Followers

Pages

Friday, June 27, 2014

Adik balik Malaysia!




Assalamualaikum.

Adik balik ke Malaysia sebelum cuti pertengahan penggal persekolahan haritu. Adik dijangka sampai hari jumaat, maka haruslah kakak dia ni minta cuti untuk pergi menjemput adik kan. Tapi boleh tak pengetua tak bagi? Dia kata datang sekolah, masuk kelas dan boleh balik awal. Hello pengetua! Ingat Gemas tu dekat sangat dengan Seremban lepastu aku nak gerak ke KLIA pulak ingat setengah jam boleh sampai? Aku angin betul dengan benda benda macam ni tau. Masa nak hantar adik tahun lepas pun pengetua lama tak bagi cuti. Pengetua yang ni pun sama. Apa yang berkira sangat pun tak tahu lah. Last last aku mc je. Mintak elok elok tak bagi. Hampeh


Dia tak tahu ke aku ni akan berpindah sekolah. Cuba bagi kenangan manis sikit dari sekolah tu tak boleh agaknya. Ha kan dah emosi di sini. :p


Okay berbalik pada cerita adik. Excited sangat nak jumpa adik tau. 






Menjaga si budak kecik ni satu hal kat KLIA sana. Tak boleh duduk, kena dukung je dia bawak berjalan. Semua tak larat tau sebab Adam dah makin berat. Masing masing ambik turn je dukung dia hehe.
Pami n Pikah pulak tak dapat ikut jemput adik sebab masing masing kerja. Yang ada cuma Mak, Abah, Naim, Afzan, aku dan Adam. Adam first time ni nak jumpa Maksu dia. Selama ni borak kat skype je.


Sampai sampai je salam salam peluk cium semua, terus tanya adik nak makan apa. Kalau ikutkan dia siap ada list makanan apa dia nak makan bila balik Malaysia. Sabar je lah. Aku tengok list makanan dia tu. Merepek repek je. Paling tak boleh diterima ialah pau dekat rnr. Boleh? hehe...


Makan lah kami malam tu di Victory Seremban 2. Adik teringin nak makan kueytiaw kerang kat sana katanya. Pami n Pikah pun datang siap belikan kfc sebab adik kata kfc pun dia teringin sangat. Kat us sana kfc tak halal. Hahahaha tapi akhirnya kfc tak makan pun sebab penat kan.


Sampai rumah, sesi mengedarkan hadiah pula.








Adik belikan handbag Guess ni. Cantik! Kena dengan citarasa aku. Dah pandai dah adik pilih pilih handbag ni. hehe..
Untuk Abang Ngah dia, adik belikan cermin mata Oakley. Pun handsome. Abang Ngah tu sukaa sangat. 
Eh ada lagi tak ambik gambar pulak. Adik ada bagi juga baju mengandung dan keychain Iowa State yang gojes. Terima kasih adik :)









Eh untuk baby embrio pun ada. Comel! Ingat juga Maksu kat awak, anak.. *usap usap perut*
hehe...

Hadiah untuk yang lain lain ialah banyak juga tapi tiada pula aku ambik gambar. Paling meriah ialah Adam lah. Banyak betul baju Maksu beli untuk Adam. Amboii Adam...jealous Makngah tauu. :p
Thanks Adik. Banyak juga dia berhabis belikan family hadiah hadiah tu semua :')



Dan sejak adik balik, aktiviti utama kitorang ialah makan makan makannn. Effectnya ialah pada aku. Ggrrrrrr!
Nanti sambung cerita tu. Bye!





1 butterflies concerned.:

Unknown said...

gitulah klu balik msia kann..aktiviti balas dendam..huhuhuu

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com