Followers

Pages

Wednesday, April 18, 2012

Congratulations Guys!


Assalamualaikum.


Masa perhimpunan rasmi Isnin haritu, dewan sekolah meriah sangat sebab ada sambutan harijadi guru-guru dan pelajar. Itu nanti-nanti i cerita ok?
Bertambah meriah dengan persembahan group Puisi dan Lagu sekolah yang akan bertanding sempena Pesta Muzik daerah Tampin. 
Tahun lepas aku berkesempatan tengok diorang bertanding sebab kebetulan sekolah aku jadi tuan rumah untuk pesta muzik tu. Tapi tahun ni kirim salam aje. Dapat tengok persembahan dalam dewan sekolah sendiri je pun boleh. Jadi lah kan. :)






Penyanyi solo kita yang dah berada di tingkatan 5 tahun ni. Kesian sekolah nanti. Tahun depan siapa pulak la nak ganti dia.








Seorang pelajar sedang mendeklamasikan sajak.








Ahli group bertenang aje.







Dan bernyanyilah ko di situ. Sedap ok lagu diorang nyanyi. Penyanyi solo tadi tu lah yang menulis lirik. Dapat pulak suara pelajar perempuan dua orang ni gemersik kalbu gitu. Memang kena sangat. Kita dengar pertama kali pun boleh nak ikut nyanyi. *over*


Dan hasilnya, kemenangan di tangan mereka. Johan di peringkat daerah dan akan pergi ke peringkat negeri. Tengah pulun berlatih la diorang sekarang ni.



* Anyway, penyanyi perempuan yang freehair tu ialah sarawakian sebab tu cun sangat. Cikgu tengok pun rasa tergugat tau. (MOTIF???) hehehe...:p




GOOD LUCK, GUYS!







0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com