Followers

Pages

Sunday, September 23, 2012

Hai. Saya Mak Andam



Assalamualaikum.

Ni cerita masa aku pergi hari keluarga sekolah kat Pengkalan Balak, Melaka haritu. Tiada pun kitorang ni tahu yang akan ada pertandingan make-up kanak-kanak. Petang tu, kitorang (geng bujang-bujang) buat aktiviti sendiri je. Jalan-jalan tepi pantai, ambik-ambik gambar, layan jiwa sambil ambil angin petang je. Pastu nak dekat malam tu, kitorang pun balik lah bilik sebab nak berebut toilet pulak kan. Sorang mandi nak dekat sejam. So kena siap awal supaya tak terlewat. Malam tu pulak, mendapat lah aku kena jadi mc. Waktu tu jugaklah nak tulis skrip. Skrip ala-ala je supaya tak tergagap aku nak bercakap nanti. 


Sebelum masuk bilik, ada akak sekolah aku tu mintak tolong kitorang make-up kan anak dia. Ada dua orang anak dia. Aku suka je make-up make-up segala ni. Bab melawa kemain lagi kan. haha..









Cak!
Ini hasilnya. Comel tak?
Budak ni memang dah sedia comel pun sebenarnya. Aku touch up sikit-sikit je. Letak krim muka, tepek bedak sikit, blusher pink, eye-shadow color pink jugak tapi ada glitter-glitter sikit, celak, eyeliner pastu lipstik merah tony tint tu. Siap!
Adik dia Kay yang make-up. I tak snap plak yang tu. I cerita yang part i je ye :p












Sempoi gila pakai baju tido je sebab tak tahu pun ada pertandingan ratu cilik ni. Hentam aje.
Aku jadi mc masa tu. Kemain sebok bagi tips kat budak-budak tu suruh senyum. Jangan berhenti senyum tau nanti tak menang. hihihi... 













Bagus diorang ni. Dengar arahan. :)
Dan keputusannya, dapat tempat kedua. Yeay! Tu mesti sebab baju je tu. Kalau baju diorang vogue confirm menang tempat pertama. eh...
hehe...













Terasa muda remaja bila bergambar dengan kanak-kanak ni. Dua-dua comel amat!
Nak make-up make-up lagi lepasni cari kakak ye adik-adik.
:)




1 butterflies concerned.:

-syira- said...

nampak matang la muka diorang..ada iras kak yana sikit :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com