Followers

Pages

Thursday, September 30, 2010

yang ditunggu belum tiba





Alhamdulillah. :)
Tapi saya tak tunggu yang ini. T____T

* kau tak reti bersyukur kan yana..dush !




Sape nak hadiah free? =)


Kalau title entri ni bertukar jadi 'Siapa taknak hadiah free?' kan best kan.
Macam gangster sikit.hehe
Semua orang sukaa kan hadiah. Dah nama pun hadiah mesti lah free kan? ish ish konfius di situ. hee
So pertama tama kalinya marilah kita bersama-sama mencuba nasib. Thanks shida sebab tag saya !
Syarat-syarat buat entri ni takde pulak dimentionkan berapa had patah perkataan ha kan best tu jadi jomm terjah belog NADIA untuk tindakan anda selanjutnya. hoi ayat kenapa skema?? :p





Untung-untung kalau menang dapat kereta comel macam ni pun cun kan.hikhik



Sekarang aku nak tag ;

2. Nanie
3. Mira



Untung sabut timbul, untung batu tenggelam !  :)


Tuesday, September 28, 2010

eh eh kenapa hati rasa lega ni? hee



Salam weekdays.
Harini dah selasa. Jadi aku merasakan tuesday blues. boleh? hee
Semalam aku telah kembali menjejakkan kaki ke Parit Raja dan yang paling penting ke Universitiku.
Sebelum konvo kan banyak benda nak kena uruskan macam bayar yuran, jawab soal selidik n print out, kalau nak tempah frame kena bank in duit, plak lagi, ambik jubah konvo, hantar borang itu borang ini..huhu boring boringg.
Makanya,
Di awal-awal lagi memang plan nak datang awal la kan nak settle kan apa yang patut.
Tapi disebabkan keluangan masa yang melampau, jadi aku terjah universiti terus ! hehehe..


Aku gerak pagi lepas breakfast dalam pukul 9 lebih.
Sampai je terus hantar borang-borang ke Pejabat Pengurusan Pelajar, masa tu tak ramai ada la dalam 5 orang ha memang takyah beratur. yes ! hehe



Pastu, terus saje ke bilik jubah untuk mengambil jubah.
Dah confuse nak ambik size apa, rupanya lebar semua sama just yang beza ketinggian so jangan nak mengada ambik size S sebab orang jaga bilik ni kata nanti nampak tergantung n kena lebih lutut. So, M je lah.





Nasib baik ada gosip-gosip sikit dengan mereka yang ada di situ, sebab baru aku tau lepastu kena hantar borang soal selidik untuk alumni pulak.
Dan yang paling penting kena ambik gambar !!
Hoi kenapa aku tak tahu ada sesi ambik gambar kan dah terpakai tudung hitam tak ceria i nanti gambar tu keluar skrin tau.  T_____T
Nasib baik ada yang puji kalau tak dan dan tu jugak nak pergi beli tudung baru kat Parit Raja tu ha.
hahahah GEDIK ohhh. :p




Students yang ada memang sangat sikit tapi proses ambik gamba lama jugak.
Tak la berapa lama cuma kau taknak ke touch up touch up betulkan jubah n segala aksesori tu. Tu yang jadi lama sebab semua pun gedik eh ok ke ni tak senget ke tudung centre tak yang lelaki pun sama gedik ohh.
Ni baru hari pertama ambik jubah dan bukak kaunter ni, sikit hari lagi..sesak itu pasti ! huhuhu




Hai. Saya mengandung 5 bulan. :p







Jubah yang berat. Nasib baik i ni gagah orangnya. pelissssss ! hahahaa :p


Sesi ambik gambar ni ialah di Bangunan Alumni.
Aku kan dah lama tinggalkan U ( lama lah sangat kann. teettttt ) so aku taktau manakah terletaknya bangunan itu sebab bangunan baru.
Bangunan dia ala-ala hotel sikit sebab tu aku confuse tu hotel ke bangunan alumni. gituu kan. hehehe





Kami ialah dua orang yang jakun di dalam lif.
Sekian.
Ni ialah Nini. Camerawoman yang layan kerenah aku nak ambik gambar. :p
Dan bersama dia lah aku bersesat-sesatan tadi. dush dush !






