Followers

Pages

Wednesday, August 28, 2013

wordless wednesday : Makngah to be




Assalamualaikum.











Hai. Tak lama lagi saya jadi Makngah. Tak sabar nak jumpa anak buah. Mesti nanti anak buah comel macam makngah dia. Okbye.






Sunday, August 25, 2013

Selamat Pengantin baru, Una :)



Assalamualaikum.


Alhamdulillah Una telah pun selamat diijabkabulkan. Plan asal aku nak stay rumah Una hari dia nikah sampai hari  majlis tapi disebabkan ada problem sikit berkaitan flight adik, maka aku datang hari kenduri aje. Mula-mula hari kenduri pun tak boleh pergi sebab adik bagitahu tarikh dia dijangka fly tu ialah hari yang sama dengan kenduri Una. Aku pasrah je terpaksa datang hari Una nikah. Last last, flight adik delay lagi. Last minute pulak tu baru dapat tahu. Maka ke kenduri aje lah nampaknya kita. Aku pergi dengan Afzan. Kay naik kereta dia. Tak konvoi pun, jumpa di sana je.








Sampai sampai terus menuju ke bilik pengantin jumpa pengantin baru tuu. Dah siap makeup dah. Comel sangat Una. Orang tak biasa makeup kan, so sekali makeup terus meletop gitu. Comel sangat :)












Makan berdamai.
Aku lepak dengan Kay je. Makan makan, borak borak, ambil ambil gambar segala. Dan menjadi orang terakhir yang balik. Amboi tau. Kitorang pun terkejut. Jenguk jenguk khemah tengok dah kemas kemas dah. Kemain awal kemasnya tau. Memang kenduri kat Temerloh begitu ke tiadalah ku pasti. 











Sempat aje kacau pengantin baru nak makan. kekeke..











Kemain lagi tau. Masa ni nak tunggu Una lah nak bergambar sekali. Nak suruh Una pegang I'm married. Tunggu punya tunggu tak datang datang jugak. Dia busy melayan tetamu dan saudara mara. Syok sendiri je lah aku dengan Kay masa tu haha












Alololo..
Last last bergambar kat luar je then terus mintak diri nak balik. Dengan panas teriknya nak bukak mata pun susah. Sedih okay bila tengok tengok balik gambar kitorang. Yelah selama ni kemana pun bertiga, sekarang ni tinggal berdua je kat kuarters tu. Aku mengadap Kay, Kay mengadap aku.
Haritu Una datang rumah sekejap nak ambil barang, dia kata masuk masuk rumah sedih tengok tilam dah tinggal dua je kat ruang tamu (kitorang memang tidur bersama sama di ruang tamu hehe). Sedih ok tapi nak buat macam mana kan. Masing masing ada kehidupan masing masing. Cuma awal awal ni terasa jugak kehilangan. Sob sob sobs...




Semoga berbahagia, Una. Tahniah sekali lagi. Semoga menjadi isteri solehah dan cepat cepat dapat baby :p










Eh? :p
Doakan kami :)





Friday, August 23, 2013

wordless friday..pun boleh

















Hehe bye :)



Tuesday, August 20, 2013

Simen ferro yang merepek



Assalamualaikum.

Seperti biasa projek simen ferro harus dilaksanakan oleh pelajar landskap tingkatan empat. Kelas tingkatan empat aku tahun ni agak hambar sikit pelajarnya. So hasil kerusi simen ferro juga memang hambar. Tapi ada jugak seorang dua pelajar yang mempunyai tangan seni, yang menghasilkan kerusi simen ferro yang cantik kemas, yang memberi sedikit rasa gembira dalam hati cikgunya ini.









Kerusi yang dah siap dilepa dan dilorek.
















Sesi melepa.











Dikeringkan.











Sesi mengecat lapisan asas dengan cat hitam.











Siap dicat.











Kemain payah batch kelas landskap kali ini nak siapkan projek ni. Ambil masa berbulan juga. Dulu rasanya tak lama macam ni. Hasil pun cantik je. Batch kali ni buat cincai aje asalkan siap sudah. Malas aku nak layan. Aku jugak yang penat nak suruh masing masing siapkan projek, nak kemas balik alatan yang dah diguna tu. Sabar jelah duhai hati.











Bentuk kerusi yang terhasil juga ialah pelik. Kan?












Ha ambik. Macam macam bentuk pelik ada di sini ye. Kebanyakannya mengecewakan.










