Followers

Pages

Wednesday, March 14, 2012

All cats come and go...welcome Oton! :)



Assalamualaikum.

Kucing memang tak boleh dipisahkan dalam keluarga aku. Setiap ahli dalam rumah aku menyukai kucing. Bagi aku, membela kucing boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. FAKTA!
Kematian Bubu dulu memang sangat berkesan dalam hati aku. :(
Bak kata kawan aku masa belajar kat universiti dulu (Awang namanya), 'cats come and go'. Dia pergi awal meninggalkan kita supaya dia boleh mendoakan kita di 'sana'. Dia tahu sejauh mana kita menyayangi dia, sejauh mana kita risaukan dia, sejauh mana kita perlukan dia. Semoga aman di 'sana', Bubu.


Masa Kejohanan Bola Tampar peringkat negeri haritu, maka dengan takdirNya berjumpalah aku dengan seekor anak kucing. Mengiau tak berhenti-henti. Bila aku dukung tetiba dia senyap. Manja sangat. :)







Aku tertarik dengan bulu dia yang lembut sangat macam kapas cotton. Sekali pandang macam anak monyet pun ada. Ekor pulak ala-ala ekor tupai kurus gitu. Comel!








Kebetulan masa tu aku nak pergi breakfast. So bawaklah dia sekali. 
Sepanjang aku duduk makan kat kedai, si meow ni diam je kat riba aku. Ya Allah jatuh cintanya lah masa tu tau.:)







Lama-lama mata dia pun layuu je then tertidur. Alolo comelnya. hehe...








Masa tu terus terdetik dalam hati aku nak bela dia. Terus bagi nama Qoten sebab bulu dia best macam kain cotton. heee~







:)







Tengok tu. Kemain manja lagi tau. Teruslah rasa sayang. :')
Kebetulan pulak lama aku dengan kawan-kawan duduk minum kat kedai tu sambil beborak, lama jugaklah si Qoten ni tertidur kat pangkuan aku.


Bila dah bawak balik rumah, terus serasi je dia dengan kucing-kucing yang ada kat rumah aku. Siap main kejar-kejar, main wrestling-wrestling lagi. hehe..
Pandai pulak tu ambik hati. Siap nak tidur di celah-celah lengan la, kat leher la, kat kaki la. :)
Lama-lama nama Qoten tu tak jadi dah. Terus bertukar jadi Oton. hehe. Tapi kadang-kadang nama dia jadi Kecik. So sekarang nama penuh dia ialah Oton Kecik. Nama panggilan Oton. hahaha mengada kan siap ada nama penuh nama panggilan segala? :p






We love you, Oton :)




4 butterflies concerned.:

Aujinz said...

alolololo... comelnye dia.. tapi tengok dari belakang macam tupai pon ada...

kalau den, bagi namo eh Upai jer laa.. koh koh koh

Anonymous said...

comelnya. manje pulak tu. :)

yana lyana said...

aujinz ;

upai?comel gak kan name tu..hehe..
tapi oton lagiii comel..:p

yana lyana said...

rara ;

tu lah tu..geram tau? hehe..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com