Followers

Pages

Saturday, November 9, 2013

Yeay cek Nuffnang dah sampai yeay!



Assalamualaikum.

Ha kan. Perlu ke sampai dua kali yeay di situ? hehe..
Sejak aku berkecimpung dalam dunia blog ni, banyak jugak kelebihan yang aku dapat. Sebenarnya aku buat blog pada awalnya suka suka je. Orang ada blog, kita pun nak jugak ada kan. 

Slow slow aku belajar nak buat blog. Ayat pun aku belajar ubah sikit sikit ikut kesesuaian. Siapa yang ikut blog aku dari dulu mesti tahu ayat aku zaman awal awal kegemilangan blog ni entah apa apa. Macam budak sekolah sangat kan haha. Template blog pun dah berapa kali ubah sampai sekarang ni takde masa nak tukar tukar template dah tapi yang pasti color blog aku ni memang pink ajelah dulu kini dan selamanya. Girly sangat kan. hee

Aku ni jenis suka surfing internet.So dari situ aku mula suka blogwalking. Baca blog blog orang lain. Baca kisah hidup orang lain sebab rasa seronok tu ada. Tiba tiba kita ada kawan dalam laman sosial walaupun tak pernah berjumpa pun. Ingat lagi masa zaman universiti dulu, aku pernah komen siap hentam lagi penulis blog tu sebab dia ada tulis pasal cikgu tadika kena cabul ke apa tah aku pun lupa. Bila aku komen tu, terus aku kena hentam balik hahaha. Ramai gila singgah blog aku kutuk aku balik. Blog tu blog indi rasanya, boleh tahan famous. Terus popular aku kejap hahaha. Blog itu bernama lidah. Korang terjah SINI. Tuan blog kenal lagi ke tidak aku entah.


Dengan blog jugak aku jana pendapatan tambahan lain sejak aku join Shaklee. Ramai customer yang buat order lepas masuk blog aku ni. Alhamdulillah...








Dan cek dari Nuffnang telah pun sampai. Yeay!










Yeay boleh beli handbag baru. Eh..
Terima kasih Nuffnang. Terima kasih pembaca blog picisanku semua. Tanpa uols siapalah blog ini. Silent reader juga terima kasih sangat-sangat. Korang masuk blog aku ni, ringan ringankan lah tangan tu klik iklan kat side bar dan atas blog aku tu ye. Murah rezeki aku murah lagi rezeki korang. Amin :)










Azam tahun baru tuan blog ialah untuk lebih merajinkan diri untuk mengupdate blog ini. 
Okbye :)



0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com