Followers

Pages

Sunday, September 19, 2010

free free semua suka tau


Hai hai haiiii.
Percaya tak aku dapat FREE Cres Wellness Mini SPA Treatment??
Diorang dah pm aku untuk arrange appointment kat Jusco Seremban 2 la pilihanku. huhu
Macam tak percaya. hee
Nanti kalau betul-betul dapat pergi treatment tu, aku cerita macam mana aku dapat. :)
Siapa taknak benda free kann. hehe !



Siang tadi aku ke Kajang.
Hantar barang-barang Naim kat Uniten dulu pastu gerak pergi rumah Mak Teh aku kat sana.
Seremban ke Kajang dah semakin dekat sekarang sebab dah ada Lebuhraya Kajang Seremban. (LEKAS)
Terussss je dont belok-belok. haa sampaii. :p
Tapi disebabkan pergi Uniten dulu kat Bangi tu so nak ke Kajang jadi jauh sikit.hehehe
Sebok la nak guna GPS bagai kann.


Naim still taip address kat mana nak tuju. Alamat U sendiri pun tak tau dia tu tau rasa nak lempang je. hee


Ni lagi sorang sepupu kecil yang tak reti duduk diam. Kat kampung ke, kat rumah aku ke, kat rumah dia ke memang macam tu. Kejap ke sana kejap ke sini. huhu.. tapi yang ni tak panggil aku Kak Nina ok. hikhik


Kat rumah Mak Teh ada kucing datang menumpang. Menumpang makan, tidur, segalanya lah.
Comel sangat. Bulu halus jer warna kelabu.
Rasa macam nak bawak balik Seremban tapi tak jadi bila memikirkan perangai Baby kat rumah tu yang macam samseng suka cari gaduh sekarang ni.
Habis semua kucing jiran dia carik gaduh, kejar tak tentu pasal. Jahat ohh.
Kang tak pasal-pasal kalau bawak kucing baru, stok kena buli je dengan baby. hah


Kau tengok bulu dia. Cantik kan? Ni mesti ada gred jugak ni.
Ingat murah ke kucing ada gred macam ni.
Makan ratus jugak even kitten...harus culik bawa pulangg !!!
Benda free pulak tu. hehehe. :p
Geram geramm.


Ni dah nak balik. Wanita berkurung pink itulah Mak Teh.
Cikgu jugak tu..huhu


Adik dengan baju pinjam. hehe
Kan besar tu baju aku dengan dia. Terasa gemok hohh. hahaha :p


Ni time last-last fikir dah ni.
Nak bawak ke tak nak bawak ke tak.
Penyudahnya memang tak la kann.
Hampa.

Ok dah tu je diary raya Kak Nina.


* Awaiting call for free treatment ! Lambatnye...hehehe.



Friday, September 17, 2010

Kak Nina tak habis beraya lagi


Semalam aku berkonvoi raya dengan kawan-kawan lama.
Seronok!
Memang dah lama plan, nanti raya jom kumpul ramai-ramai la, nanti raya kita reunion la, nanti raya kita jumpa la.
Memang tak de ok. TAKDE.
Yang memang ada hal tu ok lagi kan, tapi yang sengaja buat-buat ada hal...huh lu pikir la sendiri.
Emo tiba-tiba kan.haha :p


Ni yang ada. Aku, Abul, Athirah, Ekhwan & Hada.
Yang selebihnya tu kawan Abul, kawan Ekhwan & kawan Hada ( tudung hijau tu kawan aku kat kgv tiba-tiba kawan Hada jugak. :p )
Oh ya, Ain ada juga tapi masa ni dia tak ikut.



Ni paling best. Begambar dengan idola aku, Cikgu Saadiah.
Sedondon purple gituu. :)


********************************************************************


Siang tadi berjimba dengan adik-adik pulak.
Ye adik-adik sahaja, abang memang selalu jual mahal taknak ikut. Menyampah.