And lastlyyyyy.........
Ini terpaling i suka. <3
Free gift !
Nanti i dah ada kereta sendiri baru kasi tempek kamu k. :)





* Before pulang ke Seremban, harus singgah lunch di rumah nenda dulu juga singgah Maktab Batu pahat berjumpa kekasih juga meminjam kamera dia! hikhik  :)



Saturday, September 25, 2010

bila cikgu liyana nak jadi cikgu ni?



Salam weekend semua.
Perasaan aku sekarang ialah @#*;^%$%&* ( tak tergambar dengan kata-kata. gedik kan? haha )
Untuk yang tak tahu, aku sekarang ialah seorang penganggur yang dah 3 bulan duduk di rumah sahaja.
Bosan kan kehidupanku? tsk tsk.
Tapi takpe sebab duduk di rumah sahaja pun ilmu-ilmu lain boleh topup-topup kan ha tu ayat memujuk diri namanya. hee
Bila buka facebook je sekarang ni, semua rakan-rakan seperjuangan bercerita pasal posting.
Semua pun menunggu saat paling ditunggu setelah 4 tahun bertungkus lumus belajar iaitu saat dipostingkan atau lebih sedap disebut saat untuk bekerja.
Aku paling tunggu saat tu. Paling !
Tapi bila pergi beraya rumah jiran lama masa duduk berek dulu, bukan nak tanya Kak Nana sekarang kerja apa tapi benda lain pulak ditanya...hampeh.
Macam biasa lah soalan bila nak kahwin? Muka aku ni muka orang nak kahwin sangat dah kee...hehe
Macam mana saya nak kawen acik kalau kerja pun belum permanent. Sedih tau saya kalau acik ingat saya tak laku mentang-mentang acik tak pernah nampak boifren saya sebab takkan saya nak bawak dia ke hulu ke hilir kan. teettttt.






Hati semakin kembang kempis dadaku ( apa ni kejap hati kejap dada. lol ) bila aku taip link untuk check status posting tu, keluar gambar atas niii ! huhu mahu nya tak berdebar kan.
Tapi sejurus saja kita masukkan ic, error weh. ERROR !
Mana lah muka Kak Nina kau ni tak tambah kedut sebab tension. tsksss.
Bulan 10 nanti rasanya dipostingkan sebab sesi terakhir pengambilan guru ialah pada bulan October. Aminnn.
Korang doa-doakan lah sekali ye. :)






Oh ya ini gambar pergi beraya siang tadi. Cuba teka mana satu adik mana satu kakak?
hahahha ok ko cukup mengada yana !





keywords tetap belog ai


Kena update belog hari-hari baru nampak peningkatan earnings kat nuffnang tu ha.
Ada update baru ada orang masuk.
Tak update takde la..hoi korang, hari-hari bukak lah belog aku ni ha.hehe :p
Bila aku check-check keywords yang orang taip sampai boleh tersesat singgah kat belog ni, ada perkataan tu yang sentiasa adaaaa sahaja.
Perkataan tilam vono.
Ada satu entri pasal hantu tapi aku letak title tilam vono. hahaha
Sampai sekarang ni semua orang yang tengah search pasal tilam vono dan tersesat masuk belog aku mesti menyumpah menyeranah aku kan.  :p
Tapi memang hari-hari ke orang beli tilam vono ni? Beli tilam untuk kahwin ke ape.hee




Kau tengok tu.
Tilam vono tu dah macam keywords tetap dah.
Tu tu lagi satu tu..blog nurliana abd ghani...siapa yang cari tu weh? nama penuh pulak tu malu ai tau. hikhik


* Teringin nak dapat duit dari nuffnang. Sikit lagiiiii boleh dapat. Korang kalau iklan keluar, tolong kelik tau. tq ! :)




Tuesday, September 21, 2010

Saya dah pergi treatment free!