Terima kasih untuk projek kerusi simen ferro yang sebegini murid murid.
Sila usaha lagi.








Sunday, August 18, 2013

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang



Assalamualaikum.

Aku selalu perasan yang anak murid lebih update dari aku. Selalunya lagu yang diorang nyanyi dalam kelas tu aku tak pernah dengar pun tapi lama lama lagu tu jadi famous pulak. 
Tengah dalam kelas landskap, buat simen ferro diorang nyanyi lagu ni. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang ni..aku siap marah lagi amende lagu ko nyanyi ni? tolong jangan pelik pelik boleh? Last last aku kena balik cikgu yang tak up to date. Eh eh pandai je kau kan.
Last last memang ye pun aku yang tak up to date. kahkahkah..
Maafkan cikgu yang tak up to date ini, murid :p






Comel lagu ni :)





Wednesday, August 14, 2013

Cayalah Abel!




Assalamualaikum.

Just nak share dengan semua tentang seorang guru Teach For Malaysia di sekolahku. Teach For Malaysia tu apa? Sila google.
Ada tiga orang guru teach for malaysia di sekolah aku tu. Ketiga tiga mereka ialah guru cina. Dan mereka juga ialah jiran aku sebab kami ialah warga kuarters sekolah :) Aku just nak share satu gambar Abel berserta pendapat beliau tentang kaum di sekolah aku memandangkan sekolah aku tu memang terkenal dengan kepelbagaian kaum. Semua kaum pun sama banyak. Melayu, India, Cina, Iban. Aku sendiri pun ada sedikit kagum dengan cikgu Abel ni. Jom baca.







Apa lagi Cina mau?

Saya mempunyai nama Cina, berketurunan Hokkien dan beragama Kristian. Secara amnya, saya termasuk ke dalam golongan Kelas Tengah yang membesar di kawasan bandar. Setelah tamatnya pelajaran saya, saya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik di sebuah kawasan luar bandar di Negeri Sembilan. Saya mengajar Bahasa Inggeris kepada budak yang serba kekurangan dari segi kewangan, perhatian dan suasana pembelajaran yang kondusif. 80% daripada pelajar saya terdiri daripada pelajar yang berlainan kaum daripada saya – Melayu, India, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Disebabkan saya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Cina, saya lebih senang bergaul dengan budak Melayu, India, Iban dan Bidayuh berbanding dengan budak kaum sendiri. Namun, semuanya sama di mata saya. 

Sebagai pendidik, saya tidak pernah terfikir memberi layanan yang berbeza mengikut kaum budak-budak yang saya ajar. Malah, saya menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri. Perbezaan antara kami hanyalah satu: peluang dalam hidup. Saya memandang berat tanggungjawab saya sebagai pendidik anak bangsa Negara dalam 2 tahun perkhidmatan saya ini. Pernah saya menitis air mata memikirkan masa depan anak murid Melayu saya yang membesar di kawasan perkampungan. Pernah saya berasa marah memikirkan ketidakadilan keadaan budak-budak kampung ini yang sukar bertanding dengan budak bandar yang kaya-raya dan berpeluang banyak. Pernah saya memeluk anak lelaki Melayu dan India, yang memanggil saya “Sir” setiap hari di sekolah. Pernah kami duduk di dalam kelas yang tiada kuasa elektrik ("blackout"), mengejar ilmu pengetahuan bersama-sama dalam keadaan berpeluhan.

Sebagai guru Cina, saya tidak pernah memandang rendah budaya dan adat resam pelajar-pelajar saya, malah, saya sentiasa terpegun dengan kelembutan budaya kaum Melayu serta ketabahan kaum India. Kepelbagaian budaya kita tidak menjadi masalah; yang menjadi masalah ialah pihak-pihak yang selalu mengapi-apikan isu perkauman. Merekalah yang mengancam perpaduan Negara kita.

Apa lagi yang Cina mau?

‘Cina’ ini mahukan demokrasi yang benar, bukan ‘kestabilan’ yang palsu dan dangkal. ‘Cina’ ini mahukan demokrasi yang matang, bukan Negara yang dipimpin oleh orang yang bertopengkan keamanan, tetapi selalu memihak kepada golongan yang radikal dan rasis. ‘Cina’ ini mahukan sebuah Malaysia yang berbangsa satu.




Sila kagumi.





Eh tiba tiba ada gambar aku dengan Abel? Bye.





