Followers

Pages

Saturday, September 6, 2014

Aidilfitri 2014



Assalamualaikum.

Aidilfitri tahun ni berbeza sangat banding tahun tahun sudah. Tahun pertama beraya sebagai seorang isteri :) Juga tahun pertama beraya berjauhan dengan family. Dann tahun pertama beraya dengan ada baby di dalam perut :') 


Pertama kali aku rasa nak sambut raya dengan tak berapa beria pun nak cari baju raya. Kalau ikutkan macam tak ada baju raya pun tak apa. Pakai je apa yang ada tapi tak best lah pulak kan. Kesian Afzan beria nak ada tema. Dia nak tema peach. Dua hari sebelum raya baru aku terhegeh hegeh pergi cari baju peach. hehehe.. Baju apa lagi pun yang muat untuk mak buyung ni selain jubah. So mencari jubah lah kita.


Dua hari sebelum raya, family aku dah balik kampung nenek kat Johor dah. Sebelum balik Johor, kitorang singgah berbuka rumah Wan dulu kat Rantau. Selepas berbuka baru gerak balik Johor. So kat rumah nenek sempat bersahur aje lah. Esoknya tu, baru balik Melaka. Tahun ni raya di Melaka ye.



So beraya di Melaka tentulah suasana baru bagi aku kan. Indahnya suasana baru ni... :)








Bangun je  pagi raya tu ada suami di sisi. Memang rasa berbeza sangat. Kalau tak tu, bukak mata je dah berebut nak ke toilet sebab nanti ramai nak mandi. Kat kampung kan ramai kan. Lepas mandi pagi pagi dalam pukul 8 macam tu siapkan juadah raya dan duduk baca doa ramai ramai, bermaaf maafan dan kaum adam pun pergi menunaikan solat sunat hari raya. Memang selalunya kaum hawa duduk rumah je. Siapkan juadah untuk rombongan baraan pula. Kat Johor suasana dia lain kan. 


So aku pagi pagi raya kat Melaka tu macam confuse je kenapa sunyi je semua orang belum bangun? Malam tu semua pun tidur lambat kot. Time tu lah nak buat kuih semperit bagai. hehehe..
Bila aku dah terjaga tu, aku kejut Afzan aku tanya kenapa takde siapa bangun lagi? Tak raya ke? hahahaha..
Lepas bersiap siap, Afzan kata tahun ni jom merasa pergi solat sunat aidilfitri. Aku ikutkan aje tapi masalahnya masa tu dah lewat kot. Aku pun agak musykil di situ tapi aku senyap je. Sampai masjid semua dah sudah solat tahu tak. Siap tengah khutbah lagi. hahaha..


Afzan kata memang dah biasa macam tu. Selalu lambat dan termiss solat aidilfitri. Hahahhaa boleh?
Dah jadi macam tu, apa lagi balik lah kan. Balik balik je baru nak makan. Masa tu dah pukul 10. Aku yang musykil ni pun terima kan aje. Lainnya suasana tapi seronok :)









Selfie suami isteri di pagi raya.











Aidilfitri 2014 aku mengandung dah 7 bulan. Hai lah kenangan. Tahun depan kang dah bertiga pulak. Aminnnn....


Pagi pagi raya dapat whatsapp dari adik beradik. Hantar gambar diorang beraya di Johor. Mata bergenang, hati sebak jugak lah sikit sikit tapi ku tahan jebat. Hati pink katanya uols. huhuhu...











Pami, Pikah dan Adam yang serba merah. Aummm..












Adik, Mak dan Abah yang pakai tema mustard. Naim je tak ikut tema. Adik kata Naim pakai hitam. Apakah?












Adik dan Adam. Sedih kot Adik balik Malaysia tapi pagi raya tak dapat bersama. Apakan daya dik...
Tahun depan kau mesti balik okay. Sebab tahun depan family kita dah semakin bertambah. Masa tu kita boleh buat tema satu color sahaja untuk semua. Yeay!











Family yang jauh di mata dekat di hati (pagi raya je kot jangan nak emosi sangat yana)
Selamat Hari Raya semua...











Eh? Tiba tiba ada suami i di situ. hehe..
Gambar Afzan dengan adik adik.












Gambar kami sekeluarga. Ni adik beradik je ni. Family Along n Angah je yang takde.












Freestyle!

Sebak ohh time mintak maaf dengan suami..banyak sangat ke dosa i? hehehe..  Masalahnya aku ni kalau time bermaafan memang lah rasa sebak tu datang sendiri lagi lagi kalau salam mak dan abah. Nak cakap pun suara jadi bergetar. Rupanya dengan Afzan pun jadi begitu. Aloloo :')



Selesai sesi bermaafan, kitorang pun berkonvoi raya ke rumah saudara mara. Sampai lah ke petang.....
Begitulah serba sedikit kisah rayaku tahun ini. Tak sabar nak tunggu tahun depan pulak. Eh










Selamat Hari Raya!





0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com