Followers

Pages

Friday, March 8, 2013

Hai bengkel landskap!




Assalamualaikum.

Tahun ni aku kena mengajar subjek landskap dan nurseri lagi. Nak taknak kena nak jugak. Kalau yang tak tahu memang ingat aku memang option subjek tak best tu, padahal....Allah je yang tahu macam mana perasaan aku bila nak masuk mengajar subjek ni. Ilmu dah lah tak banyak, nak kena mengadap pelajar pelajar 'pandai dan baik' pulak tu. Seriously Allah je yang tahu. Tak sabar nak mintak tukar ni. 


Banyak nak cerita pasal bebudak landskap aku tu. Majoriti memang 'baik' sangat. Setiap kali masuk kelas tu, mesti rasa macam dah mengajar lapan waktu. Penat tersangat. Bukan penat mengajar, tapi penat marah. Kalau tak marah memang tak boleh. Wajib marah, wajib kena bebel. Sungguh lah aku tak faham perangai diorang ni. Sedih tau asik pegang kelas hujung je. Teringin jugak pegang kelas pandai. Sedih :(


So tahun ni bengkel landskap aku tu masih juga begitu. Masih juga aku mencari 'hati' untuk bengkel tu. Takde jiwa langsung pun macam mana? :(

Eh? Kenapa pulak aku ni nak bersedih je pulak ni. hahahaha. Bukak cerita pasal kelas je jadi sedih, boleh? :p


Skirting kat meja bengkel aku tu dah lusuh koyak rabak dah. So tahun ini haruslah ditukarganti. 










Pergi cari kain dan lastly kain hijau ni yang aku berkenan. Sesuai lah dengan bengkel tu kan. Ala ala flora gitu. Aktiviti memasang skirting ni memang digemari pelajar-pelajar landskap. Tak payah suruh pun diorang akan offerkan diri untuk buat. Good! :)


















Hasilnya.....
Nampaklah sikit berserinya dari sebelum ni.
Minggu depan dah start ujian bulanan satu. Berdebar sangat dengan kelas 4 Zamrud aku tu sebab semuanya 'sangat rajin'. Yang tak pandai membaca atau membaca tapi tak faham apa, TIDAK BOLEH DIKIRA DENGAN JARI. Boleh faham?  Memang serius cikgunya yang sangat nervous ni.



AGAK-AGAK ADA TAK YANG LULUS SUBJEK AKU NANTI?







2 butterflies concerned.:

Izwa Kamaruddin said...

Boleh cikgu...

Unknown said...

Assalamualaikum...nak tanya cikgu mengajar kat mana? Opsyen apa dan mcmana boleh mengajar subjek ni...saya cikgu landskap

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com