Followers

Pages

Monday, October 24, 2011

takpe pakcik...takpe!



Assalamualaikum.

Minggu sebelum cuti haritu, aku agak sibuk sikit. Sikit je. Buat assignment laju-laju sebab nak mintak pengesahan pengetua, buat soalan peperiksaan, hantar fotostat, hantar binding, dan segala mak nenek yang berkaitan. So nak dijadikan cerita pada hari jumaat, habes sekolah pukul 12 tengah hari. Terus aje aku dan Una menuju ke Pekan Gemas nak settlekan semua hal tu lah.


Kebetulan, jalan depan sekolah kitorang tu ada pembinaan sikit. Nak betulkan jalan yang rongak sana sini. Buat pulak ketika peak hours macam tu memang sesak ya ampunn lah. Time tu lah orang nak balik kerja, time tu lah orang nak balik sekolah, time tu lah orang nak pergi sembahyang jumaat, time tu lah orang nak pergi settlekan assignment. Eh? yang ni sepatutnya buat lama dah. heeee


Pergerakan kenderaan sangat-sangat macam siput. Tutup jalan sebelah sini, bagi kenderaan sebelah sana jalan. Pastu tutup pulak jalan sebelah sana, kenderaan sebelah sini pun jalannn. Begitu...
Lama ok mengalahkan Kay-Ell pulak Gemas ketika itu. Ni lah masanya feeling balik kerja di bandar uols..hahaha..


Sampai ke pekan Gemas sana dia punya sesak nih. Punyalah bersabar hati semua pengguna jalan masa tu tau termasuklah aku. Akhirnya sampai juga ke destinasi dan kerja-kerja pun settle. Masa untuk pulang ke rumah sewa pula. Jalan masih lagi jam uols. Dengan lori besar-besar gedabak pun join sekali menjamkan jalan. Hadoi!


Tapi disebabkan ada Una di sebelah, jadi taklah bosan sangat. Boleh juga berborak-borak, bergosip-gosip, berbahan-bahan semua kan. Sedap punya borak tiba-tiba aku perasan lori dari arah bertentangan tak bergerak pun. Dalam hati aku cakap 'ohh rosak pulak lori ni tengah jalann...ish3...'
Tiba-tiba, palang untuk berhenti di landasan kereta api tu betul-betul turun di depan Zaza. Aku terkejut!
Aku pandang Una kat sebelah, dia pun terkejut.


Aku pandang belakang, rupanya Zaza dah berada betul-betul atas landasan kereta api dengan keadaan palang dah pun turun uols! Berderau darah aku.



Gambar sekadar contoh

Aku berada di antara palang depan dan belakang. Tak lama lagi kereta api akan melalui landasan itu. Gulp!
Sumpah ok aku tak perasan langsung signal palang tu akan turun. Masa tu aku berserah je. :p
Tiba-tiba pakcik yang jaga bahagian palang tu (agaknya lah) datang. Taklah pakcik sangat tapi kalau nak panggil abang macam geli je..so aku panggil pakcik aje lah ok? Aku tengok muka dia bengis gila macam nak makan orang. Siap buat isyarat jari kat otak ala-ala nak cakap 'hoi takde otak ke??'. Macam tu lah.
Aku yang memang salah masa tu redha ajelah kena marah ke kena maki ke kan. :p


Pakcik tu pun angkat palang tu (la ringan rupanya :p). Masa pakcik tu dah dekat sampai ke arah Zaza, aku turunkan tingkap slow je pastu aku cakap 'Sorry pakcik...sorry...'. Lalu jawab pakcik itu 'Dah dah jalan lahh' dengan bengisnya. Masa tu Tuhan aje yang tahu betapa kesalahan bodoh itu memang kesalahan aku yang leka ini bercampur pula dengan kebengisan pakcik tu menjawab ucapan maaf aku macam aku budak-budak kecik. Tapi masa tu hati aku ni sabar di tahap teratas!


Tapi bila dah lama sikit, dah jauh dari landasan mula lah rasa eee sombongnya pakcik tuu. Macam lah kita sengaja nak berhenti kat tengah-tengah landasan kereta api. Gila ke apa?


Sampai sekarang aku rasa macam fobia je kalau lalu jalan yang menjadi laluan kereta api!
Dannn...pakcik tuuu. Mungkin dia penat bekerja sebab tu marah-marah tapii eh pakcik, ingat pakcik sorang je ke yang penat? Ada kemungkinan saya punya penat ni sebab mengadap anak pakcik yang degil kat sekolah tahu?
Kalau jumpa dia lagi pasni.........ishh taknaklah jumpa!






Mainan baru Zaza. (mainan ke tu? :p) Adik yang bagi masa konvokesyen aku tahun lepas :))



* Penutup entri yang mengcover bibit-bibit emosi tak terkawal  :p




6 butterflies concerned.:

yen(toka ziizokukuto) said...

part yang terlajak tu,,memang syok baca,,nak tahu ending dia kan,,,heeee,,alhamdulillah ,,semuanya selamat,,pengalaman tu :)

kamen55 said...

hahaha lek la yana.. maybe pakcik tuh pon cuak jugak tgk kau tetiba plak berenti kat tgh2 landasan tuh.. kot2 lah ape jadi kat kau mesti die akan dipersalahkan so maybe dgn stres penat keje tuh die tak sedar yg die marah kau.. sebb aku rasa die sama cam aku kalau tgh cuak stai ckp aku mcm marah2 sket tapi sebenarnya cuak yang amat...

Anonymous said...

hehe...boleh terlajak plak kan...;)
neway..sy jalan2...:)
klik2 ads..

yana lyana said...

yen ;

hehehe..lagi syok kalau ada part langgar2 kan? hee

eh tak2..:p

betul...semua tu pengalaman...

yana lyana said...

sang kamen ;

tu lah tu..aku pun tak la marah ngan pakcik tu pun..cuma bila dah taip semula jadi membara plak hati ni tetiba...haha

kesian pakcik tu kan..padahal dia yang selamatkan aku..ish3..

yana lyana said...

aten ;

tu lah tu..siapa kata terlajak kata je tak boleh diundur?
terlajak kereta pun susah nak undur ok!


ekekeke :p


thanks singgah :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com