Followers

Pages

Sunday, December 30, 2012

Ijabkabul abang : 20122012



Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Pami telah selamat menjadi suami orang pada 20 Disember haritu. Rasa macam tak percaya je abang aku tu dah kahwin. hee
20 Disember ialah hari khamis. Biasanya orang nikah hari jumaat kan. Dah nak jugak tarikh 20hb tu, maka teruskan aje. Pagi tu semua saudara mara yang nak follow berkumpul di rumah kitorang.









Anis, sepupu sebelah abah. Gegar pulak gambar ni. Masa ni aku baru lepas jemput Hani (adik Kss), sampai rumah terus snap gambar ni. Tu yang gegar tu. hee












Hantaran vogue yang disiapkan oleh Maksu. Hebak lah Maksu. Habes semua tender keluarga yang nak kahwin ke tunang ke semua serah kat Maksu je. Cantik pulak tu hasilnya :)













Motif? hehe..
Boleh pulak tengah semua sebok-sebok nak bergerak tu, abang poslaju sampai nak hantar barang i. Nasib baik sempat tau. Barang apa i beli tu? Jeng jeng jeng...
Tentunya barangan supplement dari Shaklee. Maklumat lanjut boleh tanya di email ya : butterfly_gurlyzzzz@yahoo.com
Haa sempat. :p 













Adik dengan hantaran telekung, tafsir Al-Quran dan sejadah.












Hani dengan hantaran perfume. 













Ruhil dengan hantaran handbag ohmycoach. hehe..













Semua pembawa dulang hantaran masa Pami nikah haritu.
Terima kasih ye semua :)












Pakteh dan abah. Pakteh tu orang kuat majlis tu. Masa kenduri lagi lah dia semangat lebih. :p













Pami dan kawan-kawannya. Dia kata ada kawan-kawan dia ni baru lah tak rasa neves sangat. Ape-ape lah Pami oi. *tddmka













Proses ape tah ni?
Aku pandang je tak sempat nak tanya ape abah buat tu. Masa kenduri sebelah perempuan pun buat macam ni jugak. Petua orang dulu-dulu kot?












Mengkaver neves lah tuuuu. kekeke... :p












Itu ini segala. Dengan sekali nafas, sahlah sudah pernikahan Pami dan Syafiqah. Alhamdulillah...











Hai kakak ipar. 











Sesi pembatalan air sembahyang.













Alhamdulillah.











Masa ni agak tersebak sikit.











Tersebak banyak.











Finally, ahli keluarga kami telah bertambah. Syukur :)











Tahniah abangku kerana sudah berkahwin. Semoga kau tak berperangai seperti keanak-anakan lagi. eh...
hehe..










Terima kasih Hani sebab sudi join sekali. Cuti sekolah ni rasanya macam makin rapat dengan Hani. Terima kasih ye Hani sudi keluar dengan akak, dengar luahan perasaan akak (syhhh rahsia), dan jadi adik yang baik untuk akak. Juga sudi temankan akak sampai teraccident-accident si Zaza. hehe.. Jangan serik temankan akak lagi ye. Sayang Hani. :)












Buat abang dan kakak iparku, semoga bahagia sampai ke syurga ye. Semoga tabah menghadapi perkahwinan jarak jauh. Insyaallah selepas kesulitan pasti ada kemudahan. Aminnn...
Tumpang bahagia untuk uols berdua! :)






Saturday, December 29, 2012

durian crepe



Asslamualaikum.

Trend makan durian crepe belum habes lagi kan. Masa semua duk sebok cakap pasal durian crepe ni aku pun teruja gak  amende lah durian crepe ni kan. Sedap sangat ke? Sampai sanggup order online tau. Order online pastu kena pick up sendiri kat Taman Bandar Senawang tu. Tapi bila tiba hari nak kena pick up tu aku tak pergi ambik pun. Boleh? haha.. Sebab rasa macam tak berbaloi pulak dia jual 5 ketul RM13. Mahalnya kak. Akak guna durian tembaga ke apa.  :p
Pastu dah takde nak mengidam sangat pun sebab dah makan durian yang betul-betul dah. Puas hati terus.


