hehe. Bukan apa uols, tudung ni aku main capai je masa nak keluar makan malam tu sebab takde tudung yang siap gosok. Shawl kedut-kedut ni tak payah gosok hadoyai bahagianya rasa kalau nak cepat pastu rasa tak sempat nak gosok-gosok tudung, terus capai tudung ini. Biarlah kepala nampak macam bola punnn. *__*




Si penyokong setia tudung bawal.




Taraaaa!
Inilah kedainya. Rasanya ramai yang tahu kedai ni. Terletak di Pekan Rabu, Seremban. Kedai ni dah jadi kedai favourite keluarga aku dari aku kecik lagi. Dulu kedai ni ada kat area belakang The Store Baru, Seremban. Dekat dengan bukit yang ada kubur tu. Sekarang kawasan tu dah takde kedai makan dah, semua dah bertukar jadi parking lot rasanya. Maka, kedai ini berpindah ke Pekan Rabu.

Kedai ni popular dengan yong tau fu. Sedap! dan memang sedap!

Haritu masa buat majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah rendah, makan kat kedai ni la tapi aku tak berapa nak feel la. Siap tak habes lagi. magic betul. Kena makan dengan family baru rasa nikmat. hehehe




Muka kenyang. hee :)
Psssst! tengok bola mata i tuu......




Nah kite kasi jelas lagi. Sekarang kite pakai mata butterscotch ala ala vampire dalam cerita twilight gituu tau.
Hahaha memang bajet mat salleh tak sedar diri kann. :p
Okay. Habes dah cerita yong tau fu. Sekarang nak cerita pasal bebola yang besar pulak.




Aku memang penggemar bebola tak kira bebola ketam ke, bebola udang ke, bebola daging ke dan pastinya bola-bola api tak tersenarai. hehehehe. Ok tak kelakar.
Dulu masa belajar kat U, time bulan puasa aku mesti beli bebola kat bazar ramadhan. Tak tahu lah dadah apa yang diletak dalam bebola tu sampai aku tak boleh nampak orang jual bebola. Mesti nak beli. Mesti!
 Kan yunie? hehehehe :p




Pernah nampak bebola sebesar ini? Wahh aku sangat teruja ok bila melihatkan saiz bebola ini tidak seperti kebiasaan. Rasa nak beli sepuluh. Wahhhhhh! gitu...




Jeng jengg jenggg...
Rupa-rupanya memang indah rupa dari khabar. Bukan indah khabar dari rupa ok. Luar macam bebola ketam, dalam macam ais krim uolss! Eh tapi ni memang ais krim. Ais krim strawberry yang lazat. Ini ialah ais krim goreng rupanya. Bagi adik-adik aku ais krim goreng ni biasa je tapi bagi aku..walla! memang luar biasa.
Hahaha over.
Bebola ni dikeluarkan dari bekas tempat simpan ais tu then terus digoreng menggunakan minyak masak. Macam goreng ikan tu la. Dah siap goreng, bila kita gigit terasa sejuk di dalam. Serius sedap!




Muka aku makan ais krim goreng ni tak dapat disiarkan sebab betapa rakusnya menghayati sampai memalukan diri sendiri.
Itu sahaja makanan untuk kali ini. Lain kali i cerita lagi.




Siang tadi aku pergi majlis pertunangan kawan aku sejak zaman berhingus dulu.
Selamat Bertunang, ANIS yang manis!
Nanti i buat entri khas buatmu.
:)


Friday, December 3, 2010

tudung fesyen lama tetap di hati



Assalamualaikum.




Terlebih dahulu, ha ok tak aku dengan memakai shawl ini? Tak tahu la apa nama dia tapi aku tetap nak try pakai supaya korang tak kata aku ketinggalan zaman dengan hanya memakai tudung bawal setiap masa. hehehe. Aku bukan tak suka pakai shawl. Tapi mengenangkan muka aku ni jenis lebar dan tembam maka kadang-kadang kalau pakai shawl nampak bulat gila nak mati ibarat ikan buntal. Sungguh malu ok. Sebab tu la aku tak berapa nak ngam dengan selendang-selendang yang semakin mendapat tempat di hati ramai wanita yang mengikut trend terkini. Tapi aku gagahkan juga memakainya biar lah orang nak kata apa pun. hee




Petang tadi, aku ke Uniten menjemput Naim yang saja-saja nak balik sebab nak ambik motor. Mengada-ngada tau dia tu taknak naik komuter. Tapi bila dah jemput dia tadi, dia tak banyak cakap sebab mengalami ulser yang teruk di lidah. Kesian pulak. Ok ok dia tak mengada-ngada. *__*





Selepas itu, teruslah kami ke Tesco yang baru dibuka ini. Sejak dia dibuka haritu, jalan keluar dari highway nak masuk Seremban tu jadi sesak je sentiasa. Semua nak ke Tesco ni. Harini barulah aku berkesempatan nak pergi sebab dengar cerita macam meriah. Kata warga Seremban kan..maka haruslah terjah juga.




