Followers

Pages

Thursday, December 1, 2011

Cowboy Town yang hampa



Assalamualaikum.

Alkisahnya, aku ada beli tiket masuk ke Cowboy Town, Melaka dengan harga yang murah. Ada cikgu sekolah aku tu jual. Aku dan Una main beli je, tak kisah la nak pergi bila sebab tiket tu sah hingga bulan 3 tahun depan. 


Disebabkan peperiksaan SPM sekarang tinggal paper elektif je, so muridnya tak berapa ramai. Kitorang pun bahagi-bahagi tugas la. Contohnya hari isnin, aku and the gang jaga sidang pagi dan tak perlu datang sidang petang. Esoknya pula kitorang jaga sidang petang dan tak perlu datang sidang pagi. Begitu....


Kelmarin, kitorang jaga sidang pagi dan esoknya sidang petang. Disebabkan banyak masa free, aku dan Una plan nak ke Cowboy Town petang selasa tu lah. Kemain semangat tau siap plan nanti nak makan kat sekian sekian dulu sebab kat Cowboy Town tu mahal makanan dia, masing-masing bertungkus lumus google aktiviti yang ada kat Cowboy Town tu, nanti nak solat maghrib kat mana, nanti nak bergambar kena get ready dua kamera segala..macam-macam lah.


Dalam perjalanan tu hujan dah merintik-rintik dah. Hati dah mula jadi tak keruan bila hujan disusuli pula dengan bunyi guruh. Tapi perjalanan tetap diteruskan. Tegar punya pasal kan. ;p
Dalam perjalanan tu, hujan memang maha lebat. Kiri kanan jalan memang dah nampak yang air nescafe mula naik. Ha kemain air nescafe tau sebab warna dia memang macam air nescafe. Tinggal kau nak kaut guna gelas, letak ais dan minum aje tau. ekekeke....






Taraaaa.
Akhirnya weols sampai juga ke kota A Famosa ni. Perjalanan dari Gemas dalam 45 minit macam tu.
Masa tu dah pukul 6 petang.







Tapi....................
Bila tiba je kat pintu masuk ni, hujan semakin lebat takleh blah. Bila kitorang nak masuk kat area parking Cowboy Town tu, aku tanya lah pakcik jaga tu ada show ke kalau hujan-hujan macam ni. Pakcik tu cakap takde show ok. TAKDE.
Rugi la pulak kalau masuk bodoh macam tu je tapi takde show kan? Nak taknak, dengan penuh kepasrahan kitorang pun pulang lah semula.








Tiba-tiba jalan jadi jam uols. Kenderaan bergerak perlahan sangat. Mula-mula ingatkan ada accident rupanya air naik sampai ke jalan. Kebanyakan kenderaan patah balik uols. Aku mula-mula nak patah balik jugak tapi bila patah balik kena lalu Alor Gajah pulak. Ah sudah. Dah la hari mulai gelap kan, pastu nak lalu jalan yang tiada ketahuan hala tuju, tak ke berpeluh sanubari aku sebab nervous carik jalan nanti kan? hehe...So aku stay je tengok air yang makin lama makin deras tu. Macam sungai dia punya deras tu uols! Fuh~








Tiba-tiba ada lori besar dengan selamba je lalu jalan tu. Tiba-tiba jugak, banyak kenderaan lain termasuk motor yang follow lori tu. Aku pun dengan yakin follow jugak lah. :p
Siap masa nak lalu air tu, aku pesan kat Una suruh baca doa banyak-banyak. Masa Zaza melalui arus deras tu, dup dap dup dap jantung aku ni Allah je yang tahu. Cemas ok! Kot-kot lah ada lubang dalam ke tiba-tiba kan, tak ke Zaza dengan kitorang ni hanyut sekali? Tapi alhamdulillah selamat juga uols.





Fuh..hebat kan Zaza ni..macam bot tau...hehe..kenapa tak ambik gambar tadi Una?




Tadi suruh baca doa..nak ambik gambar pun tak sempat tau...




Sebokk jugak nak suruh ambik gambar kann..rasa nak lempang je diri sendiri ni...hahaha...







Akhirnya, weols singgah makan kat Gemencheh. Hampa betul rasa hati ni....
Bila agaknya nak pergi Cowboy Town tu ha? Sebelum pergi nak kena ikuti ramalan kaji cuaca dulu supaya hati tak hampa lagi. Mencik!






1 butterflies concerned.:

4feet8 said...

cowboy town best gi time malam. lagi-lagi g ramai-ramai baru bes..sbb siang dia jd town mati..tapi, takde ape sgt kot dlm tu..mcm pekan cowboy biasa je..ada bowling, karaoke, pub dll, ala-ala pekan cowboy dlm tibi tu..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com