Haiii.
Aku baru balik dari memuaskan diri tadi. Puaskan apa tu? ehem.
Haritu kan ada aku cakap aku dapat free treatment kat Cress Wellness kann.
Ha dah dapat pun n dah pergi pun. :)



Kelik gambar untuk explore sendiri apa aku membebel ni ok. :)



Aku dapat pergi treatment tu sebab aku komen status kat page Cres Wellness ( cw ) ni kat facebook.
Kena jadi orang yang awal-awal komen dalam 30 orang macam tu.
Aku orang yang ke 27 kot. hahhaa
Mula-mula tak percaya tapi betul-betul cukup 30 orang yang komen, terus pihak CW ni bagitau nanti dia akan pm untuk next step.
Dan aku pun dapat lah message tu kann...hehe.



Dah reply.
Pastu pagi tadi dalam pukul 10 pagi diorang call.
Tanya dalam week ni hari apa aku free.
Ahh sentiasa free je aku ni kan. hahaha so datang harini jugak lah tak tangguh-tangguh dah. 
Gelojoh benar. :p
Ibunda siap cakap betul ke free kak. Kang dia mintak duit terlopong ko nanti.
hehehehe.
Yelahhh mak kalau dia mintak duit saye bayarrrrr gune duit sendiri. huhu!


So gigih la aku ni kan mendrivekan diri sensorang ke JJ S2 dalam pukul 11.30 pagi sebab appointment tu pukul 12.
Sampai-sampai terus masuk dengan yakin jer. hehehe. :p




Mula-mula dia suruh isi form apa tah.
Tapi simple jer macam nama, kerja apa, ade allergic ke tak n  benda-benda tu lah kan.
Dia tanya aku nak facial treatment ke slimming treatment.
Aku jawab both boleh tak hahaha punyalah tamak Kak Nina kau ni kan. hee :p
Memang satu je kena pilih so aku pilih facial treatment lah sebab muka tak berapa licin kan whitehead pun belambak so rasanya pilih facial lebih baik.



Ha yang kau nampak bintik-bintik tak cantik kat pipi tu lah yang aku harapkan diorang dapat buang. :p


Mula-mula diorang tunjukkan bilik.
Bilik dia superb weh.
Pastu dia suruh tuka baju, kena pakai macam gaun paras dada.
Dan mula lah sesi facial.
Urut muka, kepala n bahu.
Girl yang serve aku tu kecik je orangnya tapi sentuhan dia kuat terasa sampai tulang.
Kuat tapi lembut sampai aku rasa nak tertido. hehehehe. :p
Memang selesa siap ada alunan muzik merdu mengusik jiwa juga bau-bauan dari lilin pewangi yang soft je bau dia terasa macam dilayan sebagai seorang puteri ha over kan description. hee
Macam-macam lah dia sapu kat muka, kejap oil apa tah, kejap skin moisturizer aku pun dah lupa.
Sedap sangat kan sampai melayang-layang, tak ingat dah apa dia bagitau. :p
Sekejap bau pineapple, sekejap lagi bau minyak aroma teraphy tu.

Last-last.....ok miss,done!
Aku terkejut la...ha dah ke?
Hoi nama pun free kau bajet dia buat treatment sampai 5 jam?? hahhaa :p
Maksudnya facial dia takde lah part picit-picit jerawat tu...dush!
Musnah harapan dan impianku. hehe
Selesai sudah.
Memang best la Cress Wellness ni. Servis dia memang terbaik.
Lain kali boleh datang lagi.




