Followers

Pages

Friday, September 30, 2011

tudung bawal sulam di kepala : gorgeous tau?




Assalamualaikum.

Jom kita bercerita pasal tudung! :)
Dalam banyak-banyak tudung, tudung bawal ialah paling aku cintai (wahh over). Walaupun tudung sarung sekarang semakin menjadi kegilaan semua terutama bagi yang bekerja memakai baju kurung, dapat pulak tudung ariani sehelai 70 ringgit tu kan..memang selesa betul. Tapi aku tak terjebak pun pesal tah. :p Kalau cari baju kurung, time nak pilih tudung mesti tudung bawal jugak yang aku cari.



kredit : pakcik google



Pernah nampak tudung bawal sulam atas kepala macam ni? Cantik kan? Ala-ala ada cekak rambut atas tudung gitu. Berkenan sungguh i tau. Masa bulan Ramadhan haritu, aku perasan ada booth karnival budaya ke apa tah kat dalam JJ Seremban 2. Kat sana ada jual tudung ni. Tapi harga dia kemain mahal lagi. Sehelai 95 ringgit uols. Baik beli tudung ariani tau hehehe :p








Beberapa minggu kemudian, ada parcel untuk aku sampai di pejabat sekolah. 
Parcel tu datang dari Perak. Ehemmm :p









Yeay!
Dah ada tiga helai tudung bawal sulam atas kepala. :)








Sulaman kat tudung tu cantik! Dia guna color terang pastu sulaman dia pun tak berapa simple dan tak berapa serabut. Sedang-sedang dan sedap mata memandang gitu.







Ini yang color pink. Comel je sulaman dia. Suka sangat! :)
Kalau cari kat internet, harga jualan pun sama 95 ringgit juga. Agak mahal di situ kan? Tapi kalau uols dah suka sehingga level 8, mesti sanggup kan? hee
Kss minta tolong kawan dia beli kat Kelantan, harga boleh tahan murah juga. So, beli kat sana aje lah ye. Memang berbaloi-baloi. :)
Jom ramai-ramai kita pakai tudung bawal?  <------- (ala-ala kempen marilah bertudung)



Thank you, Kekasih. I love u more :)



Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday : menyampahhhhh!



kredit : Encik Google


Kemain riang lagi perempuan yang menyakiti hati perempuan tu. Kalau kekal lah perkahwinan diorang ni...untunglahhhh


Tuesday, September 27, 2011

kalau tiba-tiba buat entri raya kena lempang tak?




Assalamualaikum.

Ha siapa yang berani nak lempang aku tuu? Amboiiiii...:p
Untunglahh malam ni aku ade mood nak update tau. Ingat nak update seminggu sekali je tapi lama-lama aku tengok page view blog aku ni makin sedih. Yang masuk sini pun tersesat-sesat punya pengunjung. Nak cari resepi lah, nak cari contoh karangan lah, nak cari pasal fesyen tudung lah, nak cari gambar cikgu cantik lah (eh?), nak carik pasal hal ehwal ilmiah memang jauh sekali lah kan. Tapi ada jugak 0.5 % yang cari pasal tu.. hehehe...:p Aku ingat nanti nak masukkan nota pelajaran lah dalam blog ni. Ada ke yang semangat nak baca? Itu pun bukan aku taip sendiri lah..semua main copy paste aje! :p








Ok berbalik kita pada tujuan asal.
Ini ialah adik dengan baju raya datin dia tu. Malu nak pakai kat kampung sebab konon-konon vogue dan menjadi malu. Tahun ni macam adik je yang beraya sakan. Kejap raya ke sana kejap raya ke sini. Tiba-tiba kawan menjadi ramai. Kenapa tahun lepas tak macam ni pun? Pelik jugak di situ. heeee









Ni di hari raya kedua. Baru lepas menziarah kubur arwah atok.
Selamat Hari Raya, Atok. :'(









Kemudian pula, ini ketika beraya di rumah Pak Teh yang memiliki kucing gebu yang amat!
Pergi beraya kat sana memang mengadap meow tu aje lah. Geram sangat sebab kucing Pak Teh tu besar macam bayi. Bulu kembang semangkuk, pastu berat kemain!






