Followers

Pages

Sunday, February 26, 2012

update sikitttt



Assalamualaikum.
Minggu ni betul-betul ialah minggu penat.
Macam-macam program luar sekolah nak kena hadap.
Dari bola tampar sampai ke pandu puteri.
Semua pun sibuk nak aktif-aktif segala.

Sebenarnya hari-hari aku bukak blog aku ni.
Dan hari-hari jugak aku duk kira kalau ada komen baru atau ada follower baru.
Tapi berapa ketul je pun peningkatannya.
Disebabkan aku dah jarangggggg sangat berblog-walking.
Jaranggggggg sangat update.
Banyak nak taip tapi tak berkesempatan ok.
Sekarang ni masuk pukul 9 malam je mata dah layu.
Mana sempat nak update nya kan?
hehehe..

Tapi i harap uols tak lupakan blog i yee.
Blog ni masih hidup seperti biasa cuma tak berapa nak aktif je.
heee :p
Ada masa lebih i update selalu-selalu ok?
:)






Baru balik dari join perarakan untuk Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia 2012.
Peringkat kebangsaan uolss maka ahad pun ahad lah kau terpaksa juga aku hadapi. Tapi nanti kalau markah SKT i tak mantap siaplahhhh.






Comel tak cikgu di situ? eh? :p
Okbye.




 

Saturday, February 18, 2012

handbag hanger & keyfinder


Assalamualaikum.
Hai uols. Lama tak jumpa kan. :p
Hari ni nak cerita pasal handbag hanger. Dah lamaaaa sangat aku cari handbag hanger ni. Cari kat internet memang lah jumpa tapi kemain mahal lagi. Rasa macam tak berbaloi pulak benda kecik camtu tapi harga sampai puluh-puluh. So aku pun tangguh-tangguh nak membeli.
Aku rasa handbag hanger ni satu keperluan jugak sebabnya bila aku makan kat kedai mesti nak kena riba handbag berat aku tu. 
Ye uols.....
Handbag i memang lah berat sebab semua benda ada dalam tu. Ala-ala poket doraemon gitu tau, ko sebut je nak apa semua ada dalam handbag aku tu. heee. :p


Jadi, agak sukar di situ kan? Mana nak letak handbag. Letak atas meja kang tak boleh beza mana handbag dengan makanan (over sangat). Letak atas riba sendiri tak selesa jugak sebab kita ni jenis suka silangkan kaki. Nak campak mana entah handbag tu haruslah pening kepala terus takde selera nak makan kan. (over lagi)


Rupa-rupanya uols, handbag hanger ni ada dijual di Cosway uolss. Murah pulak tu. Memang semua mampu milik tak ragu-ragu pun nak keluar duit untuk benda sekecil itu ok. Cosway pun sekarang ni di mana jua anda berada pun leh jumpa kan. Banyak sangat dah cawangan dia.






Macam-macam corak ada. Aku pilih ros hitam sebab tu je paling gorgeous. Nak cari color pink tapi pink dia tak berapa hot pulak. Tak berkenan langsung.







Ewahh...
Aku rasa benda alah ni cool sangat. Siapa yang belum memilikinya memang rugi. ekekeke.. :p









After guna, beginilah rupa parasnya. Boleh sangkut kat tali handbag juga. :)








Dan satu lagi, aku sambar keyfinder comel ni. Sama lah juga, dah lamaaa aku cari dia ni. Terkebetulan jumpa terus dua-dua ketul. Kunci dah la banyak kan uols. Dengan kunci bengkel landskap, kunci bengkel kh, kunci bilik spbt, kunci rumah, kunci kereta. Semua pun nak sumbat dalam handbag. Lepastu bila nak guna, teraba-raba lah menggeledah handbag sendiri sambil merungut-rungut mana kunci ni mana kunci niiii. So sekarang, semua kunci boleh sangkut kat keyfinder ni je. :)









Sambil-sambil jadi accessory tambahan kepada handbag. WOW!
:p







Eh? Nak interframe jugak kan. :p
So uols. Cepat-cepat terjah Cosway untuk beli comel-comel yang aku ceritakan di atas tu ye. :)
Bye.






Wednesday, February 15, 2012

Tak Keruan



Jom layan lagu sedap ni :)






Saturday, February 11, 2012

jom masak-masak



Assalamualaikum.