THANKS CRES WELLNESS.
JOM CANTIKKAN DIRI DI SINI !
:)



* Gambar kat bahagian dalam tak ambik la sebab i datang sorang kan, nak mintak pekerja dia ambikkan i malu. so curik-curik ambik gambar luar je. Tu pun pura-pura duduk kat bangku area luar tu. :p




Monday, September 20, 2010

childhood mate



Teringat masa zaman sekolah rendah dulu.
Tapi masa aku darjah 5 - 6, aku rasa aku bukan budak-budak lagi yang boleh berlari-lari dalam kelas.
Tak berapa matured kot tapi dah rasa tak kanak-kanak lagi. Camno tuh? hee
Cuma perangai sengal-sengal tu ada lah jugak kan. :p
Kawan yang paling rapat dengan aku masa tu Athirah dan Farina.
Nak cakap rapat sangat tu memang ye lah kot sebab masa tu semua aktiviti harus bersama.



Tudung oren itu lah Athirah. Purple tu Farina.
Kalau ada yang percaya meh sini pipi aku nak bagi kesedaran sikit sebab masih tiada mengenali tuan punya belog ni. hihi
hahaha takde maknanya. Jumpa Farina pun TAKDE da sekarang i pun confuse kenapa.


Masa darjah 6 kan nak upsr kan.
So kami pun tusyen bersama-sama kat Paroi tu ha.
Pusat Tuisyen Azam Lal- Faiz nama dia ala yang sebelah swimming pool tu.
Tapi seingat aku, kitorang tuisyen belajar takde la sangat, main je lebih. :p
Pergi tuisyen naik van buruk weh. Malu tau tak.
Dah la buruk, kadang-kadang busuk sikit, pastu bunyi enjin macam kapal terbang. :p
Pakcik van tu pun satu hal,
Dia tau kitorang ni gila, dia boleh sengaja buat emergency break.
Selalu pulak tu.
Apa lagi, seat dalam van tu dah la dah nak roboh, kitorang ni pun terpelanting ke depan.
Pastu gelak-gelak suka.
Bodoh gila. :p



Tak sangka ramadhan tahun ni berjumpa balik dengan Athirah ni setelah bertahun lamanya.
Perangai dia macam tu jugak tu buat aku senang tu.
:)
Pastu bukak cerita lama.
Aku start suka kss dari tempat tuisyen kitorang tu la.
Aku, Athirah n Farina ni gatal lebih. :p
Kat tempat tuisyen kena suka sorang lelaki baru setiap kali pergi tuisyen ada semangat perjuangan harmoni.
Bodohnyaaa hahaha.
Nak dijadikan cerita, aku cop kss.
Tu yang orang kata kalau dah jodoh tak kemana kann. :)
Last-last jumpa balik.
Jumpa kat Batu Pahat pulak tu. :p

Dah jumpa Athirah ni,
Aku pun tunjuk pic aku dengan kss..

' kau tengok betul-betul...ko rase ko kenal tak mamat ni?'

'sapee...macam pernah nampak...sape ek??'

Hahaa memang banyak makan semut tau minah tu.
Sampai hati dah tak ingat. hehe
Bila aku ingatkan dia, dia punya teruja...haih.

'Tak sangka menjadi jugak ko dengan si kamal tu kan...hehe..'



Pic ni aku ambik dari album raya Cikgu Saadiah. :)


Semoga tak sekadar di sini. :)





Sunday, September 19, 2010

free free semua suka tau


Hai hai haiiii.
Percaya tak aku dapat FREE Cres Wellness Mini SPA Treatment??
Diorang dah pm aku untuk arrange appointment kat Jusco Seremban 2 la pilihanku. huhu
Macam tak percaya. hee
Nanti kalau betul-betul dapat pergi treatment tu, aku cerita macam mana aku dapat. :)
Siapa taknak benda free kann. hehe !



