Followers

Pages

Wednesday, September 8, 2010

teacher’s little hearty



Entri ini sepatutnya di post selepas aku tamat latihan mengajar 5 bulan lepas.heee
Aku dah taip lama tau ni baru jumpa ohh sebab selama ni aku bukan online kat lappy sendiri. :p
Jom tengok cenderahati yang aku buat sebelum aku blah dari Sekolah Menengah Vokasional Kuantan haritu.
Layan zassss~




 Mari cikgu tunjukkan apa cikgu bagi kepada anak murid sebagai ingatan kenangan abadi sampai mati.
Bahan yang digunakan ialah murah ye murid-murid kerana cikgu ialah tiada banyak duit. Maka semuanya seratus peratus ialah dari keikhlasan hati nurani. :p


Kertas-kertas tu ialah kertas yang kita guna untuk buat bintang comel kecik-kecik tu. Banyak warna banyak corak jadi tidak membazir untuk membeli wrapper banyak-banyak. 


Kotak-kotak tu ada tujuh semuanya sebab murid-murid ada 26 orang.
Setiap kotak ada 4 pemadam rare. Kenapa cikgu pilih pemadam ni?


See?
Comel kan? ;)
Dah la colourful, bentuk dia memang sesuai dengan murid-murid yang cikgu ajar Bahan Binaan.
Kalau sayang, jangan guna pemadam ni sebab bukan bersih pun. Ini bukan stabillo.hee


Coklat duit-duit beli kat Mydin Kuantan. First time masuk Mydin yang tiada unsur-unsur india pun.
Kalau kat Seremban, kalau masuk Mydin jer, kau keluar memang confirm melekat bau dia. Perghhh pening peningg.


After liminated.


Taraa. Inilah yang murid-muridku dapat. Memang tak seberapa cikgu tau sebab tu dua tiga jam lepas cikgu bagi terus nampak ribbon tu kat jalan tah siapa punya.
Sedih tau hati cikgu bila murid tak hargai. :(


Sekian dari cikgu. Semoga kita berjumpa lagi. Bye.



Haa begitulah entri nya.
Masa aku taip entri ni dulu memang dalam hati aku kosong betul.
Maybe sebab tu lah agaknya tertangguh-tangguh aku nak post kan sampai la ke hari ini baru rasa nak edit balik.hahah
Budak vokasional kann. Orang kata, lumrah.
Jangan salahkan lumrah, memang dah terbukti rasanya mereka tak tahu hargai. teeetttt.


Kepada cikgu-cikgu praktikal di luar sana termasuk kamu dan kamu,
Kalau rasa anak murid tahu hargai pemberian kita, boleh la buat cenderahati macam ni.
Kalau tak, lupakan saja.


* Tiba-tiba terasa nak mengajar sekolah rendah taknak sekolah menengah. boleh?





Saturday, September 4, 2010

kenang cikgu dalam doamu


Early morning. I wake up....
feeling Beritni Sepias.hikhik

Aku dapat sms dari anak murid 3 Maju.
Eh bukan sms tapi mms sebenarnya.



Cikgu semalam hari jumaat cikgu teke ade ape kat sekolah. kalau cikgu sayang saye cikgu mesti tahu.

Erk?
Kena jawab betul-betul ni.
Kalau salah maksudnya aku tak sayang? hahaha

Erm..ada majlis khatam quran kan...( aku balas )

Betul cikgu. saya sayang cikgu sbb tulah saya hadiahkan gambar. cikgu simpan ye.

Ye baiklah. hehehe..
Baru darjah tiga dah pandai mms mms semua.
Aku layankan je tapi idok ler aku menghadiahkan gambar aku kan. hee


* Hari ini aku berbuka puasa bersama rakan-rakan sekolah rendah. yeayy!




Friday, September 3, 2010

seronok ke tak seronok ke tak


Salam semua.
Amboi, Meriah nampak rumah semua orang.
Yela, anak-anak di perantauan semua dah pulang kan, cuti sekolah pun dah bermula.
Tinggal seminggu ni bahang raya mula terasa.
Seronok !
Aku jadi makin seronok sebab anak murid aku tak lupa wish Salam Aidilfitri.
Aku jadi makin beronok sebab kekasih hati dah berada di Seremban walau tak jumpa hari-hari aku tetap suka sebab dekat. ;)
Aku jadi makin beronok-onok sebab aku dengar cerita dah boleh tahu aku posting mana pertengahan bulan ni !
Bertambah onok lagi, tahun ni aku kena ganti puasa dengan bilangan hari yang sangat sikit.hahaa ni tak boleh belah.
Onok bertambah lagi sebab dah masuk bulan 9, bulan depan konvo..yeay ! Lama tau tunggu.
Apa lagi onok yang ada?
Tu je kot setakat yang ada di fikiran. :)

KESIMPULANNYA, SERONOK !

Tapi ada satu tak seronok tadi,
Adik kss ajak berjalan-jalan di bazar sekali la tu dengan kss.
Tapi masa tu dah pukul 9, nak datang ambik pukul 930 mana sempat nak bersiap dah la tak mandi lagi tau. :p
So tak jadi ikot dan boleh tengok cerita Janji Kekasih kat rumah.
Tapi hampehnya, ending cerita tu tak best langsung !
Tak seronok.


Percaya tak jam ni aku beli dengan harga sepuluh sen sahaja? ;)



rezeki lagi






Gigih aku membuat kuih ni semalam.
Takde niat nak jual tapi ada orang order. Camno tuh?
hehehe
Alhamdulillah rezeki anak-anak......KE?? haha





Pagi tadi kan.
Aku ada komen satu video yang di share oleh ada sorang kakak ni kat facebook.
Video pasal pasangan kena tangkap khalwat camtu la.
Pasangan yang kena tangkap tu laki orang dan bini orang, memang jelas nampak muka.
So, aku komen...

'Takyah share kot video camni. kite tutup aib orang bukan sebarkan. pandangan je.sorry'

Macam bagus ke camtu?
Takde niat nak tunjuk bagus ke apa aku bedal je komen tadi.hee
Aku dapat rasakan kakak tu menyampah kat aku sebab aku macam nak mengajar dia.
Kalau kau baca entri ni kakak,
Saya mintak maaf zahir batin ye. Selamat Hari Raya! hehehe :p



Thursday, September 2, 2010

tacing.



VIDEO NI SANGAT TOUCHING.
SUMPAH SEBAK. :')







Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com