Followers

Pages

Saturday, April 6, 2013

4 Zamrud 2013




Assalamualaikum.

Tahun ni aku belum update pasal kelas aku lagi kan? Tak menyempat nyempat rasanya. Meh nak cerita pasal keceriaan yang dah dibuat kat kelas tu. Awal awal tahun aku dah bagitahu diorang yang aku nak kelas tu cantik je. Jangan nak buat sepah, jangan nak buat huru hara. Tapi dengan perangai budak kelas yang macam hantu tu, aku dapat rasakan yang tak ke mana keceriaan yang ada dalam kelas tu.

Tapi tak sangka pulak rupa rupanya diorang begitu menghargai apa yang aku buat even tiada seorang pun pelajar dalam kelas tu yang boleh diharap :')
Macam tak sangka pulak diorang sama sama menjaga kebersihan dan keceriaan kelas tu. Serius tak sangka. Senakal nakal diorang, ada jugak baiknya :)

So berkat usaha kitorang menceriakan kelas tu, mula mula berjaya dapat tempat ketiga kelas terceria dan terbersih. Kemain gembira lagi diorang masa tu tau. Aku lagi lah gembira tengok diorang gembira dan selesa dengan kelas sendiri. So lepas dari tu, aku sentiasa ingatkan diorang supaya bersihkan kelas. Pastikan lantai bersapu, meja bersusun, tingkap dilap. Diorang semangat je buat cuma kadang kadang nak kena marah dulu baru buat. Tapi at least diorang buat kan :)


Masuk minggu berikutnya, berjaya pulak dapat tempat kedua kelas terbersih dan ceria :)
Minggu berikut, naik pulak jadi tempat pertama. Alahai hati cikgu mana yang tak gembira kan. Kelas paling hujung dan paling hantu tapi berjaya dapat tempat pertama kebersihan kelas. :)









Pintu masuk kelas.












Dah macam tadika dah kelas ni jadinya. :p












Carta organisasi kelas.













Papan kenyataan kelas.













Pelajar sedang mengelap tingkap. Sila jangan pelik mengapa nak lap tingkap pun perlu pakai beg. Sekolah aku memang pelik pelik sikit. Pergi tandas pun pakai beg. Tah apa apa 
Langsir aku guna yang tahun lepas punya. Memang nasib lah selagi aku jadi guru tingkatan, memang langsir ni je lah yang aku akan guna. haha..














Bendera kecik tahun lepas punya.













Eh ?













Haa. Kata kata semangat yang ditampal di tepi dinding kelas.













Berkat.














Aku tak faham motif corak nih. Pelajar yang buat. Belasah aje asalkan cantik
















Belakang kelas takde softboard. So aku tampal aje dengan kertas untuk setiap mata pelajaran. Cun jugak akhirnya. Cuma belum lengkap je tu. Baru baru ni kan cuti sekolah kan, naik cuti je habis tertanggal dah carta carta ni. Hangin je haku tahu tak. Nak kena tampal balik tu












Eh tiba tiba ada pelajar kelas lain pulak ? hehe..
Ni masa sekolah ganti hari sabtu haritu. Pelajar yang datang pun berapa ketul je. Nak mengajar pun tak semangat, nak menceriakan kelas je semangat. hehehe..

Semoga pelajar kelas ni tetap bersemangat menjaga kebersihan dan keceriaan kelas yang tak seberapa ini. Aku sebagai guru tingkatan just nak diorang gembira dan bermotivasi je. Yelah belajar tak berapa pandai tapi at least ada lah sifat rajin dan tanggungjawab dalam diri masing masing untuk jaga kelas diorang ni. 
Amin......





2 butterflies concerned.:

Dzureen Darwis said...

Wah masa saya skolah dulu pun saya under Zamrud jugak. Masa form 4 and form 5 hehe rindu pulaks

Sofea said...

selamat bersekolah cikgu..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com