Followers

Pages

Thursday, March 15, 2012

Ape cer tingkatan 5 cantik tahun ni?



Assalamualaikum.

Uols...ingat lagi tak ketergurisan hati aku kepada anak-anak murid aku di tingkatan 4 Cantik yang susah sangat nak bagi kerjasama menghias kelas tahun lepas? 
Kalau tak ingat klik ini ye -----> CIKGU TOUCHING TAU
(cehh tak boleh blah ayat..ehehe..)

Tetapi, itu kisah tahun lepas. Tahun ini lain pula ceritanya. Alkisahnya, aku ni kena carry on kelas yang aku pegang tahun lepas tu. Penuh keterpaksaan nak kena hadap jugak diorang ni. Aku tak kisah sangat pun kalau diorang kelas paling akhir, tapi perangai masing-masing tu buat aku tak tahan. Perangai budak-budak remaja baru nak kenal dunia uols faham-faham lah kan. huhu...


Disebabkan aku guru tingkatan 5, maka tugas mendaftarkan pelajar-pelajar aku untuk menduduki SPM ialah tugas aku kan. Yang jadi masalahnya, jenis yang selalu sangat tak datang sekolah. Kadang-kadang tu seminggu sekali je datang sekolah ok. Sukati dia je kan. Pernah aku call ayah pelajar tu mintak datang sekolah ambik surat berhenti sekolah je senang cerita, dan jawapan ayah dia ohh nenek dia baru saja meninggal cikgu. Ehh berapa kali pulak nenek ko meninggal? Confuse jugak kan aku di situ..


Jenis yang datang sekolah dah la jarang-jarang, tapi bila datang mula lah buat perangai pemalas dia tu. Pemalas bukan saja-saja uols. Malas dia bersebab ok. Sebab tengah hanyut di dunia khayalan. Hampeh betol. Dengan muka merah-merah. Mata pun merah siap nak stim-stim lagi. Apa lagi kalau bukan kerja ko MENGHISAP GAM! Pastu nak tido aje kejenye. Kadang-kadang aku fade up dengan kerenah pelajar-pelajar macam ni tau. Langsung takde kesedaran. Dah la ko duduk kampung tak maju-maju, perangai pulak tak senonoh, belajar kemain malas, apa lah nak jadi. Tak kemana lah jawabnya. Fade up tau. :(


Disebabkan aku guru tingkatan juga, maka cikgu-cikgu lain yang mengajar kelas aku selalu je datang mengadu pasal anak murid aku. Si Rudy asik tak bawak buku la. Si Andy selalu sangat tido la. Si Alice kuat berangan la. Si Muniandy kurang ajar la. Si Rosemary selalu ta masuk kelas BM la. (nama anak murid tetiba jadi moden kan..hehe ) Macam-macam ok. Aku ni jugak la nak kena tanya sorang-sorang ape masalah ko sebenarnya ni? 
Siap cikgu-cikgu lain cakap takde kepuasan mengajar pelajar kelas aku tu. SAME TO ME OK, SAME TO ME! Tapi apa boleh aku buat. :(


Lama kelamaan, aku naik lali dah. Tak larat nak makan hati sangat.Aku mengajar je macam biasa. huhu..
Tapi perubahan positif untuk tahun ni ada juga. Diorang dah pandai nak hias kelas tanpa perlu aku touching-touching lagi. Aku kan mengajar kat bengkel. So sangat jarang masuk kelas tau. Seminggu sekali lah pun aku masuk nak tengok apa khabar la kelas aku tu. Alhamdulillah kelas aku tahun ni tak macam tahun lepas. Semangat diorang laen macam sikit nak hias kelas. :')






5 ZAMRUD 2012 tu tulisan aku lah tu. Itu je bantuan yang aku berikan. Yang lain semua usaha diorang sendiri. Itu pun perlu dibanggakan ok walaupun sebenarnya memang tugas pelajar 100% menghias kelas kan. Cikgu sepatutnya bagi arahan je. Nak-nak pulak dah tingkatan 5 dah pun memasing. Bukan darjah 5. huhu..







Oh. Gambar ni tiada ku pasti ye. Sepatutnya dah kena tukar dah tu. Diorang cakap gambar tu cikgu BM yang kasi. Ohh cikgu BM tak takot kena saman ke? hehehe..:p








Carta organisasi dan jadual bertugas.








Ini ialah ruangan untuk subjek kat belakang kelas. Subjek landskap je yang ada maklumat. Pandai ambik hati ye...




 



Walau apa pun, aku tetap mendoakan setiap seorang anak muridku berubah untuk masa depan masing-masing. Amin ya rabbal alaminn....





Bye :)




2 butterflies concerned.:

harris said...

umm.... klas ni dpt no 1 ker? tahniah... tp jus nk share...dlu sy dok asrama....dalam dorm kami wat kolam ikan...di celah2 katil//hehe

harris said...

tahniah dpt no 1....tp apakata...jus nk share...dlu sy dok hostel...kami wat kolam ikan dicelah2 katil kami..heheh

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com