Mana lagi. JJ Seremban 2 sudah.
Teman naim beli barang dia sikit sebab esok nak balik Uniten dah. huhu



Jalan sikit je pastu perasaan gemok menjelma. Harus pergi menggemokkan diri dulu.
Adik nak makan tripple cheese burger haha bajet larat nak habiskan kan padahal double cheese burger pun dah termengah-mengah nak kasi habis. :p
Last-last, decide makan kat Johnny's steamboat. yes yess.




Raya-raya pun ramai orang ape da.
Kena tunggu dulu macam pelawat restoren. :p


Adik.
Badan kecik tapi kuat makan.


Naim. 
Mi hijau tu meloyakan sungguh. hahaha


Ini kakak.
Dia tak order makanan tambahan pun bajet diet tapi order coffee milk shake yang sangat berlemakkk.
Pastu dessert ice-cream lagi hahaha.
* Menyesal order air lemak tepu tu.huu



Dan kami pun makan. makan. makan.
Jalan-jalan cuci mata, cari barang dan balikk.
Itu sahaja sebab patutnya plan beraya rumah kss tapi ibunda kss kerja pulak.
Sekolah dia tak buat hari ganti haritu. Dah la sekolah petang.
So, beraya di jj jelaa. :p




* Esok saya ke Melaka ! Excited ni malam ni confirm takleh tidur pastu esok bangun awal. hahahaha rasa nak lempang tak? heee :p





Tuesday, September 14, 2010

mata harimau..aumm


Hai hai hai.
Hari ni nak berbicara pasal contact lens lah. :)
Aku mula pakai cl before pergi latihan mengajar.
Ditakdirkan mata aku ni rabun-rabun ayam sejak sekolah menengah sebenarnya tapi aku buat taktau jer.
Buat-buat nampak, taknak pakai spek punya pasal kan.hee
Bukan tak suka kenapa, macam rimas ada benda kat muka.
Rasa tak bebas gituu kan. :p

Sejak masuk kolej matrikulasi,
Aku dah ada spek dah.
Warna pink lagi memang habis cantik la tu hahah
Tapi takde maknanya aku pakai.
Betul-betul terdesak baru pakai.
Dalam kuliah nak salin notes baru lah terhegeh-hegeh carik spek. pakai.
Habis kuliah, laju je bukak balik simpan dalam beg. Bagus betul perangai kau kan yana.huhu!
Tabiat buruk itu terbawa-bawa lah sampai ke universiti.
Disebabkan asik bukak pakai bukak pakai, maka spek tu pun jadi longgar.
Terkangkang je.heheh
Beli lagi yang baru warna oren pulak.haa


Kau tengok betapa skemanya muka makcik kau ni?? huh

Tah berapa kali tukar agaknya spek aku.
Masa tu tak berani pakai contact lens sebab aku ada baca email mengarut-ngarut pasal bahaya pakai cl ni.
Kalau cuaca panas sangat, or buat bbq ke, nanti cl cair dalam mata.
Kalau mata kering, cl melekat kat bola mata.
Macam-macam la hampeh betol.
Masa tu aku cepat terpengaruh memang percaya habis la.hahaha


Last-last ibunda bengang agaknya asik mintak beli spek baru je,
Kalau murah takpe gak kan ni makan ratus gak buat spek.
Last-last aku decide nak pakai cl je la.
Masa praktikal, pakai yang colorless je.
Serius pakai cl semudah abc takde la ngeri sangat.
Elok je terang n jelas pandangan aku takla terkecik-kecik mata aku bila tengok benda jauh kan.


ha kan confident tu pakai cl no spek2. :p


Ada satu cl color grey aku beli,
Untuk sebulan jer tapi aku belasah pakai lebih sebulan.hee
Still elok lagi tapi aku perasan baru-baru ni effect dia,
Nanti mata jadi pedih-pedih macam masuk habuk tu.
Pastu mula lah asik ada taik mata je.
Penat pulak nak bersihkan habis hilang celak ngan eyeliner sebab nak buang taik mata je.huu
Mata jadi macam lepas nangis pun ada.
Feeling mintak maaf pagi raya menangis beriya sebab banyak dosa.haha


LEPAS NI NAK BELI CL YANG CORAK-CORAK TU LA.
BELI CORAK HARIMAU OK TAK?
NGRAUWWWW !
:p


* Buang tebiat tiba-tiba cerita pasal cl kan. Ni pengalaman je sebab ada kawan aku tanya detik-detik aku terjebak memakai cl ni. So, entri ini untukmu!  :)




Monday, September 13, 2010

Diary raya Kak Nina


Hai semua.
Beraya sakan nampak?hee
Semalam dalam pukul 10 malam, aku selamat sampai ke Seremban.
Jalan jam tak jam sangat la, kereta banyak tapi jalan masih clear tiada stuck2.

