Followers

Pages

Saturday, June 16, 2012

Selamat Hari Guru, Cikgu Liana! : Part TWO



Klik --> PART ONE

Selesai sesi bagi hadiah dari murid-murid, tirai pentas pun ditutup. Guru-guru semua ambik tempat masing-masing dan ready untuk buat persembahan. Kemain tau tahun ni nak buat dikir barat. Sebelum sambutan, semua pun sibuk sangat stay back untuk buat latihan dikir barat ni lah. Huh. Mula-mula macam malas je tau tapi layankan aje. Bila ingat balik persembahan guru ni, rasa best pulak. :)








Beginilah keadaan kami bila dilihat dari depan pentas. Agak bersemangat sangat semua orang tau. Mungkin faktor persembahan pertama kan, maka murid-murid yang duduk kat bawah tu pun melopong aje tengok cikgu-cikgunye berdikir. hehe...
Jangan dicari mana ialah diriku ok. Pastinya aku dan geng-geng semua duduk barisan paling belakang sekali. :p








Siap ada rebana, gong dan alat-alat muzik tu lah. Tak reti pulak aku nak memperkenalkan pada uols. :p










Encik tukang karut kitaa. Kelakar ok dia punya ayat-ayat nak dikarutkan tu. Semua pasal cikgu-cikgu je. Murid dengar pun tergelak je. Ok lah tu dapat buat murid gelak suka. Itu je pun motifnya. :)
Encik tukang karut ini juga ialah jiran kitorang tau. Jiran yang agak baik juga. Yang tak boleh blahnya tu, kitorang panggil dia jiran. 


Jiran, lama tak nampak? Kursus ke? 


 Ha begitu..kau ado? ekekeke.. :p








Ok. Settle bab persembahan guru. Pastu semua berhenti rehat untuk minum pagi. Murid-murid juga pergi mengisi perut masing-masing. 
Mengikut agenda, lepas rehat ada sukaneka. So haruslah ko menukar pakaian kan. Tapi tak kuasa tau kalau sukanekanya setakat yang ringan-ringan aje. Kalau dia buat lawan futsal ke, volleyball ke, netball ke, tu memang dah pasti semua cikgu menukar pakaian masing-masing kan. Tak vogue lah pakai pakaian sukan di hari guru kan. Wah gitu....









Masalahnya....Vogue ke engkau? ekeke..
Terus aje bila tiba sukaneka terus lupa control ayu. Buruk habes. kahkahkah....
 Ni ialah acara bawa bola ping pong menggunakan sudu. Aku siap berkaki ayam aje tau? Punyalah nak menang kan. Nasib baik group i menang tau. hee









Lepastu acara passing gelang getah menggunakan straw pulak. Semangat tak i di situ? hehe..





 




Merepek betul acara ni tau. Dapat pulak kiri kanan aku cikgu lelaki. Memang kena passing gelang getah tu seberapa banyak yang dapat. Group yang paling banyak kumpul maka dia menang. Ehem. Of course lah group i menang lagi. :p








Group aku dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu main music chair dan satu lagi main game musang berjanggut ni ha. Ala-ala cerita P.Ramlee tu ha. Menyampah betul lah benda alah ni. Kena asingkan beras, lada hitam, kacang hijau, kacang dal, kulit kayu manis, asam keping dengan segala bagai rempah ratus tu. Sangatlah leceh ok. 









Peace! :D










Sambil asing-asingkan benda-benda tu, masing-masing merungut aje. 

Siapa lah yang cipta game ni...

Takpelah..aku tak kawen ngan anak raje pun takpelah...taknak asingkan benda alah ni...taknakk...


Hahaha. Sengal je semua. Macam terpaksa je main game boring tu. 
Oh ya satu game ni je kitorang kalah. hehehe....










Serentak dengan tu, group kitorang yang satu lagi tengah bergembira main music chair ok. Ggrrrrr..




 Bersambung.....



0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com