Followers

Pages

Friday, December 20, 2013

Dugaan Si Darah Maniss



Assalamualaikum.


Hai lama gila blog ni sunyi kan. Hari hari pun terasa rinduu sangat nak update setiap cerita dalam hidup aku. Hari ni baru berkesempatan nak jenguk. Alhamdulillah aku telah pun bernikah pada 29 November 2013 yang lalu. Allah je yang tahu betapa gembiranya hatiku melalui detik detik itu :) Tu kemudian lah cerita ye. Hari ni terasa nak cerita pasal dugaan sepanjang bergelar 'si darah manis'

Orang selalu kata dugaan paling hebat apabila bergelar 'darah manis'. Aku tak percaya sangat pun tapi pada pengalaman, rasanya ada betulnya hehe. (Belagak lagi taknak percaya kann last last kena batang hidung sendiri). Jom aku cerita satu persatu.



1. Kek Hantaran

Kek hantaran aku memang plan nak tempah sama-sama dengan Afzan. Search punya search jumpalah dekat facebook. Nampak macam best je. Banyak folder album gambar-gambar kek yang cun dan komen-komen customer pun banyak yang positif. Aku mula tanya nak ambil order pada 28 Oktober 2013. Aku memang tempah dua biji kek. Satu untuk aku satu untuk Afzan. Dah pilih design, dah bincang nak tukar color apa, nak tulis apa, segalanya lah dah bincang dengan owner page jual kek tu. Tapi bila nak dekat dengan tarikh yang sepatutnya, dia senyap uolsssss!





Aku contact dengan dia kat facebook tu je. Tak tahu pun number phone dia. Menggelabah aku tahu tak. Merata aku tanya sesiapa yang friend dengan dia untuk dapat tahu macam mana nak hubungi dia.







Nak menangis aku masa tu. 29/11 nak menikah dah. Hantaran memang nak bawak dah masa nikah tuu.
Memang langsung tak dapat hubungi Miza Mizo ni. Aku call berapa ribu kali. Sms pun hantar banyak gila tapi still dia senyap je. So aku terpaksa pergi tempah kek lain. Tempah last minute macam tu so aku tak harap dapat yang terbaik sangat. Masa tu aku just fikir asalkan ada je cukuplah. Bila dah settle tempahan kek lain..Miza Mizo itu pun menghantar sms.......






BOLEH? Memang rasa nak bagi kaki je. Aku kalau baca status Miza Mizo ni kat facebook pasal dia nak buat sale akhir tahun kek itu ini kat facebook, nak je aku komen melepaskan marah tapi aku tahan je. Biarlah dia. Tapi maaflah Miza Mizo saya cerita di blog saya ni. Salah orang nampaknya awak nak cari pasal. Mungkin awak tak tahu saya ada blog untuk mencurahkan perasaan. Eh


Nah page MIZA MIZO di facebook.



2. Kena Pergi Kursus

Kursus CPD ni memang dah jadi bualan hangat dah dalam 3 minggu sebelum cuti sekolah haritu. Semua orang risau kena pergi kursus time cuti. Yelah masing-masing mesti ada agenda sendiri time cuti kan. Dengan yang jaga exam, dengan yang kampung halaman jauh, dengan yang nak pergi bercuti, dengan yang nak kahwin (I lah tuu). Aku call pihak kursus tu banyak kali ok nak tanya bila aku kena pergi kursus tu. Orang tu tak tahu nak jawab sebab nama belum keluar. Aku risau kalau kena time aku kahwin je. Memang tak boleh nak ganti dengan orang lain kursus tu. 
Seperti yang dirisaukan, aku kena pergi kursus 1/12/2013. Majlis belah Seremban 30/11/2013. Sehari selepas majlis. Memang terbaik sangat kan.





Haa memang terbaik sangat kan. Bila kita susah hati, ada pulak orang yang senang hati dengan kesusahan kita. Terima kasih kakak rakan sekerja. Sampai bila-bila pun akan saya kenang :)
Alhamdulillah aku dapat tukar dengan cikgu sekolah aku. Aku tukar ke tarikh awal sikit. 17/11/1
2013 - 21/11/2013. 




  

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Balik kursus dengan senang hati :)



3. Butik Pengantin



Hal pasal butik pengantin ni memang sentiasa menaikkan darah aku. Aku dah pergi untuk booked butik tu dari bulan 8 lagi. Mula mula datang dah ambik pakej yang butik tu sediakan. Lepastu dah bagitahu majlis belah perempuan nak pakai dress + tuxedo. Orang butik tu kata boleh boleh. Boleh nak tempah..siap ambik ukuran badan lagi. Kitorang decide nak color silver.