Pastu haritu masa jenjalan ternampak pulak kedai kek kat Dataran Senawang tu jual durian crepe. Kedai tu jual 6 biji RM10. Mahal ke idok? Tiadalah ku tahu. Dah berkurun nak merasa sangat kan, haruslah laju-laju beli. Ada jugak dijual cempedak crepe, strawberry crepe, apa crepe tah lagi.
Dan ternyata durian crepe ni paling sedap!









Bila tengok resipi buat durian crepe ni, alahai senangnya. Tinggal rajin tak rajin je kan nak membuatnya. hee..
Nanti mood rajin datang, bolehlah buat. :p


Bahan-bahan ( 30 bantal )

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna kuning telur
Untuk Filling :
 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara membuat :

-Campur semua bahan kemudian blend dan tapis.
-Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
-Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk)
-Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream di tengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.










Muka teruja dapat makan durian crepe. hehe..
Sekarang tetiba dah teringin lagi. Gulp!
Macam-macam hal lah bayi dalam perut nih. eh..




Wednesday, December 26, 2012

Vitamin E Shaklee :: PALING BEST!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 4 bulan saya consume vitamin e shaklee. Dan sepanjang 4 bulan itu saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Baru minggu ni saya telah repeat botol yang kedua!  :)
Semangat sangat dengan vitamin e yang baru ni sebab ada tambahan grape seed extract. Color dia pun berubah dari kuning jernih kepada ungu gelap.



10 Kebaikan kesihatan grape seed extract  (sumber : google)


¬ Menyingkirkan radikal bebas
¬ Mengurangkan radang (inflammatory)
¬ Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
¬ Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
¬ Mencegah masalah kelenjar prostat
¬ Melambatkan proses penuaan
¬ Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
¬ Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
¬ Membantu fungsi sistem saraf otak
¬ Meningkatkan daya pertahanan







Taraa....
Inilah vitamin e shaklee kegemaran saya. Insyaallah saya akan tetap dengan vitamin ini kerana saya telah merasai kesannya pada kulit saya! :)
Antara kelebihan vitamin e :



¬ Vitamin penting untuk kecantikan kulit
¬ Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
¬ Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
¬ Mempercepatkan proses pemulihan kulit,bagus untuk mereka yang mempunyai kulit kering
¬ Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
¬ Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit serta menghilangkan parut-parut
¬ Awet muda


Bagus kan uols? Banyak lagi kebaikan vitamin e ini selain dari yang saya nyatakan di atas. Perlu diingat ya bukan semua vitamin e yang berada di pasaran boleh diserap dengan baik oleh tubuh badan kita. Jadi, sebelum uols melaburkan sejumlah wang yang belum pasti dapat memberikan pulangan yang baik, beralihlah kepada vitamin e dari sumber semulajadi dan tentunya dari keluaran Shaklee. :)
Kecantikan bermula dari dalaman. InsyaAllah.









Genap 4 bulan saya consume vitamin e shaklee. Alhamdulillah :)

A good side effect bila menggunakan vitamin e shaklee secara konsisten ialah kita akan dapat 'a younger looking skin'. Best sangat! hee..










Berminat untuk consume vitamin seperti saya? Boleh berhubung di message facebook saya di :


yana lyana



atau


Email saya di  shaklee_lyana@yahoo.com



Jangan mengalah sebelum berusaha, teruskan berusaha sehingga anda berjaya, insyallah..



Tuesday, December 25, 2012

percutian tiada, ole-ole ada



Assalamualaikum.

