Followers

Pages

Thursday, June 19, 2014

Honeystar. Part 1



Assalamualaikum.

Tiba tiba bukak cerita honeymoon lama. kahkah...
Kitorang pergi selepas majlis perkahwinan sebelah aku. Kenduri kitorang ada gap seminggu so antara waktu tu lah kami ke honeymoon sana. Mana? Penang je uols :p
Nak ke seberang laut tak boleh. Nama Afzan dah kena blacklist sebab tak bayar ptptn. hehe.. Pasrah je aku..







Pasangan pengantin baru. Inai masi di jari gitu...
Kitorang terjah sana pun main hentam je. Tidur satu malam kat Ipoh dan esoknya ke Pulau Pinang. Sampai sana, dah tak tahu nak ke mana. Main hentam je ikut arah kereta. Entah macam mana boleh dituju pulak ke Taman Negara, Pulau Pinang.










Paling tak boleh blah, pergi ke Monkey Beach ni. Monyet dah lah tak berapa nak ada. Pulau tu pun merepek je. Tak ada yang menarik pun. 












Tapi dah alang alang sampai sana kan, layankan je lah jugak. Bergambar sendiri sikit sikit. hehe..
Pantai sana cantik memang lah cantik tapi biasa biasa saja. Takde yang wow pun. Dapat tengok monyet mandi je. Hampeh











Hai encik suami. Awak pun nak selfie jugak? :)











Di jeti. Ada dua laluan untuk ke Taman Negara tu. Boleh naik bot dan boleh juga berjalan sendiri. Tapi kebanyakan yang jalan sendiri tu memang dah ready pakai kasut segala. Mahu basah baju kalau jalan kaki masuk hutan sana. 












Kitorang naik bot aje. Mana nak tahu boleh walking sendiri kann. Tapi kalau ku tahu boleh pun, taknak aku menapak masuk sana dehhh. Hahaha dasar pemalas :p











Dalam perjalanan menaiki bot, kita boleh nampak keunikan batu batu semulajadi di situ. Macam gambar kat atas ni, batu tu berbentuk arnab. Nampak?











Yang ni pulak batu berbentuk penyu.










Dan yang ini berbentuk kepala buaya. Aummmm. Eh

Habis di situ, Afzan teringat kawan dia ada duduk Penang sana. Memang kawan dia ada pesan, kalau datang sana boleh roger dia bawak berjalan. Dari merapu tak tentu hala, Afzan pun roger lah kawan dia tu. Kawan masa zaman belajar dulu katanya.


Akhirnya dah ada pemandu pelancong. Yeay!










Terus dibawanya makan Nasi Kandar Line Clear yang famous amos tu. hehehe...











Ni ha pemandu pelancong kami. Encik Mamu. Terima kasih banyak Mamu. Hang sanggup layan kerenah kitorang nak ke sana sini. Siap sudi jadi fotografer lagi. Terharu tau..










Ke Taman Kota Lama lah kitaa..buat lawatan sambil belajar peninggalan sejarah pulak.
Akhirnya ada gambar berdua. Tak payah selfie selfie. Masa ni belum ada monopod lagi. hehe...










Eh Francis Light.









Alololo..
Nasib baik Mamu tak muntah ambik gambar kitorang ni. Kahkah.. :p
Laut belakang tu cun kan?












Puas jalan sana. Suasana semua cantik!
Mamu cakap malam nanti nak bawak kitorang pi Pesta Penang. Aku pernah pergi dulu masa bercuti dengan family tapi dah lama sangat dah. Dah tak berapa nak ingat. hee
So perasaan ialah biasa biasa saja. tak excited mana pun tapi ikutkan aje. Dah orang nak bawak kan..











Cak!
Si Mamu layankan aje dua ketul ni tau. Bila tengok tengok balik gambar ni rasa kelakar pulak. haha..











Lagi...:p












Dan lagi. Double love pulak...haha..












Okay dah dah.











Yang ni aku sendiri yang ambik so tidak mengapa. Apa saja untukmu suami. Eh?
Habis merayau sana. Beli jersey beli pashmina beli apa apa tah..merepek je dan dah mula merasa penat. Seharian berjalan kan. Bye Pesta Penang...











Dan kita pekena pasembur dulu. Slrrppppppp!



Bersambung lah kite yee.....







1 butterflies concerned.:

Sofea said...

wow kena p nasi kandaq beratuq.. makan malam malam.. baru layan

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com