Followers

Pages

Saturday, April 10, 2010

baby, you are where the heart is


kata orang...
kucing kesayangan kita kalau mati mesti sebab kena langgar.
aku tak tau betul ke tak.

semalam,
aku habis latihan mengajar.
family aku dah plan nak datang jemput aku kat kuantan hari semalam.
plan nak datang dua kereta.
kereta abah dan kereta abang.

petang tu,,,
aku call emak.
tanya gerak pukul berapa.
emak cakap tak gerak lagi coz tunggu abang pergi servis kereta.

aku pun masih meneruskan usaha kemas-kemas barang.

tiba-tiba.
aku dapat sms dari adik.

kakak,,baby dah mati...

aku terkejut gila.
terus call adik.
dia menangis sangat teruk.
baby mati kena gilis lori jiran aku.
baby tidur bawah lori tu.

aku?

*menangis*

*menangis lagi...*

aku call mak.
mak menangis jugak.
mak cakap abang tak balik dari pergi servis kereta dari tadi.
so,
emak, abah dan adik je yang gerak pergi kuantan.

pukul 8 malam.
aku call emak tanya dah sampai mana.
dekat muadzam.

mak cerita.
dalam kereta semua senyap.
tiba-tiba abah gesek-gesek mata.
lepas tu berhenti tepi jalan.
mak tanya.
kenapa...nak emak yang drive pulak ke.
tiba-tiba abah menangis.

'baby balik masa ni....'

selalunya,,
waktu maghrib macam tu baby balik dari merayau-rayau.
tiga beranak menangis dalam kereta.
aku yang dengar cerita emak lagi la sebak.
tak sangka sampai macam tu abah sayang baby rupanya.

Dah sampai kuantan.
Barang-barang sepanjang latihan mengajar semua disumbat dalam kereta.

sampai seremban.
emak meluahkan rasa.

emak kata...

ada hikmahnya baby pergi tinggalkan kita.
ada hikmahnya abang pergi servis kereta lama gila.
ada hikmahnya naim tak jadi ikut sebab nak study sebab ada exam.

mungkin,
baby pergi gantikan nyawa kami.
malam tu masa pulang hujan lebat gila.
sangat lebat sampai tak nampak jalan.
lampu jalan pun tiada maklumlah jalan hutan.
kat tepi jalan ada accident teruk.
alhamdulillah kami selamat.

kucing ada sembilan nyawa.
baby pernah jatuh dari tingkat dua rumah sewa aku kat Parit Raja dulu tapi tak mati.
baby pernah kena gilis basikal depan rumah tapi tak mati.
baby pernah sakit baring je tak aktif macam selalu tapi tak mati.

nyawa kami sekeluarga berenam mungkin ditanggung baby.

sangat mustahil.
baby kena gilis lori ketika dia tidur tapi dia langsung tak hancur.
mata tak terkeluar.
perut tak terburai.
hanya berdarah sikit kat mulut.

Tuhan lebih menyayangi baby....
Dia tinggalkan aku di hari aku patut dah boleh jumpa dia kat rumah.
tak sempat jumpa.
tak sempat peluk.
tak sempat cium.

semoga baby aman di sana.


saya sangat merindui. :"(




Monday, March 29, 2010

again?


 Figura : Set induksi


Kalau dah namanya rezeki~

Observe kali kedua,
Dapat pulak tajuk konkrit yang memang mainan masa buat Projek Sarjana Muda dulu.
Maka mengajar juga haruslah di tahap pakar konkrit yang tersangat.
Bak ilmu penuh di dada.
Bak membancuh konkrit hanya dengan pejam mata.
Dan.
Bak bancuhan konkrit itu ialah makanan ruji ketika tahun akhir di universiti.
(belagak nak mampos di situ)
Settle suda.

Terima kasih Ya Tuhan.



Sekarang saya mampu goyang kaki di sekolah.
:)
Menghabiskan sisa-sisa kenangan yang tinggal.
:(


* 2 weeks to go!



Thursday, March 18, 2010

untuk kamu....



Kamu dan kamu...
Mommy mommy angkat baby.
Tengok lah ni.
Baby dah besar di bawah jagaan saya.
:)




p/s : baby kirim salam shayangggg. muahmuahh. :p


hampehnya engkau



Aku ada dua orang kawan.
Seorang lelaki seorang perempuan.
Mereka berdua ialah couple pada suatu ketika.
Dan telah break pada suatu ketika juga.

Masalahnya,
Ketika mereka di ambang perpisahan,
Si lelaki tu tiba-tiba mengontek aku.
Untuk mengadu pasal si perempuan ni.
Aku dengar je malas nak percaya sebab dia memang tak boleh dipercaya.

Kemudian,
Beberapa hari lepastu,
Si perempuan ni pulak tiba-tiba mengontek aku.
Bagi nasihat kat aku jangan layan si lelaki tu sebab lelaki tu...bla...bla...bla...
Semua keburukan dia cerita.
Aku pun pelik.
Macamlah aku hadap sangat kekasih dia tu kan.
Perangai dah la hampeh macam kambing.
Makan perempuan.

Tu cerita lama.
Tapi yang aku tiba-tiba mengimbas kenangan ni ialah..
Dua-dua mangkuk hayun tu sudah maju ada facebook.
Bila aku online,
Si lelaki tu hye hye awak sombong pulak dah kat side chat fb tu.
Aku buat bodo jer.

Si perempuan taknak ketinggalan nampaknya.
Menegur juga menunjukkan keramahan.
Aku semburr je kasi pedih.
Aku pedih dulu dia cakap aku nak kat kekasih dia siapa suruh.
Kan.
Ha ambikk.



* Bab-bab kaseh sayang ni sensitip okay. Aku tak hingin pun hak orang lain. Boleh jalannnnn!

Saturday, March 13, 2010

besnye jadi datin


Last week....
Tengah aku busy dengar penyampaian hadiah masa larian mini kat sekolah,
Abang aku call.
Ni abang kandung bukan abang lain.
Geli lah nak panggil abang-abang nih...menyampahhh haha

Lepastu,
Sayup-sayup kedengaran dia cakap...

"na..umah kite dah ade bibik.."

Aku malas nak layan sebab abang aku tu memang suka main-main.
Aku kat umah pun dia panggil bibik sebab buat kerja dah macam bibik agaknya haha.

Petang tadi aku sampai Seremban dari Kuantan dalam pukul 7.30 petang camtu.
Takde orang kat umah.
Adik lelaki aku ade la tengah tido kat bilik.
Tiba-tiba memang ada bibik kat rumah aku.
Tengah melipat kain kat ruang tamu.
Hahahahahahaha.

Boleh goyang kaki pasni.
Kataku dengan nada belagak.
:)

Bila ibunda pulang.
Tiba-tiba,
Harapanku tak semanis impian.
Dia bukan bibik permanent kat rumah aku rupanya.
Tumpang je sebab kes majikan dia menipu la apa kejadah semua tu aku tak tau.
Hampeh betul.

Baru berangan nak jadi datin.
Pakai spek hitam tengok tv dalam rumah sambil order air fresh orange.

Pernahkah kau merasa...hatiku hampa?? (nada lagu indon)

* Yess cuti penggal suda masa untuk refill! :p


Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com