Followers

Pages

Friday, August 22, 2014

kayunayana



Assalamualaikum.

Lama betul entri ni duduk dalam draft. Malam ni kasi siap dan post lah.
Nak cerita pasal housemate sebab sekarang dah takde housemate. Ala ala rindu pun ye jugak ni. Mula mula posting memang kami bertiga dah mula rapat. Susah senang bersama. Cari rumah sewa sana sini, pergi merayau habiskan duit bersama, masak makan bersama, kerja bersama, dan boleh dikatakan semua pun bersama lah. Paling last kami bertiga tinggal bersama ialah di kuarters guru SMG tu lah. 


Masa mula mula pasang internet kat rumah, letak gabungan nama kami. Terhasillah 'kayunayana' tu. Kay, Una dan Yana. Tapi bila Una dah kahwin dan berpindah, maka nama internet menjadi 'kayana' je. Sekarang aku pulak dah berpindah dan portable wifi tu aku yang angkut tak tertukar pulak nama jadi 'yana' je. Masih lagi ni guna kayana :')








Mula mula posting dulu, kalau hujung minggu masing masing tak balik dan berada di Gemas, memang kerja kami ialah merayau je lah. Kalau tak ke Melaka, ke Segamat lah kita. Panjang je kaki kitorang ni nak ke mana mana. hehe..
Sebelum duduk kuarters, gilir gilir guna kereta untuk ke sekolah. Minggu ni kereta aku, next week kereta  Kay dan minggu depannya lagi kereta Una. Pastu kereta aku balik dan begitulah seterusnya.










Habis gambar masa muda mudi i masukkan boleh? :p
Kalau ada event kat sekolah, kami bertiga memang tak pernah pun terkecuali. Ada je nama kitorang maklumlah bujang lagi kan. Camping ke kem motivasi ke apa ke memang bersatu padu lah kami. Apa nak bawak, baju berapa helai, semua pun nak sama.










Jadi bila dah ada geng macam ni, rasa tak kisah sangat kalau sentiasa ada nama untuk program program sekolah. Rasa lagi seronok pulak. 









Ni masa pergi berbuka puasa di luar. Alo aloloo rindunyaa pulak tiba tiba. huhuhu...









Una.
Dah selamat bersalin dah pun. Aku orang pertama melawat dia kot. hehe..
Dengar je dia dah bersalin terus contact dia kata nak melawat. Masa tu Una kata dia dah boleh keluar wad so aku datang melawat dia kat rumah dia kat Rembau je lah. 
Jumpa jumpa je Una terus gelakkan aku sebab perut aku besar. hahahaha...
Amboiii tau. Mentang mentang masa perut dia besar aku tak nampak. Jumpa jumpa je perut dah kempis. Baby dah keluar kan. Aku je membuyung sensorang ni. hehe.. 
Alhamdulillah Una dah selamat melahirkan seorang baby Boy dah. Baby Una sebijik ikut muka Azhani. Turn aku tak lama lagi. Yeay anak kami sebaya! :)











Lawatan ke Floria Putrajaya aku yang handle under panitia landskap. Habis aku angkut housemate je pergi sama. kekeke...










Kat sekolah tu, apa pun jua aktiviti mesti melibatkan kami bertiga. Seronok sangat bekerja dengan housemate ni. Semua kerja pun jadi senang. Masa ni SMG jadi tuan rumah karnival kejohanan bola tampar. Siap janji pakai baju sama. hehehe..











I dan Kay. Tudung pun sibuk je nak sama. :p











Aloloo rindu lagi....










Hehehe. Habis meeting pun nak berselfie. :p











Masa mesyuarat agung PIBG. 










Kebanyakan tugas pun memang kami bergandingan bersama. Ajk hadiah, ajk multimedia, ajk makanan, ajk buku program..macam macam lah. Memang sama je. Jarang tak dapat tak sama. Kitorang suka je. Lagi senang tak payah pening kepala nak disscuss buat kerja macam mana. Sebelum tidur pun boleh disscuss lagi. Pillow talk katanya uolss. hehe...











Sambutan hari guru last year. Tahun ni Una dah takde.
 Sob..sob...











Masa sambutan hari raya tahun lepas pun Una dah tak duduk sama tapi masih di SMG. Tinggallah aku dengan Kay je masa ni. Sedih dah mula terasa masa Una pindah rumah tu tapi apa boleh buat kan. Berdua jelah kami...












Bergambar jua di malam sambutan hari raya tu.












Rasanya macam ni gambar terakhir kami bertiga di SMG. Sedihnyaaa..
Una pulak dapat berpindah ke Rembau bermula awal tahun haritu. Memang rasa kehilangan sangat masa tu. Rumah kat kuaters tu pun rasa sunyi je. 












Tinggal aku berdua je dengan Kay. Apa apa pun kami berdua je lah. Dan akhirnya aku juga dapat berpindah ke Melaka. Dalam aku gembira dapat duduk bersama suami, dalam hati ni tuhan je yang tahu. Sedih nak tinggalkan housemateku yang sorang ni. Aku dah rasa masa Una pindah haritu, ni kan pulak bila tinggal sensorang kan. Posting sama sama tapi sorang sorang pergi. Kesian Kay. Sedih dia... :(
Masa kemas kemas barang aku kat kuarters haritu pun, sebak sebak jugak hati ni. Lagi lagi bila nampak barang barang 'kayunayana'. Gambar kitorang bertiga. Tak sampai hati nak angkut bawak balik. huhuhuu...


Thanks housemate untuk segala yang pernah kita kongsi bersama. Makan bersama, minum bersama, masak bersama, diet bersama, tengok tv bersama, shopping bersama, sedih bersama, gembira bersama, bayar bil bersama, selfie bersama, tidur bersama, dan banyak lah lagi yang bersama. Terima kasih sangat sangat.
Sayang korang sampai bila bila.


P/s : Jangan sesekali left group atau delete group kayunayana dalam whatsapp yeee. Eh
Bye.






0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com