Cuti sekolah hampir habis. Aku tak bercuti ke mana pun. Duduk rumah je uruskan majlis perkahwinan abang aku tu. Tapi ada juga insan-insan yang mengingati kerana membelikan ole-ole percutian diorang. Wahh gitu kan. Menumpang kegembiraan orang lain. hee









Start je cuti haritu sampul ni dah ada di rumah. Pemberian kawan sesama blogger, Nanie.
Kemain tau From Jakarta With Love bagai. :p












Nanie bagi brooch cantik ni. Beli masa percutian dia ke Sabah.












Dan juga beg batik ni. Ni baru ole-ole dari Bandung. Femes kan beg ni sekarang. Makin ramai pulak yang pakai beg ni buat isi telekung. Yang jadikan door gift kahwin pun ada. wow kan?
Anyway, thanks a lot, Nanie. Walau kenal di medan maya je tapi dia sangatttt lah baik macam dah jumpa hari-hari. :)













Ala-ala lampu aladin kan padahal termos isi air panas tu. Kemain cantik lagi termos ni. :)
Ni Kss yang bagi masa dia bercuti dengan keluarga dia ke Langkawi.
Sayang nak guna termos ni. Jadi hiasan je pun aci kan? hee...














Tu diaa. Syurga manisan. Dah kata Langkawi kan memang confirm ada coklat. Sebut lah ko nak coklat apa semua di situ. Tinggal larat tak larat je nak makan. hehe..
Thanks Kss. :) 
Lain kali boleh bagi lagi. eh..






Sekian cerita ole-ole saya. Okbye.





Selamat pengantin baru, abang kami!






Selamat Pengantin Baru, Pami.
Upload gambar nikah ni dulu ye. Cerita penuh nanti-nanti ye. :)



Friday, December 14, 2012

Badges perkahwinan abang dah siap!



Assalamualaikum.

Hari perkahwinan abang makin dekat. Kurang seminggu je lagi. dup dap dup dap..eh i pulak yang melebih. hehe..Semua persiapan in progress. Mak dengan abah pun tengah serabut tu fikir itu ini. Haritu Maksu ada bagi cadangan buat badges untuk hari perkahwinan abang tu. Search punya search alhamdulillah jumpa juga. Tapi nak beli setakat lima ketul memang harga jadi sedikit mahal. Tapi mahal mana pun..mampu je nak beli. hee









Design yang diorang cadangkan. Hentam aje asalkan color merah. Dah order semua tu diorang mintak masa dalam seminggu untuk siapkan. Tapi tak sampai seminggu pun. Tiba-tiba je abang poslaju dah hantarkan depan pintu rumah. Pantas dan efisyen sungguh.













Taraaa. Cukup lima badges untuk ahli keluarga saya. Abah, emak, adik lelaki dan dua adik perempuan.
 Nak buat untuk nenek, wan, paklong, pakngah, paksu, paktam, sepupu segala pun boleh juga tapi masa dah suntuk pulak. Maybe turn i nanti boleh buat untuk semua. Insyaallah. :)












Mine. :)



Badges comel ini aku order di Button Badge Centre - ABC 114 United :
Facebook :: Blog




Selamat berbadges. eh...
Semoga urusan perkahwinan abang saya berjalan dengan lancar. Sama-sama doakan ya..





Wednesday, December 12, 2012

Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaanmu




Tuesday, December 11, 2012

Beauty Review : Set Supplement Skincare Shaklee (BEST SANGAT!!)



Assalamualaikum.


Dah lama sangat saya cari produk kecantikan untuk kulit. Macam-macam produk dah saya cuba untuk dapatkan kulit yang cantik mulus. Semua produk yang saya cuba agak berkesan tapi tak berkekalan. Sekali tumbuh lagi jerawat, maka parut pun ada dan ambil masa lama nak hilang. Kulit saya tidaklah begitu bermasalah pun cuma parut jerawat lama dan kulit agak kasar buat saya sentiasa nak cuba produk-produk kecantikan yang semakin banyak di pasaran. Sehinggalah saya mencuba produk keluaran Shaklee. :)









Gambar terbaru saya setelah consume set supplement skincare shaklee selama 3 bulan. Saya sendiri dapat merasakan yang kulit saya lebih moist, cerah dan berseri. Dulu kulit saya senang naik jerawat. Dalam sebulan pasti ada seketul jerawat yang akan tumbuh. Tapi sejak consume supplement shaklee, jerawat macam malu-malu je nak tumbuh. hehe...











