Followers

Pages

Friday, October 26, 2012

Khamis di Ikea



Assalamualaikum.


Semalam aku teman Naim interview untuk latihan industri dia di Seri Kembangan. Ambik dia kat Bangi pastu terus pergi syarikat tempat temuduga dia tu. Mula-mula ingatkan lama sangat. Rupanya setengah jam aje? Aku melepak luar syarikat tu, layan facebook layan twitter, pastu boring terus masuk kereta. Dalam kereta baca buku cinta jap tetiba Naim call tanya kat mana. Eh eh begitu cepatnya kan? hehe...


Pastu memang dah janji dengan adik nak jemput dia lepas habis kelas pukul 3 petang. Naim habes interview jam 10.45 pagi begitu. Jadi masa memang sangat lama. So, kita nak berpeleseran di mana ni? Itu ini semua..last-last decide nak ke Ikea. Yeay! aku pun memang dah lama sangat teringin nak menjenguk sana. Tak tersempat-sempat. Kalau jemput adik pun asik-asik ke Sunway Pyramid aje. Boring dah. eh.. :p









Yeay! Akhirnya sampai juga. Taklah susah mana nak carinya pun. Dari Subang Jaya tu terus terus dan terus sehingga ke Damansara Utama tetiba eh dah sampai? hehe..











Aku memang pantang tempat-tempat camni. Jakun semacam! Semua rasa nak beli. kekeke...
Memang dah lama sangat nak cari cermin panjang untuk letak kat ruang tamu rumah mak tu. Tapi asal jumpa je kemain mahal pulak harganya. Terus tangguh-tangguh.
Kat Ikea ni, banyak giler pilihan dia. Cantik-cantik pulak tu. Harga boleh tahan la. Tak la mahal sangat.











So pilihan di hati ialah cermin curve panjang ni. Sekali empat keping aku beli. :p
Habes shopping, perut melapar pula. Jom lah kita makan. Orang kemain ramai lagi. Beratur panjang amat mengalahkan orang nak beli tiket final bola je. Aku tabahkan juga hati beratur di situ bila memikirkan perut dah lapar kan.













Kek coklat hitam pilihan aku. Sedap!
Dia crunchy-crunchy gitu. Rasa ala-ala kek batik.













Apple pie pilihan Naim. Rupa bentuk dia kemain vogue lagi kan? Tapi rasa cinnamon dia kuat gila kot.












Taraaaa! 
Yang ditunggu-tunggu. Meatball ikea yang menjadi idaman semua orang.
Punyalah tamak dua beradik ni siap order 20 bijik terus! hehehe.. Sedap juga. Tapi makan banyak-banyak terus rasa lembap. :p











Dan bereunion kejap dengan cik Eli ni. Classmate aku masa sekolah teknik dulu. Kitorang duduk depan belakang je masa dalam kelas dulu. Tak sangka pulak jumpa dia kat situ. Dah berjumpa, apa lagi kan..haruslah bergosip-gosip dua tiga cerita. hehehe...











Settle semua, terus menuju ke Talylor's University. Menunggu adik habes kelas. Jalan-jalan di situ dulu dan pulang. Perjalanan balik ke Seremban boleh pulak jam teruk. Tak jalan pun kereta. Punyalah banyaknya kereta. Semua nak balik kampung beraya. Maghrib jugak baru sampai rumah. Lenguh kaki aku mengadap jam tu. huhuhu...





Dan malam tu..misi memasang cermin vogue pula..jeng jeng jengg.....





Wednesday, October 24, 2012

It's holiday uols!



Assalamualaikum.

Ehem ehemm. Cuti telah pun kembali. :)
Minggu ni hari persekolahan ialah 2 hari je. Semangat sangat pergi sekolah dua hari ni. Buat rp semangat, jaga exam semangat, uruskan kelas semangat, mengajar semangat, semua lah semangat. hehe..


Hari ni sekolah aku cuti berganti. Oh bab 'berganti' tu tak berapa nak semangat. :p
Nanti abes je cuti, aku kena menghadiri kursus penataran pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) pula si Port Dickson sana. Nasib baik kat pd tau boleh juga lah nak berulang dari rumah. Kalau kena di Jempol ke Jelebu ke mana-mana yang jauh ke tak ke haru aku nak fikir dari mana aku nak berulang tu kan?