Kasi up lagi sekali gambar ni takpe kan? :p
Eeee geramnyaaa! Boboy, jangan gebu sangat boleh tak? Biar manusia yang dukung awak tu gebu sorang takpe. eh..
:p







Nah tengok video Boboy comel ni :)




Aku dan housemate sampai ke sudah berpendirian 'kami tidak menerima sebarang kunjungan'. :p
So, kitorang join rumah terbuka kat kuarters guru je. At least buat makan-makan juga kan. hehehe..Esok ialah harinya. Tugas kami ialah menyediakan desserts. Kalau macam rajin sikit nanti aku cerita ok?
Bye :)



Saturday, September 24, 2011

My first trying Puding Karamel




Assalamualaikum.
Puding karamel ialah sejenis puding yang leemmmmbut sangat dan cair di mulut. Haritu pernah makan sekali puding ni tapi masa aku makan tu rasa dia ada sikit-sikit rasa ikan terubuk. Haa ikan terubuk yang banyak tulang tu uolss! Terus aku macam tak minat sangat dengan puding ni. Tapi bila baca-baca kat blog orang lain, semua heboh cakap puding ni sedap lah, segar lah, apa lah. Terus rasa nak buat sendiri. Bab yang rasa ikan terubuk tu mungkin si pembuat terguna loyang yang dah diguna untuk stim ikan terubuk kot? hehehe...






Ni hasil tangan aku. Malu nak tunjuk tau sebab bersepah-sepah rupa paras dia. Tak boleh comot lagi ke puding kau ni yana? hahaha...
First trying uols. Haruslah ada sedikit kekurangan kan. Tapi rasa dia not bad. Jom belajar buat jom?







Firstly, sediakan periuk kukus.


 Then ikut step di bawah ni :

1. Masukkan 5 sudu besar gula halus ke dalam periuk kecil. Masukkan satu sudu besar air dan masak di atas api sederhana sampai gula tu cair dan keperangan. Jangan sampai hangus pulak ye. Lepastu tuang ke dalam loyang yang bersih. Biarkan dahulu.
2. Pukul 3 biji telur di dalam mangkuk bersama 5 sudu besar gula sehingga sebati.
3. Sediakan periuk kecil yang lain, masukkan setin susu cair. Titikkan 3 titik esen vanilla dan panaskan. Agak-agak hampir mendidih terus padamkan api.
4. Tuang susu tersebut ke dalam mangkuk berisi telur tadi dan kacau sehingga sebati.






5. Perlahan-lahan tuangkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi. Bancuhan takkan bercampur dengan karamel sebab karamel dah sedikit mengeras.







6. Tutup loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.







7.  Bila dah masak, jangan buka aluminium foil! Biarkan 5 minit dahulu atau biarkan sejuk sedikit then baru buka.
8. Bolehlah diterbalikkan ke dalam piring rata yang cantik. Tapi kena berhati-hati ye sebab ia sangat rapuh. 
9. Masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap! :)







Taraa! Supposely puding karamel kita tu jadi macam ni lah. Cantik dan nampak lembut je. Ni ialah hasil carian google je tau uols. Sila jangan terpedaya dengan bakat yang aku ada. ekekeke...Next time puding karamel i pasti lebih smooth teksturnya dari gambar di atas. Percayalah! :p



Selamat mencuba :)



Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday : cenderahati lilin






Kasi baca balik boleh? hehe...JOM KLIK!
:)



Sunday, September 18, 2011

awak buat saya risau tau!



Assalamualaikum.
Last week, mata Baby dan Bubu keluar selaput putih. Mula-mula ingatkan biasa-biasa je. Aku bawak balik Gemas, mata Bubu still ada selaput putih tu. Mula risau dah tapi tak sempat nak bawak pergi klinik pun sebab kat sana klinik haiwan ialah non hado. Tengok dia pun macam lemah je dan tak aktif macam selalu.


So, balik Seremban jumaat yang lepas memang niat nak pergi klinik lah tapi Bubu tiba-tiba dah ok. Aktif macam selalu. Cancel lah pergi klinik. hehe..
Tapi dia mengalami cirit birit pulak uols. Mula-mula tengok ok lagi tapi lama-lama makin teruk. Najis dia tu makin cair dan busuk. Sampai satu tahap, Bubu takleh nak kawal bila dia nak buang air besar tau. Sambil berjalan pun dia masih boleh tercirit birit. Bubu nampak lemah je. Kesian sangat tengok dia masa tu. :(


Malam Sabtu, semua kat rumah bertungkus lumus bersihkan rumah sebab di mana-mana jua ada najis Bubu yang cair. Betul-betul air, tak rupa tahi langsung. So, Naim try search kat internet pasal cara merawat lah bahaya cirit birit kucing lah segala. Satu keluarga risau sebab kalau cirit-birit yang kritikal boleh effect kat usus dia dan boleh bawa maut. Mula lah tak keruan kami satu keluarga. Sayang punya pasal kan uols. huhu...