Tuxedo yang ada kat butik tu just color putih ni je. Siap diorang kata kena tambah duit RM200 kalau nak color lain. Kitorang okay je kena tambah duit untuk tuxedo tu. Dan tiba-tiba dah bulan 10, butik tu call bagitahu tuxedo dah ada. Bila kitorang datang butik, kitorang tengok tuxedo tu color hitam. Bukan butik tu buat baru pun, diorang beli siap je kat kl. Dah kita mintak color silver, dia bagi color hitam, siapa yang nak kan? Bila kitorang kata kitorang taknak sebab color lain, dia kata eh sekarang memang fesyen pengantin color tak sedondon. Gila! Last last malas nak fikir ambik je pakai baju kot sekali dengan tanjak n samping tu. Tak jadi pakai tuxedo.





Aku ambik pakej RM2488 ni. Kat situ ada lah kitorang nak n kitorang taknak contohnya malam berinai songket tu kitorang tak ambik, 5 persalinan tu tak ambik, so bila malam berinai tak ambik maka solekan jadi 2 jelah kan. Kitorang mintak tukar Pelamin moden box 1 panel tu jadi 3 panel untuk cover yang kitorang tak ambik tu. Mula mula bincang diorang kata boleh cuma kena tambah RM200 sebab pelamin 3 panel memang mahal. Kitorang setuju je lah sebab kalau box 1 panel macam kecik sangat.
Asyik tambah duit je kan?

Butik ni pilihan baju diorang sangat terhad. Banyak baju yang aku tak berkenan pun tapi macam terpaksa pilih. Masa nak pilih baju nikah, baju yang ada just baju jubah, baju kebaya fesyen lama tu je. Langsung hampeh. Takde choices! Bila aku bising aku tak berkenan satu pun baju nikah kat situ, diorang kata boleh pilih kat butik satu lagi. (cawangan diorang). Aku pun sanggup tu menuju ke butik satu lagi nak pilih baju nikah. Sampai sana alhamdulillah ada baju yang berkenan. So setuju lah nak baju tu. Tapi seminggu lepastu, diorang call kata baju nikah aku pilih tu ialah baju eksklusif butik tu. Material yang digunakan untuk buat baju tu berharga RM 2k lebih. So kalau aku pilih nak pakai baju tu kena tambah duit RM200. PUIHHHH SUNGGUH! Masa tu aku marah sangat. Asyik nak tambah duit je kerja diorang. Bila aku mengamuk ngamuk, aku cakap takpelah pelamin tak payah 3 panel, buat pelamin tirai je asalkan nampak besar baru diorang setuju aku pilih baju nikah tu. Fuhh







Ni lah baju yang dikatakan material digunakan sampai RM2k lebih. Kat butik tu baju nikah ni jelah pun paling cun ok! Apa yang RM2k pun tiada ku pasti. Mengakal je kerja boss butik tu.
Dah lah baju ni jenis kembang. Kalau dah pakai memang macam ibu mengandung. Aku dah request banyak kali alter dah taknak bagi kembang sangat.


Awal bulan 11 bila aku tanya bila boleh buat rawatan spa yang percuma tu, diorang kata maaf pakej tu dah habis. Bongok ke takk? Aku kata kenapa pulak dah habis, saya booked pekej ni dari bulan 8 lagi sepatutnya ada lah sediakan khas untuk saya sebab kat pakej tu yang tertulis macam tu. Diorang terkedu kedu nak jawab. Alasannya spa tu dah habis buat tawaran. Naik ke idok darah i ni haa?


Lagi satu, nak dekat dekat majlis, diorang call bagitahu kena sediakan stage untuk pelamin. Bukan ke hal hal pelamin ni diorang yang patut sediakan ha? Diorang kata kalau nak guna stage diorang boleh tapi kena tambah duit RM300. Sekali lagi bangang ke tak butik qisya ni uols?? Sikit sikit tambah duit. Sikit sikit kena tambah. Aku masa tu pressure gila. Dah lah banyak nak guna duit kan..siap nangis nangis masa tu. Last last Afzan call, dia maki terus orang butik tu. Afzan bangkitkan pasal spa yang katanya free tapi last minute takde, pasal tuxedo yang asalnya cakap boleh tempah last last ko beli je dah siap color lain pulak. Last last orang butik tu kurangkan harga stage tu jadi RM150. Masih lagi nak duit kann? Diorang tahu kita dah terdesak, diorang makin nak tekan tekan. Tamaknya manusia.


Aku paling ingat masa bincang dengan boss butik tu awal awal aku datang dulu. Aku tanya siapa yang make upkan aku nanti. Dia kata kalau dia yang make up kan, kena up RM200. Amboi ko kak..marvelllous sangat ke ko make up kan tu?? Gila nak kaya ok butik tu. Dan bila tiba time nikah, dia make up kan aku tak cantik mana pun. Siap muka jadi garang pulak tu. Mata dan kening gila evil dia buat. 
Pastu gila belagak cakap make up dia memang natural, tahan lama lah bagai. Tapi boleh pulak masa akad nikah bulu mata palsu aku nak tertanggal?? Kata gam dia guna berkualiti lah apa tapi belum apa-apa dah tertanggal kak apa ceritanya? Belum nangis lagi tu. Baru duduk dalam 10 minit macam tu kat masjid. Haih sabar ajelah.






