Followers

Pages

Sunday, June 23, 2013

happy teacher's day, cikgu liana :)



Assalamualaikum.

16 Mei ialah hari guru tapi disebabkan masa tu sedang berlangsungnya peperiksaan pertengahan tahun, maka sambutan hari guru pun dipostponekan ke 23 Mei. Last day sekolah sebelum semua bercuti penggal. Cikgu cikgu pun masa tu tengah feeling nak bercuti tau. Murid murid pulak masa tu dah habis exam so masing masing pun feeling malas nak datang sekolah dah. Merdeka katanya kan. 








Nak taknak sambut aje lah. Last day pun last day lah..











Housemate sejati :)
Ada kelainan sikit sambutan hari guru tahun ni. Pagi pagi semua pun dah ke padang nak bersukan. Aku suka je aktiviti macam ni. Membina lah jugak dari sambutan yang sebelum sebelum ni. Takde lah duduk aje kat dewan tu macam sambutan orang mati kennnn. So pagi tu, geng geng aku pakai baju sama. Baju netball team. Ceria je rasa bila pakai baju color pink tuu.. (dan dan je padahal memang apa apa pun nak pink je :p)












Untuk aktiviti sukaneka pagi tu. Kumpulan dah dibagi bagikan. Sukaneka ni tak semua cikgu terlibat pun. Biasalah kan, manusia ni macam macam ragam macam macam cekadak. Ada yang tak boleh panas, tak boleh peluh, cair make up (wekkkkk!). Bagi aku, dah kalau semua sukan kau taknak, buat apa ada aktiviti sukaneka ni? Memang boleh tarik pelajar untuk cukupkan ahli kumpulan tapi ni kan sambutan hari guru bukannya sambutan hari pelajar. Sporting lah sikit kan. Bukan lama pun. Nak gembirakan pelajar yang menonton tu je pun. Sekali sekala kan. Hadoi lah. Macam macam ragam....


Antara sukaneka yang dimainkan ialah pas pas gelang getah guna straw. Diorang ni memang suka kot game ni. Tahun lepas dah main dah, tahun ni main lagi. haha.. Layankan aje.
Lepastu ada tiup belon dan letupkan, isi air dalam botol guna span, berlari secara berpasangan dengan kaki diikat. 











Ha lari kak jangan tak lari :p











Dan sukan kemuncak ialah bola jaring bagi cikgu perempuan dan futsal untuk cikgu lelaki.











Team pink vs team purple. Cabut undi time tu jugak.











Bergambar bersama pengetua.
Ehemm. Dan of course lah team pink menang! :)
Dah lama gila tak main netball. Sekali baru main 5 minit dah semput uols. Hahaha mana nak lari, nak kejar bola, nak gelak lagi :p Selalu main badminton tak lari sangat pun kan. Ni memang mendapat semua orang. Balik rumah sehari lepas tu terus sakit sakit badan macam orang tua. kekeke..
Tapi, serius seronok sangat game macam ni. Hopefully next year sambutan hari guru buat lagi game macam ni. Bagi cikgu perempuan main futsal pulak, cikgu lelaki semua kau pergi main netball yee :p




Habis game, tukar baju dan jamuan. Lalu semua guru berarak masuk ke dalam dewan.












Cakkk!
Hiasan untuk pentas disediakan oleh geng geng kitorang je. Comel tak? Belon belon penuh depan tu kalau tengok secara live dah macam sambutan hari jadi je :p












Tema tahun ni ialah baju batik rasmi sekolah. Biru + hijau. Meriah bila semua pakai baju sedondon macam ni :)
Aktiviti di dewan adalah seperti biasa. Nyanyian lagu guru malaysia, persembahan guru, persembahan murid, sesi bagi hadiah daripada murid kepada guru dan sesi tukar hadiah sesama guru. Tu je. Paling tak best tahun ni tiada anugerah guru. Baru nak test power anugerah guru paling anggun aku pegang lagi ke tak. Kekeke..
Tahun depan sila buat anugerah guru itu yee. :p












Selamat hari guru buat Cikgu Liana ni. Semoga dia menjadi seorang guru yang tabah, rajin, dan kuat menghadapi dugaan mendidik anak bangsa zaman yang penuh pancaroba ini. 
Selamat hari guru buat semua guru di seluruh dunia! 
Jasamu dikenang :)











0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com