Followers

Pages

Friday, July 4, 2014

Hari guru 2014



Assalamualaikum.
Bukak cerita lama sebab belum update lagi. Selamat membaca :p

Sambutan hari guru tahun ini disambut tepat pada harinya. Kalau tahun lepas sambut bukan tarikh yang sepatutnya kan. Tapi tahun ni aku ada rasa kelainan sikit. Perasaan menyambut hari guru tu macam kosong je. Tak excited macam tahun tahun sudah. Entahlah kenapa. Salah satu faktor aku pasti ialah sebab dah kekurangan geng. Semua geng dah dapat pindah awal tahun haritu. Una, Kak As, Kak Su...yang tinggal cuma aku dan Kay. Sob..sob...


Tema pakaian guru tahun ini juga tak begitu bersatu padu. Dah ditetapkan tema ialah hitam + silver. Tapi bila di hari kejadian, pakaian cikgu cikgu jadi tak sedondon. Sebab dah ada dua tema color di situ kot. Kalau bagi satu color je mungkin lebih menampakkan tema color itu.

Aku dan Kay kononnya nak keluar bersama sama mencari baju tema tapi last last dua dua pun terbungkang je kat rumah. Malas nak keluar. hahaha.. Tak semangat bila geng tinggal berdua je. Dan hari ini aku memahami perasaan Kay yang sekarang tinggal seorang diri je selepas aku pindah. Maaf Kay :(








Masa sambutan hari guru haritu, ni lah satu satunya gambar yang ada dalam handphone aku. Macam tak percaya. Takde pun selfie selfie. Mood tu entah mana lari.
Ni pun ketika majlis dah bersurai. Ester datang jumpa aku, salam dan ambik gambar. Dan rasanya inilah gambar terakhir kami bersama. Belajar rajin rajin, Ester. Ada rezeki kita jumpa lagi :(









Aktiviti guru-guru di waktu pagi ialah sukaneka. Sukan pun tak berapa agresif macam tahun lepas. Tahun lepas kan pulun main bola jaring sampai sakit sakit badan hehehe. Tu seronok.
Tahun ni sukan yang ringan ringan je. Memang mengikut tema ibu mengandung betul :p









Ni team aku. Disuruhnya cabut color untuk membentuk kumpulan. Of course lah aku pilih color pink. Sekali sama group pulak dengan Kay. Memang tiada boleh dipisahkan. hehehe...










Bersungguh masing masing. hehehe...
Antara sukan yang dipertandingkan ialah menjaringkan bola sepak takraw ke dalam tiang gol bola jaring, boling botol berisi air dan lempar bulu tangkis paling jauh. Begitu sopan kan semua sukaneka tu. hehehe..
Ala sukaneka tu bukan nak beria menang sangat pun kan. Nak suka suka je pun. Okay juga lah tapi rasanya next year perlu sukan yang lebih mencabar dari ni. hehehe..









Ni Kak Ja. Tuan tanah empunya gambar gambar di atas. Menumpang kasih je lah aku mintak gambar dari handphone Kak Ja. hehehe.. Thanks Kak Ja.










Sesi tukar hadiah sesama guru masih diadakan tahun ini. Aku dapat set periuk ni. Amboii mak mak sangat hadiah ni kan. hahaha.
Tapi aku suka je. Sesuai buat stok masuk rumah baru nanti. Terima kasih yang memberi.










Dan zaman kegemilangan Cikgu Liana di sekolah itu mungkin semakin berkurangan. Prestasi hadiah yang diperolehi tahun ni sangat menurun. Adakah kerana faktor kemengandungan diriku? Sob...sob...
Hahaha tak boleh blah faktor tu kan :p
Tapi paling aku touching bila anak murid aku paling nakal, si Ker Kok Heng tu bagi aku sekuntum bunga ros. Senakal nakal dia pun, ingat jugak dia kat aku. Alahai murid... :')










Dan ini the one and only gambar selfie kami. Kak Aida, Kak Tipah dan Kay. Kenangan tetap menjadi kenangan.
Good bye sambutan hari guru di SMG...




2 butterflies concerned.:

Luqman Zakaria said...

ikut tema ibu mengandung yang tak tahan tuh..haha

Sofea said...

selamat hari guru

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com