Jom berdiari raya siketttt. :)


Oh sebelum itu. Ini ialah sepupu kecil saya yang selalu salah panggil nama saya. Sepatutnya Kak Nana jadi Kak Nina kadang-kadang jadi Kak Lina. Comel. hikhik  :)


Aku balik kampung nenda di Johor hari khamis lepas.
Gerak dari rumah pukul 11 pagi, singgah rumah wan kejap kat Rantau.
Lepas zohor terus saje kami bertolak.
Perjalanan jauh memang terasa maklumlah puasa kan even hari last tetap menguji keimanannn.hee
Berhenti rehat kat r&r pun tak best sebab tak dapat minum-minum.huhu

Sampai rumah nenda, terus masak rendang daging.
Masak itu masak ini tiba-tiba...eh dah nak masuk waktu berbuka??feeling rajin sangat tolong masak gituu kan.hehe


Tudung raya saya dan adik tahun ini adalah sama seratus peratus. Feeling marhaban.teheee


Hari raya pertama.
Yang seronoknya raya di rumah nenek sebab meriah.
Dengan suasana betul-betul kampung kau bayangkan line henfon pun tenggelam timbul tau.
Kesian i tak dapat bersms2 raya.(-.-)
Jadi bertambah meriah sebab ada baraan raya. Johor memang tradisi kot baraan dari rumah ke rumah ni.
Pastu seisi rumah penat. Makan banyak sangat sampai tak larat.haha
Esoknya,baru lah kami berjalan raya.
Beraya kat kampung je tau haruslah sayang memakai kasut cantik.
Nanti abes kena lecak dengan tanah-tanah.
Hahahaha bajet sungguh ohh diri ini macam bandar sangat kan. :p


Hari ini pagi-pagi lagi dapur rumah aku dah macam ada kenduri sambut menantu hahaha.
Kelentang kelentung memasak laksa johor dengan laksa  penang.
Pakteh dan makteh di kedua belah pihak nak datang beraya.
Sampai petang, aku dah mula flat.
Penat ohhh.
Aku tak pegang henfon pun dari pagi bila check-check ada 2 sms dari adik kss...

'kak, malam ni ade g mane2 x? ingat nak datang la...'

'haha. abang kate lambat je reply?takmo bagi datang ke?'

Cehh.agak hampeh kan kekasihku di situ?heee
Memang magic weh terus tak penat ! hahaha
Sekarang macam biasa hati saya berwarna pink. <3
Sekian.


Ni lah baju raya datin saya tu. :p Tukang ambik gambar dengki tau kita dah control abes da muka tapi hasilnya ini. tsk. tsk.


* Giliran aku pulak beraya rumah kss. Hadoi berdebar betul. Setiap tahun macam ni.hee :p
Selamat beraya uols semua !





Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDILFITRI



Hai.
Kite rase nak buat ucapan salam perantauan la before balik kampung..hikhik. :p


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI DIRI INI :

RAKAN-RAKAN SEPERMAINAN KUARTERS FRU SEREMBAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMIANG, SEREMBAN,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KING GEORGE V, SEREMBAN,
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR, SEREMBAN,
PLKN KEM SERI PERKASA, MANTIN N9,
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL KUANTAN, PAHANG,
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG, PORT DICKSON,

CINTA HATI DAN KELUARGA,
SAUDARA MARA, 
RAKAN-RAKAN MAYA,
DAN SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.

SEMOGA KEGEMBIRAAN SENTIASA BERSAMA KITA LEBARAN INI !
:)

MAAF ZAHIR DAN BATIN !



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com