Naik je cuti sempena Maulidur Rasul dengan Thaipusam haritu, terus ajar budak tingkatan dua memasak. Diorang kalau sebut je nak buat amali memasak, fuh kemain excited lagi. Disebabkan kelas ni pelajar perempuannya agak memonopoli, so aku plan nak ajar masak mi goreng. Goreng-goreng cincai gitu pun tapi kalau dah namanya budak-budak, memang huru hara jugaklah dapur tu. Kecoh macam nak buat kenduri. hehe..






Jom lah kita ke bilik masak. :)






Part air serah kat cikgu aje. Bancuh banyak-banyak terus untuk semua pelajar. Kalau bagi setiap kumpulan bancuh air sendiri tah pukul berapa baru boleh siap. hee
Cikgu buat air bandung soda sebab cikgu ialah pink lover. Boleh camtu? :p







Pung pang pung pang akhirnya siap sudah. Setiap kumpulan kena present masakan kumpulan masing-masing. Ala-ala masterchef gitu. Cikgu akan ambik markah berdasarkan hiasan, kerjasama setiap ahli dan rasa. Ya RASA ye puan-puan. Cikgu di sini tugasnya merasa. Bahagia betul. ekeke...






Bergambar lah sikit-sikit ikut kumpulan.







Yang lelaki bangga tak sudah bila kena puji mi diorang tu sedap. Tak paham tau..







Setiap kumpulan pun berusaha nak dapat markah tinggi. :)







Goreng telur je pun dia ni heboh macam nak masak rendang ayam. Lagi lah aku tak paham tau..
Boleh pulak telur dia tu hancur pastu nak salahkan kuali tu tak bagus. Nampak sangat kat rumah tak pernah pegang sudip kuali semua tu.
Lelaki...lelaki.... ish ish ish... :p








Dan bergambar bersama cikgu yang comel. Eh? *lempang
Settle dah amali memasak untuk satu kelas. Ada satu kelas lagi. Ha kelas satu lagi tu pelajar lelaki memang ramai. Pelajar perempuan ada seketul je. Berpeluh jugak tu nak ajar goreng mi. hehe..
Aku plan nak buat hidangan sepinggan lengkap ala barat. Burger sorang seketul jadi lah. Tu pun kalau aku rajin. Kalau malas buat sandwich aje sudah. hehe..


Jumpa lagi uolss. :)






Wednesday, February 8, 2012

wordless wednesday : puree





Lamanya tak makan puree. Teringin!



Sunday, February 5, 2012

saya frust


Assalamualaikum.

Harini aku attend dua kenduri kahwin.
Dua-dua pun kenal sejak zaman hingusan lagi.
Yang penting salah satunya ialah wedding salah sorang kawan baik aku.
Anis yang manis tuu.
Bajet dekat kenduri ni lah boleh jumpa kesayangan-kesayangan aku.
Boleh peluk-peluk.
Boleh gosip-gosip.
Boleh kepoh-kepoh.
Boleh seboleh-bolehnya lah.
Excited sangat.


So bila tiba harinya.
Aku sms Yanty, dia nak pergi rumah mana dulu kan.
Dia kata nak pergi rumah Anis dulu.
Yang aku pulak kena pergi rumah yang satu lagi dulu sebab sejengkal aje.
Tambah pulak abah kena main kompang.

Tapi aku bajet sempat kot jumpa Yanty kat kenduri satu lagi tu sebab main kompang mesti lama kan.
Excited aku tunggu tau.
Sebab rindu sangat lama tak jumpa.
:(

Dah la kat kenduri satu lagi tu takde geng.
Nak berborak dengan siapa pun tak tahu.
Takkan nak heboh bercerita dengan makcik-makcik pulak kan.
Makcik-makcik tu aku dah tahu sangat apa nak ditanya.
'Nana bila lagi?'
'Kenduri Nana bila pulak?'

Ye makcik ye.
Sabar boleh tak makcik?
Makcik tanya soalan sama lagi saya lempang terus boleh tak?
Ha kan terus emo di sini.