Kebetulan, Naim terjumpa laman blog Klinik Haiwan Senawang. Ada nombor telefon doktor pulak tu. Apa lagi, terus aku call. Doktor tu cakap jangan sekat dia makan. Still bagi kucing makan dan minum sebab bila dia cirit birit tu dia akan kehilangan air dan jadi lemah. So, mesti makan! Doktor tu cakap kurung dia dalam sangkar untuk malam tu dan esok bawa jumpa dia kat Klinik Haiwan Senawang tu. Tak sangka pulak ada klinik yang buka pada hari Ahad. Syukur alhamdulillah. :')







Pagi tu Bubu dah nampak aktif sikit tapi still masih cirit-birit. Baby pun bawak sekali sebab nak check mata dia yang ada selaput putih tu. Pukul 10.30 pagi terus kitorang bawak Bubu dan Baby ke klinik tu. Dua-dua ketul pun tak keruan dalam kereta. Asik mengiau je.






 


Kitorang ialah pengunjung pertama rupanya. Punya lah excited. hehe..







Mula-mula kena daftar dulu. Nama pemilik haiwan, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan nama haiwan peliharaan. Kalau bawak dua, tulislah dua-dua.
Nama Kucing 1 : Bubu
Nama Kucing 2 : Baby
:p

 






Lepastu tunggu lah sampai doktor panggil. Bila turn dah sampai, masuklah ke bilik rawatan. Aku pun cerita lah apa masalahnya kucing-kucing aku tu. Doktor pun kasi cucuk si Bubu yang cirit birit tu. Menjerit satu hal, Bubu boleh pulak melawan uols. Ewahh tak padan kecik tau dia tu. Garang kemain!
Tiga kali cucuk baru ubat tu dapat disuntik. Risau je aku masa Bubu melawan tapi jarum dah masuk, patah pulak lah jarum tu nanti. huhuhu...Baby yang menunggu giliran tu dah berdebar. Aku peluk dia, laju je dia bernafas. Tapi Baby ok. Dia tak melawan, cuma menjerit sikit je masa doktor suntik dia.


 






Ni Bubu. Boleh tahan mencabar jugak nak pegang dia sebab dia melawan. Marah sungguh dia kat doktor tu. hehehe...Baby pulak, doktor kata tak berapa sihat sebab tu mata dia jadi camtu.

 






Doktor tu tertukar nama. Yang si Baby jadi Bubu, yang Bubu jadi Baby. Confuse agaknya doktor tu. Sebab kucing besar takkan namanya Baby pulak kan? Kitorang malas nak panjang-panjang cerita. Satu hal pulak nak terangkan kenapa kucing besar namanya Baby, kucing kecik namanya Bubu. Kang tak pasal doktor tu pun melayan cerita pulak pasal asal usul nama kucing dia. Malas aku!
ekekekeke....:p









Akhirnya settle. Bubu kena makan lagi dua biji ubat. So memang aku lah tu yang jadi doktor dia tu. Cara bagi makan ganas pulak tu. Macam tak sanggup je rasanya. Tapi mesti sanggup jugak! 


 






On the way balik, dua-dua senyap je. Sopan je dalam kereta. hehehe....
Tak tahulah kesan ubat ke, kesan cucuk ke, kesan apa ke. Yang pasti dua-dua pun sangat baik takde serabut kepala otak aku dalam kereta tu. :p




Cepat sembuh ye sayang-sayang ku......





Saturday, September 10, 2011

555 yang gorgeous






Ke hadapan 555 followers belogku, terima kasih kerana sudi mengikut belog picisan yang tak seberapa ini. Tanpa anda, tak ke mana lah belog ini. Jangan malu-malu klik iklan nuffnang yang keluar tu yee. hehe...:D
Love uols more lah ! :))



please..jangan datang!



Assalamualaikum.
Minggu ni rasa macam cepat je berlalu. Ahad lepas dah balik Gemas tiba-tiba eh harini dah Jumaat yang bahagia? Sepantas kilat masa berjalan.:)

Minggu lepas aku drive balik Gemas ialah di petang hari. Drive sorang je, Bubu taknak ikut uols. Dia dah galak dah duduk kat rumah Seremban ni sebab ada kawan. Pastu sombong tak kenal aku. Sampai je rumah sewa, Una dan Kay dah sampai lebih awal...