Pada mulanya saya hanya ambil vitamin e-complex ini sahaja. Tapi selepas sebulan saya konsisten dengan pengambilan vitamin ni, memang ketara saya rasa perubahan pada wajah saya. Parut lama semakin pudar (masih ada dan bakal lesap..aminn..hee..), dan saya rasa macam berseri je wajah saya bila bangun tidur. (Sebab saya ambil vitamin ni sebelum tidur)












Dan terus...saya bertekad untuk ambil full set supplement skincare shaklee ni. Ada vitamin e, vitamin c, dan esp (soy protein isolate powder) yang sangat-sangat sedap! Setakat ni saya telah repeat esp sebanyak 3 botol tau sebab saya bancuh dengan tamaknya, dua kali sehari tetapi dengan sudu besar. (sumpah sedap! hehe)
Vitamin e dan vitamin c belum pernah repeat lagi sejak saya beli bulan september haritu. Jimat bukan? :)
Ni pun vitamin e hampir habis. Tak sabar nak beli yang baru sebab vitamin e shaklee yang terbaru ada grape seed extract.











Alhamdulillah..bersyukur pada Ilahi kerana saya telah jumpa supplement yang terbaik untuk diri saya. Saya percaya kecantikan kulit tak boleh bergantung semata-mata pada krim-krim penjagaan kulit semata-mata. Yang penting kita perlu jaga dari dalaman, semestinya pengambilan supplement! :)



Nak sama-sama cantik?
Jika berminat untuk consume set seperti saya, bolehlah tanya di message facebook saya :


yana lyana


atau


Email saya di  shaklee_lyana@yahoo.com



Pastikan kita sama-sama amalkan supplement yang original! :)




Monday, December 10, 2012

pinggan mangkuk i bertambah lagi



Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni, aktiviti membeli pinggan mangkuk dan seumpama dengannya makin menjadi-jadi pulak. Dulu kemain sombong lagi mengata dalam hati buat apa beli benda alah itu semua. Baik beli di kedai biasa je. Murah-murah pulak. Tapi dalam pada aku duk mengata-ngata tu, cair juga nafsu aku ni melihatkan pinggan mangkuk yang gojes-gojes semua ni. Lagi-lagi dia color putih kan. Lagi lah alahai kenapa awak begitu vogue sehingga mencairkan sayaaa? heee


Begitu sanggup pula tu bayar secara ansuran. Aku buat kira-kira balik kan, hampir 1k jugak dihabiskan untuk pinggan mangkuk nih. Apakah? Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. 
*menyesali diri*











Set corning ware brand corelle ni mencairkan aku sebab dia amatlah vogue. Mangkuk dia cantik sangat dengan corak bunga dia yang nampak kewanitaan tu. Pastu pulak boleh masak atas api.













Set pinggan corelle ni adik beradik la tu dengan mangkuk boleh guna atas api tu. Memang sangat cantik! Mula-mula fikir lapan kali nak beli ke tak. Lepas tengok depan mata terus tak fikir dan order laju-laju. hehe..
Cantik sangat ok. Nanti mesti sayang nak guna. hahaha..













Dan ini pulak. Double grill pan lah apa segala. Pun mampu menggoda aku. Tak paham kan? hihi...
Sebab masa jamuan hari raya kelas haritu, aku ada guna benda alah ni untuk masak-masak ayam dalam kelas. Pan ni sangatlah best dan senang digunakan. Masa aku masak ayam haritu, cepat je ayam masak. Minyak pun tak terpercik-percik sebab kita boleh tutup pan tu kan. Terus jatuh cinta dan terus order. hehehe... :p



Macam-macam lah godaan yang mendatang. Tahun depan aku syak akan bertambah lagi set pinggan mangkuk aku. Aku syak je ok. Harap-harap sampai di sini je. Harap-harap je ok. :p









Feeling datin sangat bila dah bertambah set pinggan mangkuk berjenama.
kekeke.. :p




Friday, December 7, 2012

Terima kasih



Assalamualaikum.








