Followers

Pages

Wednesday, August 14, 2013

Cayalah Abel!




Assalamualaikum.

Just nak share dengan semua tentang seorang guru Teach For Malaysia di sekolahku. Teach For Malaysia tu apa? Sila google.
Ada tiga orang guru teach for malaysia di sekolah aku tu. Ketiga tiga mereka ialah guru cina. Dan mereka juga ialah jiran aku sebab kami ialah warga kuarters sekolah :) Aku just nak share satu gambar Abel berserta pendapat beliau tentang kaum di sekolah aku memandangkan sekolah aku tu memang terkenal dengan kepelbagaian kaum. Semua kaum pun sama banyak. Melayu, India, Cina, Iban. Aku sendiri pun ada sedikit kagum dengan cikgu Abel ni. Jom baca.







Apa lagi Cina mau?

Saya mempunyai nama Cina, berketurunan Hokkien dan beragama Kristian. Secara amnya, saya termasuk ke dalam golongan Kelas Tengah yang membesar di kawasan bandar. Setelah tamatnya pelajaran saya, saya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik di sebuah kawasan luar bandar di Negeri Sembilan. Saya mengajar Bahasa Inggeris kepada budak yang serba kekurangan dari segi kewangan, perhatian dan suasana pembelajaran yang kondusif. 80% daripada pelajar saya terdiri daripada pelajar yang berlainan kaum daripada saya – Melayu, India, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Disebabkan saya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Cina, saya lebih senang bergaul dengan budak Melayu, India, Iban dan Bidayuh berbanding dengan budak kaum sendiri. Namun, semuanya sama di mata saya. 

Sebagai pendidik, saya tidak pernah terfikir memberi layanan yang berbeza mengikut kaum budak-budak yang saya ajar. Malah, saya menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri. Perbezaan antara kami hanyalah satu: peluang dalam hidup. Saya memandang berat tanggungjawab saya sebagai pendidik anak bangsa Negara dalam 2 tahun perkhidmatan saya ini. Pernah saya menitis air mata memikirkan masa depan anak murid Melayu saya yang membesar di kawasan perkampungan. Pernah saya berasa marah memikirkan ketidakadilan keadaan budak-budak kampung ini yang sukar bertanding dengan budak bandar yang kaya-raya dan berpeluang banyak. Pernah saya memeluk anak lelaki Melayu dan India, yang memanggil saya “Sir” setiap hari di sekolah. Pernah kami duduk di dalam kelas yang tiada kuasa elektrik ("blackout"), mengejar ilmu pengetahuan bersama-sama dalam keadaan berpeluhan.

Sebagai guru Cina, saya tidak pernah memandang rendah budaya dan adat resam pelajar-pelajar saya, malah, saya sentiasa terpegun dengan kelembutan budaya kaum Melayu serta ketabahan kaum India. Kepelbagaian budaya kita tidak menjadi masalah; yang menjadi masalah ialah pihak-pihak yang selalu mengapi-apikan isu perkauman. Merekalah yang mengancam perpaduan Negara kita.

Apa lagi yang Cina mau?

‘Cina’ ini mahukan demokrasi yang benar, bukan ‘kestabilan’ yang palsu dan dangkal. ‘Cina’ ini mahukan demokrasi yang matang, bukan Negara yang dipimpin oleh orang yang bertopengkan keamanan, tetapi selalu memihak kepada golongan yang radikal dan rasis. ‘Cina’ ini mahukan sebuah Malaysia yang berbangsa satu.




Sila kagumi.





Eh tiba tiba ada gambar aku dengan Abel? Bye.





4 butterflies concerned.:

Anonymous said...

Sangat kagum . Sekarang susah nak jumpa orang cina yang macam ni . Cikgu pun ! Dulu dekat sekolah saya , pengetua cina , kalau ada apa2 majlis/projek/kem khusus untuk orang melayu dia punya nak luluskan tersangatlah susah . Ada yg tak diluluskan lgsung . Dia luluskan dengan syarat kaum lain ikut serta sekali . Kalau ada apa2 plan untuk kaum dia laju je dia luluskan . Ada sekali buat kem untuk pelajar islam , ustazah siap ckp jgn sia2 kan benda yg kita buat dekat kem tu , sebab ustazah , ustaz semua merayu tersangat2lah merayu dekat pengetua supaya kem tu diluluskan . Terpanjang pulak membebel . Maaf , selamat hari raya :)

Sofea said...

kagumi

Aujinz said...

Dia lebih memandang tugas dan tanggungjawab dia sebagai seoarang pendidik. Respek.

Dzureen Darwis said...

Wah akak interview dia ke? Hehehe

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com