Eh, mana Bubu?


Bubu taknak ikut. Dia degil.


Lupa daratan sungguh Bubu nii..


Hehehe. Eleh padahal masing-masing rindukan Bubu tapi taknak ngaku. :p






Malam tu kitorang dah start berdebar dah. Ada yang dah bagi salam depan rumah nak beraya tapi kebetulan kitorang tak bukak lampu depan so nampak macam takde orang. :p
Esoknya ada lagi yang nak beraya. Ramai pulak tu. Kitorang ni serba salah tau nak bagi masuk. Bukan kedekut ke apa, kitorang segan sebenarnya hihihi. Rumah sewa kitorang ni serba kekurangan uols. Maklumlah masa masuk rumah ni pun takde perabot langsung. Memang kosong. Sebuah kerusi pun non hado.


Bila dah dikemas-kemas. Kat bahagian ruang tamu cuma ada tv kecil dan diletakkan di atas meja jepun yang kecil, lepastu ada karpet di tengah-tengah ruang tamu. Kat tengah-tengah karpet tu ada meja jepun lagi. Kat situ lah kitorang letak balang kuih raya yang tak seberapa. Pastu ada satu sudut kitorang letak hiasan-hiasan hadiah masa sambutan hari guru haritu. ITU SAHAJA. Sekarang malu ke tak malu nak bagi anak murid masuk rumah anak dara pingitan 3 ketul nii? hahaha. Serius malu ohhh.








Hari Selasa, lepas habis persekolahan. Aku ternampak notes ni terselit kat cermin depan Zaza.
Kembali berdebar lah kitorang kan hahaha :p
Tapi memang nasib baik sebab malam tu ada jemputan ke rumah terbuka kat Kem tentera area Gemas tu jugak. Fuhh memang nasib baik tau. :p


Malam rabu pulak, sekumpulan motor berlegar-legar depan rumah sewa kitorang. Dalam sepuluh motor ada kot. Pastu bagi salam panggil cikgu..cikgu. Masa tu masing-masing dah mula nak marah. Apa lah malam-malam pun nak datang rumah cikgu bujang. Yang datang tu dah la ramai sangat macam kitorang ada buat kenduri, lelaki semua  pulak tu. Kirim salam korang nak masuk rumah mewah cikgu-cikgu gorgeous ni tahu? :p


Setakat ini, takde sorang pun berjaya kitorang bagi masuk. Tunggulah kitorang ready dulu, masak apa-apa yang patut dulu, baru kitorang jemput datang. Boleh? hehe.
Seminggu ni memang hati kitorang tak tenteram. Pantang je dengar orang bagi salam. :p Ikutkan hati, nak je kitorang tampal notes kat pintu pagar rumah, 'KAMI TIDAK MENERIMA SEBARANG KUNJUNGAN'. ekekeke..:p
Tapi tu kalau ikutkan hati. Kitorang masih belum nak ikutkan hati lagi. Kalau dah terbuat nanti, aku kasi cerita kat sini ok? heeeee..:D








Gambar ni aku jumpa kat facebook anak murid. Kau bayangkan anak-anak murid yang sebesar ini, yang dah layak jadi bapak orang, yang berdiri sebelah aku pun dah macam rakan sebaya..masih lagi ke nak beraya rumah kitorang yang bujang ni di malam hari secara berjemaah pula?




TAK DAPEK JEPP..TAK DAPEKK!
:p




Thursday, September 8, 2011

kamera makcik telah rosak



Assalamualaikum.
Raya ketiga ke raya keempat haritu kamera keluarga tiba-tiba meragam. Orang sibuk-sibuk nak beraya tu lah dia sibuk-sibuk nak rosak. Ambik gambar secara manual boleh tapi bila secara auto focus dia mula gedik takleh nak snap. Macam tersekat-sekat gitu. Disebabkan warranty dia masih ada, kena cepat-cepat pergi hantar repair.