Ehem. Adik pun dah mengikut trend tau. Shawl yang ada pemberat tu nampak macam datin-datin pulak. hee Tapi best sebab selendang tak bergerak-gerak. Brooch pun tak payah pakai haa jimat di situ.




Alang-alang dah sampai sana, jom lah kita buat kad tesco. Ceh macam lah banyak sangat nak shopping nanti. Berapa sangat lah point yang dapat nanti sebab kat dalam Tesco tu kedai-kedai sampingan lain banyak. Kedai tudung, kedai cermin mata, kedai baju, kedai kasut, kedai jamu, kedai makan, kedai minum, kedai ubat, macam-macam lah. Silap hari bulan datang Tesco memang tak membeli belah kat tesco pun tapi membeli belah kat kedai sampingan tu. Kedai sampingan boleh guna kad tesco tak untuk kumpul point? heee




Ha ni lagi satu. Makan kfc boleh kumpul point guna kad tesco takk?
kekekeke :p




Untuk penutup, saksikan gambar ini. Tajuk gambar ialah si tua dan si muda. 
Hadoii kenapa muka aku nampak sangat tua pakai tudung ini? Atau memang aku telah tua? Baiklah. Sekarang boleh panggil saya Makcik Nina. hahahah


Apa-apa pun, tudung bawal memang the best tudung ever!


resepi daging masak merah




Gambarajah : Daging Masak Merah

Assalamualaikum.
Jom kita masuk dapur lagi. Dah lama tak share resipi kan? :)
Memandangkan dalam peti ais bekalan daging hari raya korban haritu ialah sangat banyak, maka kita makan daging je lah nampaknya. Tapi makan daging selalu pun tak elok jugak sebab daging lambat hadam dan tak elok untuk kesihatan lagi-lagi daging fresh ni kan. Orang ada darah tinggi janganlah berani-berani makan tak ingat dunia. Boleh bawak maut uolss. Ngeri!




Bahan-bahan yang diperlukan ialah ;

Bahan A ( diblend ) 
Cili kering
Bawang merah

Bahan B ( dihiris )
Bawang putih 
Bawang besar
Halia
Cili Padi

Bahan C
Sos cili
Sos tiram
Sos tomato
Garam
Gula

Bahan D ( hiasan )
Aku guna timun yang macam dekat gambar atas ni.
Boleh letak lobak ke tomato ke. Ikut suka ye.




Okay mula-mula sekali kita hiris daging nipis-nipis.
Pastu kita rebus dengan Bahan A + sedikit garam sampai lembut. Kalau still tak lembut boleh tambah air.
Then dalam kuali lain, kita tumis Bahan B sampai naik bau.
Masukkan daging tadi. Kacau.
Bila dia dah mesra gitu, masukkanlah pula bahan D.
Kau rasa la sikit kot-kot tawar silalah tambah garam.
Siap dan boleh dihidang. :)



Selamat mencuba! :)


Wednesday, December 1, 2010

ambik mood jiwang apit sikitttttt.eh siapa apit?



Assalamualaikum dan juga salam bulan baru. :)
Jom kita sambut awal bulan disember ini dengan feeling jiwang-jiwang. Eleh uols. Tak payah nak geli sangat lah. Kalau kau seorang yang memang ganas juga kasar tahap dewa sekalipun, pasti ada ketikanya hati kau bertukar jadi pink bunga-bunga jugak kan. ekekeke :p

Siapa yang kaki youtube mesti kenal dengan Apit, betul? Siapa Apit? Aku pon tak tahu tapi suara dia ni macam sedap je. Lirik lagu yang dia nyanyi pun agak touching la kalau kau pandai menghayati cewah. Dari kat u dulu aku ada dengar lagu luahan hati ni siap save dalam playlist lagi tau. hee malu lah mengaku macam tu. :p
Tapi dah habes belajar terus melupakan ingatan terhadap lagu tu. Bila aku search balik kat youtube..eh banyak rupanya lagu mamat tu nyanyi. Semua boleh tahan. Layann. hihi.. Jom kita ambik feel dalam hati ada taman...:)




Budak-budak sekolah suka lah kot kat Apit ni sebab muka kiut miut gitu ala-ala tomok masa zaman sejarah mungkin berulang dulu. Ah peliss lah tomok. Lagi-lagi zaman dia rambut m tu. I tak suka langsung ok! hee :p


 


Cayalah diorang ni!
*thumbs up*



 


Kalau rasa geli sangat dengan jiwang melayu. Ha lagu ni sweet! <3
I likee. :)

"She's so beautiful
And I tell her every day"

"And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile"


Alamak! alamakk! :p



apa saya buat sepanjang orientation week?



