Followers

Pages

Friday, August 5, 2011

Karangan Tentang Diri Saya



Assalamualaikum.
Ingat lagi karangan anak murid aku tentang 'Sekolah Idaman Saya' ?
Ha ni ada lagi satu. Kali ni aku suruh buat karangan bertajuk 'Biodata Diri Saya'. Jom kita terjah....






                    Nama saya ialah xxxxxx xxxxxx Ak xxxxx. Umur saya ialah 13 tahun. Saya berasal dari Sarawak. Saya kini tinggal di bla...bla...bla.... (semua pasal peribadi pelajar ni)


                   Saya kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan xxxxx. Saya menjadi pelajar tingkatan 1 di sana. Masuk alam baru katakan. Haha!!. Cita-cita saya ingin menjadi seorang doktor veterina / doktor haiwan. Saya ingin menjadi doktor haiwan kerana saya amat sukakan haiwan. Lebih-lebih lagi tikus belanda. Dalam bahasa inggeris 'hamster'.


                    Saya seorang yang kuat makan. Sebab itulah badan saya semakin gemuk. Bulan yang paling saya tak suka Bulan Ramadhan. Aduh! Laparnya. Tapi tak apa, nasib baik ibu saya masak makanan untuk saya. Makanan kegemaran saya ialah coklat, nasi goreng kampung, nasi petaya, nasi ayam dan nasi tomato. Minuman kegemaran saya pula ialah minuman bergas, cincau, jus buah-buahan. Erm sedap!


                    Pada waktu petang pula,saya tidak suka duduk dekat dalam rumah. Saya akan keluar dengan kawan-kawan saya iaitu xxxx, xxxxxxxxx, xxxxxxx dan xxxxxx. Kami akan lepak di blok Yane. kadang-kadang pula, kami akan berada di taman permainan.


                    Hobi saya ialah suka bermain dram, mendengar lagu tengah-tengah malam, melayar internet, suka menyanyi. Saya seorang yang selalu gembira, suka buat lawak. Itupun kadang-kadang sahaja.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




Sabar je lah dengan budak-budak zaman sekarang. Aku tak ajar Bahasa Melayu pun uols. Kelas yang aku relief tu bising sangat so aku suruh diorang buat karangan. Siapa tak buat tak boleh keluar rehat. hee :p
Semua pun bersungguh la menulis. Dengan yang pelajar melayu sekali berkejar nak keluar rehat macam lah dapat makan. hehe..







Ehem.
I dah DG 41 uols. Nak isi g-tukar lah. eh...:p





7 butterflies concerned.:

nn said...

siap ada "haha" tu! hahahahha

btw, DG41? wow. naik gaji ek? congrats! :D

senydream said...

hehe2..biase lar tu budak2...saya ppon mcm tuh dulu msti kalau cikgu ckp kne siapkn sebelum blik atau xdpt rehat tuh bersungguh jek nk siapkan lau x siap bleh tdur bangun tdu bangun xsiap2 lg kerje y di berikan tu..:p

Anonymous said...

cikgu pun memang cute .... memang anak murid boleh ikut cakap u. anyway...tahniah sebab u tetap buat something yang berguna dlm kelas... takla bebudak tu buat bising dalam kelas...

onegaishimasu said...

karangan biodata rakan ada?

Hasbi Arifin said...

salam, cmna nak masukkan kotak2 (anda juga mungkin meminati ... tuhh ?

AIL YAHYA said...

terbaik lah karangan awk nie,haha..

AIL YAHYA said...

terbaik lah karangan ktk ou..haha

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com