Siang tadi aku ke Kajang.
Hantar barang-barang Naim kat Uniten dulu pastu gerak pergi rumah Mak Teh aku kat sana.
Seremban ke Kajang dah semakin dekat sekarang sebab dah ada Lebuhraya Kajang Seremban. (LEKAS)
Terussss je dont belok-belok. haa sampaii. :p
Tapi disebabkan pergi Uniten dulu kat Bangi tu so nak ke Kajang jadi jauh sikit.hehehe
Sebok la nak guna GPS bagai kann.


Naim still taip address kat mana nak tuju. Alamat U sendiri pun tak tau dia tu tau rasa nak lempang je. hee


Ni lagi sorang sepupu kecil yang tak reti duduk diam. Kat kampung ke, kat rumah aku ke, kat rumah dia ke memang macam tu. Kejap ke sana kejap ke sini. huhu.. tapi yang ni tak panggil aku Kak Nina ok. hikhik


Kat rumah Mak Teh ada kucing datang menumpang. Menumpang makan, tidur, segalanya lah.
Comel sangat. Bulu halus jer warna kelabu.
Rasa macam nak bawak balik Seremban tapi tak jadi bila memikirkan perangai Baby kat rumah tu yang macam samseng suka cari gaduh sekarang ni.
Habis semua kucing jiran dia carik gaduh, kejar tak tentu pasal. Jahat ohh.
Kang tak pasal-pasal kalau bawak kucing baru, stok kena buli je dengan baby. hah


Kau tengok bulu dia. Cantik kan? Ni mesti ada gred jugak ni.
Ingat murah ke kucing ada gred macam ni.
Makan ratus jugak even kitten...harus culik bawa pulangg !!!
Benda free pulak tu. hehehe. :p
Geram geramm.


Ni dah nak balik. Wanita berkurung pink itulah Mak Teh.
Cikgu jugak tu..huhu


Adik dengan baju pinjam. hehe
Kan besar tu baju aku dengan dia. Terasa gemok hohh. hahaha :p


Ni time last-last fikir dah ni.
Nak bawak ke tak nak bawak ke tak.
Penyudahnya memang tak la kann.
Hampa.

Ok dah tu je diary raya Kak Nina.


* Awaiting call for free treatment ! Lambatnye...hehehe.



Friday, September 17, 2010

Kak Nina tak habis beraya lagi


Semalam aku berkonvoi raya dengan kawan-kawan lama.
Seronok!
Memang dah lama plan, nanti raya jom kumpul ramai-ramai la, nanti raya kita reunion la, nanti raya kita jumpa la.
Memang tak de ok. TAKDE.
Yang memang ada hal tu ok lagi kan, tapi yang sengaja buat-buat ada hal...huh lu pikir la sendiri.
Emo tiba-tiba kan.haha :p


Ni yang ada. Aku, Abul, Athirah, Ekhwan & Hada.
Yang selebihnya tu kawan Abul, kawan Ekhwan & kawan Hada ( tudung hijau tu kawan aku kat kgv tiba-tiba kawan Hada jugak. :p )
Oh ya, Ain ada juga tapi masa ni dia tak ikut.



Ni paling best. Begambar dengan idola aku, Cikgu Saadiah.
Sedondon purple gituu. :)


********************************************************************


Siang tadi berjimba dengan adik-adik pulak.
Ye adik-adik sahaja, abang memang selalu jual mahal taknak ikut. Menyampah.


Mana lagi. JJ Seremban 2 sudah.
Teman naim beli barang dia sikit sebab esok nak balik Uniten dah. huhu



Jalan sikit je pastu perasaan gemok menjelma. Harus pergi menggemokkan diri dulu.
Adik nak makan tripple cheese burger haha bajet larat nak habiskan kan padahal double cheese burger pun dah termengah-mengah nak kasi habis. :p
Last-last, decide makan kat Johnny's steamboat. yes yess.




Raya-raya pun ramai orang ape da.
Kena tunggu dulu macam pelawat restoren. :p


Adik.
Badan kecik tapi kuat makan.