 




Aku yang tak ubah seperti makcik yang tua. Tah pesal selekeh sangat masa tu. Takleh terima kenyataan bila tengok-tengok gambar balik tau. :p



 




Masa ni kena tunggu turn. Nak bagitau kamera rosak pun kena tunggu turn lama jugak so terpaksa menghabiskan masa dengan bergurau senda dengan kamera aku hihihi. Kamera aku? Ehemm.
Kebetulan Kss pun dah beli dslr so kamera lama dia tiba-tiba diberikan kepadaku. :))

 




Kebetulan lagi aku selalu merungut yang ambik gambar guna blackberry gambar tak cantik lah, blur lah, itu lah, ini lah, nak beli kamera baru lah. Last-last ambik kamera lama Kss tu baru senyap tak merungut-rungut. :p

 





Bila turn dah sampai, pekedai tu check-check sikit pastu memang kena repair lah. Dia kata ambik masa sebulan jugak baru boleh siap. Hoi sebulan lama tuuuuu....
Masa tu dah lah awal-awal raya lagi. Beraya rumah pakcik makcik saudara pun belum tau.
Tapi nak buat macam mana. Tak hantar repair tak boleh guna pulak kan. Pasrah aje lah sebulan pun sebulan lah...


 





Pasrah-pasrah pun lepas tu selera masing-masing kemain nak makan mahal. :p


 















Air empat musim - Winter, Summer, Autumn, Spring
Aku punya mestilah the pink one tu :)


 










Makan sedap-sedap tak bagitahu mak dengan abah pun. Pastu balik rumah pura-pura lapar. Kemain hampeh perangai masing-masing :p



 















Makan-makan sampai habes dan yang pasti...kenyang, pastu kitorang balik. Sekarang tunggu je lah call dari kedai kamera tu bila kamera kitorang dah siap repair. Tak best lah takde kamera keluarga tu..pergi mana-mana rasa tak lengkap je kalau tak menggedik depan kamera hahaha ;p
Nasib baik ada kamera pengganti tepat pada masanya. :p
p/s : I sayang u lebih la :)




Kamera sayang, cepat sembuh ye. Jangan sakit lama-lama sangat.....






Wednesday, September 7, 2011

wordless wednesday : sumpah gebu!






Monday, September 5, 2011

Lukisan Cahaya




Assalamualaikum.
Malam raya yang lepas, semua orang kat rumah nenek sibuk. Ada yang sibuk tengok tv, sibuk kemas dapur, sibuk mandi, sibuk main bunga api, sibuk main mercun, sibuk bakar-bakar ayam dan burung, sibuk makan dan minum hehe. So masa sibuk-sibuk tu, Naim pun sibuk jugak lah suruh sepupu-sepupu yang tengah main bunga api tu buat lukisan cahaya. Kamera akan loading lama dan baru snap gambar so boleh lah kita tulis-tulis ke lukis-lukis ke ikut sukahati guna bunga api. Kalau nak tulis word, kena tulis secara terbalik.
Ha mencabar kan?  mencabar kan?
Jom tengok hasilnya....






Permulaan oleh abang. Buat love senang kacang tu je memang lah jadi. Cer buat FAHMI kita tengok apa jadi.
ngeeeee~


 





MUZ. Sepupu bernama Muzafar. Tapi ape da Z terbalik? ekekeke...:p

 





NORA. Nama panggilan adik memang sebenarnya nora masa kecik-kecik dulu hahaha. Dah besar ni je mula panggil Zira.


 





MIMI. Eleh terpaling senang nak buat. Tutup mata pun jadi. Eh over

 





RUHIL. Adik sepupu nama macam artis. :p


 




ZIR. hahaha ape lah zir? Zira sebenarnya adik nak tulis tu tapi tak sempat buat huruf a sebab bunga api dah mati kot. haha

 






YANA. Walaupun nampak macam yani tapi takpe sila jangan sibuk sebab ni satu-satunya hasil lukisan aku. Tangan tak cukup seni begitula uols. hihihi


 






MERDEKA. Ini paling jadi :)



 





RAYA. Tapi macam tak jadi je? hehe...


 






The Star.

 





I <3 U amboi kemain

 





PMR.
Bagus adik sepupu. Raya-raya jugak, peperiksaan jangan dilupa.



 




Infiniti.


 




Konon-konon kartun gemok tengah melompat. Konon je padahal dah mula merepek..hee


 




Ni memang dah mula merepek.


 





Bertambah merepek lagi. :p

 




Sepupu yang mengetuai aktiviti bunga api dan mercun. Kemain lagi dia berlagak diva mercun tau.
Terkejut terkejut semua dalam rumah dengar bunyi dum dam dum dam mercun diorang main tau. Tapi dah nama pun raya kan tak best lah kalau takde bunyi mercun. Telinga semua orang pun lama-lama menjadi tebal dengar dentuman mercun malam itu. hehe..


 





Dah. Setakat ini sahaja.
Bye uols :)





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com