Naik cuti raya haji ni je tinggal seminggu lagi untuk spm. Fuhh debor! Tapi tak berapa nak debor lagi sebab paper landskap aku ialah sebulan lagi. 6 Disember nanti. Paper paling last.
Banyak kali dah aku berpesan pada pelajar 5 Cantik, ko jangan nak merdeka sangat sebelum habes paper landskap saya ye! Amaran keras di situ.










Ni projek kecil diorang sebelum sibuk belajar aje dalam kelas. Buat landskap mini di dalam kawasan bengkel landskap.
Guna bahan-bahan sedia ada sahaja. 













Sebelum diubahsuai.
Ruang ni nampak kosong je. Hanya dinding polos yang tiada apa-apa.
Aku suruh diorang pilih bunga-bunga hiasan pilihan masing-masing yang sedia ada di sekitar bengkel je.












Projek air terjun mini yang terbengkalai kerana berlaku kebocoran. Maka gunapakai je sebagai hiasan di bahagian sudut.














Taraaaa! hasilnya. :)
Nampak jugalah ada sesuatu dari kosong je kan.












Ada sebulan lagi untuk paper landskap ye anak-anak muridku. Rajin-rajinlah belajar. Semoga berjaya dunia akhirat.
Ameeeeennn.




Selamat bercuti cikgu-cikgu semua! :)




Saturday, October 20, 2012

Guru muda lah sangat



Assalamualaikum.

Perkara yang aku tak suka bila masuk pejabat sekolah ialah dapat surat. Bila ada surat untuk aku maka ada tempat yang perlu aku pergi. 
Minggu lepas, dapat surat kena pergi himpunan guru muda 1 Malaysia kat Pusat Kokurikulum Johor di Johor Bharu sana. Syaratnya di situ, pihak sekolah haruslah cadangkan 2 nama guru yang berumur bawah 40 tahun untuk pergi ke himpunan itu. Dah tetiba nama aku dan Kay yang naik. Seramai-ramai cikgu kat sekolah aku tu MEMANG AKU DENGAN KAY JELAH YANG MUDA!


Kacau betul hujung-hujung minggu aku tau. Langsung tak bahagia.
Serabut nak fikir bila mengenangkan dah la Gemas ke JB tu 'dekat sangat'. Menaiki bus dan kena naik bus pukul 3.45 pagi pulak tu! Memang suka sangat. *jeling









Dalam bas, semua 'guru muda' diberi t-shirt. Pandai ambik hati kennn.
So, kitorang pun bertolak dari Gemas pukul 4.30 pagi dan berhenti solat subuh di rnr Machap. Kat situ, kita solat, breakfast dan tukar baju free.













Guru muda yang suka sangat dapat pergi JB. *tangan di dada mata ke atas
Ikutkan hati nak aje drive dengan kereta sendiri sebab lepas tu nak menyinggah pula ke JPO (Johor Premium Outlets) tak pun Legoland ke. kekeke...
Tapi bila fikirkan balik, tak kuasa lah hai. Baik duduk diam-diam dalam bas tu dan tido. JPO tu pergi di waktu-waktu hati ni pink je. eh...


Sampai JB dalam pukul 9 begitu. Tak buat apa pun uols. Kita sampai dah lambat kan. Orang lain yang memang dari Johor sampai di awal pagi lah kan. Masa kitorang sampai tu, orang lain dah beraktiviti dah. Ada yang main bola jaring, sepak takraw, kayak, wall climbing, karaoke, aerobik dan macam-macam lah. 


Kitorang breakfast, duduk-duduk kejap tetiba orang kat situ suruh berkumpul sebab Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin akan sampai. So, lepas dengar ucapan segala bagai tu, settle sudah. Pastu makan tengah hari. Hujan maha lebat masa tu, maka merempat-rempat lah semua orang. Kesian. Berebut ambik makanan. Patutnya diorang siap-siaplah bungkuskan, takdelah kita nak kena baratur panjang siap risau pulak takde tempat duduk dengan keadaan yang basah-basah macam tu. Sangat kesian.



Pukul 1 lebih semua dah bersurai tapi kitorang sampai Gemas pukul berapa tau? Pukul 6.30 petang ok! Muntah darah dalam bas tahu?




Kesimpulannya, himpunan ini tidak berbaloi bagi aku. Membazir masa dan tenaga sahaja. 