Saturday, August 10, 2013

Juadah berbuka puasa si single (juga juadah konon konon diet cewah)



Assalamualaikum.

Amboi tajuk tuu kemain gedik lagi :p
Tahun ni rajin pulak ambik gambar juadah berbuka pastu tayang kat instagram. Tak semua jugak dapat tayang sana maka kita tayang sini :p
Tahun ni seperti tahun yang sudah, kebanyakan hari puasa aku ialah bersama housemate tersayang, Kay dan Una. Tahun ni je lah pun nak bertiga. Tahun depan takde dah. Una pun nak kahwin dah pun minggu depan. Sedih jugak sebenarnya nanti kalau rajin sikit aku up satu entri pasal housemate (Ingat ya 'kalau rajin' sahaja) hahaha.







Housemate sejati. :')
Okay lah sebelum merepek jadi entri sedih baik aku kembali ke tajuk asal. Aku nak cerita pasal makanan berbuka kitorang sepanjang ramadhan tahun 2013 yang baru sahaja berlalu ni. Tahun ni juadah berbuka lebih bertemakan 'nak kurus'
Tak makan banyak, tak makan nasi. Air pun minum air panas je tak minum ais ais pun. Air panas pulak gula kena jimat. Manis manis buah aje uols. Ha kemain lagi kan hahaha. Jom layan gambar...










Nasi takde maka digantikan dengan salad. Banyak makan lauk pauk aje. 
Ikan siakap masak stim, terung + bendi rebus, dan kerabu tomato.











Ikan singgang, telur dadar, bendi + terung rebus (lagi), kerabu tomato (lagi), ikan goreng, nugget, kangkung goreng belacan dan salad.











Scramble egg, kangkung goreng, ikan stim, ikan singgang (lagi), nugget + hotdog goreng, dan salad.













Ni langgar diet. Kitorang buat kek choc cheese kukus :)













Mi goreng, sup sayur, terung + bendi rebus (apesal asyik ni je baru aku perasan haha), nugget + hotdog goreng (ni makanan wajib), air asam.











Ni pertama kali berbuka di luar. Dapat kuih percuma. Murah rezeki :)













Masing masing order makanan sendiri.













Buat kek lagi. Kek choc moist pula :)
Itu je gambar yang sempat diambil. Seronok sangat dapat masak sendiri macam ni. Lagi lagi dapat housemate yang senang bertoleransi :) 


Eh harini nak berbuka apa? 
Kita masak ni nak? 
Apa kata kita masak tu. 
Eh sedap jugak kalau dapat makan ni. 
Sedapnya ni..jom masak ni harini


Ha begitu :)
Selalunya bila masak untuk berbuka, sekali lah makanan tu untuk sahur. Kalau nak masak ayam, beli drumstick enam ketul, seketul seorang untuk berbuka lepastu lagi seketul untuk sahur pula. Ikan pun macam tu. Beli ikan besar seorang seekor, bila  masak belah dua. Seketul untuk berbuka dan seketul untuk bersahur. Macam catu makanan je kan hahaha tapi seronok macam ni. tak membazir dan tak terlebih makan. Alhamdulillah :)






Solat terawih bersama :')





Terima kasih housemate untuk kasih sayang ini. Sayang sangat kat korang. Muah! eh..
Semoga ada masanya kita boleh masak bersama lagi. huhuhu..(Ingat yana jangan lari topik, ingat!)
Selamat tinggal ramadhan 2013, selamat tinggal tahun akhir single, selamat tinggal tahun akhir bertiga. *lap hingus*



Selamat Hari Raya uols! Bye :)








Salam Aidilfitri



Assalamualaikum.

Hai semua. Lamanya blog saya ni bercuti kan.. :p
Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada yang mengenali diri saya. Maaf di atas keterlanjuran kata dan tersilap perbuatan sehingga menyakiti hati sesiapa. Semoga lebaran kali ni memberi seribu makna kepada kita semua. Amin...

Apa nak update kat blog ni pun tak tahu lah haha..
Saya dan keluarga baru pulang dari beraya di rumah nenek di Johor. Dan kebetulan semalam, 9 ogos 2013 ialah ulangtahun kelahiran saya yang ke 26. Tua dah rasanya. Inshaallah ulangtahun kelahiran yang akan datang status akan berubah. Inshaallah. Doakan saya..








Sebenarnya saya rindu sangat nak berblogging ni. Tapi rasa malas mengatasi kerinduan. kekeke..
Maaf zahir dan batin uols!





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com