Assalamualaikum.
22 november hingga 26 november lalu ialah minggu orientasi cikgu-cikgu baru di Negeri Sembilan. Negeri lain aku tak tahu sebab semua pun tak sama. Selepas dapat surat penempatan, semua kena terus pergi lapor diri ke sekolah masing-masing. Rushing gila masa tu. Aku dah la tak packing apa-apa langsung sebab bajet dapat sekolah dekat dengan rumah. Sekali hambik ko. Jauh dalam sanaa dia hantar. hahaha.



Sekolah aku tu ada empat orang cikgu baru yang melapor diri hari yang sama. Tapi aku lah orang paling last yang sampai. Nak dekat pukul 5 petang baru aku sampai sekolah. hee. Jumpa pengetua sekejap pastu cakap-cakap sikit pastu settle. Masa aku tengah lapor diri, kawan-kawan yang lain tengah mencari rumah sewa. Pantas dan efisyen betul diorang tu. :)




Ini breakfast pertama yang aku hadap kat Gemas tu. Mi rebus special nama dia tapi tak special pun. Biasa je rasa dia dan tak mampu buat aku rasa nak makan lagi. Poyo kan? hahaha. Kedai makan pagi-pagi kitorang jumpa kedai tu satu je. Dan sepanjang minggu orientasi, itulah satu-satunya kedai makan yang kitorang tuju sampaikan pekerja kedai tu pun dah kenal kot. hehehe :p




Jom aku kenalkan uols dengan kawan-kawan yang senasib dengan aku dapat SMK Gemas itu. Ini Una. Una ok bukan Yuna. Dia ni sama u dengan aku dulu tapi tak berapa kenal pun. Hahaha teruk betul perangai. :p Una berasal dari Pahang. Jauh. Tapi dari gemas tu tak berapa jauh dah kot entahla aku pun tak tahu. hee. Una mengajar Elektrik Domestik. :)




Ini pula Cik Kay. Kay ni dari UPSI dan akan mengajar geografi juga sejarah. Ha minah ni tinggi. Serius tinggi macam model. Bersyukur sangat aku dapat kawan tinggi macam dia ni sebab tak la aku nampak besar. Macam masa aku praktikal kat Kuantan dulu, dah la aku sorang yang tinggi yang lain kecik-kecik adik aku lagi tinggi kot, so memang aku kelihatan sangat besar la kalau berdampingan dengan diorang. Tak suke ok. So sekarang nak pakai heels pergi mengajar pun tak rasa ragu-ragu lagi sebab Kay juga suka pakai heels..yeayyyy! :)




This is the one and only kumbang dalam jambangan bunga. Uwekkk! termuntah sendiri. haha. Nama dia Rosmi. Rosmi ok bukan Rozmey. Aku je suka hati panggil dia Dr. Rozmey haritu nasib baik dia tak sampai hati nak lempang aku. kekeke :p Rosmi ialah cikgu Pendidikan Moral. Kesian dia sensorang je lelaki nak cari rumah sewa pun takde geng. Nasib baik haritu kawan-kawan dia yang dapat sekolah kat Jelai nak cari rumah sewa kat Gemas sebab Jelai takde rumah sewa. Alhamdulillah semua dah settle. :)




Hari kedua di minggu orientasi, kitorang ke Bahau sebab ada yang takde lagi ekaun KWSP. So, kat Bahau kitorang pun berjalan-jalan lah mengenal tempat orang. Aku lah yang paling gayat kot sebab tak pernah jalan-jalan kat Bahau. hahaha. Nasi ayam kat atas ni famous. Bukan nasi ayam gemas tapi nasi ayam tok wan. Kay tu la yang bagitau nasi ayam ni famous. Boleh tahan la sedap jugak. Nasi dia tak berminyak sangat, ayam dia pun sedap.




Dari Isnin sampai Jumaat, hari Khamis je yang kitorang berada kat sekolah sampai pukul 2 petang. Hari lain tak lekat langsung kat sekolah. Asik merayau je kat pekan gemas tu. Bukan ada kerja pun nak kena buat patutnya seminggu tu takyah ada kat sekolah pun takpe tapi dah arahan macam tu, kita ikut aje lah. Kerja yang pengetua bagi sepanjang minggu tu ialah buat pelan sekolah. Hadoi dah macam zaman praktikal. hehehe. Dengan gigihnya kitorang buat pelan yang baekk punya.
Tapi kitorang bagi pelan tu hari jumaat supaya dia tak heboh nak edit apa-apa. hee




Inilah rumah sewa kami buat masa ini. Tak tahu la di masa akan datang kalau terasa nak pindah rumah ke kan. Rumah ni pun dah cukup selesa.
Ok dah. Itu sahaja aktiviti sepanjang minggu orientasi. :)




And lastly, inilah Gemas. :)
* pic kredit to cikgu gadget



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com