Tolonglah kalau ada program sebegini lagi jangan libatkan saya. Okbye.





Saturday, October 13, 2012

Hai Paradigm Mall




Assalamualaikum.

Cerita minggu lepas baru nak diupdate hari ini. Rindu punya pasal maka tatap juga nak update. Dah lama rasanya aku tak berada di Gemas kalau tiba sabtu dan ahad. Bukan sabtu ahadlah namanya kalau aku masih ada di rumah sewa di Gemas ni. Tapi hari ini aku ada di sini. Boss dah bagi arahan suruh pergi ke jb atas urusan himpunan guru muda 1 Malaysia. Macam-macam lah. Tu nanti-nanti baru cerita.


Jumaat lepas, Pami mintak temankan dia pergi ambik kad kahwin dia yang dah siap kat Kelana Jaya. Sekaligus pergi ambik Naim kat Bangi, pastu ambik adik pulak kat Subang then terus ke Kelana Jaya. Siap sudah kad kahwin abangku itu. Kemain semangat lagi dia nak kawen. eh....


Lepas ambik kad, seperti biasa agenda kitorang adik beradik ialah cari makan. Kebetulan dah sampai Kelana Jaya, kita cari makan area situ. Elok pulak sebelah bangunan tempat abang buat kad dia tu ada shopping complex besar punya. So ke situ lah gamoknye.









Eceh. Macam shopping complex abah pulak aku nak beria promote kat sini kan. kekeke...
Paradigm Mall uols. Pernah ke uols menerjah sini? Iols first time kot! Mall ni pun nampak baru je. Besar pulak tu.













Disebabkan mall yang besar, dan kitorang pun tiada tahu nak makan apa, maka berlagak ala-ala tourist lah kitorang di situ. Melihat-lihat peta yang canggih. Kat situ pun dah setengah jam ok. Makin lapar pulak rasanya terus rasa nak marah eh tak payah lah tengok-tengok sini, kita jalan aje lah. Mana berkenan nanti kita masuk aje lah. 
Nak marah pulak kann. Tetiba kann. hehe..












Seperti biasa jugalah, kitorang ni poyo je lebih. Sebelum buat keputusan nak makan apa, mesti ayat yang keluar akan menjadi ok kita cari kedai makan yang takde kat Seremban tau. haha. Begitu poyo kan? Feeling macam eh datang sekali sekala kat sini marilah makan di tempat yang vogue gituw. So berialah cari kedai makan yang pelik-pelik segala. :p













Dua ketul yang sengaja buat muka malas nak layan. Pastu terus jadi muka paling buruk.














Dua ketul yang feeling comels je padahal memang comels pun. Eh? 
*lempang
hehehe...






Last-last engko tahu kitorang makan di mana? Konon kedai yang tiada di Seremban segala?














Kenny Rogers????
Takde kat Seremban ke?? hahaha...aku dah agak dah memang akhirnya akan makan di kedai yang menjadi kebiasaan juga. Lain kali haruslah elak untuk mencari kedai yang tak pernah makan lah apa sebab akhirnya akan jadi macam ni lah. Selalu sangat macam ni. hehe..
Tapi aku suka je. Makan di kedai mamak pun tetap rasa manis juga asalkan bersama adik beradik. :)













Alhamdulillah.
Licin semua. Kitorang kalau makan adik beradik macam ni mesti rasa serba salah je dengan mak dan abah. Lagi-lagi kalau time tengah makan tu mak call tanya tengah buat apa. Nak cakap yang jujur takut mak merajuk sebab pergi makan sedap tak ajak mak abah. Kadang-kadang tu masing-masing pandai berlakon lapar bila balik rumah supaya mak dan abah tak syak kitorang pergi makan sedap kat luar tanpa ajak diorang. kekekeke...






Sekarang saya dah mula RINDU. Benci kena kerja hari sabtu!







Wednesday, October 10, 2012

wordless wednesday : original frame







heee~




Monday, October 8, 2012

sabarlah duhai hati seorang guru




Assalamualaikum.


Esok bermulalah perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 3 untuk menghadapi PMR. Tahun ni aku tak ajar  form 3, maybe tahun depan merasa debaran PMR tu. Debaran SPM sekarang ni kencang jugak lah aku rasa walau tambah tolak bahagi semua, ada lagi sebulan untuk SPM.


