Followers

Pages

Sunday, October 9, 2011

resepi : puding triffle



Assalamualaikum.


Ingat lagi cerita aku dan housemate join jamuan hari raya kat kuarters guru haritu? Kalau tak ingat kelik SINI. Kitorang kena buat dessert.  So bersatu padu lah kitorang membuat puding triffle. Siap curi bekas kuih dari bilik ERT sekolah lagi tau. Punyalah hampeh kan. :p 
So di malam itu, puding kami si tiga dara hot (eh?) ni mendapat pujian. Padahal mula-mula kitorang cuak je sebab rupa bentuk puding triffle kitorang hodoh yang amat. Mana lah kitorang tahu yang puding ni memang jenis lembik dan tak perlu dipotong-potong macam agar-agar tu. hehehe..



Balik Seremban minggu ni, misi aku ialah untuk membuat puding triffle ni khas untuk keluarga. :) Tapi agak mewah sikit lah sebab ada tambah buah strawberry. eceh!
Jom belajar?







Inilah rupa bentuk puding triffle yang telah siap. Untuk mendapatkan hasil yang menawan, sila lah sediakan bekas yang lutsinar ye supaya nampak layer-layer puding ni. 









Bahan bahan yang diperlukan ialah :

 ~1 tin susu cair
~7 sudu besar gula pasir
~Kek (kalau nak sedap guna kek swiss roll tu, kalau tak mampu apa-apa kek pun layann)
~Sekotak serbuk jeli perisa strawberry
~1 tin air masak
~1 tin buah koktail
~4 sudu besar tepung kastard
~buah-buah untuk hiasan, ikut suka. nak strawberry ke kiwi ke apa ke






Mula-mula, potong kek dan susun di dasar bekas yang sesuai. Kemudian lembapkan kek tersebut dengan air buah koktail. Bolehlah susun hirisan strawberry atau kiwi mengikut citarasa.








Masukkan susu cair, air dan gula ke dalam periuk. Kacau hingga gula larut. Biarkan api sederhana.








Dalam mangkuk lain, bancuh tepung kastard dengan air. Pastu masukkan ke dalam periuk berisi susu cair tadi. Jangan berhenti kacau sebab nanti bancuhan jadi berketul-ketul. Agak-agak dah mesra gitu, tutuplah api.









Then tuangkan ke atas lapisan kek tadi. Tebal lapisan ikut suka hati je. :p








Taburkan buah koktail secara berseni. Jangan main campak-campak aje tau. Nak banyak ke nak sikit je terpulang ok?
Kemudian, bancuh serbuk jeli mengikut sukatan pada belakang kotak jeli tu. Bancuh guna air panas. Apabila bancuhan telah siap, terus tuang ke atas lapisan kastard tadi secara perlahan-lahan.







Taraaaa! Dah siap.
Boleh juga letak hirisan strawberry di atas jeli tu sebelum ia beku. Sejukkan dalam peti ais dan bolehlah dihidangkan. :)









Ni puding triffle yang aku dan housemate buat haritu. Kitorang buat layer secara terbalik sebab konon-konon nak keluarkan dari bekas tu bila dah sejuk nanti.








Tapi tak menjadi pun uols! Maklumlah sifat jeli tu kan lembik sangat so dia tak boleh nak berdiri dengan teguh di atas kaki sendiri maka menghasilkan rupa yang sangat hodoh apabila dikeluarkan dari bekas kuih tu. hahaha :p
Last-last kitorang hidang dengan bekas-bekas kuih tu sekali uols. Kantoi pulak dengan ketua bilik ERT tu yang kitorang rembat bekas kuih bilik dia. cis.. :p








Senang kan nak buat puding triffle ni? hehe...
Selamat mencuba! :)



2 butterflies concerned.:

Laila Majid said...

wow !
sedappppnyeee
nak tryyy ^^

yana lyana said...

try taww!
memang sedap :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com