Masa make up untuk nikah. Kena datang butik diorang ok! Tengok kening aku tu. Dah macam mak tiri nak mengamuk je.







Aku suruh dia muda kan sikit color kening tu. Dia cakap eh dik, ni lah make up mata yang ramai orang nak dik. Lantaklah orang lain kak. Ni saya yang nak kawin! Kena lah ikut selera customer kan.
Bila dia pudarkan sikit color kening so agak better lah.


Dah banyak sangat masalah dengan butik ni pun kitorang still go on sebab dah bayar deposit yang banyak. *Untuk makluman*


Uiiii panas balik hati aku bila menaip ni. haha



4. Lokasi Majlis



Haaa bab ini juga agak mengguris hatiku. Sob sob sob...
Kenapa aku buat majlis kat Berek Polis FRU, tak buat kat rumah Seremban Jaya? Ni nak cerita ni..
Lepas dah pilih tarikh kahwin, tiba-tiba dapat tahu jiran depan rumah aku pun buat kenduri tarikh yang sama. Tu pun tahu masa mak abah datang beraya rumah jiran. Abah call bagitahu aku kena pilih nak buat kat mana either kat berek or rumah wan kat Rantau. Sukarnya membuat pilihan. Seeloknya memang nak sangat buat kat rumah sendiri tapi apakan daya. Aku pilih buat kat berek. Nak kena inform orang yang buat kad kahwin kitorang tu. Nasib baik diorang tak print out kad lagi. Alhamdulillah...




Terpaksa hantar pelan baru.






Pelan asal. Kesian Naim penat penat dia buat pelan ni last last sama tarikh pulak dengan jiran depan rumah tuu.

Macam mana boleh tersama tarikh? Tak bincang ke? Haa begini. Mula-mula aku dan Afzan plan nak kahwin awal tahun depan tapi atas sebab sebab tertentu, kitorang awalkan tarikh kahwin tu. Ingatkan takde lah nak clash dengan jiran jiran sebabnya aku je pun lah yang ada buat majlis tunang haritu. Jiran depan rumah aku tu memang takde tunang tunang pun. Terus kahwin je. Tu yang ditakdirkan tarikh pun sama. Allah je yang tahu apa yang berlaku kan. Apa yang berlaku pun ada hikmahnya cuma kita ni je nampak ke tak nampak hikmah tu. Aku redha je. Alhamdulillah majlis kat Berek Polis FRU berjalan lancar je :)




5. Dugaan Paling Gedik!








Muka mengelupas akibat buat facial last minute. Nasib baik mengelupas sekejap je haha :p 
Plus esp shaklee banyak membantu sebab ia kan berfungsi dalam pertumbuhan sel baru. Alhamdulillah..(sempat promote)



Itu jelah pun dugaan aku sebelum berkahwin. Rasanya ada lagi tapi yang agak besar ni lah antaranya. Nak senarai satu-satu payah jugak kan. Kepada pihak yang terlibat sila ambil iktibar ye. Jangan ambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Mudahkan urusan orang lain inshaAllah urusan kita juga akan dipermudahkan. Nak buat majlis memang bukan mudah. Kita dah berusaha sebaik mungkin, tapi Allah juga yang menentukan. 



Jumpa lagi di entri yang lebih bahagia selepas ini! :)








7 butterflies concerned.:

4feet8 said...

tak sabar nak baca entry intan nur apa ntah dgn khairul azlan tu.. hehe.. hadoi betulla..

Siti Hajar said...

Banyaknyer dugaan masa nk kawen. Hopefully, masa saya nanti semua berjalan lancar. Eh, lambat lagi la. hehe

Unknown said...

tu dia... skali ko update..
gigih aku membacanya..
ngan aku-aku skali naik emo..
hahaha..
sorry yana, tak dapat attend wedding ko..
tunggukan hadiah marvelous dari aku..
rindu ko, ko rindu aku tak? :P

et said...

assalam

perghhh mendidih membacanyer...bersabarlah..
moga disebalik kegeraman ini banyak kemanisan menanti...
tapi memang bangang la butik tu..dahla ada pakej yang tak diambil pastu tak der replacment pun pastu tambah duwet lagi..
aku pulak sakit hati...hehehe

anyway yana selamat pengantin baru

Unknown said...

kes paling serius pasal butik tu la..ish3..baik letak je harga rm5k terus..sonang crita..huhuhu
sy lak yg ter emo.

MH8625 said...

Mak ai, tak sanggup baca. Byk betul dugaannya.. Fuh, Alhamdulillah selamat :)

Unknown said...

hm sob sob sama kes la kita.
dengan tarikh kahwin, bridal.. argh stress mak enon..
allah mudahkanlah semuanya..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com