Siang tadi ada perjumpaan tiga penjuru (perjumpaan ibu bapa dan guru) untuk bincang keputusan trial SPM. Tingkatan 5 Cantik kesayangan aku tu uols tahu berapa ketul je mak bapak yang datang? DUA KETUL OK! Dua ketul. Aku tak faham betul dengan mak ayah yang tak ambik tahu langsung pasal pelajaran anak-anak. Ni anak ko nak periksa sebulan lagi ni. Kot-kot tak tahu pun kan? *sedih


Ada seorang penjaga yang datang tu bila aku cakap pasal keputusan anak dia, dia macam terpaksa dengar je. Siap cakap tak tahulah nak buat macam mana cikgu, anak saya tu dah besar. Dia nak belajar, belajar. Taknak belajar takkan saya nak paksa. Eh? Pun boleh kan? Patutlah si anak tu aku tengok berfoya-foya je. Mak dah bagi green light rupanya. Pelik amat.


Yang lagi sorang lagi best. Dia tengok result anak dia pastu dia cakap eh agama islam pun gagal? sembahyang kat rumah hari-hari. Eh eh pokcik sorang ni. Boleh pulak macam tu kan. Patut dia cakap eh kenapa subjek bahasa melayu anak saya ni gagal? Kat sekolah cikgu ajar guna bahasa inggeris je ke? Begitu ye pokcik...Haruslah pokcik dan mokcik memahami bahawasanya anak-anak pokcik mokcik berada di kelas mana. Kelas terakhir kot pokcik mokcik! Jangan dilekeh-lekehkan dia. Teruslah saya tengok muka anak pokcik mokcik jadi stress je. Macam-macam lah pokcik mokcik ni. Nak dilempang kang derhaka pulak saya terhadap orang tua. Eh...



Tapi begitulah senarionya. Beza sangat lah dengan zaman aku sekolah dulu. Rasa risau kalau keputusan exam kita teruk. Nak-nak pulak kena panggil mak abah. Rasa malu sangat dengan mak abah kalau result teruk. Ni dah lain pulak ceritanya. Ke sebab tempat aku mengajar ni yang mempengaruhi? Sekolah area bandar macam ni tak perangai mak ayah pelajar? Macam mana nak buat lagi. Buat sesi kaunseling untuk pokcik mokcik aci tak? Tak memasal diorang mengamuk dah kenapa haku pulak yang kena belajar balik nih..bukan anak aku ke yang  nak periksa? 



Tak dapat aku bayangkan. kekeke...


Kesabaran aku ni nak cakap macam mana eh...
Ada sorang pelajar tingkatan 5 cantik tu, pelajar perempuan india. Datang rumah sewa aku dengan mak dia malam-malam semata-mata nak mintak cuti seminggu. Sebabnya ialah tangan mak dia sakit. Eh tangan mak ko sakit apekehal pulak ko nak cuti sampai seminggu kan. Mak dia pun tunjuk tangan dia yang berbalut tu. Tapi datang ke rumah aku malam tu gagah pulak. Tiadalah aku faham motif perjumpaan mereka dengan aku malam tu. Kesimpulannya, dalam buku register aku catitkan dia ponteng je sebab takde surat tunjuk sebab pun. Ingat aku doktor ke boleh bagi cuti macam tu siap bagi pihak mak dia pulak tu. Kalau si pelajar ni sendiri yang sakit boleh tahan lagi kan. hadoi la... dunia...dunia...










S.A.B.A.R






itu separuh daripada iman.
BAIKLAH.



Sunday, October 7, 2012

Kursus kahwin dah pergi, kahwin belum lagi



Assalamualaikum.

Bila diingatkan balik kan, rasa rugi sangat sebab tak pergi kursus kahwin masa kat universiti dulu. Padahal dulu kursus kahwin ni selalu sangat dihebohkan untuk student-student. Tapi yelah kan, memang ada niat nak pergi masa tu tapi ada je halangannya sampai tak boleh nak pergi. Dah la masa kat universiti dulu, yuran kursus murah, pastu boleh rilek-rilek pergi dengan kawan-kawan. Lagi satu kan masa tu free je kan takde komitmen sangat. Sekarang bila tak ambik-ambik lagi kursus kahwin mulalah jiwa tak tenteram je. Mendapat pulak pasangan kita dah pergi kursus kahwin dah pun masa kat maktab dulu. Stress terus.