Ok sambung balik.
Tetiba abah dah habes main kompang tau uols.
Aku terus call Yanty tanya dia kat mana.
Dia kata otw tapi baru kat LEKAS tu ha.
Jauh kot.
Aku nak pergi kenduri Anis pulak ni.
Last-last memang tak dapat jumpa Yanty.
Dapat jumpa Anis je.
Tu pun takde feeling nak bergambar-gambar sebab geng tak cukup.
Benci sangat.
:(


Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU, Anis.
Semoga kau dan suami bercinta sampai ke syurga ye.
Cantik sangat kau tadi. Bila time aku nanti doakan aku lebih cantik ye. eh?
:p








RINDU NAK MATI.
:(



Friday, February 3, 2012

Penanaman Rumput Turf



Assalamualaikum.

Penanaman rumput turf ialah antara pentaksiran subjek vokasional : landskap dan nurseri. Mula-mula dapat tahu aku kena ajar diorang tanam rumput ni, aku macam.....eh ape la..rumput pun nak kena tanam ke? hehe.. So, di sini aku nak kongsi dengan uols cara nak tanam rumput ni. Mana tahu nanti nak tanam kat laman rumah uols yang sangat luas ala-ala padang bola tu ke kan. hee :)





Ini ialah kepingan rumput yang nak ditanam. Setiap pelajar akan tanam sekeping. Diorang ni buat kerja berkira tau. Tak boleh lebih sikit dari orang lain. Kurang takpe. -.-






Taraa..Ni lah students aku. Tengah excited nak tanam rumput. hehe..
Apa yang perlu kita buat ialah kenalpasti kawasan yang nak kita kerjakan. Pilih kawasan yang agak-agak macam padang jarak padang tekukur pun ok jugak. Kawasan yang kelihatan agak gersang, muram, suram lagi bolehh supaya lebih ceria gitu dengan kehijauan rumput yang ditanam.





Firstly, bersihkan keseluruhan kawasan daripada sampah sarap dan rumpai yang tidak dikehendaki. Buang tunggul kayu, batu dan sisa tumbuhan yang menyemakkan pandangan. :p


Eh uols. Nampak tak pasu bunga yang ditampung oleh kerusi simen ferro kat gambar tu? Ingat lagi projek pelajar aku dulu tu? Tak ingat meh klik ----> KERUSI SIMEN FERO






Lepastu, pecah dan gemburkan tanah dengan menggunakan cangkul. Ratakan tanah menggunakan pencakar tanah. Seeloknya biarkan gemburan tanah terdedah selama beberapa hari supaya mesra gitu. Tapi malas aku nak bagi tanah tu mesra-mesra bagai, tanam terus aje. :p





Then, bolehlah mula tanam rumput kita tadi. Kepingan rumput tu boleh dikecil-kecilkan supaya memudahkan proses penanaman. Buatkan lubang kecil untuk meletakkan kepingan rumput dan letakkan kepingan rumput tu di dalam lubang tersebut.






Tekun ok diorang ni menanam. Bagus muridku. :)
Lepas tanam, hentakkan rumput tadi tu dengan cangkul atau dipijak untuk merapatkan silaturrahim sentuhan kepingan rumput dengan tanah serta mendapatkan permukaan yang lebih rata.






Settle tanam semua, barulah kita siram keseluruhan kawasan yang ditanam secukupnya. Esok lusa bolehlah check rumput kita ni hidup atau tak. Insyaallah dia akan hidup subur kalau kita tanam dengan penuh kasih sayang. Cewah! hehe... Tapi selalunya memang dia akan hidup sebab rumput memang senang tumbuh. Lagi-lagi masa beli tu dah siap ada akar semua kan.





Taraaaaa! Cantik tak?
Kawasan yang suram tadi dah bertukar menjadi ceria. Sejuk je mata memandang. :)






Ha ambik. Sebok jugak diorang nak gambar nak gambar. Aku layankan aje. hee
Tahun ni projek untuk pelajar landskap tingkatan 5 agak tough uolss. Kalah Malik Noor ok. Nak merekabentuk landskap mini siap ada set simen fero, air terjun, siar kaki, bunga-bunga apa lah bagai.  Doakan aku berjaya handle semua tu ye kamu-kamu semua. Ada getar dalam jiwa ok bila pegang pelajar tingkatan 5 ni sebab tanggungjawab berat. huhu..



Doakan saya. 
Doakan saya.
Doakan saya.



Bye :)





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com