Naim. 
Mi hijau tu meloyakan sungguh. hahaha


Ini kakak.
Dia tak order makanan tambahan pun bajet diet tapi order coffee milk shake yang sangat berlemakkk.
Pastu dessert ice-cream lagi hahaha.
* Menyesal order air lemak tepu tu.huu



Dan kami pun makan. makan. makan.
Jalan-jalan cuci mata, cari barang dan balikk.
Itu sahaja sebab patutnya plan beraya rumah kss tapi ibunda kss kerja pulak.
Sekolah dia tak buat hari ganti haritu. Dah la sekolah petang.
So, beraya di jj jelaa. :p




* Esok saya ke Melaka ! Excited ni malam ni confirm takleh tidur pastu esok bangun awal. hahahaha rasa nak lempang tak? heee :p





Tuesday, September 14, 2010

mata harimau..aumm


Hai hai hai.
Hari ni nak berbicara pasal contact lens lah. :)
Aku mula pakai cl before pergi latihan mengajar.
Ditakdirkan mata aku ni rabun-rabun ayam sejak sekolah menengah sebenarnya tapi aku buat taktau jer.
Buat-buat nampak, taknak pakai spek punya pasal kan.hee
Bukan tak suka kenapa, macam rimas ada benda kat muka.
Rasa tak bebas gituu kan. :p

Sejak masuk kolej matrikulasi,
Aku dah ada spek dah.
Warna pink lagi memang habis cantik la tu hahah
Tapi takde maknanya aku pakai.
Betul-betul terdesak baru pakai.
Dalam kuliah nak salin notes baru lah terhegeh-hegeh carik spek. pakai.
Habis kuliah, laju je bukak balik simpan dalam beg. Bagus betul perangai kau kan yana.huhu!
Tabiat buruk itu terbawa-bawa lah sampai ke universiti.
Disebabkan asik bukak pakai bukak pakai, maka spek tu pun jadi longgar.
Terkangkang je.heheh
Beli lagi yang baru warna oren pulak.haa


Kau tengok betapa skemanya muka makcik kau ni?? huh

Tah berapa kali tukar agaknya spek aku.
Masa tu tak berani pakai contact lens sebab aku ada baca email mengarut-ngarut pasal bahaya pakai cl ni.
Kalau cuaca panas sangat, or buat bbq ke, nanti cl cair dalam mata.
Kalau mata kering, cl melekat kat bola mata.
Macam-macam la hampeh betol.
Masa tu aku cepat terpengaruh memang percaya habis la.hahaha


Last-last ibunda bengang agaknya asik mintak beli spek baru je,
Kalau murah takpe gak kan ni makan ratus gak buat spek.
Last-last aku decide nak pakai cl je la.
Masa praktikal, pakai yang colorless je.
Serius pakai cl semudah abc takde la ngeri sangat.
Elok je terang n jelas pandangan aku takla terkecik-kecik mata aku bila tengok benda jauh kan.


ha kan confident tu pakai cl no spek2. :p


Ada satu cl color grey aku beli,
Untuk sebulan jer tapi aku belasah pakai lebih sebulan.hee
Still elok lagi tapi aku perasan baru-baru ni effect dia,
Nanti mata jadi pedih-pedih macam masuk habuk tu.
Pastu mula lah asik ada taik mata je.
Penat pulak nak bersihkan habis hilang celak ngan eyeliner sebab nak buang taik mata je.huu
Mata jadi macam lepas nangis pun ada.
Feeling mintak maaf pagi raya menangis beriya sebab banyak dosa.haha


LEPAS NI NAK BELI CL YANG CORAK-CORAK TU LA.
BELI CORAK HARIMAU OK TAK?
NGRAUWWWW !
:p


* Buang tebiat tiba-tiba cerita pasal cl kan. Ni pengalaman je sebab ada kawan aku tanya detik-detik aku terjebak memakai cl ni. So, entri ini untukmu!  :)




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com