Terus cepat-cepat bagitau Pami yang aku nak join dia sekali kalau dia pergi kursus kahwin. Daripada pergi sorang-sorang, baik aku pergi dengan abang dan bakal kakak ipar aku tu kan? Ada lah jugak tempat mengadu. eh..


Aku pergi kursus pra-perkahwinan di Darul Dedikasi Management, Tasik Jaya, Senawang, Negeri Sembilan.










Memasuki gerbang perkahwinan gitu. Daftar je terus dapat buku ni dan fail.
Kursus ni selama 2 hari. Sabtu dan Ahad. Mula pukul 8 pagi sampai 5 petang. Duduk dalam bilik ala-ala pusat tuisyen dan dengar lah slot-slot yang maha boring tu. *pengsan
Antara tajuk-tajuk yang kita kena dengar ialah akidah, akhlak suami isteri, hubungan keluarga, perkahwinan & prosedur, pengurusan kesihatan, pengurusan masa & kewangan, komunikasi suami isteri, pengurusan tekanan & konflik, perkhidmatan runding cara, dan pembubaran perkahwinan. Haa tak ke berasap kepala ko di situ? hehe..


Setiap slot bukanlah penceramah yang sama. Alhamdulillah.
Dia akan bertukar penceramah. Kalau dapat yang kelakar best lah, dapat yang boring je sampai kita pun rasa nak tersengguk-sengguk, itu nasib badan. Nak taknak kena dengar juga.
 Makan pagi dan lunch disediakan.











Alhamdulillah akhirnya berakhir juga dua hari yang panjang ini dan dapat juga ku genggam segulung sijil kahwin. eh....













Kursus kahwin dah pergi, kahwin belum lagi. hehe.. peace! :D
Kepada yang ingin pergi kursus kahwin dan berada di sekitar Senawang, bolehlah pergi ke Darul Dedikasi Management, Tasik Jaya, Senawang, Negeri Sembilan ni.



Sila hubungi : 06-6791925 atau 012-3539390
Selamat berkahwin. Eh? Kursus kahwin dulu...hee




Saturday, October 6, 2012

Family day sekolah ~ update 1



Mula-mula, aku memang nak tarik diri je dari join hari keluarga sekolah ni. Sebab pertama ialah ada antara geng kitorang yang tak dapat nak join atas sebab yang tak dapat dielakkan, so bila ada kawan-kawan yang tak join maka tak best lah kan? Dah tentu-tentu ni hari keluarga, cikgu-cikgu lain sebok dah dengan keluarga masing-masing, kitorang yang bujang ni memang mengharap nak  bersama dengan kawan-kawan je lah. Ye tak?


Sebab kedua ialah agenda hari keluarga ni sumpah tak best! Takde yang menyeronokkan langsung lagi-lagi bagi aku yang berjiwa muda ni. Dan sebab ketiga ialah aku sangat menghargai cuti hujung minggu aku sebab ni jelah pun masa yang ada untuk bersama keluarga sendiri. Cukuplah isnin sampai jumaat tu aku duk mengadap sekolah ni sabtu ahad pun nak kacau lagi.


Tapi akhirnya, terpaksa menyertai juga walaupun hati tak suka. Mengenangkan ada kawan-kawan yang sekepala join bersama dan stay satu bilik, terubat sikit hati.
Boleh juga nak berhuha bersama. :)









So inilah dia hari keluarga sekolah yang dibincangkan sangat tu. Tempatnya ialah di D'Nelayan Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka. Hari sabtu tu kena check in pukul 2 petang. Jumaat petang memang aku dah selamat berada di Seremban pun, maka sabtu tu aku drive sendiri je dari rumah ke pengkalan balak. Dekat rupanya. Perjalanan ambik masa sejam je.










Taraa! Inilah geng kite. Una je tak dapat nak join. Sedih tau Una tak join. Terasa ada kekurangan je. Yela selama ni ke mana pun bersama je kan. huhu..
Bilik chalet kat situ ok ok jer. Tak lah vogue sangat. Masa mula-mula masuk siap pintu dia rosak ok. Tak boleh nak kunci kalau kita keluar. hehe.. Lepas buat aduan dan dah direpair baru rasa selamat sikit.











