Followers

Pages

Saturday, December 21, 2013

Goodbye 4 Zamrud 2013



Assalamualaikum.

Seminggu sebelum berakhir sesi persekolahan 2013 ialah hari yang sia-sia di sekolah. Aku lagi suka kalau pelajar ramai yang tak datang sebabnya kalau datang pun mereka akan buat benda yang bukan-bukan. Sesi pembelajaran dah habis, semak markah peperiksaan akhir tahun dah habis, pulangkan buku teks dah settle. Apa yang tinggal? Semua pun hanya menunggu sisa-sisa hari yang tinggal sebelum cuti bermula. Huru hara persekitaran sekolah rasanya.


Sebagai guru tingkatan 4 'cantik' tu, tugas akhir aku ialah memastikan kelas kosong dari segala bahan-bahan keceriaan dan bersih. 







Langsir, bunga dan apa-apa bahan keceriaan selagi elok dan boleh digunakan, haruslah diselamatkan lebih awal. Tahun depan pastinya jadi guru tingkatan lagi, so bahan-bahan ini boleh diguna semula. Jimat.











Langsir dah selamat ditanggalkan.










Bendera di cermin tingkap tu macam sayang je nak koyakkan. Tapi nanti tahun depan siapa yang masuk kelas ni lah untung sebab dah ada keceriaan di situ. Haruslah aku berasa dengki di situ kan hahaha. Haruslah koyakkan juga akhirnya.











Papan kenyataan depan kelas juga telah dikosongkan.











Pelajar yang membantu. Cabut apa yang patut cabut.











Sudut mata pelajaran kat belakang kelas tu awal-awal lagi budak-budak ni dah tanggalkan. Hampeh betul. Tak sempat aku bagi arahan sebabnya aku nak suruh simpan tanda setiap subjek yang dah siap liminated tu. Tak sempat diselamatkan. Pasrah...











Sesi pembelajaran yang paling akhir haritu. Habis bincang jawapan untuk kertas peperiksaan akhir tahun subjek landskap aku tu, terus semua tidur. Macam ni lah gayanya kalau belajar teori untuk kelas hujung. Confirm sangat diorang akan tidur. Kena buat kerja amali dan kemahiran barulah semangat diorang berkobar-kobar! Tahun depan ialah tahun SPM diorang. Apa khabar lah nanti tu. Aku yang nervous lebih nii.  










Selamat tinggal 4 Zamrud 2013 yang baaaaaanyaaaakkkkk ragam. Tahun depan inshaAllah lah tu cikgu ni jugak yang mengadap korang, yang mengamuk setiap hari, yang membebel dua masa, yang busy body tanya mana awak pergi, yang sentiasa mahu menarik minat belajar kamu semua, yang mahu menjadikan kelas kamu kelas terceria, yang berusaha menjadikan kelas landskap kelas yang best supaya tiada yang ponteng. Semua pun ialah di bahu cikgu ini. Semoga kamu semua tahu niat murni seorang cikgu yang tak seberapa ini. 



Jumpa lagi di tahun hadapan bakal 5 Zamrud 2014!






0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com