Dah lamaa sangat rasa suka dengan lagu ni. Lagi-lagi part student sekolah rendah ucap terima kasih kat cikgu dia tu. Tersentuh sanubari i. *over sangat


"Terima kasih kerana mendidik sehingga kami mampu berdikari"


Good bye anak murid tingkatan 5 Zamrud saya. Semoga anda semua berjaya di masa akan datang. Jangan lupakan cikgu. :')





Thursday, December 6, 2012

Good luck anak-anak murid cikgu..




Assalamualaikum.

Pagi ini ialah hari perjuangan anak-anak murid saya untuk paper Landskap dan Nurseri.








Semoga mereka dapat menjawab dengan tenang. Bantu mereka Ya Allah....


 


Thursday, November 29, 2012

Kak Nana berlakon jadi cikgu ke?



Assalamualaikum.

Haritu acu datang rumah pastu pergi makan kat Doll Tom Yam kat taman rumah aku tu. Fuhh la sekarang ni. Anak acu dua-dua ketul tu sekarang kemain meligat lagi. Berpeluh jugak nak melayan diorang. Kalau dia meligat sendiri-sendiri je takpe lagi. Ni nak duduk dekat-dekat ngan aku. Dengan berebut airnye, berebut gula-gula, berebut makanan. Pastu kalau si adik kalah, menangis lah dia sekuat-kuat alam sampai satu restoran tu dengar. *lap peluh kat dahi


Kaleesya pun makin besar dah. Haritu dia belek-belek henfon aku pastu ternampak gambar aku dengan student-student aku.

'Kak Nana berlakon jadi cikgu ke?'

'Mana ade berlakon. Kakak kan cikgu..Kaleesya nak jadi cikgu tak?'


*Kaleesya pandang senget je kat aku*


Ciss betul. Tak percaya lah tu aku ni cikgu. Agaknya cikgu dia kat sekolah lain je dengan aku kan. Terus dia musykil agaknya. Kak Nana ni kuat menipu. kekeke...










Makin lama makin tak banyak da gambar gedik dengan si kecik ni. Seketul dua je yang ada. Rindu nak menggedik depan kamera dengan pelbagai gaya dengan dia ni.
Tunggggguuuuuu...hihi....



Friday, November 23, 2012

Fisrt Giveaway by Meuzangelo



Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak join giveaway. Mana tahu kali ni bertuah pulak dapat menang perfume ke. eh..
Giveaway ini dianjurkan oleh blog Gulai Tempoyak Ikan Patin. Klik banner penganjur di bawah ni untuk tahu semua syarat-syarat am dan syarat-syarat wajib segala ya.







Dan sponsor-sponsor hadiah ialah seperti yang berikut :
























Pemenang akan dipilih secara rawak melalui random.org
Hadiah yang menanti ialah......


Pemenang Pertama Wanita:
The Body Shop Perfume.
(White Musk eau de toilette)

Pemenang Kedua Wanita:
Blouse Wanita.

Pemenang Pertama Lelaki:
Snapback Cap.

Pemenang Kedua Lelaki:
T-Shirt Lelaki.

Pemenang Saguhati Pertama:
1: Topup RM10
2: Topup RM10
3: Topup RM10

Pemenang Saguhati Kedua:
4: Topup RM5
5: Topup RM5
6: Topup RM5




Till then, jom join ramai-ramai. Ada masa lagi ni sebelum tarikh tutupnya 30 November 2012 jam 12 malam. Semoga berjaya! :)






Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com