Housemate yang tak lengkap. Tinggal aku dan Kay je tanpa Una.
Selesai check in dan solat asar, semua berkumpul untuk makan-makan sikit. Buat pot-luck so makanan pun sangatlah pelbagainye. Settle makan, masuk bilik balik untuk tukar baju tema. Siap ada baju tema tau. Kemain lagi. :p













Chakk! Kami yang ramai.













Kami yang lagii ramai. hehehe..
Bila semua dah berkumpul dan memakai baju tema yang sama, maka semangat menjadi begitu membara untuk bergambar. 













Yeay!












Aktiviti petang itu ialah sukaneka untuk kanak-kanak.
Mereka yang terlibat pun sibuklah menyediakan kelengkapan.












Memancing botol. eh yeke? hee...













Memakan epal yang tergantung. Pun jadi.
Pastu tak apa lagi sukan kitorang pun tiada ambik kesah sebab orang lain teruja bagi semangat kat anak masing-masing kan. Yang kitorang ni nak bagi semangat kat siapa? Anak mata, anak tekak, anak rambut ada lah. Boleh? kekeke...




Maka, kitorang pun terpaksa mencari jalan penyelesaian dengan berjalan-jalan di tepi pantai sambil menggedik depan kamera. eh...












Rasa cantik je background laut macam ni. Rasa luas, rasa lapang, rasa free aje.












Ok. Dah start dah.....












hehehe....












Tukang ambik gambar pun sporting habes. :p













Layan je kegedikan kitorang. hahaha...











Bila tengok balik gambar-gambar ni mesti nak tergelak. Rasa nak lempang muka sorang-sorang tau sebab muka memasing tak boleh blah. :p













 Cover cun kemain padahal lepas snap je gelak lepas snap je gelak. hehe...













Paling tak boleh blah gambar ni. Mintak tolong student (anak cikgu sebab tu dia ikut sekali) yang ambikkan gambar. Budak tu pun rasa tak sanggup je nak ambikkan gambar tapi agaknya mengenangkan cikgu yang mintak tolong, dia layankan je walaupun tak sudi. hehehe..













Amboi kan. Kemain serius muka makcik nih. Masa ni tengah discuss pasal aturcara makan-makan malam tu. Aku dan Kay kena jadi juruacara. Juruacara lah pulak. Macam-macam!













Bersihkan kaki, buang pasir-pasir segala. Masuk bilik, berebut mandi, solat maghrib, tulis skrip ringkas-ringkas je, make-up kan si cilik, siap-siap diri sendiri dan turun ke bawah lah kita untuk acara makan-makan. Nak makan pun hati tak senang bila memikirkan kena jadi emcee. Puiii!





Bersambung......




Wednesday, October 3, 2012

wordless wednesday : bergambar dengan orang putih







Orang putih lah sangat kan? kekeke...




Tuesday, October 2, 2012

Hai Oktober. Please be nice..



Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah masuk bulan oktober dah. Sedar sebenarnya tapi rasa macam kejapnya masa berlalu. Kang tahun depan masuk tahun ketiga i'm being a teacher. Akhir-akhir tahun ni patut dah rasa kehangatan cuti sekolah, tapi kerja semakin menimbun-nimbun. Bila fikirkan balik memang boleh stress. Nasib baik i tak fikir sangat. Tak fikir sangat tu lah buat jadi lupa eh aku ada kerja apa eh? hahaha...


Nak-nak SPM semakin dekat ni kan. Tak tertanggung rasanya tahap kerisauan. Jam-jam ni jugak rasa taknak mengajar landskap. Hoi landskap tu bukan option aku kot. Tolong bagi aku mengajar subjek dalam bidang aku boleh takk? Stress sungguh la. Apa pun jadi tahun depan memang aku isi borang pertukaran. Tak sanggup duk sini lama-lama dengan persekitaran, sekolah, murid-murid yang tak kena dengan jiwa aku.
Tak sabar sangat nak mintak tukar ni!










Cak! iklan jap eh. hee..Gambar masa 'percutian lah sangat' kat Pengkalan Balak, Melaka.
Cerita pasal family day sekolah tu tah bila nak up entah. Mungkin sebab kenangan tu tak berapa nak manis kan, maka berat je nak update sini. Kita suka update yang manis-manis je. Tapi yang pahit tak dilupa, banyak mendewasakan aku. Terima kasih lah encik pahit. 




Semoga Oktober 2012 baik-baik sahaja.




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com